Rabu, 25 Januari 2012

Kursus Kepegawaian buat Pegawai SUKMA

Kursus pertama pada tahun ini seperti yang terpapar di dalam kalendar MYA ini khabarnya telah tamat dan berjalan dengan dengan lancar.
Kursus telah dikendalikan oleh coach Norhisyam "Balok" Mat Nor dan Mr Hamdan Yahya.
Kehadiran agak memuaskan seramai 30 orang lebih dengan penyertaan yang dihadkan. Kalau tak mungkin lebih lagi akan menyertainya. Kebanyakan peserta terdiri dari anggota navy, MPK, FELDA dan cikgu-cikgu sekitar Pahang. Kebanyakan peserta ini adalah orang baru dan belum pernah terlibat dalam pengajuran kejohanan mahupun terlibat dengan sukan pelayaran.

Latihan teori dan praktikal di darat telah dijalankan. Latihan praktikal di laut tidak dapat dilakukan. Walaupun begitu dikatakan praktikal di darat berjalan dengan lancar, cuma di laut laut belum tahu lancar atau tak?

Bermakna dengan rata-ratanya adalah muka-muka baru dalam sukan pelayaran, mereka ini perlu didedahkan dengan praktis kejohanan sebenar bagi persiapan SUKMA nanti (jika benar 30 orang lebih dah kira besar).
Kejohanan MSSM dan adalah praktikal terbaik mereka setakat ini; dan dengan beberapa latihan di air sebenar boleh membantu mereka. Juga semasa kejohanan Pahang Open nanti biarlah 90% kepegawaian dah hadir sebagai test ground.

Jadi jika dilihatkan kepada jumlah penyertaan mereka ini dan jika boleh digunakan secara berterusan maka adalah langkah baik untuk mengatasi masalah seperti yang berlaku di Perlis dengan terlampau ramai pegawai teknikal dari luar tetapi khabarnya hanya segelintir sahaja yang benar-benar berfungsi menjalankan tugas dari awal hingga abis. Sebahagian lagi khabarnya hanya beraksi semasa nak turun air dan selepas naik hilang.

Tetapi pendedahan kepada pengendalian kepada kejohanan serta pemahaman kepada bagaimana pertandingan dijalankan dan kehendak sukan perahu layar perlulah mereka-mereka yang baru ini fahami dan jiwai. Rasanya untuk ini setiap negeri yang mempunyai pengerusi pembangunan ataupun pengerusi teknikal dalam persatuan haruslah menjalankan peranan mereka bagi mengendalikan kursus pegawai teknikal ini serta merancang aktiviti supaya mereka boleh mengendalikan kejohanan dengan baik.

Jika ini berkesan maka pada pertandingan-pertandingan nanti tak perlu ramai yang hadir dari luar hanya 'key person sahaja' untuk mengetuai bahagian-bahagian penting termasuk atas bot RC juga boleh dilimitkan.


Sedikit kurang enak didengar beberapa peralatan yang disediakan semasa kursus ini tidak menepatii kehendak dan keperluan. Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan mereka akan mengendalikan SUKMA, jangan sampai saat terakhir nanti apa pun tak ada dan belum dalam keadaan benar-benar bersedia, jangan ambik mudah walaupun masih jauh waktu SUKMA checklist dah kena mula buatkan?


Pengerusi Teknikal Kejohanan SUKMA dari MYA hadir tak masa aktiviti ni....? Harusnya mesti ada ini juga sepatutnya menjadi event untuk dia berkenalan dan mengenalpasti pegawai-pegawai yang bakal beraksi dan mula melihat akan kemungkinan masalah-masalah akan timbul dan maslahat yang akan difikirkan perlu.

Rabu, 18 Januari 2012

Corat-Coret Pelayaran dan MMRC

Komen dari Minah Gatal Miang (MGM) saya bersetuju memang sepatutnya MYA yang menguruskan sepenuhnya...tetapi seperti komen MGM juga kita kena improved tahap dan keupayaan kita dalam mengendalikannya terutama setaraf dengan apa yang dikendalikan semasa Monsoon Cup bukan semata-mata dari segi pengendalian pertandingan di air oleh Race Committee Manegementnya (Jgn lupa MGM....... orang yang sama juga berada dalam RC mereka dengan yang mengendalikan kejohanan tempatan tetapi biasalah ada beberapa lagi PRO's di atas mereka) malahan bagaimana mereka mengurus dan mengendalikan  acara yang dilakukan adalah jauh lebih awal dan teratur, ini kerana saya pernah terserempak beberapa kali dengan mereka semasa mesyuarat bersama dengan pihak kerajaan negeri dan persekutuan serta jabatan-jabatan yang akan terlibat. Bagaimana mereka menggunakan keseluruhan input yang ada semaksima mungkin dan langkah mengawal selianya. Saya ambik contoh bandingkan bagaimana kita mengendalikan kejohanan IODA Asian dan IODA World jauh berbeza dan akan datang ASC lagi beberapa hari sahaja kurang 1 bulan.

