Untuk pengetahuan semua warga pelayaran; persatuan pelayaran Malaysia (MYA) akan mengadakan satu kem pemilihan atlet berserentak dengan latihan pusat untuk beberapa kelas bot mungkin bagi persiapan ke Sukan Sea dan juga mungkin sebagai sparring pelayar kebangsaan sedia ada.
Beberapa minggu lepas blog ini ada memaparkan perihal yang sama tetapi untuk kelas Optimist. Surat yang dikeluarkan untuk kelas Optimist yang saya komen dulu agak kabur dan penjelasan yang diberikan semasa kejohanan di Johor juga tak banyak menghuraikan kekaburan. Sehubungan dengan itu juga telah dikeluarkan surat baru oleh MYA yang menerangkan dengan lebih detail berkenaan pemilihan atlet pelapis kebangsaan kelas Optimist; dengan sedikit perubahan dimana surat panggilan latihan awal akan bermula pada 15hb Oktober hingga bulan Disember. Manakala surat perlantikan resmi sebagai atlet pelapis kebangsaan akan dikeluarkan oleh MSN Negara dalam masa terdekat???. Juga surat ini mengandungi salinan kepada MSN negeri unit USPTN-Pelapis Negeri untuk makluman tidak seperti sebelum ini dan ini akan sedikit sebanyak akan memudahkan tindakan persatuan negeri sekurang-kurangnya.
Jadi kem pemilihan dan latihan pusat di entry ini adalah untuk kelas-kelas lain seperti yang tercatat di dalam salinan surat tawaran yang dikeluarkan tersebut:
Juga tidak lupa sebelum itu pada 15hb-19hb Oktober ini akan diadakan Kursus Pengenalan Race Management juga di tempat yang sama anjuran bersama MYA dan Kementerian Pelajaran. 4 peserta 2 dari jabatan pelajaran Negeri (MSS) dan 2 dari persatuan negeri akan berkampung di Langkawi bersamaan dengan atlet Optimist melapor diri....ok smart juga...dah ada orang nak menghantar depa ke Langkawi noo...

PANGGILAN UNTUK KEM PEMILIHAN ATLET DAN LATIHAN UNTUK SEMUA KELAS PADA 13-21 NOVEMBER 2012 BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN, LANGKAWI
Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan
Pelayaran Malaysia
akan
Mengadakan Kem Pemilihan
Atlet
dan
Latihan
bagi
pelayar-pelayar
yang terbaik bagi setiap kelas. Kem tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat
berikut:
Tempoh Latihan:13-21 November
2012
Tempat: Pusat
Latihan
Perahu
Layar Kebangsaan, Lot
3662 Pokok Asam, Kuah, 07000 Langkawi,Kedah Darul Aman
Syarat
bagi kelas: (i) Laser Standard (Lelaki sahaja)- (berumur 17 tahun dan
ke atas)
(ii) Laser Radial (Wanita sahaja)-
(open)
(iii) Laser 4.7 (berumur 15 tahun
dan ke bawah)
(iv) International 420 - (berumur 16 tahun ke bawah)
(v) International
470
- (open)
(vi) Windsurfing- (berumur 15 tahun ke bawah)
(peralatan
sendiri)
3. Untuk makluman pihak YBhg Tuan, setiap Persatuan Negeri hanya boleh menghantar satu (1)
orang
pelayar yang terbaik sahaja bagi
setiap
kelas. Manakala bagi kelas International 420 dan International 470 satu (1) pasangan yang terbaik sahaja boleh dihantar.
4. Semua kos perjalanan pergi dan balik, makan, minum dan penginapan atlet akan dibiayai oleh Persatuan Pelayaran Malaysia. Sila hantarkan senarai nama atlet-atlet tersebut sebelum atau pada 25 Oktober 2012 kepada pihak
pengurusan melalui email: vprieya.sailmalaysia2@gmail.com
Jadi kepada sesiapa yang berhajat silalah maklumkan kepada persatuan negeri anda; mungkin persatuan negeri tidak ternampak bakat anda yang terbaik bagi antara kelas-kelas yang dinyatakan.
Juga tidak lupa sebelum itu pada 15hb-19hb Oktober ini akan diadakan Kursus Pengenalan Race Management juga di tempat yang sama anjuran bersama MYA dan Kementerian Pelajaran. 4 peserta 2 dari jabatan pelajaran Negeri (MSS) dan 2 dari persatuan negeri akan berkampung di Langkawi bersamaan dengan atlet Optimist melapor diri....ok smart juga...dah ada orang nak menghantar depa ke Langkawi noo...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam