Rabu, 27 Ogos 2014

Dua Acara Besar Mewarnai Sukan Pelayaran Malaysia di Bulan Ogos: Menyentuh Youth Olympic Games- Nanjing 2014

Dua perkara besar mewarnai sukan pelayaran negara bulan Ogos ini dengan bermulanya kejohanan Youth Olympic Games yang bermula dari 16hb Ogos hingga 28hb Ogos 2014. Satu lagi acara penting dalam bulan Ogos ini adalah Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) 2014 yang telah berlangsung pada hari Sabtu 23hb Ogos 2014.

Isu kali ini akan menyentuh berkaitan keputusan di Kejohanan Youth Olympic Games yang mulai mendapat beberapa rasa.....pahit-pahit manis.. Isu yang juga disentuh dengan beberapa kritikan pandangan dapatan dari beberapa wakil negari semasa mesyuarat AJK sebelum bermulanya AGM MYA.

Untuk makluman pasukan perahu layar negara menyertai 2 acara sahaja dari 4 acara iaitu Byte CII Lelaki dan Perempuan yang telah melepasi kelayakan semasa di Kejohanan Kelayakan YOG bagi zon Asia di Langkawi pada Februari lepas. Asri Azman mewakili kelas Lelaki dan Nur Shazrin bagi kelas Perempuan. Tiada penyertaan untuk 2 lagi acara windsurfing Bic Techno. Pasukan bergerak dengan hanya atlet (2 orang) dan seorang pegawai (Coach Hadri-Acai). Agak memeranjat untuk games  sebesar ini hanya Acai sorang dipertanggungjawabkan, Walaupun kumpulan atlet adalah kecil tetapi bebanan menguruskan atlet untuk kejohanan sebesar ini adalah sangat tinggi. Mungkin kuota yang ditetapkan oleh MOM (Majlis Olimpik Malaysia) telah dipenuhi... kekadang sukan sebegini ada banyak pegawai-pegawai yang kelihatan kurang relevan dihantar menyebabkan keperluan yang lebih penting agak terabai.

Bagi acara perahu layar yang bermula pada 18hb Ogos telahpun berakhir pada 23hb Ogos di hari yang sama semasa AGM MYA. Keadaan angin bertiup perlahan dan tidak menentu di Tasik Jinniu Lake yang menjadi venue bagi kejohanan ini. Perlumbaan yang dijadualkan sepatutnya berjalan sebanyak 10 Opening Series races dengan 1 medal races tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Akhirnya keseluruhan 8 races sahaja dapat dijalankan tanpa medal race. Keputusan yang dicapai oleh pelayar kita adalah seperti berikut:

 

Nor Shazrin mendapat tempat ke-6 dan Asri ke-8 dari keseluruhan 30 atlet negara-negara yang mengambil bahagian. Keputusan ini adalah membanggakan kalau dilihat dari segi jumlah penyertaaan juga keputusan beberapa negara besar sukan layar lain tetapi disebabkan oleh kerana negara asia yang lain juga turut menguasai sebahagian besar pingat 3 emas dari 4 yang dipertandingkan (China: Bic Techno 293 Perempuan, Singapura apatah lagi dengan 2 emas Byte Lelaki dan perempuan) diikuti dengan Thailand berada di tangga ke-5 di hadapan Asri bagi Byte Lelaki maka pencapaian mereka dianggap merosot (tidak membanggakan) dan mulai menjadi buah mulut malah turut dipertikaikan/dikritik semasa mesyuarat AJK oleh wakil negeri. Apatah lagi jika dilihat dari keputusan Asri yang DSQ (Race 1 tempat ke-7) dan DNE (Race 4 tempat ke-5) maka ia sebenarnya akan menggondol emas. Keinginan dan keghairahan  Asri untuk melakukan yang terbaik terutamanya selepas DSQ di race pertama mengundang kepada kesilapan di race ke-4. Atlet yang sama saya dapati melakukan kesilapan yang sama semasa di SUKMA baru-baru ini... yang mengundang masalah kepada dirinya. Dilihat dari mata kasar ia seolah-olah kesilapan bodoh tetapi rasanya energy level yang ia bawa bersama dengan tahap kebimbangan untuk melakukan recovery mungkin menjerumuskan atlet kepada apa yang berlaku.... apa-apa pun hanya ia sendiri yang tahu apa sebenarnya dan saya membuat tanggapan tidak ada atlet yang tidak mahu meraih kejayaan untuk dirinya dan juga untuk negara. 
Apa yang berlaku hasil dari YOG ini sebenarnya sangat penting untuk kelas Byte kerana itulah halatuju kenapa kelas tersebut diwujudkan di peringkat kebangsaan. Sampailah kepada masanya untuk mengimbas, membuat analisa, melihat dengan lebih mendalam, menjiwai apa yang telah dirangka, dirancang, pelaksanaan, evaluasi swot dan membuat ketetapan apakah perlu dilakukan dan hendaklah dilakukan. 
Kita boleh mengkritik/hentam-hentam manja tetapi menghentam membuta tuli tanpa benar-benar mengerti, atau mendengar dari satu pihak apatah lagi yang memang tak sebulu... pun tak molek juga. Apa yang lebih penting apa yang dapat kita lakukan dalam membantu ke arah yang lebih baik mengkritik sambil memberi buah idea itu yang lebih afdal... Mungkin kritikan kita/pandangan kita boleh diterima pakai atau ditambah baik dalam program penyediaan atlet. Tidak dapat dinafi terdapat banyak kelompongn yang berlaku di sana sini dalam program atlet kebangsaan yang perlu diatasi tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh nafikan akan pencapaian-pencapaian yang membanggakan kita yang telah dicapai oleh atlet kebelakangan ini yang tidak tercapai pada masa-masa lepas. Terkini Sukan Asia yang berada di hadapan kita tidak berapa lama lagi adalah kemuncak kepada penyediaan atlet yang telah disediakan kira-kira 3 tahun yang lepas.

