Ahad, 23 Oktober 2011

Circuit Kebangsaan MMRC

Berikut adalah komen dari tanpa nama berkaitan dengan match racing circuit MMRC yang mana rasanya elok kita lihat, perhalusi dan mungkin boleh diperdebatkan dan rasa adakan pro dan ada yang kontra. isu yang dihighlightkan juga adalah antara yang bermain dalam kepala untuk diperbincangkan pada sambungan posting yang terakhir. Sesuatu perkara baru biaslah akan jadi sebegitu ada banyak pro dan kontra dan mungkin perlu kepada MYA mengeluarkan/memberi penjelasan pada masa-masa terdekat. Juga mengambil kira pandangan-pandangan yang dikeluarkan apabila penjelasan telah dibuat. Tidak semuanya betul dan tidaklah pulak semuanya salah. Mungkin ada masa kita terlepas pandang akan sesuatu isu atau satu isu yang kita rasa remeh tetapi tidak bagi pihak lain. Surat yang dikeluarkan amat terlampau ringkas dan banyak yang perlu diperhalusi seperti komen tanpa nama. tetapi saya percaya MYA sudah tentu semestinya dari awal telah mempunyai semua keperluannya untuk menjayakan circuit ini.
 
Tanpa Nama berkata...
cadangan mengadakan mmrc circuit adalah sangat bagus bagi memantapkan lagi pelayar-pelayar malaysia. dapat di lihat dimana aksi MMRC lebih baik dari AMRC menunjukkan pelayar pelayar malaysia mempunyai potensi untuk lebih maju di dalam sukan ini. tetapi :-

-adakah liputan pertandingan seperti mmrc.. sebab takder sponsor yang nak taja kalau buat game setakat melepaskan batuk di tangga.

-adakah mya sudah bersedia? atau sekadar mengaut keuntungan???

-bagaimana dengan penggunaan bot pula? adakah bot bot yang digunakan mempunyai setting/berat/dan layar yang sama?

-Juri (umpire) yang bakal di lantik adakah dari yang berpengalaman? atau hanya diambil dari mereka yang pergi mengikuti kursus juri?. kerana biarpun mereka telah pun mengikuti kursus mereka tidak pernah menjadi salah seorang umpire semasa mana mana kejohanan Match racing.

-Damage deposit untuk kerosakan boat pula bagaimana?

-Adakah cash prize yang dijanjikan akan diterima oleh pemenang. atau akan ditukarkan kepada barang barang pelayaran yang terdapat di MYA?

- Masih banyak lagi persiapan dan perkara yang perlu di bincangkan bagi menjayakan MMRC circuit saya harap, MYA membuat persiapan lebih awal dan memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan cemerlang.

-ulasan bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, sekadar mengingatkan bahawa pelayar pelayar juga mempunyai impian juga mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada sesebuah organisasi. ada yang sanggup mengobankan cuti bagi menyertai sesebuah kejohanan. biarlah apa yang mereka korbankan berbaloi kepada mereka. 


My comment next...

Khamis, 20 Oktober 2011

Cari kerja - Peluang kerja

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi jurulatih kebangsaan, semalam saya menerima 2 email yang mengandungi message yang sama menawarkan jawatan kosong sebagai jurulatih kebangsaan.

Surat yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kejurulatihan MYA tersebut amat ringkas menawarkan jawatan jurulatih tanpa mengandungi butiran lengkap berkaitan dengan keperluan-keperluan dan syarat-syarat yang diletakkan beserta dengan apa yang ditawarkan sepeti mana surat tawaran dari Sandakan Yacht Club yang paparkan pada beberapa posting lalu rasanya lebih detail. Jadi kepada sesiapa yang berminat sila hubungi MYA sendiri ye..

Jangan lupa passkan info ni kepada kawan-kawan mungkin ada yang berminat.

Berikut adalah suntingan dari email yang saya terima:

Kepada :  Semua Persatuan Negeri/Kelab dan Jurulatih



Tuan/Puan yang dihormati,



JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURULATIH KEBANGSAAN



Dengan segala hormatnya pihak kami rujuk dengan perkara di atas.



2.            Sedia maklum bahawa  Persatuan Pelayaran Malaysia  memerlukan dua orang untuk menyandang jawatan jurulatih Kebangsaan.  Sehubungan dengan itu, sesiapa  yang  berminat boleh menghantar CV anda kepada alamat berikut seperti tetapan dibawah:-. 



PERSATUAN PELAYARAN MALAYSIA

C/O :  Royal Port Dickson Yacht Club

                        Batu 4 1/2, Jalan Pantai,  71050 Port Dickson

                        Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.
            E: aqirhassan@gmail.com


So Berminat? Jangan tunggu lagi nombor dan contact boleh di dapati dari MYA melalui email yang di sertakan atau boleh bertanya kepada saya....kalau susah sangat nak dapat.



National Circuit Match Racing

Berlanjutan posting semalam berikut adalah maklumat berkaitan yang saya katakan diterima dari MYA. Adakah ianya bermakna pada tahun hadapan MYA dalam langkah awal akan mengambil alih penganjuran acara match racing MMRC dan mungkin seterusnya AMRC dan WMRC Monsoon Cup? Ianya bermula dengan kerjasama dari syarikat T-Best yang sebelum ini menjadi penganjur bagi ketiga-tiga acara tersebut.

Juga bermakna tidak lagi seperti tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya maka setiap pasukan yang berhajat untuk mengambil bahagian dalam Malaysian Match Racing Championship (MMRC) bagi kelayakan World Match Racing Championship (WMRC) Monsoon Cup perlulah mengikuti circuit kebangsaan ini kerana hanya 8 pasukan terbaik keputusan 4 ranking tersebut sahaja layak ke MMRC.

Jadi setiap team yang hendak dibentuk perlulah bekerja sekarang memikirkan perihal sponsor, program latihan dan pertandingan serta pelepasan majikan/sekolah/institusi dan juga lain-lainnya. MYA juga perlu memikirkan apakah setiap pasukan yang berdaftar hanyalah nama pasukan atau nama pasukan dan skipper sahaja perlu berdaftar sebagai pasukan pada kesemua circuit atau kesemua ahli pasukan perlu berada pada setiap circuit tanpa boleh ditukar. Memandangkan komitmen untuk menjayakan acara match racing ini agak besar dan ada peserta yang berkemungkinan tidak dapat mengambil bahagian sebagai contohnya kita lihat team Hazim baru-baru ini, tidak dapat menyertai AMRC apabila crewnya tidak mendapat pelepasan cuti.

Berikut saya sertakan suntingan daripada email yang dihantar ke email box saya.

Tarikh : 18 Oktober 2011



Kepada : Semua Setiausaha Kehormat Persatuan Negeri dan Kelab



YBhg.Dato' /Tuan dan Puan yang dihormati,



 KALENDAR SUKAN PERAHU LAYAR TAHUN 2012



Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.



2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pelayaran Malayasia dengan kerja sama Syarikat T-Best Sdn Bhd akan menganjurkan “Circuit Match Racing” pada tahun 2012. Bagi tujuan tersebut Sebanyak Empat kejohanan KFC  Peringkat negeri telah dipilih seperti  berikut:

1.     KFC Langkawi International Regatta Perdana -Kedah
2.     KFC Lumut Open Regatta - TLDM
3.     KFC Selangor Open Regatta - RSYC
4.     KFC Terengganu Open Regatta – Tereangganu


Kesemua 4 kejohanan ini adalah ranking kebangsaan bagi kelayakan ke pertandingan akhir  iaitu  "Malaysia Qualifier". Hanya 8 pasukan terbaik sahaja yang akan layak ke pusingan akhir. Bagi pasukan yang tidak mengikuti circuit ini tidak di benarkan mengambil bahagian dalam Malaysia Qualifier .

Rabu, 19 Oktober 2011

Malaysia- ISAF Grade events??

Seperti yang dijanjikan pada post bertajuk  Info Awal Aktiviti MYA Tahun Depan 2012 saya telah menyelongkar beberapa sumber untuk mendapatkan kepastian perkara ini. 

Ya memang benar bukan setakat tercatat dalam kalendar MYA tetapi juga terdapat di dalam kalendar ISAF boleh di cari di www.sailing.org di bawah kolum events & ranking telah mencatatkan
  1. Pertandingan Langkawi International Regatta Perdana sebagai ISAF Grade 3 events untuk acara-acara kelas Olimpik yang dipertandingkan.
  2. Asian Sailing Championship sebagai ISAF Grade 4 untuk match Race dan ISAF Grade 3 untuk acara kelas-kelas Olimpik yang lain.
Tapi tak nampaklah pulak Match Racing Circuit Kebangsaan. Mungkin MYA belum menghantar Notice Pertandingan ini kepada ISAF kot. Atau belum buat pun lagi Notis dan Peraturan Pertandingannya yang sepatutnya keluar lebih awal sebelum kejohanan circuit bermula. Maknanya perlu ada satu peraturan yang standard bukannya bergantung kepada venue yang menganjurnya. Peraturan untuk menyediakan notis lebih awal ini juga telah ditetapkan oleh ISAF seperti di bawah (dicedok dari web ISAF)

27.1.5 Grade 3 events

All-Olympic Class events
International Olympic Class events (other than those included as Grade 2)
Additional Criteria
  1. 10 or more competitors from at least 2 nations
  2. Standard notice of race to be used and distributed six (6) months before event
  3. Where an International Jury cannot be established, the Chairman of the Protest Committee shall be an International Judge.
Points for each grade of event are multiplied by a factor to reflect the importance of the event. This multiplier is called 'F'. The grade of the regatta also determines the percentage of competitors who receive ranking points. For 'W ' regattas the top 90% of competitors are awarded points; Grade 1 & Grade C1 - 70%; Grade 2 & Grade C2 - 50%; and Grade 3 - 20%.

Isu Match Racing ni baru kejap tadi satu email masuk berkaitan dengan acara ini nantilah akan dipostkan kalau berkesempatan.
Risikan dalaman MYA juga menyatakan bahawa acara Match Racing ini tidak menggunakan dana sedia ada MYA malah ianya akan mendapat suntikan dana yang lebih besar memandangkan MYA akan mengambil alih acara penganjuran Monsoon Cup seperti yang di war-warkan dalam media baru-baru ini. Saya juga dimaklumkan bahawa dana ini juga akan turut digunakan untuk membangunkan sukan pelayaran secara keseluruhan. Kita tunggu dan lihat sahaja...harap-harap menjadi bagai dikata. So ini telah menjawab keraguan saya pada posting yang sama berkenaan berkemungkinan dana MYA akan melayang ke keel boat setelah pembangunan kelas small dinghy pun masih tidak dibangunkan seperti apa yang diharapkan.
Apa-apa pun saya tidaklah begitu berbangga sangat dengan kejayaan mendapat ISAF Grade 3 bagi kelas keel boat match racing ini memandangkan MYA hanya meneruskan atau menangguh di air jernih terang benderang yang telah dijalankan oleh pihak lain sebelum ini.
Apa yang saya banggakan adalah kejayaan Langkawi International Regatta Perdana mendapatkan kelayakan ISAF Grase 3. Tahniah kepada Kedah Sailing Association (KSA) atas usaha keras ini. Saya telah sekian lama menyatakan bahawa usaha harus dilakukan untuk mendapatkan/memohon untuk graded event di mana apabila penganjuran acara yang mendapat grade ISAF bermakna akan mendapat penyertaan peserta luar negara, termasuk penganjuran yang lebih profesional dan akhir sekali secara automatik mampu membawa tahap pelayar kita kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ini bemakna KSA telahpun sebelum ini sekurang-kurang 2 atau 3 tahun berturut-turut melakukan beberapa perkara pokok yang menjadi syarat-syarat ISAF:
  1. Mengeluarkan NOR lebih awal 6 bulan awal secara konsisten beberapa tahun kebelakangan ini
  2. Laporan setiap tahun kepada ISAF berkenaan dengan penganjuran dan keputusan
  3. Penyertaan luar negara yang mencukupi mengikut kehendaki ISAF
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya International juri dalam pengurusan kejohanannya
Bermakna selepas ini KSA kena bekerja keras untuk mengekalkan kehendak-kehendak penganjuran oleh ISAF supaya lepas ni boleh meningkat ke Grade 2 antaranya:
  1. Kelas-kelas Olimpik yang dipertandingkan seperti Int 470 L & P, Laser Standard, Laser Radial Perempuan, Windsurf RSX Lelaki dan Perempuan mempunyai jumlah penyertaan yang memberangsang:
    1. Penyertaan peserta luar negara harus diusahakan dengan lebih giat untuk kelas-kelas di atas
    2. Menyediakan bot yang mencukupi bagi kelas-kelas tersebut untuk disewa terutamanya bot Int 470 yang sangat terhad (perlu bekerjasama dengan PPLATM/TLDM kalau perlu
    3. Menggalakkan penyertaan dalam negara oleh atlet tempatan supaya program pembangunan menuju ke kelas Olimpik tercapai
  2. Menganjurkan kejohanan mengikut kehendak-kehendak ISAF terutama menyediakan IJ malah lebih baik jika ada IRO.
Saya juga merasakan MYA perlu memainkan peranan membantu KSA dalam hal ini dan seterusnya memperkembangkan kepada venue-venue yang lain. Juga lebih serius dalam membangunkan kelas-kelas Olimpik bukan lagi setakat dengan kelas Optimistnya sahaja.


Banyak lagi ingin dikongsi rasa...bersambung ke lain posting....

Isnin, 17 Oktober 2011

Kursus Bot Penyelamat dan Bot Jurulatih

Kursus telah pun berakhir semalam. Semuanya berjalan lancar kecuali acara pemberian lesen agak tergendala dengan tidak kesemua lesen dapat diserahkan dalam masa dan ada beberapa peserta terpaksa menunggu.
Cadangan supaya dapat disediakan dengan sijil sekali beserta dengan lesen seperti kursus-kursus yang lain






Ujian praktikal mengkehendaki para peserta melalui secara zig-zag mengelilingi 4 boya menuju ke depan secara forward dan bergerak balik secara reverse dan seterusnya melakukan alongside di pontoon.

Ahad, 16 Oktober 2011

2nd Day Kursus Bot Penyelamat dan Bot Jurulatih

Hari kedua kursus Bot Jurulatih dan Bot penyelamat semakin memberat..
Peserta Kursus berkejaran untuk memasuki kelas hingga menyebabkan kesesakan dipintu masuk menyebabkan kelas terpaksa dimulakan sedikit lewat.
Tumpuan diberikan tetap hebat
Sesi petang dijalankan oleh penceramah dari jabatan Laut ke sape entah la...Capt Jasni nama diberi. Topik yang sangat berat hingga menyebabkan En fendy terpaksa memerah otak sampai terpejam dan cikgu Othman sudah berat sebelah memikirkan warna-warna dan bentuk lampu pada vessels. Thank captain!!!

 Esok hari terakhir kursus dan setiap peserta akan menjalani ujian latihan praktikal di air kita tunggu....






Jumaat, 14 Oktober 2011

Kursus Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat

Masih lagi mencari beberapa info untuk post yang terakhir sebelum menjawap beberapa persoalan? Untuk sementara waktu kita tinggalkan isu Match Racing tour/ISAF Grade 3 buat sementara waktu.

Kursus Bot Jurulatihd an Bot Penyelamat sedang berlangsung mulai pagi tadi agak ramai juga peserta kursus kira-kira seramai 47 peserta hadir dari jumlah kira-kira 50 yang mendaftar awal.

Antara yang tak kelihatan wakil dari Melaka, dari Johor hanya 1 orang dari 4 yang mendaftar. Dari Sabah juga hanya wakil dari Tawau (Albert) yang hadir, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya juga tidak hadir. Kedah mendominasi jumalh besar peserta kursus.

Isi kandungan mengikut kepada manual dari RYA, walaupun baru kali pertama tetapi isi kandungannya adalah merupakan apa yang telah dilakukan oleh jurulatih kita dalam rutin harian melatih dan mengajar menjadikan tiada masalah besar kecuali kepada beberapa peserta yang tidak aktif mengajar dan menggunakan bot jurulatih dalam latihan mereka.

Mr penceramah utama kita En Afendi GM MYA sedang memberikan lecture. Para peserta pula sedang tekun dan khusyuk mendengar lecture dari Mr GM

Hasilnya....pening kepala nampak berat sangat ke.                               Tengok coach Sahir selamber aje...siap jadi adviser lagi.


  








steadylah bu....hehh.he

 


Khamis, 13 Oktober 2011

Info Awal Aktiviti MYA Tahun Depan 2012

Korang dah tahu belum aktiviti MYA 2012... Tahniah awal-awal lagi MYA dah mengeluarkan rangka program untuk tahun depan...Dah agak lama jugak dah jadual aktiviti ni masuk dalam email gua...saja tunggu....takut ada pindaan segera.