Ketiga-tiga acara yang telah dan akan kita kendalikan adalah satu acara yang sangat besar bagi saya dan kita kena dan sepatutnya gunakan sebaik mungkin untuk melakukan lonjakan terhadap sukan pelayaran di negara supaya orang boleh buka mata bukan Monsoon Cup sahaja acara pelayaran di Malaysia. Oleh itu publisiti adalah perlu dilakukan dengan sebaik mungkin sebagaimana T-Best berjaya melakukannya. Itu adalah kepakaran mereka dan seperti saya katakan mereka berorientasikan keuntungan tidak seperti MYA adalah badan/persatuan yang memajukan sukan yang mana rata-rata ahlinya berpaksikan kepada memaju, menaik taraf sukan pelayaran dan tidak semata-mata mau untung sendiri. 

Apa-apa pun kejayaan mereka menggunakan power...power apa?...termasuk power dari pangkat dan individu dalam organisasi mereka,... juga dan paling penting power duit yang diperuntukan kepada mereka. Itulah dalam posting lepas saya mengharapkan yang penajaan yang telah dikemukakan tidak terbantut dengan kegagalan berfungsinya apa yang telah dimeterai jika ada...dan seperti dilihat.

Mahu ataupun tidak kita memerlukan peruntukan kewangan bukan sekadar untuk bayaran kepada komiti-komiti yang mengendalikan... marah betul MGM kat RC kita...saya pun marah juga kadang-kadang...tetapi marah-marah sayang..kita nak tengok dia orang buat kerja yang lebih bermutu....off course...tak pe bagi lagi peluang untuk belajar. Berbalik kepada isu kewangan...diperlukan juga seperti contohnya kos penggunaan bot-bot dari pihak yang terbabit, kos-kos pembaikan, publisiti media massa dan elektonik, lain-lain pengurusan yang membolehkan ianya dijalankan dengan sempurna bukan sahaja kepada atlet tetapi pada mata masyarakat umum sepenuhnya dan barulah kita boleh lihat MYA mampu melakukan lebih baik dari apa yang T-Best lakukan. Tak lupa + pengalaman dan professionalism

Oleh itu seperti komen MGM kerjasama semua untuk menjayakannya amatlah diperlukan mengikut kepakaran masing-masing dan bak kata kawan kita yang sudi memberi pinjam guna bot kepada menjayakan circuit ini; demi maruah negara. Iaitu natijahnya kepada kesemua yang kita lakukan semuanya adalah untuk memartabatkan maruah negara. Tetapi takkan bagi pinjam percuma tentulah ada saguhatinya atau perjanjiannya...kan...kan...tidak semuanya hanya semata-mata kepada bentuk wang ringgit tetapi sesuatu bentuk lain yang boleh dilakukan kepada kawan-kawan mahupun secara bersendirian, jabatan atau persatuan yang menyumbang sebagai langkah menghargai mereka.

cop...

Isnin, 16 Januari 2012

Berita lanjut berkaitan dengan match racing circuit....


Salam satu malaysia,

Sedikit berita dari dari rakan-rakan di Langkawi menyatakan MYA telah mengadakan satu mesyuarat di Langkawi pada 14hb Januari 2012

Dari khabar yang diterima rupanya terdapat persetujuan bersama dengan pihak MYA dan T-Best untuk menjalankan circuit kebangsaan ini. Dan terkini katanya pihak T-Best tidak dapat/gagal  mematuhi perjanjian...tak tahulah pulak persetujuan apa mungkin mereka (T-Best) yang sepatutnya mengendalikan hal-hal berkaitan dengan penganjuran ini (promosi dan sebagainya??)  tetapi saya rasa pihak T-Best sebagai pihak pengurusan penganjuran profesional yang berorientasikan keuntungan dalam perkara yang mereka lakukan tentulah terdapat perkara-perkara tertentu yang mereka rasakan tidak dipenuhi ataupun bakal tidak mendatangkan faedah keuntungan yang setimpal dengan komitmen yang akan diberikan berdasarkan pengalaman-penaglaman mereka yang lepas menganjurkan World Match Racing Championship (WMRC)  ataupun Malaysian Match Racing Championship MMRC). Itu hanya MYA dan T-Best sahaja yang tau; tetapi kita sebagai warga pelayaran yang akan mendapat kesannya tentulah mengharapkan laba dari aktiviti kejohanan ini dan bukan bala yang akan menanti.

