Rabu, 10 Mac 2010

Perkembangan Asian Pacific Laser Championship

Sorrybeberapa hari tidak update SailMastr'X' kesibukan dan tambah sedikit malas akibat kepenatan dan payah untuk mendapatkan line internet yang selalu putus-putus.

Atlet Laser kebangsaan seramai 6 orang seperti dilaporkan sebelum ini telahpun 2 hari bertanding di Kejohanan Laser Asian Pacific Championship.

Kedatangan awal pada malam 28hb February; walaupun dengan ketibaan kontena lewat sampai pada 3 Mac mampu memberi peluang kepada atlet untuk menjalani latihan awal 3 hari sebelum kejohanan.

Pasukan agak bertuah memandangkan keadaan angin di Pattaya yang agak baik hingga 17kts pada sesuatu masa dan lagi ditambah dengan ombak yang agak ketara (0.5 hingga 1 meter) memberikan kelebihan kepada atlet berlatih untuk keadaan yang agak sama dengan keadaan ombak di Guangzhao yang di maklumkan lebih ketara keadaan angin dan ombaknya walaupun keadaan suhu agak jauh berbeza di Shan Wei lebih sejuk.

Jadi kejohanan ini lebih menjadi sebagai pertandingan latihan sebelum ke Kejohanan Asian Sailing Championship (ASC) bagi pelayar elit (4 orang) dan juga kepada pelayar Nur Amirah menjadi venue latihan dan latihan pertandingan bagi kejohanan Laser 4.7 World yang akan disertainya pada hujung Mac ini. Hanya kepada pelayar Khairul Ridzuan merupakan kejohanan utama baginya.

Sebaik tamat kejohanan ini pelayar Laser Romzi, Qaedi, Nizam & Harith akan berlepas terus ke China bagi persediaan Kejohanan Asian Sailing Championship.

Laporan untuk Kejohanan Laser Asian pacific boleh di dapati di laman http://www.laserthailand.org/ . Kejohanan ini kecuali Thailand, tidak disertai oleh pelayar-pelayar negara asia yang lain yang dijangka akan menjadi saingan sengit semasa kejohanan ASC nanti. Ketidakhadiran pelayar-pelayar ternama asia yang lain memberikan peluang kepada pelayar untuk melakukan latihan semasa pertandingan dengan lebih baik untuk mencuba/menukar teknik/strategi/taktik tanpa terlalu terfikir/terpengaruh dengan lawan.

Setakat 2 hari kejohanan dengan 5 pertandingan berjaya dijalankan kelas Laser Standard di dahukui oleh Keerati (Thailand) dengan perbezaan 5 mata dengan Qaedi dan Nizam di tempat ke-2/3 (sama point 10 mata). Manakala Harith di tempat ke-5. Bagi kelas Laser Radial pula Romzi mendahului dengan agak selesa dengan 5 bullet point. Manakala Khairul Ridzuan di tempat yang ke-9. Amirah pula berada pada kedudukan ke-2 perempuan setakat ini.

Sekian laporan lanjut menyusul akan menyusul.....

Selasa, 2 Mac 2010

Kejohanan KFC-PSC - acara MARATHON

Kejohanan KFC-PSC Open Regatta telahpun berakhir. Sayang sekali kita tidak dapat melihat keputusan secara terus melalui website ataupun blog dan saya mendapati untuk memasukan ke dalam blog ianya agak memakan ruang dan kurang sesuai.....lagipun maklum masih lagi baru dalam bidang ini. MYA sepatutnya bergerak dengan lebih baik dab efisien dengan salah satunya sentiasa melakukan update terhadap websitenya seperti sentiasa melaporkan perkembangan kejohanan-kejohanan tempatan yang agak sukar untuk diikuti secara terus. Walau bagaimanan pun saya sertakan keputusan kedudukan top 3 bagi kejohanan KFC-PSC Open bermula dengan Acara Marathon