SailMastr'x'
Perkembangan aktiviti pelayaran kebangsaan dan pandangan dari sisi-kritis
Sabtu, 3 Ogos 2019
Rabu, 27 Ogos 2014
Dua Acara Besar Mewarnai Sukan Pelayaran Malaysia di Bulan Ogos: Menyentuh Youth Olympic Games- Nanjing 2014
Dua perkara besar mewarnai sukan pelayaran negara bulan Ogos ini dengan bermulanya kejohanan Youth Olympic Games yang bermula dari 16hb Ogos hingga 28hb Ogos 2014. Satu lagi acara penting dalam bulan Ogos ini adalah Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) 2014 yang telah berlangsung pada hari Sabtu 23hb Ogos 2014.
Isu kali ini akan menyentuh berkaitan keputusan di Kejohanan Youth Olympic Games yang mulai mendapat beberapa rasa.....pahit-pahit manis.. Isu yang juga disentuh dengan beberapa kritikan pandangan dapatan dari beberapa wakil negari semasa mesyuarat AJK sebelum bermulanya AGM MYA.
Untuk makluman pasukan perahu layar negara menyertai 2 acara sahaja dari 4 acara iaitu Byte CII Lelaki dan Perempuan yang telah melepasi kelayakan semasa di Kejohanan Kelayakan YOG bagi zon Asia di Langkawi pada Februari lepas. Asri Azman mewakili kelas Lelaki dan Nur Shazrin bagi kelas Perempuan. Tiada penyertaan untuk 2 lagi acara windsurfing Bic Techno. Pasukan bergerak dengan hanya atlet (2 orang) dan seorang pegawai (Coach Hadri-Acai). Agak memeranjat untuk games sebesar ini hanya Acai sorang dipertanggungjawabkan, Walaupun kumpulan atlet adalah kecil tetapi bebanan menguruskan atlet untuk kejohanan sebesar ini adalah sangat tinggi. Mungkin kuota yang ditetapkan oleh MOM (Majlis Olimpik Malaysia) telah dipenuhi... kekadang sukan sebegini ada banyak pegawai-pegawai yang kelihatan kurang relevan dihantar menyebabkan keperluan yang lebih penting agak terabai.
Bagi acara perahu layar yang bermula pada 18hb Ogos telahpun berakhir pada 23hb Ogos di hari yang sama semasa AGM MYA. Keadaan angin bertiup perlahan dan tidak menentu di Tasik Jinniu Lake yang menjadi venue bagi kejohanan ini. Perlumbaan yang dijadualkan sepatutnya berjalan sebanyak 10 Opening Series races dengan 1 medal races tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Akhirnya keseluruhan 8 races sahaja dapat dijalankan tanpa medal race. Keputusan yang dicapai oleh pelayar kita adalah seperti berikut:

Nor Shazrin mendapat tempat ke-6 dan Asri ke-8 dari keseluruhan 30 atlet negara-negara yang mengambil bahagian. Keputusan ini adalah membanggakan kalau dilihat dari segi jumlah penyertaaan juga keputusan beberapa negara besar sukan layar lain tetapi disebabkan oleh kerana negara asia yang lain juga turut menguasai sebahagian besar pingat 3 emas dari 4 yang dipertandingkan (China: Bic Techno 293 Perempuan, Singapura apatah lagi dengan 2 emas Byte Lelaki dan perempuan) diikuti dengan Thailand berada di tangga ke-5 di hadapan Asri bagi Byte Lelaki maka pencapaian mereka dianggap merosot (tidak membanggakan) dan mulai menjadi buah mulut malah turut dipertikaikan/dikritik semasa mesyuarat AJK oleh wakil negeri. Apatah lagi jika dilihat dari keputusan Asri yang DSQ (Race 1 tempat ke-7) dan DNE (Race 4 tempat ke-5) maka ia sebenarnya akan menggondol emas. Keinginan dan keghairahan Asri untuk melakukan yang terbaik terutamanya selepas DSQ di race pertama mengundang kepada kesilapan di race ke-4. Atlet yang sama saya dapati melakukan kesilapan yang sama semasa di SUKMA baru-baru ini... yang mengundang masalah kepada dirinya. Dilihat dari mata kasar ia seolah-olah kesilapan bodoh tetapi rasanya energy level yang ia bawa bersama dengan tahap kebimbangan untuk melakukan recovery mungkin menjerumuskan atlet kepada apa yang berlaku.... apa-apa pun hanya ia sendiri yang tahu apa sebenarnya dan saya membuat tanggapan tidak ada atlet yang tidak mahu meraih kejayaan untuk dirinya dan juga untuk negara.
Apa yang berlaku hasil dari YOG ini sebenarnya sangat penting untuk kelas Byte kerana itulah halatuju kenapa kelas tersebut diwujudkan di peringkat kebangsaan. Sampailah kepada masanya untuk mengimbas, membuat analisa, melihat dengan lebih mendalam, menjiwai apa yang telah dirangka, dirancang, pelaksanaan, evaluasi swot dan membuat ketetapan apakah perlu dilakukan dan hendaklah dilakukan.
Kita boleh mengkritik/hentam-hentam manja tetapi menghentam membuta tuli tanpa benar-benar mengerti, atau mendengar dari satu pihak apatah lagi yang memang tak sebulu... pun tak molek juga. Apa yang lebih penting apa yang dapat kita lakukan dalam membantu ke arah yang lebih baik mengkritik sambil memberi buah idea itu yang lebih afdal... Mungkin kritikan kita/pandangan kita boleh diterima pakai atau ditambah baik dalam program penyediaan atlet. Tidak dapat dinafi terdapat banyak kelompongn yang berlaku di sana sini dalam program atlet kebangsaan yang perlu diatasi tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh nafikan akan pencapaian-pencapaian yang membanggakan kita yang telah dicapai oleh atlet kebelakangan ini yang tidak tercapai pada masa-masa lepas. Terkini Sukan Asia yang berada di hadapan kita tidak berapa lama lagi adalah kemuncak kepada penyediaan atlet yang telah disediakan kira-kira 3 tahun yang lepas.
Sebelum menutup tirai kita buka pintu untuk semua warga pelayaran memberikan komen/buah pandangan dan pendapat tuan-tuan berkaitan khususnya YOG ini dan lain-lain hal berkaitan pembangunan pelayaran dalam negara khasnya.
Lain-lain keputusan boleh diperolehi dari laman ISAF: Keputusan YOG_Nanjing 2014
Selasa, 12 Ogos 2014
Berada di Seminar Penajaan dan Pemasaran
Berpeluang untuk menghadiri seminar yang dianjurkan MYA.....
Terkejut apabila mendapati ianya dikendalikan oleh personal yang sama yang pernah mengendalikan event Monson Cup (T-Best) tetapi bertukar nama kepada i2! bagitu kurang lebih atau keterbalikan?
Tanggapan pertama pi mai-pi mai berpusing dalam satu lingkaran...?????. Sejauh mana adanya berada.
Hari pertama mendapat satu kesimpulan betapa jauhnya diri ini berada dari segi mempromosikan bukan sekadar sukan ini tetapi juga diri sendiri dalam memperkasakan sukan pelayaran apatah lagi untuk seterusnya untuk benefit kepada anak-anak pelayaran dan warga pelayaran keseluruhannya.
Tetapi terasa juga ada bahayanya dalam masa yang sama. Apa yang agak membahayakan mendapati salahsatu penceramahnya seolah-olah sedang mempromosikan untuk satu lagi agenda ke hadapan yang masih blurr tidak clear dan study/research yang tidak sebenar-benarnya tanpa fakta jelas .... dan yang agak jelasnya lari dari matlamat sebenar halatuju persatuan itu sendiri cuba melarikan pemikiran dari laluannya. Bahayanya bengkel ini dapat dilihat kedapatan kepada beberapa para pesertanya:

- Kepada beberapa muka baru yang jarang-jarang kelihatan (maknanya penjiwaan terhadap persatuan itu) masih kurang dan tidak begitu clear begitu teruja dengan persembahan yang diberikan.
- ataujuga muka lama tetapi yang tidak benar-benar mengurus selaras dengan apa yang dirangka akan halatuju penubuhan persatuan itu sendiri...
- Penerimaan dan penyerapan apa yang dinyatakan kesudahannya boleh menyebabkan sukan perahu layar terjerumus dengan apa yang sedang berlaku kepada beberapa sukan popular negara yang sedang mengalami kemerosotan dari segi prestasi/performance tetapi mungkin tidak dari segi glamorous.
- Melecehkan apa yang dilakukan oleh MYA dari segi promosi penajaannya tanpa mengambilkira pencapaian keseluruhan dari segi pencapaian antarabangsa, kejayaan penganjuran acara-acara yang dilakukan juga turut sama melecehkan pihak KFC ddengan kehadiran wakilnya mungkin akan memberi kesan negatif yang sudah ada tertafsir di kejohanan KFC-Selangor Open baru-baru ini.
- Mengambilkira kejayaan penganjuran kejohanan Monsoon Cup yang diuruskan oleh syarikat (event manager) dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh MYA dan persatuan negeri yang berfungsi sebagai NGO's dalam penganjuran kejohanan. Agak malu juga sebenarnya dengan berapa banyak kerajaan sanggup berbelanja ke atas mereka dengan apa yang kita dipersatuan dapat untuk menganjurkan.
- seminar/bengkel 2 hari ini sangat bermakna dan penting kepada personal-personal yang berada di dalam persatuan yang dipertanggungjawabkan untuk mencari dana dalam pengurusan persatuan, memberi banyak maklumat berguna kepada diri ini tetapi mampukah untuk mengorak langkah untuk lebih ke depan dalam mendepani halatuju dan matlamat berpersatuan.. Untuk apakah diri ini berada di dalamnya, kalau tak tertanggung baik minggir.
- Supaya tidak terlari dari dasarnya maka MYA seharusnya segera menggeluarkan apa yang telah diputuskan dalam Langkah Perancangan Pelan Strategik 2020 MYA supaya apa-apa pun langkah susulan yang akan diambil hasil dari bengkel Penajaan ini akan selari dengan kehendak mencapai matlamat Pelan Strategik Jangka panjang tadi.
- Apa menarik salah seorang ahli panel yang menilai kertas-kerja bengkel yang dipersembahkan adalah council member MYA, maka kesimpulan positifnya selepas ini, mungkin ya pasti kita tiada masalah untuk mendapatkan lebih penajaan begi pembangunan lebih komprehensif MYA. Waduh Jeremy juga berada disana dan komen mereka begitu bernas dan beridea sekali.
- Kesimpulan akhirnya terasa teruja tetapi jiwa agak kacau... tunggu dan lihat
Khamis, 7 Ogos 2014
Cadangan Kursus Kejurulatihan
Bersua kembali setelah hampir 8bulan menyepi....
Alasan seperti biasa..
Kini akan menyalurkan sedikit makluman berkaitan dengan Kursus Kejurulatihan Spesifik Perahu Layar. Kursus Spesifik Perahu Layar Tahap 1 seperti yang dijadualkan untuk bulan Julai terpaksa ditangguh dan kononnya Sabah akan mengambil alih dengan menganjurkan klinik ini di Kota Kinabalu bertempat di Kelab TLDM Kota Kinabalu. Maklumat terkini kursus ini juga akan terpaksa ditangguhkan kerana tarikh yang ditetapkan mulai 22hb hingga 26hb terlampau dekat dengan tarikh penganjuran KFC-Merdeka day Open Regatta 2014. Akan menyalurkan maklumat terkini jika ada perubahan.
Keduanya ada kemungkinan Kursus Spesifik perahu layar Tahap 2 juga akan diadakan sekitar bulan Oktober nanti. Kemungkinan kursus ini adalah anjuran MSSM Kementerian Pelajaran. Maklumat akan disalurkan apabila surat resmi dikeluarkan.
Saya bukan tidak berminat dengan kursus semua ini... tetapi kenyataan yang kita lihat adalah hingga kini senarai begitu ramai yang menghadiri dan lulus serta memiliki sijil Tahap 1 dan Tahap 2. Terutamanya lambakan yang lulus sijil Tahap 1 berapa ramaikah yang aktif dengan program pembangunan perahu layar sekarang. Apakah kuantiti yang ramai ini dapat dimaksimakan dengan berkesan? Terutamanya dari kalangan guru apakah kaedah yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan keberkesanan dalam memastikan kerancakan program pembangunan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Kita berharap satu kaedah dapat dilakukan untuk memastikan apa yang kita sediakan untuk menghasil/menyediakan kepakaran kejurulatihan ini dapat digunakan sepenuhnya. Mungkin idea-idea menarik dan bernas dapat cambahkan dari kekawan.

Langgan:
Catatan (Atom)