Apa pun saya bersetuju dengan langkah MYA memutuskan yang acara ini akan dikendalikan oleh MYA dan persatuan negeri cumanya kita berharap peruntukan yang telah diluluskan oleh pihak penaja akan berjalan seperti mana yang diputuskan. Siapa dia penaja utama kita KBS ke? berapa dapat bagi setiap penagnjuran? Apakah peruntukan yang sama yang T-Best dapat semasa menganjurkan MMRC dan WMRC akan MYA dapat semasa penganjuran tahun ini dan mampukah MYA menganjurkan dengan sempurna seperti mana yang dilakukan oleh pihak T-Best pada masa-masa lepas. Apakah T-Best hanya akan menaruh minat dalam menganjurkan MMRC dan WMRC sahaja. Okey juga kalau macam tu....tetapi dalam masa yang sama pihak T-Best sepatutnya memberikan khidmat nasihat (sebagai balasan kepada MYA memberikan pihak T-Best mengendalikan MMRC dan WMRC) semasa setiap kejohanan ranking circuit supaya pada masa depan MYA mampu berdiri sendiri.Kalau tak cari syarikat lain. Siapakah orangnya dalam MYA yang mengendalikan circuit kebangsaan ni...orang sama ke??

Apa-apa pun saya dimaklumkan kejohanan tiga hari pada circuit pertama ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM 10,000.00. Hairan juga kita bagaimana telah berpuluh tahun kita berkecimpung dalam sukan pelayaran ini bagi kelas-kelas lain termasuk kelas-kelas Olimpik tidak ditawarkan hadiah semewah itu. Kalau nak katakan dapat penajaan siapa yang cari MYA jugakan adakah ia jatuh bergolek takkan? Kadang-kadang macam ada diskriminasi dalam hal sebegini. Sekurang-kurangnya semasa final kejohanan ranking kebangsaan atau semasa Kejohanan kebangsaan bagilah hadiah-hadiah yang grand sikit, bagi pencapaian terbaik sepanjang tahun tak dapat 2-3 ribu, 10 ribupun jadilah....hahahhhh. Bukan jealous, dengki tidak sekali baguslah tu saya sokong 100% cuma saja bikin bising...mana tau kalau-kalau dapat tumpang semangkuk....bukan untuk diriku ini tetapi warga pelayaran sepenuhnya. Ayooh seseorang dalam MYA yang peri-hati-n..ya..

Sehingga kini pasukan-pasukan yang telah mengesahkan penyertaan mereka dengan penyertaan yang masih terbuka:



Team Jeremy
Team Permai
Team KFC / MYA
Team RSYC
Team Tiffany
Team Kedah
Navy 1
Navy 2
Team Razman

Jadik kepada pasukan-pasukan lain yang berminat terutama yang memasang impian untuk ke MMRC dan WMRC anda wajib menyertai circuit ini kerana hanya pasukan terbaik ranking layak ke MMRC sebelum layak ke WMRC setelah menjuarai MMRC.

Berita baik yang tak begitu baik - Pengambilan atlet kebangsaan baru


Untuk pengetahuan, makluman dan tidakan semua warga yang berminat. Persatuan Pelayaran Malaysia (PPM alias MYA) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah bersetuju untuk membuat pengambilan baru atlet kebangsaan. Surat makluman tersebut telah di keluarkan kepada persatuan-persatuan negeri melalui email siang tadi. Kepada yang ingin mengetahuinya dengan lebih terperinci bolehlah mengikutinya di link ini. ataupun seperti biasa di quick download.

Mengikut surat tawaran yang dikeluarkan:
  1. Pemilihan akan diadakan semasa Kejohanan Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi (RPAL) dan juga
  2. termasuk pencapaian-pencapaian yang lepas. 
  3. Kelas yang ditawarkan dan juga had limit umur yang ditetapkan;
  4. BIL
    KELAS BOT
    LELAKI
    WANITA
    UMUR
    1
    Optimist
    4 orang
    2 orang
    Berumur bawah dari 13 tahun (Tahun 2012)
    2
    International
    420
    2 orang (Crew)
    1 orang (Helm)
    2 orang (Crew)
    1 orang (Helm)
    Umur bawah 16 tahun (Tahun 2012)
    3
    Laser 4.7