Sebelum menutup tirai kita buka pintu untuk semua warga pelayaran memberikan komen/buah pandangan dan pendapat tuan-tuan berkaitan khususnya YOG ini dan lain-lain hal berkaitan pembangunan pelayaran dalam negara khasnya.

Lain-lain keputusan boleh diperolehi dari laman ISAF: Keputusan YOG_Nanjing 2014

Selasa, 12 Ogos 2014

Berada di Seminar Penajaan dan Pemasaran

Berpeluang untuk menghadiri seminar yang dianjurkan MYA.....
Terkejut apabila mendapati ianya dikendalikan oleh personal yang sama yang pernah mengendalikan event Monson Cup (T-Best) tetapi bertukar nama kepada i2! bagitu kurang lebih atau keterbalikan?
Tanggapan pertama pi mai-pi mai berpusing dalam satu lingkaran...?????. Sejauh mana adanya berada.

Hari pertama mendapat satu kesimpulan betapa jauhnya diri ini berada dari segi mempromosikan bukan sekadar sukan ini tetapi juga diri sendiri dalam memperkasakan sukan pelayaran apatah lagi untuk seterusnya untuk benefit kepada anak-anak pelayaran dan warga pelayaran keseluruhannya.

Tetapi terasa juga ada bahayanya dalam masa yang sama. Apa yang agak membahayakan mendapati salahsatu penceramahnya seolah-olah sedang mempromosikan untuk satu lagi agenda ke hadapan yang masih blurr tidak clear dan study/research yang tidak sebenar-benarnya tanpa fakta jelas .... dan yang agak jelasnya lari dari matlamat sebenar halatuju persatuan itu sendiri cuba melarikan pemikiran dari laluannya. Bahayanya bengkel ini dapat dilihat kedapatan kepada beberapa para pesertanya:
  1. Kepada beberapa muka baru yang jarang-jarang kelihatan (maknanya penjiwaan terhadap persatuan itu) masih kurang dan tidak begitu clear begitu teruja dengan persembahan yang diberikan.
  2. ataujuga muka lama tetapi yang tidak benar-benar mengurus selaras dengan apa yang dirangka akan halatuju penubuhan persatuan itu sendiri... 
  3. Penerimaan dan penyerapan apa yang dinyatakan kesudahannya boleh menyebabkan sukan perahu layar terjerumus dengan apa yang sedang berlaku kepada beberapa sukan popular negara yang sedang mengalami kemerosotan dari segi prestasi/performance tetapi mungkin tidak dari segi glamorous.
  4. Melecehkan apa yang dilakukan oleh MYA dari segi promosi penajaannya tanpa mengambilkira pencapaian keseluruhan dari segi pencapaian antarabangsa, kejayaan penganjuran acara-acara yang dilakukan juga turut sama melecehkan pihak KFC ddengan kehadiran wakilnya mungkin akan memberi kesan negatif yang sudah ada tertafsir di kejohanan KFC-Selangor Open baru-baru ini.
  5. Mengambilkira kejayaan penganjuran kejohanan Monsoon Cup yang diuruskan oleh syarikat (event manager) dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh MYA dan persatuan negeri yang berfungsi sebagai NGO's dalam penganjuran kejohanan. Agak malu juga sebenarnya dengan berapa banyak kerajaan sanggup berbelanja ke atas mereka dengan apa yang kita dipersatuan dapat untuk menganjurkan.
Apa-apa pun kesimpulannya:
