Masih berkaitan dengan klinik LITC tetapi sumber dari notis yang dikeluarkan
Dibayangkan di dalam notis yang dikeluarkan yang pada masa yang sama akan diadakan Kem pemilihan atlet kebangsaan bagi mewakili negara ke Sukan Sea Myanmar 2013.
.
Juga perkara yang sama dimaklumkan oleh Coach sahir melalui blog cs pelayarannya berkenaan dengan kem pemilihan di link inidan juga beberapa aktiviti lain. Cumanya tarikhnya sahaja belum diputus antara yang dirancnag akan diadakan:
Saya diberi maklumat dalaman yang kertas cadangan untuk mengadakan kem pemilihan ini sebenarnya telah dikemukakan kepada MYA beberapa minggu lepas tetapi masih belum ada keputusan dibuat oleh AJK MYA yang terlibat. Seperti biasalah apa yang dihidangkan ke halwa kita akan cara ..... dan kononnya juga senarai nama peserta untuk ke Sukan Sea kena didaftarkan selewatnya bulan September. manakala Sukan Sea pula dijadualkan berlangsung pada bulan Disember dan ini adalah salah satu sebab kenapa Kejohanan Kebangsaan terpaksa diadakan lebih awal iaitu bermula hujung November.
Apapun saya juga dibayangkan yang pemilihan adalah terhad kepada beberapa pelayar yang mempunyai ranking semasa terbaik negara. Dalam posting baru-baru ini juga saya ada mempersoalkan berkenaan dengan kedudukan ranking yang masih-masih lagi belum keluar juga termasuk bagaimana dengan ranking ini akan dijalankan dengan peraturan-peraturannya termasuk berkaitan dengan kiraan matanya.
Dan kini dengan kedudukan ranking terbaik akan diambilkira untuk acara sepenting pemilihan bagi mewakili negara ke Sukan Sea 2013 maka dengan tiadanya ketetapan dikeluarkan seawal tahun lagi maka sekarang keputusan ranking yang akan dikeluarkan akan terdedah kepada kepincangan dan tanggapan negatif terhadap orang yang mengeluarkan kerana terdorong atas sikap berkepentingan akan mengolah pengiraan mengikut kepentingan masing-masing. Walaupun akan nanti dikatakan ada komiti/jawatankuasa kecil yang bersetuju dengan cara yang digunakan tetap boleh dipengaruhi keputusannya semasa membicaranya. Itulah kepentingannya mengapa saya menekankan yang peraturan ranking perlu disediakan awal akan tatacara pengendalian dan pengolahannya.
Antara keraguan yang boleh dipertikaikan adalah 2 kejohanan terbaru ini adakah juga mahu dikira ranking iaitu Kejohanan KFC-Melaka dan KFC-Tunku Laxamana yang mana jumlah penyertaan adalah amat kurang di Melaka dan di kejohanan KFC-Tunku Laxamana pula bagi kelas Optimist hanya 3 perlumbaan dan kelas-kelas lain 4 perlumbaan. Tiada ketetapan resmi yang dikeluarkan dalam peraturan ranking yang tak terkeluar itu untuk menetapkan samada ianya akan digunapakai atau tidak. Kalau ditanya kepada saya dah tentu saya tidak mahu ianya dikira sebagai ranking dengan jumlah penyertaan yang sangat kurang dan jumlah perlumbaan yang juga sedikit. Apa nanti keputusan AJK yang bertanggungjawab apa keputusan mereka..
Sudahlah tiada ketetapan dikeluarkan keputusan juga tak keluar-keluar. Dalam hal ini saya lebih suka mencadangkan jika ranking ini dikawal selia oleh staf MYA yang sudah semakin ramai dengan dibantu oleh jurulatih kebangsaan sahaja seperti mana yang dilakukan semasa tahun-tahun awal ranking diperkenalkan. Apabila dibuat barulah AJK MYA berkaitan melakukan pemeriksaan dan mengesahkan. Barulah kita boleh nampak atau boleh membantu ke arah mana halatuju ranking mengikut acuan kehendak nasional apabila orang yang berkaitan dengan sukan itu menyediakan ranking bukan atas dasar berkepentingan lain yang boleh menjurus kepada kenegerian atau kepentingan peribadi tetapi biarlah atas kepentingan negara menuju kepada ketetapan sasaran matlamat kebangsaan.

- Kursus Jurulatih Spesifik Tahap 3
- Klinik Double Handed 470 & 420