Rabu, 31 Oktober 2012

Pelayaran antara 11 sukan untuk Program 'RtR 2016'

Di petik dari Kosmo:

11 jenis sukan bawah 'RtR 2016'

AHMAD Shabery mengumumkan 11 jenis sukan yang dikenal pasti untuk program 'RtR 2016'.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sudah mengenal pasti 11 jenis sukan untuk disenaraikan di bawah program pembangunan Olimpik 'Road to Rio (RtR) 2016', demikian menurut menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.
Beliau berkata, pada masa sama, pihaknya akan memberi pertimbangan serius terhadap cadangan supaya tiga lagi acara sukan dimasukkan dalam program pembangunan Olimpik itu.
"Secara umum, 11 jenis sukan dikenal pasti tetapi tidak khusus lagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu Persediaan Atlet ke Olimpik Rio 2016 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.
Difahamkan, 11 jenis sukan itu ialah acara yang pernah menyaksikan penyertaan atlet negara pada temasya Olimpik lepas iaitu akuatik, angkat berat, berbasikal, badminton, gimnastik, hoki lelaki, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan sukan layar.
Program 'RtR 2016' adalah kesinambungan daripada program 'Road to London 2012' yang bertujuan mencari pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik.
Ahmad Shabery berkata, tiga jenis sukan yang dicadangkan untuk disenarai dalam program 'RTR 2016' ialah golf, ekuestrian dan tinju.
Beliau berkata, pelbagai aspek akan diambil kira sebelum menyenaraikan tiga jenis sukan berkenaan, antaranya dari segi kos membiayai sukan itu serta sama ada ia berpotensi untuk bersaing pada peringkat Olimpik.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah jawatankuasa kecil akan dibentuk untuk mengenal pasti atlet yang layak disenarai dalam program itu yang bukan hanya bagi tempoh empat tahun, sebaliknya menjangkau sehingga lapan tahun.
"Sebab itu kita masukkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran dalam jawatankuasa itu (Jawatankuasa Pemandu Persediaan Atlet ke Olimpik Rio 2016).
"Ertinya, kami perlu memikirkan untuk tempoh lapan tahun. Hubungan kami bukan sahaja dengan MSN tetapi dengan sekolah sukan di negeri-negeri untuk melahirkan bakal atlet bersaing pada Olimpik.
"Kita perlu pendekatan menyeluruh. Sekolah-sekolah sukan ini akan menjadi kilang awal dalam melahirkan bakal atlet Olimpik dan kita akan melihat keperluan dan kemudahan yang ada di sekolah- sekolah itu," katanya.
Ahmad Shabery berkata, setakat ini, pihaknya tidak menetapkan sasaran pingat pada Sukan Olimpik 2016, sebaliknya sedang meneliti pendekatan yang boleh menghasilkan pingat emas pertama negara, jumlah pingat boleh dimenangi serta bilangan atlet kebangsaan yang layak secara merit bersaing pada temasya berkenaan.
Beliau berkata, kementerian juga mengalu-alukan peruntukan khas sebanyak RM50 juta bagi tempoh empat tahun, bermula tahun ini untuk persiapan menghadapi Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.
Peruntukan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2013 pada 28 September lepas.
Di bawah program 'Road to London', sebanyak RM20 juta diperuntukkan dan Malaysia hanya memperoleh satu pingat perak menerusi Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton perseorangan lelaki dan satu pingat gangsa melalui Pandelela Rinong menerusi acara terjun 10 meter platform.

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan mengenal pasti 11 jenis sukan untuk disenarai di bawah program pembangunan Olimpik 'Road to Rio 2016', kata menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


Kem Pemilihan dan Latihan Pusat Final List

Topik semalam bersambung pada hari ini.

Blog cs pelayaran telah menyambut persoalan isu blog ini yang dibangkitkan semalam dengan hari ini telah dikeluarkan senarai nama terakhir peserta yang akan menghadiri kem pemilihan ini seperti yang dicedok dan diubahsuai sedikit supaya nampak lebih wangi....hehhhh.

Begitu juga coach Norhisham balok juga telah membuat kenyataan dan mengeluarkan senarai list merujuk kepada fb saya.

Senarai adalah seperti di bawah:

NO
PERSATUAN
NAMA ATLET
L/P
KELAS
JUMLAH
LASER
LASER
LASER
INT
INT
WIND
STD
RADIAL
4.7
420
470
SURFING
MEN
WOMEN
L
P
L
P
L
P
L
P
1
PERSATUAN PELAYARAN NEGERI SABAH
RUFINA TAN HONG MUI
P

1








7
2
CONNIE RIVERRA TSEN
P



1






3
BRANDON SUNG
L


1







4
NICOLE CHAN
P





1




5
NORSHAHIRAH BTE ABDULLA
P





1




6
BRIAN CHOW
L




1





7
AZRI KAMARUL BAHRIN
L




1





8
PERSATUAN PERAHU LAYAR NEGERI PERAK
MUHAMMAD HUSAINI B MOHD RODZI
L








1

1
9
PERSATUAN PERAHU LAYAR TERENGGANU
AZRI BIN SUHAIMI
L
1









4
10
ASRI BIN AZMAN
L


1







11
AHMAD DANISH B ABDUL HADI
L








1

12
TBA
P









1
13
PERSATUAN SUKAN LAYAR SELANGOR
ZUL AQIR HELMY BIN HASAN
L


1







5
14
NUR FARAHIN BTE MOHD NAZERI
P



1






15
MOHD HAFIZAL BIN MOHD NOR
L




1





16
HARRITH AMRY NASUTION
L
1









17
MUHD AMIRUL BIN MOHD SHADID
L




1





18
PERSATUAN PERAHU LAYAR PERLIS
MOHAMAD FAHAMI B BAHARUDDIN
L
1









8
19
NUR FARHANA BALQISS BTE MUHAMMED MUHAIRISS
P

1








20
MUHAMMAD ZAMBERI B ZUKKEFLI
L


1







21
MUHAMMAD FAUZAN B ROSLAN
L




1





22
MUHAMMAD AQMAL AQIFF B MUHAMMED MUHAIRISS
L




1





23
AMIRUL IZAN B ISMAIL
L






1



24
MARMUZZAMEL B SALEHHODIN
L






1



25
ANWAR HUDZAIFAH B MOHD IDRIS
L








1

26
PERSATUAN PERAHU LAYAR PAHANG
MOHD FITRI B ARSHAD
L
1









3
27
NUR LIYANA
P

1








28
NUR FATIHAH
P









1
29
PERSATUAN PERAHU LAYAR KEDAH
KHAIRUNHANNA BTE MOHD AFENDY
P

1








3
30
UMI WAHIDA BT SALLAHUDIN
P



1






31
MUHD ISAN BIN ALI
L




1





32
PERSATUAN SUKAN LAYAR KUALA LUMPUR
TBA
P

1








3
33
TBA
L




1





34
TBA
L




1





35
PERSATUAN PELAYARAN JOHOR
NURVELASARI BTE BAJURI
P





1




1
36
PERSATUAN PERAHU LAYAR MELAKA
AHMAD KHAIRULHAFIZ B AHMAD KHMBALI
L


1







3
37
AHMADKHAIRULIZZAT B AHMAD KHMBALI
L




1





38
NUR QHUDRAT B YUSOP
L




1





39
PERSATUAN PERAHU LAYAR NEGERI SEMBILAN
MUHAMMAD AMIRUL IZHAM B HAMDAN
L




1





2
40
MUHAMMAD EFEIZAL REDZA B MOHD YUSUF
L




1





41
TLDM
NURHILMI BIN MOHD JALAL
L
1









3
42
MOHD HAIDI BIN HAMID
L






1



43
ROSMAIDI BIN ZUL
L






1




JUMLAH PELAYAR
L
30
5

5

13

4

3

43


P
13

5

3

3

0

2

Ternyata sambutan adalah menggalakkan dari negeri-negeri dan inilah yang kita harapkan sebagaimana yang saya maksudkan semalam bersama-sama menyumbang dengan menghantar atlet terbaik masing-masing. Dari jumlah tersebut jelas penumpuan negeri adalah untuk mengisikan/mengambil bahagian dalam kelas-kelas yang menumpukan rata-rata pada usia muda kepada atlet bersekolah terutamanya bekas pelayar Optimist. Kecuali Harith dan Rufina yang ingin membuat come back, peserta-peserta dari TLDM yang lain rata-ratanya adalah muka baru mungkin ex lepasan Optimist.
Sama seperti ulasan saya semalam jelas kelas Int 470 kurang sambutan mungkin kerana atlet-atlet senior tidak mendapat pelepasan/pengajian. Atlet perempuan langsung tak ade bagi kelas ini. Begitu juga dengan kelas Laser Standard tiada nama atlet-atlet senior kecuali Azri dan atlet TLDM dan Harith merupakan muka lama dan agak lama sikit.

Juga penyertaan bagi kelas windsurfing masih tidak menarik. Persatuan Windsurf kebangsan perlu mengukuhkan persatuan mereka terutama dalam mencari kaedah supaya program lebih hangat di negeri-negeri termasuk mendapatkan dana supaya mereka mampu untuk bergerak ke negeri-negeri bagi mencari idea memperkembangkan program windsurf.

16 pasangan (13 lelaki dan 3 perempuan) bagi kelas Int 420 nampak baik tetapi masih kurang perempuan. 8 bot perlu disediakan dan berharap semua kondisi bot telah sedia untuk mereka beraksi.

Untuk kelas Laser jumlah keseluruhan bot Laser yang akan digunakan 18 buah juga satu jumlah yang agak banyak....Harap MYA mempunyai cukup bot dan MYA juga sehubungan dengan itu telah mengeluarkan surat makluman kepada negeri untuk membawa sendiri peralatan-peralatan bagi kelas Laser dan windsurf sepertyi berikut:
Tarikh  : 30 Oktober 2012

Rujukan Kami  : MYA/012/085

Setiausaha Kehormat Persatuan Negeri,

YBhg Tuan yang dihormati,

KEM PEMILIHAN ATLET DAN LATIHAN UNTUK SEMUA KELAS PADA 13-21 NOVEMBER 2012 BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH.

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

Untuk makluman pihak tuan, bagi kelas Laser Standard / Laser Radial / Laser 4.7 dan Windsurfing mohon pihak tuan membawa peralatan seperti berikut mengikut kelas masing-masing untuk digunakan semasa latihan.

1. Sail
2. Batten
3. Rigging
4. Tiller and Tiller Extension
5. Windsurfing (Complete set)

Harap sesiapa yang membaca sisipan entry ini akan memaklumkan kepada kekawan yang nama mereeka tercatat di atas atau mengingatkan kembali persatuan masing-masing untuk memaklumkan kepada atlet terbabit

Ingin memberikan nokhtah tetapi biarlah dulu