  1. seminar/bengkel 2 hari ini sangat bermakna dan penting kepada personal-personal yang berada di dalam persatuan yang dipertanggungjawabkan untuk mencari dana dalam pengurusan persatuan, memberi banyak maklumat berguna kepada diri ini tetapi mampukah untuk mengorak langkah untuk lebih ke depan dalam mendepani halatuju dan matlamat berpersatuan.. Untuk apakah diri ini berada di dalamnya, kalau tak tertanggung baik minggir. 
  2.  Supaya tidak terlari dari dasarnya maka MYA seharusnya segera menggeluarkan apa yang telah diputuskan dalam Langkah Perancangan Pelan Strategik 2020 MYA supaya apa-apa pun langkah susulan yang akan diambil hasil dari bengkel Penajaan ini akan selari dengan kehendak mencapai matlamat Pelan Strategik Jangka panjang tadi.
  3. Apa menarik salah seorang ahli panel yang menilai kertas-kerja bengkel yang dipersembahkan adalah council member MYA, maka kesimpulan positifnya selepas ini, mungkin ya pasti kita tiada masalah untuk mendapatkan lebih penajaan begi pembangunan lebih komprehensif MYA. Waduh Jeremy juga berada disana dan komen mereka begitu bernas dan beridea sekali.
  4. Kesimpulan akhirnya terasa teruja tetapi jiwa agak kacau... tunggu dan lihat


Khamis, 7 Ogos 2014

Cadangan Kursus Kejurulatihan

Bersua kembali setelah hampir 8bulan menyepi....

Alasan seperti biasa..

Kini akan menyalurkan sedikit makluman berkaitan dengan Kursus Kejurulatihan Spesifik Perahu Layar. Kursus Spesifik Perahu Layar Tahap 1 seperti yang dijadualkan untuk bulan Julai terpaksa ditangguh dan kononnya Sabah akan mengambil alih dengan menganjurkan klinik ini di Kota Kinabalu bertempat di Kelab TLDM Kota Kinabalu. Maklumat terkini kursus ini juga akan terpaksa ditangguhkan kerana tarikh yang ditetapkan mulai 22hb hingga 26hb  terlampau dekat dengan tarikh penganjuran KFC-Merdeka day Open Regatta 2014. Akan menyalurkan maklumat terkini jika ada perubahan.

Keduanya ada kemungkinan Kursus Spesifik perahu layar Tahap 2 juga akan diadakan sekitar bulan Oktober nanti. Kemungkinan kursus ini adalah anjuran MSSM Kementerian Pelajaran. Maklumat akan disalurkan apabila surat resmi dikeluarkan.

Saya bukan tidak berminat dengan kursus semua ini... tetapi kenyataan yang kita lihat adalah hingga kini senarai begitu ramai yang menghadiri dan lulus serta memiliki sijil Tahap 1 dan Tahap 2. Terutamanya lambakan yang lulus sijil Tahap 1 berapa ramaikah yang aktif dengan program pembangunan perahu layar sekarang. Apakah kuantiti yang ramai ini dapat dimaksimakan dengan berkesan? Terutamanya dari kalangan guru apakah kaedah yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan keberkesanan dalam memastikan kerancakan program pembangunan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kita berharap satu kaedah dapat dilakukan untuk memastikan apa yang kita sediakan untuk menghasil/menyediakan kepakaran kejurulatihan ini dapat digunakan sepenuhnya. Mungkin idea-idea menarik dan bernas dapat cambahkan dari kekawan.

Khamis, 23 Januari 2014

Seminar Kejurulatihan Masih Belum Lancar...Nama... Nama.. Jurulatih

Merujuk kepada 3 posting sebelum ini berkaitan dengan seminar/klinik 470-420:
  1. http://sailmastrx.blogspot.com/2014/01/senarai-jurulatih-peserta-klinik.html
  2. http://sailmastrx.blogspot.com/2014/01/lanjutan-kepada-seminar-jurulatih-int.html
  3. http://sailmastrx.blogspot.com/2014/01/maklumat-kursus-kejurulatihan-jemputan.html
Maklumat terkini dari meja MYA:
  1. Semuanya ditanggung MSN/MYA kecuali pengangkutan? Bermakna bayaran RM780.00 tidak diperlukan
  2. Sehingga kini hanya 2 atau 3 negeri sahaja yang membuat confirmation banyak negeri belum lagi.
  3. Ada negeri memohon untuk menghantar peserta tambahan dari senarai yang dikemukakan termasuk ada dari negeri yang tidak di senaraikan pesertanya.
  4. Senarai nama jurulatih diperlukan segera untuk pengurusan termasuklah senarai nama ini dikehendaki oleh ISAF.
    1. Nama Penuh
    2. No K/Pengenalan beserta tarikh lahir
    3. lain-lain maklumat ringkas seperti No Contacts dan email jurulatih
Jadi merujuk kepada surat terakhir yang dikeluarkan MYA tinggal 3 hari sahaja lagi untuk anda sebagai jurulatih yang berkaitan dan juga persatuan negeri telah menamakan senarai jurulatih anda. Walaupun ada persatuan negeri nama telah dikenalpasti oleh MYA terbaik untuk anda mengesahkan senarai nama yang dicadangkan itu.

Kita kena mengambil tindakan cepat dan pantas untuk memberi reaksi positif terhadap apa yang telah disediakan dan mengelak dari hanya pantas menyalahkan pihak lain tidak menyediakan itu dan ini untuk kita, kerana ini adalah peluang terbaik kerana semua sedia maklum untuk mengikuti kursus dan seminar sebegini kos yang perlu dibayar juga agak tinggi dan lain-lain keperluan perlu disediakan sendiri. Tindakan kita dengan memberi reaksi positif juga akan dalam masa yang sama meyakinkan dan memudahkan MSNegara untuk menyalurkan lain-lain bantuan pada masa yang akan datang

Rasanya bagi negeri yang ingin menamakan lebih jurulatih juga tidak menjadi masalah selagi mana tempat masih kosong dan dalam masa yang sama juga semua negeri lain telah mendapat tempat. Jadi sebarang penambahan lebih kepada siapa cepat dia dapat setelah kuota negeri lain telah ok.

Apa-apa pun ruangan di sini adalah sumber maklumat bertujuan selain info juga untuk anda mengambil inisiatif yang perlu dan sekali lagi ini hanyalah maklumat sahaja; untuk kepastian sila berhubung dengan pihak MYA atau en Afendy seperti di talian tertera di surat jemputan dan makluman MYA.

Sebelum menoktahkan catatan ini.... Adakah anda jurulatih sudah ternama? dan sudah anda persatuan negeri menamakan jurulatih anda? kepada siapa?.... yang bernama di meja MYA.

Salam.

Rabu, 22 Januari 2014

Lanjutan Peraturan Pertandingan Perahu Layar SUKMA 2014 Perlis: Isu 2 Kelas dan Syarat Penyertaan

Posting kali ini ingin menyorot kepada sedikit kelainan ke-2 selepas tambahan kelas iaitu sudah pastinya berkaitan dengan syarat penyertaan:

Perkara ini perlu diperincikan kepada pasukan-pasukan negeri terutamanya kepada jurulatih-jurulatih dalam mereka merencana pasukan masing-masing kerana ada kemungkinan sebilangan kecil jurulatih tidak mendapat makluman ini terutamanya jurulatih yang lebih cenderung bergantung kepada MSNegeri semata-mata dalam program pembangunan mereka atas apa jua alasan.

MSNegeri juga rasanya selepas mesyuarat di Timah Tasoh pada November lepas berkemungkinan tidak mendapat makluman dan update terkini ini.

Sebelum kita ke syarat penyertaan yang akan disentuh lebih mendalam kita lihat semula table bagi penyertaan acara SUKMA pada kali ini.


Sedikit kesilapan pada ruangan jumlah Optimist sepatutnya 8 orang, tetapi terkini maklumat menyatakan penambahan bagi Penolong Pengurus Wanita telah tidak diluluskan maka jumlahnya kembali menjadi 7 orang.

Syarat penyertaan yang ditambah adalah seperti berikut yang dimasukkan pada para 4.3

Syarat Pennyertaan yang ditambah pada peraturan pertandingahn kali ini.
Syarat ini dimasukkan bertujuan bagi mengelakkan perkara yang berlaku pada SUKMA 2012 lepas dimana timbul isu ada negeri menggunakan taktikal team race dalam acara individu yang semestinya adalah terlarang dan melanggar peraturan pertandingan dan RRS. Kesalahan yang dilakukan oleh sebilangan kecil kita pada SUKMA lepas itu mengakibatkan kos yang agak mahal terpaksa dibayar dimana ia akan merugikan negeri yang mempunyai kekuatan pelayar dalam satu acara sahaja kini telah lebih kecil peluang mereka untuk merebut peluang menang. Dengan jumlah 2 pelayar maksima jumlahnya walaupun mengecil tetapi masih menjadi masalah kepada pelayar kita untuk melakukan recovery kalau sudah melakukan 2 bad result  dimana kemungkinan jumlah pelayar akan menjadi 16 ke 20 orang bagi kelas Optimist Lelaki ataupun Perempuan berbanding 8 ke 10 sahaja jika 1 pelayar sahaja dibenarkan.
Dalam apa jua keadaanpun akan ada situasi untung-rugi dalam hal ini, oleh itu demi menjuruskan kepada kebaikan fair sailing dan semangat kesukanan atas perlumbaan yang lebih adil maka kita terpaksa menerimanya dengan ada yang berat hati dan ada yang tidak terasa akan kesannya.
Begitu juga berkaitan dengan jumlah penyertaan bagi acara Optimist berpasukan dan acara individu digabungkan dalam satu penyertaan seperti rajah di atas maka keadaan akan mejadi lebih sukar dan tidak dalam keadaan proficiency bagi kebanyakan negeri. Terpaksa mengurangkan peserta pada acara individu dan ditambah dengan tidak boleh menambah 1 peserta lagi bagi mencukupkan gender bagi kelas yang pelayar gendernya tidak begitu berkesan untuk acara berpasukan.

Alasan kepada tidak ingin menambah bilangan atlet atas alasan kos kelihatan seolah-olah kebudakan walaupun ada kewajarannya. Sebaliknya jika cuba kita bayangkan kos keseluruhan yang terpaksa ditanggung oleh sukan perahu layar jika sesebuah negeri ingin bersaing pada kedudukan terbaik dengan jumlah pingat yang ditawarkan nampak tidak seimbang, oleh itu sesuatu perlu dilakukan untuk terus menjadikan sukan perahu layar dapat kekal bersaing sebagai penyumbang utama pingat pada pasukan negeri.Termasuklah juga kepada keperluan pertambahan pingat seperti yang telah dicadangkan baru-baru ini yang telah ditolak 2 dari pertambahan 3 yang dicadangkan.

Perkara sebegini boleh kita elakkan jika kita membuat sesuatu keputusan jauh lebih awal sebaik sahaja lepas SUKMA supaya semua negeri dapat bersedia sekurang-kurang 2 tahun lebih awal.
Jika pertambahan pingat untuk pertambahan acara Optimist Bawah 12 lelaki dan perempuan tidak juga akan diterima pakai atas alasan pertambahan atlet maka kita kena memikirkan bagaimana 5 pelayar Optimist tadi boleh dipecahkan acaranya supaya pertambahan pingat berjaya dilakukan. Sekali lagi segala keputusan perancangan harus ditetapkan sebaik sahaja SUKMA 2014 berakhir supaya semua negeri boleh mencorak program latihan masing-masing mengikut keperluan yang telah ditetapkan lebih awal dan masing-masing seterusnya memainkan peranan menerangkan dan meyakinkan MSNegeri masing-masing kepada keperluan-keperluan ini.

Ahad, 19 Januari 2014

Lanjutan Peraturan Pertandingan Perahu Layar SUKMA 2014 Perlis: Isu 1 Kelas di Pertandingankan

 Pertamanya tahniah dan terimakasih kita ucapkan kepada  Teknikal Delegate En Mohd Afendy yang bukan sahaja telah berjaya mengekalkan kelas-kelas yang ada pada SUKMA yang lepas tetapi juga berjaya menambah satu lagi acara iaitu Windsurfing Open. Walaupun beberapa cadangan telah tidak berjaya dimasukkan mungkin bertolak dari kerana beberapa tindakan strategi tidak dilakukan dengan berkesan termasuk dari semua pihak.

Seperti yang kebanyakan sedia maklum kelas yang tidak berjaya dimasukkan walaupun telah berjaya di bawa ke mesyuarat Jawatankuasa SUKMA November 2013 yang lepas adalah Optimist Bawah 12 Lelaki dan Perempuan.  Walaupun khabarnya rayuan telah dikemukan semula oleh teknikal delegate mengadakan perbincangan  dengan Pengarah Bahagian Acara Dato' Jalil berkaitan dengan hasil mesyuarat jawatankuasa SUKMA (pengarah-pengarah MSN) di Perlis tetapi tidak berjaya kecuali bagi kelas windsurfing Bic Techno kerana telah tersalah anggap telah diputuskan mereka.

Seperti yang dinyatakan kita semuanya menyumbang kepada kegagalan; mana mungkin ketua pengarah dan wakil kita pergi mesyuarat tanpa tahu apa-apa yang nak ditambah. Walaupun ada pro dan kontra dengan penambahan acara ini tetapi memikirkan masa depan pembangunan negara sekarang semakin berjaya dihimpit dan di atasi oleh Singapura, Thailand dan kadang-kadang Myanmar bagi negara asia tenggara, juga keperluan kepada pertambahan pingat bagi menyeimbangkan hasil pingat vs perbelanjaan pasukan maka saya merasakan keperluan penambahan pingat ini adalah wajar. Selepas ini rasanya penjenamaam bagi acara Optimist harus dijenamakan semula di dalam program kejohanan ranking kebangsaan. Tiada lagi Div A, B dan C tetapi Bawah 15 (U15), bawah 12 (U12) dan Bawah (10) bagi menunjukkan kita sememang dah bersedia dan mempunyai atlet. Selain itu setiap negeri perlulah support sebagaimana aktifnya beberapa negeri berdasarkan penyertaan kejohanan ranking kebangsaan.

Tetapi adakah Peraturan Pertandingan yang dipostkan adalah yang terkini dan sohih? Rasanya peraturan yang ini adalah yang sama yang terkini dihantar kepada setiap persatuan negeri untuk semakan pada awal Januari. Apakah ianya sudah difinalised kerana ada beberapa isu bertentangan dalam beberapa perkara yang diputuskan terutama dengan secara kelirunya diputuskan bagi acara Windsurfing Open pada mesyuarat jawatankuasa SUKMA (melibatkan pengarah-pengarah MSN).



Adakah ianya akan berjaya dikekalkan atau tidak. Kita kena tetap kena teruskan perancangan persediaan atlet. Segalanya walaupun tidak secara didokumentasikan dalam perancangan tetapi secara verbalnya beberapa kali telah diperbicangkan dalam perjumpaan-perjumpaan pada kebanyakan kali kejohanan diadakan.

Secara ringkasnya kemungkinan kelas-kelas lain tidak begitu sukar kita lihat kepada penyertaan dalam negeri termasuklah kelas Windsurfing Terbuka sekurang-kurangnya (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Johor dan Terengganu mempunyai peserta). Masalahnya Windsurfing Perempuan masih lagi agak samar-samar walaupun peluang bagi kelas ini agak terbuka kepada semua negeri yang mana tiada atlet tertentu mengungguli terutama dari atlet kebangsaan, tetapi rasanya masih slow. Begitu juga dengan kelas-kelas lain terutamanya bagi acara perempuan seperti double handed 420 dan Laser Radial kita tidak boleh meremehkan program pembangunan dan tidak boleh menggunakan kesempatan alasan sebagai sukan wajib untuk dapat mengadakan acara walaupun tidak cukup korum.

Acara-acara yang dipertandingkan:

Isu berikutnya: Syarat Penyertaan.

Sabtu, 18 Januari 2014

Acara di SUKMA melalui Peraturan Pertandingan Perahu Layar SUKMA 2014, Perlis

Posting ini diambil dari laman web kedahsail yang selalunya menjadi laman tak resmi menyalurkan maklumat-maklumat dari MYA.

Adakah ini yang terkini. Tarikh kemas kini adalah 17 Julai 2013. Ada beberapa versi sebelum ini berkitar secara dalaman MYA sebelum beredar ke meja setiausaha persatuan negeri.

Mana yang asallinya (maklumat terakhir semasa mesyuarat jawatankuasa pengarah-pengarah negeri adakah menggunakan versi ini yang rasanya tidak dan mensyuarat tersebut adalah November 2013)

Lain-lain komen menyusul untuk tatapan dahulu; apa yang bezanya dari SUKMA dahulu dan kini:

Open di new window:

Khamis, 16 Januari 2014

Senarai jurulatih peserta klinik jurulatih double handed telah disenarai pendek... Anda termasuk?

Lanjutan kepada seminar/klinik jurulatih double handed yang telah dipostkan pada 2 entry sebelum ini, kini dikemaskinkan dengan maklumat terkini dari MYA kepada persatuan-persatuan negeri:


Sementara itu senarai jurulatih yang telah di senaraipendekkan untuk seminar ini adalah seperti berikut:

BIL
NAMA
PERSATUAN NEGERI
1
Abdul Rani Idris
Terengganu
2
Ahmad Yusof bin Said
Sabah
3
Mohd Sharul  bin Abdul Razak
Selangor
4
M Zaidi bin Mohd Amin
Johor
5
Mohd Karimi bin Bakar
Kedah
6
Mohd Hamdan bin Mohd Rozi
Wilayah
7
Tg Khairuddin bin Mohamed
Perak
8
Ahmad Khambali bin Yadi
Melaka
9
Mohamad Razali bin Mansor
ATM
10
Ishak Bin Jab
ATM
11
Mohd Yusof bin Ibrahim
Pahang
12

Negeri  Sembilan
13

Pulau Pinang
14

Perlis
15

Kelantan
16

Sarawak
 
11 nama telah dinamakan berdasarkan kepada apa yang boleh kita lihat kepada keaktifan jurulatih-jurulatih melibatkan kelas double handed mungkin. Beberapa negeri nampaknya tidak dinamakan dan agak jelas juga negeri-negeri ini tidak nampak denga kelas double handednya sepanjang tahun lepas kecuali Pahang dan Perlis walaupun tidak aktif tetapi mempunyai pelayar di pusat kebangsaan. Terengganu dan Sabah rasanya yang paling aktif pada sepanjang tahun 2013 dan negeri-negeri lain ada juga 2-3 dalam beberapa kejohanan termasuk ATM.

Adakah nama anda termasuk? Masih berminat? Segera hubungi persatuan anda untuk memohon tempat dan peruntukan. Jika dilihat sebagai contohnya Negeri Sembilan juga mempunyai banyak bot Int 420 tetapi tidak aktif mengapa apakah kejurulatihan salah satu faktornya. Begitu juga dengan Gerak Khas mempunyai bot Int 470 terbaik rasanya. Sarawak juga mempunyai banyak bot Int 470 di Piasau Boat Clubnya. Manakala Pahang, Pulau Pinang pernah mendapat bot Int 420 malahan Pahang 2 x Int 420 pada SUKMA lepas sepatutnya boleh bergerak dan bersaing dengan negeri-negeri lain. Jadi seminar dan klinik ini perlu diambil kesempatan oleh semua untuk mengorak langkah ke arah menengahkan kelas ini dalam program pembangunan negara dengan lebih agresif.

Walaupun begitu kita masih menunggu keputusan MSN untuk menaja aktiviti ini supaya kehadiran penuh dapat dilakukan masih mengurangkan beban negeri. Dalam kepayahan dan kelembaban kelas double handed ini bergerak rasanya kena ada tolakan dan lonjakan kerjasama antara MYA dan MSN bagi membantu dengan mulai mengalih prioritas dari lebih kepada Optimist dan mulai memandang kelas doublehanded secara bersepadu. Hingga kini Kedah, Melaka, Terengganu dan Sabah mendapat sedikit limpahan dari kejohanan SUKMA tetapi tersangkut apabila tiba giliran Pahang yang lepas atas kesilapan teknikal dan strategi.

Sekian untuk halwa tatapan anda..