    Tiada
    1 orang
    Umur bawah 16 tahun (Tahun 2012
    4
    Windsurfing
    2 orang
    2 orang
    Umur bawah 14 tahun (Tahun 2012)
  5. Bagi kelas windsurfing masih belum diputuskan sepenuhnya dan masih menunggu kata putus MSN
  6. Juga menyatakan yang pelayar yang hadir pada kejohanan RPAL sahaja dipertimbangkan bermakna yang tak hadir tidak akan dipertimbangkan.
  7. Lain-lain kriteria yang akan diambil kira:
    1. Kedudukan Ranking Kebangsaan terkini
    2. Kesesuaian bentuk badan (Berat dan Tinggi)
    3. Minat dan disiplin
    4. Kesihatan
    5. Kekuatan fizikal
    6. Kekuatan mental
  8. Dan yang terakhir sekali final word datang dari jawatankuasa pemilihan - yang masih ku ragui dan sangsi ketelusannya berdasarkan pemilihan-pemilihan atlet ke sesuatu aktiviti pada masa-masa lepas. 
Komen dan Pendapat. Kenapa saya katakan berita baik tetapi tak berapa baik:
  1. Bagi kelas Optimist rasanya tiada apa-apa komen semuanya dah berjalan secara lancar sejak dari mereka berumur seawal 9-10tahun jadi track record dan pencapaian mereka boleh di nilai tetapi bagi kelas-kelas lain agak rumit rasanya.
  2. Pencapaian apa yang lepas-lepas nak ditengok akan pencapaian mereka bagi kelas-kelas lain. Had limit umur yang ditetapkan adalah pelayar-pelayar yang lepasan Optimist  tahun lepas dan tiada track rekod atlet-atlet ini dalam kelas yang nak dipilih kecuali segelintir atlet sahaja.
  3. Program negeri bukannya base kepada keriteria pemilihan yang ditetapkan oleh MYA/MSN tetapi lebih kepada persediaan SUKMA dan rasanya amat sedikit yang menyediakan atlet seawal umur itu kecuali bagi bekas atlet Optimist kebangsaan yang berada di PLPLK Langkawi.
  4. Jadi makluman yang diberikan agak terlampau lewat diumumkan untuk negeri menyediakan atlet mereka, kalaulah dari hujung tahun dahulu dimaklumkan adalah lebih baik untuk sekurang-kurangnya bolehlah negeri-negeri yang mempunyai atlet-atlet optimist berbakat pada tahun lepas lebih bersedia dan akan mendapatkan persaingan atlet yang lebih hangat.
  5. Selain itu persatuan negeri juga akan mengalami masalah peruntukan untuk menghantar peserta-peserta muda ini bagi negeri yang bergantung sepenuhnya kepada MSN negeri masing-masing yang pada tahun ini kebanyakannya telah menghadkan atlet kepada atlet SUKMA sahaja.
  6. Tetapi setidak-tidaknya bolehlah menyelamatkan bekas atlet Optimist sedia ada untuk mereka meneruskan kecermerlangan mereka dalam kelas-kelas lain selepas itu dengan program latihan sepenuh masa supaya fasa transition berlaku lancar.
  7. Juga tidak dinyatakan bilakah pengambilan akan dilakukan apakah secara terus akan diserapkan atau pun beberapa bulan selepas itu, apakah nak dibuat selepas SUKMA ke?
  8. Bagaimana pulak hendak dinilai akan kriteria-kriteria yang hendak dilihat itu termasuk ranking terkini kalau tiada ranking mereka (kelas lain selain Optimist) bagaimana cara penilaian hendak dilihat terhadap faktor-faktor lain kekuatan fizikal sebagai contohnya dari mana data yang hendak didapatkan?
  9. Pada pandangan saya berdasarkan kepada had limit umur yang ditetapkan maka penambahbaikan diperlukan di dalam memilih atlet-atlet ini berdasarkan kepada keperluan masa mereka akan diserapkan. Contoh yang boleh diguna pakai:
    1. Kalaulah ada atlet yang hadir dalam kejohanan RPAL (saya percaya bagi kelas Optimist tiada masalah) maka ambil sekali ganda dari yang dikehendaki dan adakan dulu kem pemilihan.
    2. Bagi kelas-kelas lain jika tiada maka adakan juga kem pemilihan dengan menawarkan kepada persatuan-persatuan negeri. Tentukan had limit penyertaan 
    3. Dari sini barulah diadakan sesi pemilihan yang sebenarnya dan dapatkan data-data yang diperlukan dari faktor-faktor yang ditetapkan termasuklah mengadakan pemeriksaan kesihatan dan ujian kecergasan.
    4. Ini juga akan memberi sedikit masa dan ruang bagi negeri-negeri menyediakan atlet.
Apamacam....macam-macam....macam mana....macam yang terbaiklah.....itu macamlah kita mau.

Sabtu, 14 Januari 2012

Acara Pertama Match Racing National Circuit 1

Sehubungan dengan posting terakhir saya, akhirnya baru sekejap tadi saya mendapat maklumat dan hebahan berkaitan dengan kejohanan match racing kebangsaan. Secara kebetulannya kebimbangan dan keraguan kita juga menjadi satu perhatian MYA, tetapi seperti banyak kali juga berlaku acara-acara yang dirancang itu kadang-kadang macam tak jadi aje dan ada banyak juga yang tak jadi.

Jadi kepada sesiapa yang ada sebelum ini bertanya bolehlah dengan segera mengambil tindakan yang perlu. Sila click di sini untuk mendapatkan NORnya ataupun di Quicks Download.
Cumanya sepintas lalu saya lihat tiada pendaftaran awal yang perlu dibuat, bermakna semua pasukan yang ingin menghambil bahagian perlu melakukan pendaftaran seperti tercatat di dalam NOR pada 5hb dan 6hb.

Mungkin akan menjadi masalah kepada pasukan-pasukan untuk pertandingan pertama ini bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan penaja bagi pasukan mereka kerana lewatnya keluar NOR ini dan yang lebih penting daripada itu kita masih lagi kabur berkaitan perjalanan match racing ini sebagaimana kaburnya ranking regatta kebangsaan seperti posting lepas. Mungkin semasa kejohanan cicuit pertama nanti kita akan dapat melihat peraturan-peraturan dan dokumen berkaitan dengan perjalanan circuit kebangasan keel boat ini.

Jumaat, 13 Januari 2012

Maklumat acara MYA

Beberapa acara yang terdapat di kalendar MYA telah pun dihebahkan notis aktivitinya (NOR & NOC)
  1. NOR untuk RPAL/LIRP telah pun lama keluar bersama dengan notis
  2. ASC (untuk tindakan negara luar, untuk dalam negara pemilihan adalah semasa kejohanan RPAL jom hangatkan kejohanan pemilihan)
  3. NOC untuk klinik LITC: untuk kelas Optimist dan Laser
  4. NOR untuk Kejohanan PPLNPP-PSC 
  5. NOR Perak Open
Jadi kepada yang belum mendapatkan maklumat terkini bolehlah mendapatkannya.

Kehangatan 2012 akan mula terasa dengan kejohanan pertamanya sedang berlangsung di Langkawi bertempat di RLYC. Walaupun acara ini untuk keel boat tetapi dengan adanya national match racing ranking circuit yang mengikut jadual akan berlangsung pada 06 - 08hb Februari maka kejohanan yang sedang berlangsung ini akan menjadi sebagai pembuka acara/pemanas badan untuk keelboat event. Beberapa isu berkenaan dengan national match racing ini masih menjadi tandatanya dan tiada makluman dan hebahan kepada warga pelayaran.
  1. Format pertandingan yang akan dijalankan
  2. Notis pertandingannya masih lagi tidak kelihatan
  3. Kelas apakah yang akan dipertandingkan di Langkawi nanti
  4. bagaimanakah pendaftran untuk pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian
  5. dan banyak lagi isu-isu yang pernah dibangkitkan dalam blog ini sebelum ini begitu juga dengan komen-komen balas yang pernah diberikan oleh pelayar
  6. ataupun saya terlepas pandang....so bagi sesiapa yang ada maklumat terkini bolehlah kita syer bersama...ade ke?
Begitu juga dengan kejohanan ranking regatta. Semasa di kejohanan kebangsaan 2011 berlaku beberapa perkara/keputusan yang agak mengecewakan kita:
  1. Kenapa hanya acara Optimist sahaja yang dikira ranking pada tahun 2011 dan kelas-kelas lain tidak diambilkira. Ini sungguh mengecewakan bagi kita yang ingin melihat bukan sekadar Optimist sahaja yang menjadi keutamaan pembangunan sukan perahu layar negara, malah kita nak gah secara keseluruhannya terutamanya untuk kelas-kelas selepas Optimist membawa kepada Olympic Class. Mentaliti ini (melihat kepada kelas Optimist semata-mata) perlu diubah segera terutamanya untuk individu yang berada di dalam badan induk.
  2. Sedangkan tahun sebelumnya ranking ada dikeluarkan ini menunjukkan bukan maju ke depan tetapi berundur ke belakang. Siapakah yang bertanggung jawab terhadap ranking kebangsaan? Apakah usaha yang telah dilakukan?
  3. Langkah ini tidak memajukan sukan pelayaran terutama bagi kelas-kelas double handed, windsurf dan juga kelas-kelas Olimpik.
  4. Alasan yang diberikan juga adalah tidak meyakinkan dan alasan lepas tangan seolah tiada apa-apa yang dilakukan oleh MYA untuk mengawal selia ranking kebangsaan ataupun sebenarnya tiada orang yang ambil tahu sedangkan setiap kali kita pergi ke kejohanan banyak orang yang bercakap bagi pihak MYA dengan pelbagai versi.
  5. Semasa kejohanan kebangsaan juga dijanjikan yang kajian semula akan dilakukan terhadap ranking kebangsaan ini, apakah tindakan yang telah dilakukan?
Kejohanan pembuka tirai akan bermula dan sehingga April sahaja sudah ada 3 kejohanan. Kita nak lihat satu perubahan dilakukan kerana kita lihat buat masa sekarang acara bagi kelas-kelas lain hanya dijalankan oleh negeri sahaja itupun atas alasan persediaan SUKMA kalau tak ada SUKMA lagi hancus. Sumbangan MYA kita nak bukan sekadar nak memastikan acara tu ada dalam SUKMA (tu pun sampai kini acara windsurf masih lagi menjadi tanda tanya akan acaranya) tetapi melakukan sesuatu untuk menarik minat persatuan anak negeri bersama-sama memberi komitmen dan merancakkan pembangunan sukan perahu layar secara keseluruhannya bagi mencapai kecemerlangan.


Isnin, 9 Januari 2012

IODA World Perjuangan berakhir faktor angin tidak membantu


Kejohanan Optimist IODA World menutup tirainya hari ini. Ahmad Syukri 'Kiki' tidak dapat meneruskan perjuangannya pada hari terakhir ini disebabkan faktor angin yang begitu berat untuk bertiup pada hari ini.
Dengan hanya 11 pertandingan dan hanya 1 discard bermakna keputusan semalam adalah muktamad dengan hanya pertukaran posisi antara peserta Singapura Ryan Lo yang terpaksa turun 1 anak tangga kalah kepada peserta Peru apabila keputusan dirombak semula selepas berakhirnya protest untuk pertandingan semalam.

Bermakna keputusan 10 terbaik dunia adalah seperti berikut:
1 Kimberly Lim (SIN) 70 points,
2 Bart Lambriex (NED) 74 points,
3 Javier Arribas (PER) 77 points,
4 Ryan Lo (SIN) 78 points,
5 Francisco Ducasse (CHI) 87 points,
6 Ahmad Syukri Abdul Aziz (MAS) 90 points,
7 Wade Waddell (USA) 96 points,
8 Gabriel Elstrodt (BRA) 109 points,
9 Rodrigo Luz (BRA) 112 points,
10 Leonard Takahashi-Fry (NZL) 114 points

Keputusan lain-lain peserta Malaysia adalah seperti posting semalam.

Lain-lain ulasan menyusul.

Ahad, 8 Januari 2012

IODA World.....semakin mendebarkan peluang juara agak terbuka

Kejohanan Optimist IODA World semakin menuju ke penghujungnya dan besok adalah hari terakhir pertandingan dengan berbaki 4 pertandingan yang perlu dipertandingkan dan juga dengan 4 pertandingan maksima dapat dijalankan. Tiada kepastian dapat diberikan samada dapat dilengkapkan sebelum jam 1500 besok memandangkan kejohanan ini sentiasa sahaja tidak menentu dari tiada angin kepada keadaan PRO's terpaksa membatalkan jadual pertandingan kerana angin terlampau kuat.
Apa pun sehingga hari ini 11 pertandingan dapat dijalankan dan hanya 1 discard dilakukan menyaksikan peserta Singapura (Kimberly) berada di hadapan tetapi tidaklah begitu selesa. Tempat ke-2 peserta NED agak konsisten sepanjang kejohanan ini sentiasa berada di top-5. Tempat ke-3 seorang lagi peserta Singapura Ryan Lo yang juga sentiasa konsisten, Ke-4 peserta Peru dan ke-5 peserta Chile.
Peserta kita Ahmad Syukri beraksi kurang menarik pada 1 pertandingan pada hari ini menyaksikan ia jatuh dari tempat ke-2 semalam ke tempat ke-6. Pada 2 baki pertandingan terakhirnya lebih baik dengan 6 dan 3.
Walaupun begitu Syukri masih lagi berpeluang untuk menjadi juara jika beraksi cemerlang pada baki pertandingan besok. Jika dibuang discard lagi 1 race terburuk lagi para peserta 7 peserta berpeluang menjadi juara dunia (Ryan Lo-SIN, Kimberly-SIN, Syukri-MAS, Bart Lambriex -NED, Wade Waddel-USA,  Francisco Ducasse-Chile dan Javier Arrabas - PER). Dengan Ryan Lo agak cerah untuk menjadi juara dunia dengan 43 mata selepas 2 discard diikuti Kimberly, Syukri dan Bart Lambriex; tetapi seperti yang saya katakan 4 pertandingan berbaki besok kesemua mereka perlu konsisten berada pada top 10 atau lebih cerah berada pada top 5 dan mengelak dari mendapat lebih dari tempat ke-10 akan mencerahkan peluang mereka.

Kita berharap Syukri dapat lebih cool dan dapat beraksi dengan lebih cemerlang esok.
Manakala itu apa pula dah jadi dengan lain-lain pelayar Malaysia yang lain? Nampaknya peluang Isan untuk berada sekurang-kurangnya dalam 15 terbaik dunia agak samar dan mungkin boleh berada antara 25 terbaik sahaja.

Amirul Idham agak hanyut dipertengahan fleet sekarang di tempat ke 123. Efiezal pula disuku terakhir fleet  ke-168 dan pelayar program 2014 kita (Dhiauddin) di tempat 194 dari 210 peserta. Keputusannya pada hari ini seperti tidak menghabis atau tidak turun beraksi dalam keadaaan angin yang kuat bertiup pada hari ini.

So kita tunggu....esok.

Jumaat, 6 Januari 2012

IODA Worlds keputusan Berpasukan - Singapura Juara


Kejohanan IODA World sudah memasuki fasa kedua. Hari ini pelayar-pelayar melupakan kehangatan dan debar pertandingan (rest day) dan semalam juga bagi negara yang tidak berjaya masuk ke pusingan ke-2. Berakhirnya acara berpasukan dengan menyaksikan pasukan SINGAPURA bergelar juara dunia yang baru bagi tahun 2011 setelah Thailand pada tahun lepas mengungguli acara ini.
Singapura yang tidak pernah tewas dari pusingan awal mendapat bye di separuh akhir menanti pasukan Peru di pertandingan akhir yang telah ditewaskannya semasa di pusingan ke-2 dan menang dengan kemenangan 2-1 (best of 2).
Pasukan Peru menghadapi saingan yang agak sukar setelah tewas kepada Malaysia di pusingan pertama sekali lagi mengalami kekalahan kepada Singapura pada flight ke-2 pusingan ke-2 sebelum selepas itu mara dengan membalas dendam kepada Malaysia diperingkat suku akhir sebelum berjaya kemudiannya mengatasi NED dan pada pusingan separuh akhir mengatasi THA.
Pasukan Thailand terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 apabila tewas kepada pasukan Peru di separuh akhir. Berbekalkan 2 kemenangan awal pada flight pusingan ke-2, kalah kepada SIN dan bertemu dengan BRA di pusingan suku akhir sebelum mara ke separuh akhir.
Pasukan negara kita berjaya melepasi 2 halangan awal di pusingan ke-2 keatas SWE dan BRA sebelum tewas kepada THA dan terpaksa kemudiannya sekali lagi bertemu dengan Peru dan gagal mengekal kecemerlangan pada pusingan pertama, kalah kepada Peru yang mana kekalahan ke-2 ini menyingkirkan Malaysia untuk mara ke separuh akhir. Walaupun begitu syabas kepada barisan atlet negara kerana mereka merupakan antara 8 terbaik dunia dalam acara berpasukan ini.
Pelayar akan beraksi lagi besok untuk meneruskan acara individu yang baru 6 pertandingan sahaja dijalankan.

Keputusan Penuh Pusingan Ke-2 dan Final:



Rabu, 4 Januari 2012

IODA World semakin hangat...Masam-masam manis

Baru sahaja berkesempatan melayari tanpa layar website kejohanan optimist world. Ada beberapa isu masam manis pada keputusan setakat ini.

Manis:
  1. Kejohanan IODA World 2011 memasuki hari ke-4 setelah semalam hari ke-3 hanya 1 race sahaja dapat dijalankan. Seperti yang saya katakan Syukri yang berjaya belayar dengan baik pada pertandingan ke 5 melonjak ke tempat ke-8 overall setelah discard DSQnya.
  2. Dan hari ini pertandingan berpasukan dijalankan dengan Malaysia berada pada ranking ke-17, berdasarkan result pelayar-pelayar kita beraksi dengan cemerlang:
    1. berjaya mengatasi Mexico (Rank ke 32 yo..yo Mexxxiico) dan 
    2. pada pusingan berikutnya mengatasi Crotia yang berada pada rank ke-8.
    3. Setelah itu menang ke atas Peru team rank ke-5...
    4. Dan akhirnya Malaysia antara 16 negara yang layak ke pusingan berikutnya dengan diiringi oleh Singapore, Thailand dan China dari negara asia
  3. Video yang dimuat turun dari webresmi kejohanan:


Masam-masam bacin:
  1. Berdasarkan result team berbanding keputusan individu setakat ini kesimpulannya berkemungkinan pelayar-pelayar Malaysia kecuali Syukri bermasalah dengan big fleet race. Inilah kelemahan yang mula nampak apabila Optimist dikeluarkan dari program MSN yang mana program MYA tidak mampu untuk menyediakan program berterusan dalam membina keyakinan atlet (pada dasarnya skill atlet adalah tinggi). Ini boleh diambil pengajaran dari bekas beberapa pelayar Optimist yang handal seperti Haidir dan Hafizan black. Walaupun begitu saya bersetuju dengan langkah MSN menarik diri dari menaja program Optimist...cumanya bagaimana langkah MYA mengatasi masalah ini. Harap-harap pencapaian dalam acara berpasukan ini akan menaikkan keyakinan atlet dan boleh beraksi cemerlang pada perlumbaan seterusnya kata orang lambat panas sooo buang buroklah dulu....heeehhee marah GM dengan ayat ni.
  2. Keputusan DSQ oleh Syukri pada pertandingan pertamanya adalah kerana tidak membuat penalti yang complete atas kesalahan penalti RRS 42 dan pelayar seorang lagi juga mendapat penalti atas kesalahan yang sama pada juga race 1. Keduanya ditangkap oleh juri yang sama dan atas kesalahan yang sama di garisan permulaan. Ini rasanya semasa isyarat mula diberikan dan rasanyua keduanya tidak begitu menyedari bukan (dengan niat) akan kesalahan yang dilakukan kerana ianya sudah menjadi style yang dilakukan. Lebih malang Efiezal ditangkap kali kedua yang ia tamat di tempat terbaiknya tempat ke-5 dan hasilnya ia terpaksa menerima DNE juga kesalahan di garisan permulaan. 
    1. Kesimpulan yang ingin saya highlightkan di sini adalah kesalahan di garisan permulaan adalah satu kesalahan yang paling kerap berlaku dalam kejohanan-kejohanan dalam negara dan akibatkannya pelayar membentuk karektor-karektor yang boleh melanggar peraturan seperti pelanggaran RRS 42. pelanggaran bot yang tidak siapa ambil peduli untuk membuat penalti. 
    2. Pernah beberapa tahun dahulu apabila IJ dari luar negara datang ia membuat protest terhadap banyak bot dan Bryan Willis juga pernah menimbulkan isu ini.... dan nampak senyap kejap.
    3. Kebelakangan ini perkara ini timbul kembali mewarnai pertandingan ranking dalam negara
    4. Apakah jalan penambahbaikan yang boleh kita lakukan memandangkan kejohanan ranking kita yang kebanyakannya sekarang dalam lingkungan 50 bot dan lebih, melibatkan pelayar senior dan pelayar baru yang boleh dikatakan kadang-kadang kesalahan dengan sengaja dilakukan oleh kedua-kedua belah pihak...satu tidak tahu undang-undang dan satu lagi tak ambil kisah budak baru dia takkan protest punya... Apakah perlu kepada pecahan fleet antara senior dan novis.
    5. Apakah Efiezal sedar ketika ia kena tangkap atas kesalahan RRS 42 untuk kali kedua dan apakah tindakan yang ia perlu lakukan? Atau ada perkara/hal lain yang berlaku ketika itu.
Apa-apa pun kepada pelayar-pelayar tahniah atas kecermerlangan yang telah anda capai...teruskan usaha dalam mencapai keputusan terbaik dalam acara berpasukan dan baki pertandingan individu yang ada. Pencapaian anda akan memberikan impak kepada program pembangunan perahu layar negara terutama bagi persediaan Sukan Asia 2014. Ayuuuooooh



Pesan kepada Orang di Dapur

Pesan Orang di Dapur: Ini gua dapat dari salah satu blog...so kebenarannya tidak dapat disahkan lah tetapi sama-samalah beringat.....zamanla ni macam-macam penyakit...ado...pening-pening.

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

Oleh P. Aruna

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8AXWLfuE9pmafSlRWDosCCVXHSKBkJWIyVhfbrmFSaR3holprb4oJoN1c05-IDY0At0dOPD2PJhprYSajNvQNfneAF9vmK897ez_DtAtDZVL_IpYq3uz0EH3naqRfpx3yhD0_lnDNmEye/s1600/jebateja+minyak+masak+tikus+licin+%25282%2529.JPG

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

Isnin, 2 Januari 2012

Kejohanan IODA World 2011

Kejohanan Optimist IODA World sudah memasuki hari kedua. Aksi-aksi pelayar negara boleh di layari di web kejohonan http://www.optiworldsnz.org.nz/ 

Senarai atlet Malaysia yang beraksi boleh di dapati dari blog coach sahir

Keputusan sehingga kini telah berjaya dijalankan 5 pertandingan dengan hanya 1 pertandingan pada hari pertama.

Secara kasarnya kedudukan pelayar kita tidak berada pada yang selesa tetapi kedudukan Syukri mungkin akan berubah lebih baik dari tempat ke-29 sekiranya DSQnya (x tau atas kes ape?) dapat discard. begitu juga dengan keputusan Insan masih agak ke bawah. Pelayar-pelayar negara yang lain berada dipertengahan fleet dan pelayar cilik kita agak mencorot. Khabarnya angin tidaklah begitu kencang tetapi keadaan angin dan kondisinya agak tidak menentu. Keputusan boleh dilihat di sini.

___________________________________________________________________________

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012



Detik..demi detik
hari demi hari,
hingga bulan demi bulan 
telah mengusung banyak cerita, 
suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, 
tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat, 
kini tahun baru telah menyambut kita, 
saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kesuksessan, 
kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan
Harapan Tahun Baru ini -
Kita akan memiliki 
visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru
yang akan lebih baik dari hari kelmarin ..  
Selamat Tahun Baru 2012 buat semua!