Cadangan kalendar 2012 dikeluarkan oleh MYA untuk semakan ahli gabungan persatuan negeri dan memberi cadangan pindaan jika perlu. So arap-arap bila kau orang baca post ini, tolong-tolong ingtakan persatuan korang buat tindakan sepatutnya.

Selain dari jadual pertandingan dalam negara anjuran persatuan-persatuan gabungan juga terdapat 1 pertandingan peringkat asia yang dianjurkan oleh Malaysia (MYA). Sebagaimana sedia maklum dalam post lepaspun dah highlight benda ni dan surat tawaran pemilihan atlet pun dah dikeluarkan oleh MYA. Tahniah dan syabas sekali lagi atas pemilihan negara kita sebagai penganjur/tuan rumah bagi KEJOHANAN ASIAN SAILING CHAMPIONSHIP dan juga atas langkah awal diambil untuk mengadakan sesi pemilihan. Kejohanan ini adalah kejohanan terbesar pada peringkat asia yang melibatkan sukan perahu layar dalam acara multi events/kelas-kelas pelbagai selain kejohanan Asian Beach Games (ABG) yang baru masuk tahun ke-3 pada tahun depan rasanya. So lepas ni cuba-cubalah MYA bidding untuk ABG pula, cumanya ABG lebih grand sedikit kerana ia merupakan multi sports bukan sailing sahaja. Apa-apa pun special thank dan Congratulation kepada Mr GM kita. Idea ni terbit daripada dia dah beberapa tahun dah dan dia yang kuat melobi benda ni kepada negara-negara asia dan juga ISAF...tak caya, tanya gua...gua tahulah benda ni gua nampak...(ayat bodek tuuu) Yang lainpun sama juga menyambung dan  menyokong hingga terpilihnya Malaysia.

Selain itu terdapat juga aktiviti lain yang menjadi rutin tahunan (cuma antara buat dengan tak buat aje) seperti Kursus Jurulatih Tahap 1, Tahap 2 (tahun dah buat ke Tahap 2..tak tahu pulak den), malahan kursus jurulatih untuk Tahap 3 pun ada..Manualnya ada ke tak ade ni..rasa-rasanye belum siap....lagi kan..kan. Tak caya tanya pengerusi kejurulatihan. 

Kursus Race Management dan Race Officer Course (juga belum dibuatkan tahun ni, dah ke? mungkin dah kot...mungkin anjuran MYA sendiri bukan lagi dengan kehadiran dari ISAF Rep.) Juga dimasukkan beberapa siri  Kursus Lesen Coach Boat juga turut dimuatkan kesinambungan dari kursus pertama akan bermula esok.

Tidak ketinggalan ada satu klinik juga dimasukkan..tahun ini pun ada juga dalam kalendar rasenya tapi tak buat pun....iaitu LITC (Langkawi International Training Clinic). Last buat pada tahun 2010 merupakan klinik yang baik untuk semua mengambil bahagian dan tempatnya adalah terhad, pula diajar oleh coach luar negara yang berpengalaman deal dengan Olympic sailors...jadi harap-harap tahun depan menjadi.

Satu isu kat sini nampak ada perubahan dan penambahbaikan yang agak ketara. Acara keelboat match racing juga dimasukkan ke dalam acara kalendar tahunan dan diadakan secara tour atau litar dengan penutupnya adalah acara Malaysian Match Racing Championship (MMRC) di Teluk Warisan. Untuk menjayakan ini nampaknya (melalui berita dari akhbar dan TV) MYA telah menghantar key personnya untuk berbincang dengan ISAF nun di negara atas angin..(Switzerland bukan Goheadgostan) semasa World Match Race Tour di sana untuk mendapat persetujuan mengadakan acara ini. Beberapa isu kat sini:
  1. Perhati tak acara itu merupakan ISAF Grade 3 events nanti gua siasat apa kebendanya Grade-grade event ni.. apa kemudahan dan keuntungan yang kita dapat dari Grade 3 event ni.
  2. Adakah bermakna acara ini terbuka untuk negara luar juga sedangkan namanya adalah National Match racing circuit.
  3. Adakah mereka ini akan mendapat mata atau point ranking dari ISAF sedangkan namanya National (tanpa penyertaan negara luar)
  4. Terdaapt 4 circuit dan 1 final yang dinamakan Final Malaysian Match Racing Championship, adakah ini kejohanan yang sama MMRC yang diadakan tiap-taip tahun. Bermakna kalau ya bagaimana formatnya untuk tahun depan adakah akan sama atau hanya pasukan yang pungut mata semasa circuit malaysia sahaja akan dapat masuk ke final MMRC?
  5. Kenapa sekian lama kita menganjur kejohanan kelas-kelas dinghy tiada usaha sebegitu dari MYA untuk mendapatkan ISAF Grading sehinggalah ke Grade 1 ISAF. Kerana sebenarnya kalau usaha kearah itu dah dibuat duluuuuu...lagi rasanya dah lama secara sendirinya mutu sukan perahu layar dah sama taraf dengan negara-negara olimpian...tak caya...hangpa buat try cuba tengok. tetapi bila diperhatikan dengan teliti kejohanan LIRP Langkawi juga adalah ISAF Grade 3 tau..so nanti gua check lagi.
  6. Berapa banyakkah MYA akan laburkan pulak untuk acara ini. Adakah menggunakan penajaan yang sama ataupun mendapat funding dari sumber lain? Bukan apa rasanya kalau diperhatikan dari laporan-laporan semasa AGM bukan main lagi tegasnya MYA nak menggunakan duit bagi acara pembangunan terutama melibatkan aktiviti latihan dan pertandingan prestasi tinggi luar negara atlet, boleh dikatakan 90+% adalah tanggungan MSN kecuali tahun ini apabila MSN tak mahu menanggung program Optimist baru ada sedikit itu pun yang nampak hingga kini adalah kejohanan Optimist Asia di Singapura dan Kejohanan Antarabangsa di India (agaknye la). Jadi kalau tanpa penajaan dari sumber yang lain agaknya apa akan jadi dengan program pembangunan small dinghies. Kalau dari dana yang lain saya menyokong dengan teamat sangat dan ini merupakan langkah yang amat bijak dan menarik dalam meninggikan mutu sukan perahu layar negara...so ini pun gua akan ricky-ricky...tunggu.





Rabu, 12 Oktober 2011

Peluang Untuk Menjadi Jurulatih Pelayaran

Satu lagi email bari masuk: 
Sandakan Yacht Club mencari jurulatih bagi mengajar terutamanya kelas Optimist. Keutamaan diberikan kepada bekas pelayar kebangsaan. Berminat?? , sesiapa  yang berminat boleh menghantar CV anda kepada alamat berikut: 
 
Encik Alan C.K.Khoo
Setiausaha Kehormat
Kelab Yacht Sandakan
P.O.Box No.476
90705 Sandakan
Sabah,Malaysia
Tel:  089-212518
Fax:  089-215542
Email:sandakanyachtclub@yahoo.com 

Bersama ini saya sertakan tawaran dan keperluan-keperluan yang dikehendaki:

Selasa, 11 Oktober 2011

Aktiviti terdekat MYA

Wow dalam masa terdekat ni dalam kita dok hangat memperkatakan berkaitan dengan program MYA...nah kembali hangat beberapa acara akan berlangsung:

Aktiviti 1: Terdekat kepada jurulatih-jurulatih jangan ketinggalan hujung minggu ini untuk menghadiri Kursus Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat pada 14hb-16hb bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan (PLPLK) Langkawi.

Aktiviti 2: Dan tadi email saya menerima satu surat jemputan dari MYA yang di hantar kepada SU persatuan menjemput/memanggil sebenarnya dengan tajuk: PANGGILAN UNTUK LATIHAN FASA PERTAMA BAGI KELAS OPTIMIST UNTUK MELAYAKKAN DIRI KEJOHANAN IODA WORLD SAILING CHAMPIONSHIP 2012 DAN SUKAN SEA 2012 
  • Tarikh:  17hb-26hb Oktober 2011
  • Tempat: Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan
  • Peserta yang layak: 10 pelayar di bawah 12tahun Ranking Kebangsaan bersama pelayar kebangsaan sedia ada
Lepas tu masuk email yang bertanyakan kedudukan ranking termasuk dari AJK MYA sendiri rasanya. Apa yang sodap jawapannya kena tunggu final list dari cikgu Halim. Inilah yang kita dok tunggu-tungu kek mano kedudukan ranking pelayar-pelayar kita. so sama-samalah kita tunggu, harap-harap keseluruhan ranking akan dikeluarkan bagi semua kelas. 
Ini bermakna habis sahaja aktiviti 1 akan diadakan aktiviti 2, 
  1. lagi beberapa bulanke/minggu/hari ye? Ambik jamlah banyak ckit.
  2. sempat ke nak keluarkan senarai nama? dan nak antar kepada negeri-negeri, kena su yang jarang buka email tak ke kacau..Pas tu MYA x call balik confirmkan alamat x dapat datanglah bebudak tu.
  3. Jangan nanti ada pula keluar arahan dari bahagian membangun yang baru bangun.zzzz. xleh nak buat; alasan x cukup masa mana nak buat surat pelepasan, dan takut nanti alasan mana ada masa nak buat ranking kebangsaan sudahlah...heheh..
  4. Satu lagi Optimist World 2012 akan diadakan pada hujung tahun ini kan kalu x silap pada 30hb Dec hingga Jan 10hb 2012 kan? Adakah ini bermakna pemilihan akhir? Bilakah tarikh tutup untuk antar nama..kot-kot abis aje klinik dah kena antar nama...jangan buat syarat dah le harap-arap taklah ye?
  5. Lagi satu pemilihan untuk atlet bawah 12tahun sahaja rasanya takkah tinggi sekali macam tu sekali kot. Dalam team tu biarlah ada seorang ranking terbaik Malaysia turut mengambil bahagian sekurang-kurangnya melainkan kalau ke-5 pelayar bawah 12 tahun yang akan dipilih berada pada top 10 dan keputusan mereka juga agak konsisten sepanjang tahun saya setuju. Kerana rasanya kejohanan ini terlampau tinggi nilainya dan kita perlu juga ada 1 target untuk dapat good result bagi maintainkan sukan sailing dalam permerhatian pihak penaja dan pihak bertanggung jawab serta mendapat pandangan positif dari pihak awam/massa. Sepatutnya biar kejohanan IODA Asian dulu atau kejohanan Optimist Asean dulu antar dia orang semua satu team. Tapi kalau pelayar-pelayar bawah 12tahun dah berada dalam top 10 -15 Malaysia carry on wa sokong. Buka apa nanti takut dia orang tu shock. Base kepada keputusan di India rasanya boleh dibuat penilaian. Dan keputusan IODA Asan di Singapore juga buat penilaian sama..apakah pelayar terbaik Ranking mampu menggalas cabaran kalau tak den setuju aje.

Aktiviti 3: Dan sebentar tadi satu lagi email masuk kali ini berkaitan dengan Pemilihan atlet untuk ke Kejohanan Asian Sailing Championship. Kejohanan ASC akan diadakan pada 16-25 Februari 2012 bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.

Pemilihan akan diadakan semasa kejohanan Kebangsaan KFC-MYA-Milo/NSC bertempat di Timah Tasoh, Perlis pada 19hb-23hb Dec dan pemilihan terakhir akan di adakan semasa Kejohanan Ke-9 KFC-Langkawi International Regatta Perdana 2012 iaitu pada 09-12hb Februari seminggu sebelum Kejohanan ASC.
Kelas bot yang akan dilakukan pemilihan adalah seperti berikut:
 
No
Kelas/Kategori
Bilangan Atlit Lelaki
Bilangan Atlit Wanita
1.
Optimist
2
2
2.
Laser Standard
2
-
3.
Laser Radial
-
2
4.
Laser 4.7
2
2
5.
International 420
2
2
6.
International 470
2
2
7.
Hobbie 16
2 Team (Open)

8.
29er
2 Team (Open)

9.
Keel Boat/        Match Racing
2 Team


Dari sisi kanannya saya amat bersetuju dengan pemilihan tempat memandangkan kejohanan ASC juga akan diadakan di Langkawi bermakna keadaan kedua tempat adalah sama dengan keadaan semasa kejohanan ASC. tetapi pada pandangan sisi kiri saya eloklah jika sebelum pemilihan terakhir itu diadakan adakan satu latihan pusat atau klinik kepada list nama berdasarkan kejohanan kebangsaan dan ranking kebangsaan. Itulah salah satu kegunaan rankingkan....kann..kalau tak buat apa ranking. Pelayar yang terpilih selepas Regatta Perdana akan stay sampai kejohanan ASC. Amacam setuju tak?
Satu lagi had limit umur untuk kelas Laser 4.7 tak ade ke?...Optimist okeylah kita semua sudah maklum. Untuk kelas Int 420 camno pulak?...Ini kita tunggu response coach kebangsaan kita..