Pengelolaan kejohanan pada edisi
kali ini berlangsung dengan agak baik, seperti mana kejohanan di Selangor yang sinonim
dengan keadaan angin yang tidak menentunya:
1.
Angin bermula dengan sedikit lewat sebelum angin bayu
laut mengambil alih
2.
Angin pada kebanyakan perlumbaan bermula perlahan dan
kemudiaannya sedikit kuat
3.
Kalau ada angin kuat selalunya dibawa oleh awan hujan
yang bertiup tak lama
4.
Arus seperti biasa sentiasa sahaja menjadi salah satu
faktor untuk percaturan strategi dan taktikal pertandingan.
5.
Pada edisi kali ini tuan rumah agak baik memilih tarikh
dengan minggu pertama bulan Safar menuju ke penghujungnya menyebabkan air
pasang tidak begitu tinggi kecuali surutnya membawa arus yang hanya agak ketara
kuat semasa arus surutnya.
6.
Delay waktu pertukaran arus agak ganjil ketara lewatnya
dengan apa yang berlaku dengan air pasang dan surut
7.
walaupun angin bermula sedikit lewat tetapi berjaya
juga semua kelas menamatkan perlumbaan kecuali bagi kelas Optimist yang
terpaksa berpuashati dengan 8 perlumbaan sahaja dijalankan. Rasanye kalau
RC lebih hampir ke darat dan tidak terlalu jauh ke tengah mungkin lebih
perlumbaan dijalankan terutama pada hari ke-tiga pertandingan.
8.
Perlumbaan (Optimist) sedikit kurang menarik dari segi
masa yang diambil untuk setiap perlumbaan yang terlalu pendek, tetapi terpaksa
diterima memandangkan keadaan perlumbaan yang perlu disegerakan untuk mengambil
peluang angin yang bertiup perlahan sekali sekala dan juga mengejar masa waktu
arus kuat.
9.
Pengawalan keatas gelanggang Optimist sedikit kureng…contohnya
gate close selepas start tidak begitu diperhatikan terutama untuk start pertama
yang mana Optimist mempunyai 2 group start bagi setiap perlumbaan. Begitu juga
di atas bot pin end start hanya seorang petugas untuk melihat 60+ bot bagi
setiap start….Bagaimana cekapnya Mr Pin End membantu mengawal bot-bot yang OCS.
10. Gate
untuk Optimist pada kebanyakan perlumbaan tidak berfungsi sepenuhnya apabila
tidak memberikan square yang seimbang berkadaran dengan angin (mungkin ok)
tetapi tidak apabila kesan arus ada yang harus diambilkira oleh pegawai
perlumbaan.
11. Begitu
juga dengan course bagi kelas Laser 4.7 sama seperti tahun lepas di Perlis selepas
ditegur baru dibuat penambahan outer loop kalau dulu teguran dibuat oleh
jurulatih tempatan tetapi kali ni rasanya pasukan luar kot…kerana rasanya kalau
kita tegur atau cadangkankan dah tak laku.
12. Dan
seperti biasa pesta bermain selut sesuatu pandangan menarik yang memenatkan
badan adalah suatu yang sinonim. Nampaknya Selangor perlu mencari alternatif untuk
masalah ini disamping menyediakan pembantu yang lebih ramai dan pastinya yang
lebih cekal secekal atlet itu sendiri
13. Masalah
air bersih/cucian masih lagi menjadi masalah yang sama setiap kali penganjuran di sini
rasanya mereka perlu mengambil iktibar dan inisiatif selepas kejohanan bulan Mei lepas. Agak sedikit tangki tambahan
disediakan. Walaupun begitu penyediakan water jet spray banyak membantu kali
ini dan dikawal selia dengan agak baik – tahniah, mungkin lain kali kena tambah
1 lagi…hehhehh
14. Begitu
juga dengan air di bilik air/tandas, masalah mungkin tangki cepat kosong dengan air
yang ganti balik slow sangat. Cadang mungkin kalau ada 2 hose air yang
menggantikan semula air tangki mungkin lebih baik.
15. Apa
yang menarik dengan penganjuran Selangor adalah dengan adanya makanan disediakan
sepanjang masa kejohanan untuk santapan semua bermula dari awal pagi hinggalah
ke lewat petang telah sedikit sebanyak berjaya melindungi kelemahan-kelemahan
lain. Apa yang menarik semuanya dilakukan secara gotong- royong rewang
menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan dengan itu tiada masalah
sekiranya dilihat untuk mereka menganjurkan dengan lebih hebat.
16. Keadaan
kebersihan persekitaran juga dilihat tidak begitu dititik beratkan pada kali
ini berbanding dengan 2 atau 3 tahun dahulu. Jumlah tong sampah yang agak
sedikit dengan ditambah oleh sikap kita sebagai pengguna perlu dengan displin untuk
menjaga kebersihan persekitaran sedikit
melihatkan kelemahan dan kecacatan terutama kepada peserta luar negara.
17. Tahniah
kepada tuan rumah kelihatan beberapa penambahbaikan infrastruktur dibuat dari
masa ke semasa. Kemudahan-kemudahan ini sedikit sebanyak membantu kelicinan
pengelolaan kejohanan.
Bersambung……..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan