Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Isnin, 16 Januari 2012

Berita baik yang tak begitu baik - Pengambilan atlet kebangsaan baru


Untuk pengetahuan, makluman dan tidakan semua warga yang berminat. Persatuan Pelayaran Malaysia (PPM alias MYA) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah bersetuju untuk membuat pengambilan baru atlet kebangsaan. Surat makluman tersebut telah di keluarkan kepada persatuan-persatuan negeri melalui email siang tadi. Kepada yang ingin mengetahuinya dengan lebih terperinci bolehlah mengikutinya di link ini. ataupun seperti biasa di quick download.

Mengikut surat tawaran yang dikeluarkan:
  1. Pemilihan akan diadakan semasa Kejohanan Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi (RPAL) dan juga
  2. termasuk pencapaian-pencapaian yang lepas. 
  3. Kelas yang ditawarkan dan juga had limit umur yang ditetapkan;
  4. BIL
    KELAS BOT
    LELAKI
    WANITA
    UMUR
    1
    Optimist
    4 orang
    2 orang
    Berumur bawah dari 13 tahun (Tahun 2012)
    2
    International
    420
    2 orang (Crew)
    1 orang (Helm)
    2 orang (Crew)
    1 orang (Helm)
    Umur bawah 16 tahun (Tahun 2012)
    3
    Laser 4.7

    Tiada
    1 orang
    Umur bawah 16 tahun (Tahun 2012
    4
    Windsurfing
    2 orang
    2 orang
    Umur bawah 14 tahun (Tahun 2012)
  5. Bagi kelas windsurfing masih belum diputuskan sepenuhnya dan masih menunggu kata putus MSN
  6. Juga menyatakan yang pelayar yang hadir pada kejohanan RPAL sahaja dipertimbangkan bermakna yang tak hadir tidak akan dipertimbangkan.
  7. Lain-lain kriteria yang akan diambil kira:
    1. Kedudukan Ranking Kebangsaan terkini
    2. Kesesuaian bentuk badan (Berat dan Tinggi)
    3. Minat dan disiplin
    4. Kesihatan
    5. Kekuatan fizikal
    6. Kekuatan mental
  8. Dan yang terakhir sekali final word datang dari jawatankuasa pemilihan - yang masih ku ragui dan sangsi ketelusannya berdasarkan pemilihan-pemilihan atlet ke sesuatu aktiviti pada masa-masa lepas. 
Komen dan Pendapat. Kenapa saya katakan berita baik tetapi tak berapa baik:
  1. Bagi kelas Optimist rasanya tiada apa-apa komen semuanya dah berjalan secara lancar sejak dari mereka berumur seawal 9-10tahun jadi track record dan pencapaian mereka boleh di nilai tetapi bagi kelas-kelas lain agak rumit rasanya.
  2. Pencapaian apa yang lepas-lepas nak ditengok akan pencapaian mereka bagi kelas-kelas lain. Had limit umur yang ditetapkan adalah pelayar-pelayar yang lepasan Optimist  tahun lepas dan tiada track rekod atlet-atlet ini dalam kelas yang nak dipilih kecuali segelintir atlet sahaja.
  3. Program negeri bukannya base kepada keriteria pemilihan yang ditetapkan oleh MYA/MSN tetapi lebih kepada persediaan SUKMA dan rasanya amat sedikit yang menyediakan atlet seawal umur itu kecuali bagi bekas atlet Optimist kebangsaan yang berada di PLPLK Langkawi.
  4. Jadi makluman yang diberikan agak terlampau lewat diumumkan untuk negeri menyediakan atlet mereka, kalaulah dari hujung tahun dahulu dimaklumkan adalah lebih baik untuk sekurang-kurangnya bolehlah negeri-negeri yang mempunyai atlet-atlet optimist berbakat pada tahun lepas lebih bersedia dan akan mendapatkan persaingan atlet yang lebih hangat.
  5. Selain itu persatuan negeri juga akan mengalami masalah peruntukan untuk menghantar peserta-peserta muda ini bagi negeri yang bergantung sepenuhnya kepada MSN negeri masing-masing yang pada tahun ini kebanyakannya telah menghadkan atlet kepada atlet SUKMA sahaja.
  6. Tetapi setidak-tidaknya bolehlah menyelamatkan bekas atlet Optimist sedia ada untuk mereka meneruskan kecermerlangan mereka dalam kelas-kelas lain selepas itu dengan program latihan sepenuh masa supaya fasa transition berlaku lancar.
  7. Juga tidak dinyatakan bilakah pengambilan akan dilakukan apakah secara terus akan diserapkan atau pun beberapa bulan selepas itu, apakah nak dibuat selepas SUKMA ke?
  8. Bagaimana pulak hendak dinilai akan kriteria-kriteria yang hendak dilihat itu termasuk ranking terkini kalau tiada ranking mereka (kelas lain selain Optimist) bagaimana cara penilaian hendak dilihat terhadap faktor-faktor lain kekuatan fizikal sebagai contohnya dari mana data yang hendak didapatkan?
  9. Pada pandangan saya berdasarkan kepada had limit umur yang ditetapkan maka penambahbaikan diperlukan di dalam memilih atlet-atlet ini berdasarkan kepada keperluan masa mereka akan diserapkan. Contoh yang boleh diguna pakai:
    1. Kalaulah ada atlet yang hadir dalam kejohanan RPAL (saya percaya bagi kelas Optimist tiada masalah) maka ambil sekali ganda dari yang dikehendaki dan adakan dulu kem pemilihan.
    2. Bagi kelas-kelas lain jika tiada maka adakan juga kem pemilihan dengan menawarkan kepada persatuan-persatuan negeri. Tentukan had limit penyertaan 
    3. Dari sini barulah diadakan sesi pemilihan yang sebenarnya dan dapatkan data-data yang diperlukan dari faktor-faktor yang ditetapkan termasuklah mengadakan pemeriksaan kesihatan dan ujian kecergasan.
    4. Ini juga akan memberi sedikit masa dan ruang bagi negeri-negeri menyediakan atlet.
Apamacam....macam-macam....macam mana....macam yang terbaiklah.....itu macamlah kita mau.

Sabtu, 31 Disember 2011

MWSA dan ABG

2 singkatan nama yang mungkin baru dan tidak begitu dikenali oleh warga pelayaran.
MWSA adalah singkatan kepada 'Malaysia Windsurfing Association' merupakan persatuan yang baru sahaja ditubuhkan.dan mengadakan mesyuarat agong pertamanya semasa kejohanan kebangsaan baru-baru ini di Timah Tasik Lake Resort.
Tahniah kepada Mr Yeap Leong Soon dan Mr Afendy Abdullah yang terpilih sebagai Presiden dan Naib Presiden MWSA. Keduanya yang sememang mengalir darah w'surf dalam jiwa keduanya saya percaya akan meneraju persatuan ini ke arah kecemerlangan. Juga tahniah kepada barisan-barisan jawatankuasa yang di ketuai oleh setiausahanya Mr Zainal Misran.
Harapan kita barisan mantap ini akan lebih membantu membawa pembangunan sukan windsurfing ini setanding dan melebihi kelas-kelas lain di dalam pembangunan sukan negara. Kelas Optimist harus dijadikan bench mark kepada mereka untuk membawa sukan windsurf ke tahap kelas Optimist berada sekarang kerana kenapa tidak???? windsurf lah satu-satunya kelas bot yang mempunyai persatuan sendiri bergabung dengan MYA setelah kelas Optimist berjaya menempa namanya melalui persatuan kelas botnya MODA yang amat berpengaruh dan menjalankan pembangunan kelas Optimist lebih aktif dari MYA pada masa tersebut (awal 80-90an)...tetapi kini dah lebih 15tahun MODA telah berkubur tanpa nisan. Syukur kesinambungannya berjaya dilakukan oleh MYA dengan kerjasama erat MSSM dalam membangunkan kelas ini.
So kita menunggu apakah langkah yang akan diambil oleh pasukan AJK MWSA membentangkan blue print mereka dan kita seharus dan sememang akan membantu bersama mengorak langkah bersama kalau kena dengan langkahnya, jangan langkah sumbang sudahlah seperti mana kita melihat kepada persatuan kebangsaan kita yang liat untuk membentangkan perancangan jangkapanjangnya, ketiadaan polisi dan peraturan-peraturannya (termasuk dengan kejohanan ranking kebangsaannya) sering tak selaras dengan apa yang diputuskan dan dimaklumkan kepada persatuan anak gabungannya terutamanya dalam hal-hal melibatkan pemilihan atlet, tidak clear dalam beberapa perancangan mereka. Menyebabkan beberapa keputusan diputuskan secara adhoc oleh kalangan AJK yang sepatutnya mewakili keseluruhan persatuan negeri dan ini akan banyak terdedah perasaan prejudis terhadap wujudnya keputusan berkepentingan, budaya kronisma malahan kepada rasuah keputusan dan pengurusan boleh wujud. so kita harap barisan AJK MWSA perlu lebih kerap selepas ini berjumpa untuk mewujudkan long term dan short development plan bersama pandu arah yang jelas.

So apa pula ABG dan apa kaitannya dengan MWSA.?
ABG adalah membawa maksud Asian Beach Games dan tahun depan merupakan edisi ke-3 sukan ini akan dipertandingakan selepas edisi pertamanya diadakan (2008) di Bali, Indonesia dan tahun lepas (2010) di Muscat, Oman. Pada tahun 2012 nanti ianya akan diadakan di China. Juga merupakan baru berusia setahun jagung. Sediki detail:
  1. Jenis Sukan: Multisports beach games event
  2. Venue: Haiyang, China
  3. Tarikh: 16-22 Jun, 2012
  4. Sukan dan Acara dipertandingkan: 13 sukan dengan jumlah 49 acara/kelas. - beach basket ball, beach handball, beach kabaddi, beach sepaktakraw, beach soccer, beach volley ball, beach woodball, dragon boat, power paragliding, roller skating, sport climbing, windsurfing dan acara terakhir baru sahaja dipersetujui acara waterski/wakeboard.
  5. kelas bagi windsurfing: Bic Tecno 293 Lelaki dan Perempuan
  6. Entries bagi setiap acara: 2 lelaki dan 2 perempuan bersama dengan 1 peserta simpanan bagi setiap kelas dengan jumlah keseluruhan menjadi 6 orang penyertaan.
  7. Prosedur Penyertaan:
    1. Entry By Sports: sebelum May 15, 2011
    2.  Application for Accreditation: sebelum 31 Dec, 2011
    3. Entry By Number: sebelum February 29, 2012
    4. Entry By Name: sebelum April 30, 2012
  8. Penyertaan hendaklah dibuat menerusi Olimpik Councill (bagi Malaysia melalui MOM)
Jika dilihat sukan perahu layar telah dikurangkan acaranya berbanding dengan Oman dahulu dari 6 acara (RSX Men, RSX Women, Bic Techno Men, Bic Techno Women, Laser Radial Open dan Hobie 16 Open) kepada 2 acara sahaja dan hanya melibatkan windsurf sahaja.
Persoalan dan kaitannya dengan MWSA:
  1. Adakah MWSA concern mengenai hal ini dan telah mengambil tindakan-tindakan berkaitan dalam hal ini melalui MYA sebagai badan sukan kebangsaan berurusan dengan MOM?
  2. Adakah MWSA mempunyai hak untuk bersuara ataupun bersama-sama dengan MYA memutuskan tindakan-tindakan dan langkah-langkah dalam prosedur pemilihan, pendaftaran dan penyertaan atau MYA bersendirian memutuskan semuanya? Dimana kedudukan suara MWSA dalam hal ini?
  3. Adakah penyertaan awal by sports telah dilakukan oleh MYA kepada MOM untuk didaftarkan dan sudahkan berdaftar penyertaan pasukan Malaysia. Penyertaan penuh dicadangkan.
  4. Bagaimanakah polisi pemilihannya adakah akan dibuat sebarang pemilihan sebagai yang dilakukan untuk ABG ke-2 sebelum ke Oman.
Bagi saya ABG adalah salah satu acara yang boleh melihatkan bagaimana kesungguhan MWSA dalam meningkatkan sukan windsurfing ke tahap yang lebih tinggi dengan mengambil langkah serius membantu MYA dalam proses pemilihan atlet dan pegawai, merangka program latihan persediaan bagi acara ini dan seterusnya mensasarkan pencapaian terbaik atlet pada kejohanan ini.

Khamis, 20 Oktober 2011

Cari kerja - Peluang kerja

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi jurulatih kebangsaan, semalam saya menerima 2 email yang mengandungi message yang sama menawarkan jawatan kosong sebagai jurulatih kebangsaan.

Surat yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kejurulatihan MYA tersebut amat ringkas menawarkan jawatan jurulatih tanpa mengandungi butiran lengkap berkaitan dengan keperluan-keperluan dan syarat-syarat yang diletakkan beserta dengan apa yang ditawarkan sepeti mana surat tawaran dari Sandakan Yacht Club yang paparkan pada beberapa posting lalu rasanya lebih detail. Jadi kepada sesiapa yang berminat sila hubungi MYA sendiri ye..

Jangan lupa passkan info ni kepada kawan-kawan mungkin ada yang berminat.

Berikut adalah suntingan dari email yang saya terima:

Kepada :  Semua Persatuan Negeri/Kelab dan Jurulatih



Tuan/Puan yang dihormati,



JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURULATIH KEBANGSAAN



Dengan segala hormatnya pihak kami rujuk dengan perkara di atas.



2.            Sedia maklum bahawa  Persatuan Pelayaran Malaysia  memerlukan dua orang untuk menyandang jawatan jurulatih Kebangsaan.  Sehubungan dengan itu, sesiapa  yang  berminat boleh menghantar CV anda kepada alamat berikut seperti tetapan dibawah:-. 



PERSATUAN PELAYARAN MALAYSIA

C/O :  Royal Port Dickson Yacht Club

                        Batu 4 1/2, Jalan Pantai,  71050 Port Dickson

                        Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.
            E: aqirhassan@gmail.com


So Berminat? Jangan tunggu lagi nombor dan contact boleh di dapati dari MYA melalui email yang di sertakan atau boleh bertanya kepada saya....kalau susah sangat nak dapat.