Sumber dalaman dari Terengganu Sailing memberikan info bulan November ini dijadikan sebagai Terengganu Sailing Month. Acara ini yang mendapat peruntukan besar kerajaan Persekutuan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM) di dalam peruntukan pengajuran Monsoon Cup sebagai salah satu acara sampingan sempena kejohanan World Match Racing Tour (WMRT). Acara-acara ini dianjurkan oleh T-BEST (syarikat yang mengendalikan
kejohanan Monsoon Cup) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan
negeri Tereengganu (KBST) akan dilaksanakan oleh persatuan-persatuan negeri bagi acara berkaitan dan juga badan-badan lain. Teremasuk dalam acara ini adalah Kejohanan Terengganu Monsoon Regatta akan dikendalikan oleh Persatuan Perahu Layar Negeri Terengganu (TESA).
Dengan meletakkan sasaran untuk penglibatan selain penyertaan antarabangsa juga termasuk penglibatan rakyat tempatan bagi menunjukkan yang acara WMRT yang melibatkan perbelanjaan jutaan ringgit juga memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia khasnya penduduk negeri Terengganu. Acara-acara yang rangka ini sebagai acara tambahan dalam menangkis buah mulut sesetengah orang yang acara ini tidak begitu bermanfaat kepada rakyat negeri Terengganu. Moga sama-samalah kita dapat mengambil kesempatan untuk turut sama mendapat manfaat darinya. Tetapi setidak-tidaknya dari sudut pelancongan dan riadah ianya nampak berjaya jika dilihat dari mata kasar betapa sesaknya Pulau Duyong semasa WMRT....betul tak????
Berikut adalah beberapa aktiviti yang dirangka sempena Terengganu Sailing Month selain beberapa aktiviti lain yang tidak melibatkan pelayaran seperti berkayak dan rowing, Karnival Monsoon di 7 daerah, pameran dan sebagainya;
Juga maklumat lanjut boleh didapati website Monsoon Cup.

- Terengganu Monsonn Regatta 2012: Khamis, 8hb hingga Ahad 11hb November 2012.
- Heritage Bay Cup Edisi Monsoon Cup: Jumaat, 16hb November
- Hari Terbuka Pelayaran (TRY SAILING): Sabtu, 17hb November
- Motour Tourism Cup (Anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu: Sabtu, 24hb November.
- Malaysian Match Racing Championship (Peringkat Akhir di Kuala terengganu): Rabu, 28hb hingga 30hb November.
Juga maklumat lanjut boleh didapati website Monsoon Cup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan