Isnin, 26 Julai 2010

Coretan dari Larg, Scotland

1. Proses measurement tanpa layar yang masih sangkut di airport


2. Layar sampai dengan tube yang hancur dan hilang 2 batten hilang.

3. Boat Preparation

4. Opening ceremony
5. Bersama kembar siam (dari) Sepusat Sepusing mak lain-lain, bapak asing-asing, negara pun lain.

6. Nizam best achievement kat Larg Scotland. Jarang-jarang berlaku berjaya bermula dengan baik di port end. Tu yang paling depan kat hujung bow bot RC tulah dia.
10 races 6 good start kat port end (kecuali 1 race tu OCS tapi kira baguih la terover sikit aje budak leeward tu agresif sangat). Cuma kurang menarik dia punya approach agak streotaip sama aje tak pelbagai takut nanti jadi macam Harith lah plak hanya baguih start dari belakang starboard side starting line.
4 hampas start kat starboard tak tau apa dah jadi kerana selalunya dia paling konfiden malah kadang-kadang over konfidence kat starboard end.

7. Suhu kat sini dalam kategori sejuk tapi tak lah sampai sejuk gila...average 14-18 darjah celcius, so dalam tak sejuk tu tiap ari belaga gigilah juga dan lagi satu tiap-tiap hari melilih kat hidung bukan apa dia punya windchill tu yang sejuk sikit. Sinar matahari agak payah nak nampak masa kat air, balik ke darat adalah 2 hari yang sedikit cerah lain kelabu aje.

8. Penginapan Bed & Breakfast (B&B) ok lah setakat nak tidur....cuma tak de tempat nak jemur baju pun payah dan bilik kita orang lebih kurang macam kat loteng aje.

9. Jalan-jalan kat sini banyak tandas-tandas sekeliling jalan pantai tapi bukan untuk orang tapi untuk anjing...nanti gua tunjuk sama lu.....jalanpun kena mengelak aje.

10. Good bye my croc (palsu punyalah made in Thai) dah 2 kali malukan aku...kat tempat sama pulak tu (Padang Monumen Pencil) hampir-hampir tertiarap nasib baik teror setakat jatuh ajelah so...ingat tinggal kat sini ajelah.

11. Apa lagi yang boleh ditinggalkan...nak bawak balik pasti kena over weight ni...Romzi pun satu awat dia tinggai tiller dia kat kita orang....so apa lagi team Thailand lah jadi mangsa tumpang sedikit barang kat dia orang. Nanti hujung bulan Ogos nak ke Hayling Island lah ambik balik. Budak Thai tu duduk sini dekat 6 minggu lebih training dan competition under jagaan bapa angkat dia Gareth Owen.

12. Any way thank Gareth untuk kongsi coach boat tak sempat jumpapun semasa abis games dia orang terus balik. maklumlah Keerati berada pada kedudukan kurang menarik pada kejohanan ini.

13. Akhirnya naik juga Nizam ke pentas. Setelah bermula agak krang memuaskan terutama selepas mendapat OCS dan sehari selepas itu sebelum 2 discard drop sampai berada pada kedudukan ke-20. Akhirnya berjaya dengan cemerlang beraksi baik pada perlumbaan hari terakhir tamat 2 dan 4 terus melonjakkan ia ke tempat ke 7 selepas 2 discard.

Kelemahan paling ketara adalah hilang konfidence semasa downwind handling dan tidak dapat beraksi pada downwind sailing terbaiknya. Disamping itu teknik downwind juga perlu diperkemaskan secara keseluruhannya melibatkan best balancing terhadap pelbagai kondisi ombak semasa bearing down dan luffing up, maximize acceleration, teknik on bot trim dan sail trim pada keadaan-keadaan tersebut.

Kelemahan pada garisan permulaan jua nampak ketara dan kali ini agak teruk dengan starboard side start yang kesemuanya gagal dan keputusan berada pada kedudukan 42 adalah kerana bad start.

Upwind nampak tak ada masalah malah antara yang terbaik boat speed dan taktikalnya mengena semasa kejohanan ini.

Reaching juga ok cuma masih belum dapat maksima speed atas boat balance kadang-kadang terlebih heel ke windward dan kurang kombinasi mainsheet trim to flick the sail during accelerate semasa permulaan surfing. Juga laluan kadang-kadang terlampau low semasa lull.

14. Bye-bye Larg, Scotland dengan typical weathernya.







Update Laser Radial World: Hari terakhir

Salam dari Scotland menutup tirai....

Sebentar tadi berakhir sudah kejohanan hari terakhir pada hari ini dengan 2 perlumbaan dijalankan. Sekali lagi hari ini pertandingan dapat dijalankan tepat pada masanya pada jam 1100am setelah pindaan dilakukan terhadap SI.

Walau bagiamanapun permulaan hanya dijalankan pada jam 1115am setelah permulaan pertama diberi general recall. Angin agak baik pada awal pertandingan bertiup 12-15kts dengan agak ketara wind shift dan gust dari permulaan perlumbaan hinggalah ke laluan ke empat (beat, reach, run, beat). Apabila bot-bot berpusing untuk running angin mulai drop 7-9kts, semasa reach 7-8kts dan semasa last upwind menuju ke penamat di bawah 5kts.

Nizam bermula dengan baik di kiri gelanggang walaupun agak terganggu oleh 2 bot lain aggresif di leewardnya dan satu bot cross depannya dari port namun berjaya melepaskan diri dengan speed dan pointing yang baik selepas clear garisan permulaan.
Mengawal fleet agak baik hinggalah ke quarter leg ke penanda windward (M1) apabila tidak bersama dengan shift dan bot-bot yang bermain kanan mendapat shift menuju penanda dan Nizam final aproach pada port tack kena cross dengan agak banyak bot dari posisi top 10 berpusing di tempat ke-16.
Berjaya berpusing di M2 pada kedudukan ke-14 dan di kemudiannya belayar downwind yang jauh lebih baik berbanding semalam (tetapi masih banyak kelemahan simple yang ketara) dan berjaya berpusing pada kedudukan ke-12.
Semasa 2nd upwind telah bermain dengan baik mendapat gust dan shift di kiri dan berjaya memotong banyak bot yang bermain di kanan dan berpusing di M1 pada kedudukan ke-3
Semasa last downwind kalah satu posisi ke-4 di gate dan last reach M5.
Berpusing di M5 terus bermain ke kiri agak jauh meninggalkan 3 bot di depan dan berjaya pada akhirnya mendapat pressure angin dari kiri apabila angin jatuh di bawah 5kts dan hampir-hampir berjaya memotong bot pertama di garisan penamat di tempat ke-2.

Tamat perlumbaan pertama dalam jam kira-kira 1210 terpaksa menunggu agak lama kerana ketiadaan angin dalam keadaan yang agak sejuk kira-kira 14 darjah. Akhir pada jam 1402 berjaya melakukan perlumbaan ke-2 dan terakhir untuk hari ini dan kejohanan ini. Angin shift ke kanan pada arah 260-270 (perlumbaan pertama 230-240darjah) kira-kira 7-8kts dengan gust ke-11kt dan lull 5-7kts.
Sekali lagi Nizam bermula baik di kiri garisan permulaan dan berjaya mengawal fleet di kiri gelanggang hinggalah kira-kira 500m dari M1 sekali lagi angin shift ke kanan dan melakukan tack ke kiri kerugian beberapa position apabila sama seperti perlumbaan sebelum port tack layline ke penanda dan berpusing di tempat ke-7.
Semasa reaching lost 1 position bermain terlampau ke bawah sedangkan beberapa bot panjat atas, kekal di tempat ke-8 digate dan sekali lagi pada 2nd upwind mendapat untung agak ketara dengan angin pressure kiri dan bersama shift berpusing di tempat ke-4 dan kekal hingga tamat.

Dengan beraksi cemerlang pada hari ini bersama 6 mata yang dipungut dan dengan 10 perlumbaan berjaya dijalankan bermakna 2 discard boleh dibuat telah melonjakkan Nizam dari kedudukan teruk ke-20 semalam berjaya berada pada kedudukan ke-7.
merupakan kejayaan terbaik Nizam setakat ini pada kejohanan dunia, selepas hanya berpuashati di tempat ke-8 di ISAF Volvo Youth baru-baru ini.

Larg menutup tirai di Kejohanan Laser Radial Youth ini dengan mood yang gembira dan positif. Sebelum melabuhkan tirai terimakasih kepada teman-teman yang sentiasa memberikan semangat untuk kejohanan ini.

Sekian....

25/07/2010: 1745pm

Sabtu, 24 Julai 2010

Update Laser Radial World Hari ke 5

Hari yang paling baik di Scotland...... tidak untuk kem Malaysia

Hari yang agak malang dan menghampakan bagi Nizam. Sungguh mengecewakan melihat dari coach boat dah tentu Nizam sendiri merasa lebih kecewa...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Bermula dari awal pagi langkah sumbang sudah jelas, bermula dengan riak wajah yang tak begitu ceria seolah memikirkan sesuatu atau menanggung beban fikiran, diikuti dengan kemudiannya di kelab Nizam mengadu tidak begitu sedap perut dan ulang ke tandas sebelum turun air. Adakah ini tanda-tanda nervous yang tinggi ataupun over- arousal???

Di Air hari ini pertandingan berjaya dijalankan tepat pada masanya dengan angin agak baik bertiup 12-13kts. Nizam bermula dengan teruk berada pada line paling belakang di quarter starboard side, lambat dan tiada ruang untuk masuk dalam packed of boat. Mengambil masa kira-kira 3-5 minit untuk clear dari bad start. Berpusing pada kira-kira 48/49 di M1, di M2 kira-kira bot ke-26 dari belakang. Tidak berjaya recover banyak semasa run pada kedudukan 42, sekali lagi di upwind mark outer loop ke-30 dari belakang, ketinggalan 2 bot semasa downwind dan sekali lagi semasa last upwind ketinggalan lagi 2 bot. THA yang awalnya di belakang Nizam semasa 1st & 2nd leg berjaya memotong Nizam semasa downwind dan recover dengan begitu banyak semasa 2nd upwind apabila bermain paling ke kiri memotong hampir 15 bot

Race 2 hari ini nampak ok selepas bad race di Race 1, bermula dengan baik di port end side bot kedua most leeward. Mengawal fleet kiri dengan baik malahan upwind lebih baik dari THA. Angin ketika ini bertiup 13-15kts semasa gust. Berpusing di M1 ke-7 dan di M2 ke-5/6. Berpusing di M2 melakukan gybe mula ada masalah dengan vang setting dan berada pada gybe yang salah untuk jangkamasa yang agak lama sebelum gybe semula berada pada gybe yang betul. Downwind yang benar-benar slow terutama apabila sekelompok bot di kanan mendapat gust dan mendahului Nizam dengan agak jauh. THA yang berada di belakang Nizam kira-kira 26/27 semasa di M1 berjaya memintas Nizam dan berada dalam top 15. Nizam berada pada kedudukan ke18 di gate. 2nd upwind beating Nizam tidak begitu baik kerana berada dalam covered position dan tidak mampu (covered) berada diside yang betul lebih awal. Berpusing di 2nd upwind mark M2 Nizam ke-18 dan THA ke 7. Nampak ketara Nizam tidak belayar downwindnya seperti mana ia sepatutnya belayar; banyak kesilapan dilakukan dari segi boat trim, positioning, sail trim, wave riding dan keseluruhannya agak tak memuaskan. Kemungkinan fokus terhadap task in hand Nizam dah hilang bersama dengan confidence level. (Beberapa kali dalam kejohanan perkara yang sama berlaku kepada Nizam semasa bertanding). Tak banyak berlaku perubahan dan tamat pada kedudukan yang lebih kurang sama ke-18.

Sehingga kini jam 1710pm keputusan masih belum keluar dan dijangkakan Nizam akan drop beberapa position dan menunggu untuk 2 pertandingan besok supaya 2 discard boleh dibuat.

Update Laser Radial World Hari ke 4

Kemaskini: Lewat petang baru result post dan kelihatan sungguh tidak begitu menyenangkan.........Nizam scored OCS pada perlumbaan ke-5 yang mana best resultnya setakat ini iaitu tamat pada tempat ke-4.

Keputusan ini menyebabkan ia jatuh berada pada tangga ke-18 yang mana kalau tak ia akan berada pada tangga ke-8 sekurang-kurangnya.

Hari ini 24hb akan diadakan 2 pertandingan dan Nizam sudah berada di Gold Fleet.

24 Julai 2010 1035am

Salam dari Larg, Scotland

Hari ini buat pertama kalinya bot-bot turun berjaya turun ke air pada masa yang ditetapkan tanpa penangguhan berita angin 9kts di luar kawasan gelanggang amat memberangsangkan. Pelayar launching sekitar jam 0940am dan berada digelanggang sekitar 1020am.

Sampai di gelanggang....mana anginnya tiada pun...di bawah 2kts.....menunggu angin nasib baik hari ini cuaca lebih cerah pada awal pagi ini dengan sinaran matahari sekali sekali menyinari gelanggang (masih dilindungi dengan awan tebal melintasi gelanggang).

Sekitar jam 1215tgh angin mula bertiup baik dan semakin meningkat kemudiannya hingga ke 11kts pada masa gust. Nizam hari ini juga berada pada fleet Merah dan akan bermula pada permulaan terakhir.

Perlumbaan pertama harian; Fleet pertama (yellow) hanya berjaya dimulakan pada jam 1230, kedua (blue) pada jam 1300 dan start Nizam (merah-outer loop) hanya dapat bermula jam 1351. Ini disebabkan kerana terlampau banyak bot-bot melakukan cross line (OCS).

Bermula baik di kiri garisan dan mengawal fleet di kiri dengan baik sebelum kemudiannya fleet yang bermain paling kanan mendapat pressure angin dan melintasi Nizam di penanda dengan Nizam berpusing di tempat ke-16, memotong 4 bot di reaching ke-12 dan semasa downwind memotong leg 1 bot ke-11 dan sekali lagi digate pada tempat ke-9 dan semasa last upwind ke penamat berjaya memotong 1 bot dan tamat ke-8. Angin mulai drop pada kekuatan 8-9kts pada perlumbaan ini.

Pertandingan ke-2 hari ini (Race ke-5) angin sekitar 6-8kts dan lull pada 5kts. Pertandingan untuk Nizam dijalan pada jam 1522pm. sekali lagi bermula di kiri garisan berjaya berada pada fleet hadapan di penanda pada kedudukan ke-3, semasa reaching dikejar bot belakang bersama berpusing di penanda M2 dan semasa di gate berjaya berpusing ke-2 sehinggalah last run masih lagi ke-2 di gate tetapi bersebelahan dengan bot ke-3 sebelum kena potong semasa last reach ke-3 dan semasa menuju penamat ke potong lagi dan tamat ke-4.

Pertandingan terakhir hari ini (Race ke-6) bermula pada jam 1701pm semasa angin bertiup di bawah 5kts dan selepas bermula di bawah 3kts dan jatuh lagi semasa downwind dan 2nd upwind 1-3kts di mana telah diberi shorten course. Nizam bermula agak baik di kiri mengawal baik fleet berpusing di tempat ke-3 tetapi semasa downwind tidak berada di lorong angin (tiada angin di tempat Nizam hanya dihanyutkan arus sahaja) menyebabkan ia jatuh bayak posisi berpusing di tempat ke-10 dan tamat diupwind leg tempat ke-10.

Keputusan keseluruhan belum lagi dipostkan.

Salam

2056pm

Khamis, 22 Julai 2010

Laser Radial Youth World: latest update Day 3

Kemaskini jam 2015pm 22.07.10

Jam 1400 AP diturunkan semua pelayar chop...chop siapkan bot dan turun ke air. Nizam dan THA sedikit lewat dan nampak tidak begitu bertenaga setelah menunggu agak lama tadi di darat sampai terlolap.

2 pertandingan dapat dijalankan pada hari ini dengan kekuatan angin di bawah 8 kts malahan pada pertandingan terakhir kurang dari 5kts angin hingga menyebabkan fleet Nizam (merah) diberi shorten course.

Sampai ke gelanggang sekitar jam 1430pm dan pertandingan dijalankan bagi Nizam pada jam 1655 kerana permulaan 2 fleet sebelumnya berlaku postponment yang agak lama terutamanya Fleet Biru (ke-2). Nizam bermula dengan teruk sangkut bersama dengan pelayar GBR di garisan perlumbaan dan tertolak ke belakang line. Mengambil masa kira-kira 30 saat untuk clear garisan perlumbaan dalam port tack.
Bermain baik pada 1st beat melakukan recovery yang baik bermain shift dan berjaya berada pada kedudukan ke-9 semasa di M1 dan menuju M2. Kurang baik pengendalian downwind light wind dan berada pada kedudukan bot yang tidak baik semasa menghampiri gate berpusing pada kedudukan ke-13 dan pada beat ke-2 melakukan recovery semula pada kedudukan ke-9. Kekal semasa downwind dan 2nd reach sebelum berjaya memotong 1 bot menuju garisan penamat dan tamat pada kedudukan ke-8.

Perlumbaan ke-2 hari ini (Race 3) bermula pada jam 1830 bagi Nizam dalam keadaan angin 4-7kts angin datang dari arah kira-kira 200-220 darjah (pada kedua-dua race hari ini). Bermula lebih teruk dari pertandingan pertama tersangkut di starboard end semasa bermula dan ditangkap oleh juri (kesalahan RRS 42). Kena buat penalti hanyut ke belakang dan mengambil masa 1 minit lebih untuk cross garisan permulaan sama seperti perlumbaan pertama.
Sekali lagi bermain dengan baik semasa 1st upwind dari bot terkebelakang berpusing di tempat ke-16, berjaya memotong 2 bot semas reaching ke-14 downwind sekali melakukan kesilapan menghampiri gate terperangkap di tengah semasa di penanda berpusing di tempat ke-15.
2nd upwind telah diberi shorten course dan kelihatan angin di bawah 5kts, pelayar duduk hampir di tengah dekat c/board dan kelihatan Nizam tak mampu mengejar lagi dengan disadvantage berat badan tamat jatuh satu bot di tempat ke-16.
Sehingga kini kelihatan banyak protest dilakukan dan berkemungkinan akan berlaku sedikit pertukaran kedudukan.

Sekian Laporan Hari ini.

Salam Scotland. Hari ini cuaca baik sikit ma....suhu 18 darjah dan yang penting tak hujan...hehhh...hehh

22.07.2010: jam 1330tgh

Puh.....Lewat petang semalam - tiada apa-apa protest berjalan....lega!!!!. Walaupun berada pada kedudukan ke-40 tetapi tamat pada kedudukan ke-14 adalah sesuatu yang agak melegakan berbanding dengan THA tersangkut di kawasan tiada angin di kanan gelanggang dan tamat 11 terakhir di fleet ke-3 merah.

Pagi ini cuaca cerah berawan tanpa hujan tetapi di air tiada menunjukkan kemungkinan angin akan bertiup awal pagi. Ramalan cuaca juga menyatakan angin light wind pada hari ini. Nizam berada pada fleet ke-3 merah. 0930am AP dinaikkan didarat menunggu angin

Baru sebentar tadi sekitar 1300pm kelihatan sinar matahari tetapi masih lagi tiada angin di laut. Pelayar masih menunggu angin.

Salam dari Larg, Scotland, UK: Laser Radial Youth World

Salam semua

Hari ini berkesempatan untuk mengemaskini blog setelah 5 hari berlalu talian internet tidak dapat dilayari, terlampau ramai peserta, coach dan pegawai disini menggunakan internet

Keadaan di Larg semuanya baik cuma yang kurang baik adalah keadaan di sini sering dengan hujannya dan suhu yang agak sejuk, dingin yang menggigit tulang. Suhunya sekitar 14 darjah semasa hujan dan berada di laut dengan hujan amat menyukar dan tidak menyelesakan. Menggigil terketar-ketar dan sebagainya semua cukup, apatah lagi dengan kekurangan kemudahan pakaian yang bersesuaian.

Pada masa menulis blog ini sedang menunggu di ruang restoren untuk memastikan Nizam tidak terlibat dengan protest hearing kerana khabarnya juri berniat mengemukakan protest atas kejadian semasa bertanding tadi.

Untuk makluman sehingga sekarang setelah 2 hari pertandingan hanya 1 perlumbaan dapat dijalankan sebentar tadi dalam keadaan hujan dan angin perlahan sekitar 6-8kts dan lull di bawah 5kts pada sesetengah laluan. Kesan awan melalui gelanggang menyebabkan kekuatan angin dan arahnya agak berubah-ubah tetapi tak ketara seperti di Istanbul (ISAF Volvo Youth). Nizam menghadapi masalah pada permulaan perlumbaan pertama ini dengan botnya terhenti (dihempap ombak)menyebabkan kena cross dengan sekelompok bot dan terpaksa lari ke kanan gelanggang. Berjaya mengejar fleet depan selepas tack semula bermain dengan pressure di kiri tetapi last tack terlibat dan tersangkut dengan pelayar Rusia terpaksa melintasi belakang banyak starboard boat yang sudah berada di layline dan sekali lagi terpaksa membuat penalti kerana melanggar penanda M1. Berpusing di gate pada kedudukan 35+ terpaksa bekerja keras pada 2nd beat dan semasa last run untuk berpusing di tempat ke-20 di M5 sebelum berjaya lagi memotong beberapa boat di tempat ke-14.
Sehingga kini jam 1833pm waktu tempatan sekiranya tiada protest terhadap Nizam ia berada pada kedudukan ke 40. Ini disebabkan kerana pertandingan ini dipecahkan kepada 3 fleet dan setiap fleet mempunyai kira-kira 75 pelayar. Tetapi nampaknya di kaunter protest kelihatan juri begitu berminat menunggu Nizam untuk mengemukakan protest dan kalau tidak juri sendiri .........

Makluman berkenaan perjalan sehingga kini:
1. 17hb perjalan: pernerbangan dari Istanbul ke Heathrow dan seterusnya penerbangan ke Glasgow. Lain-lain pasukan yang ke Istanbul berlepas pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang sama. Semua berjalan lancar kecuali Sail Bag Nizam telah terlepas flight (akan melalui flight berikutnya) dan akan dihantar terus ke Larg Sailing Club pada keesokan harinya.

2. 18hb: Boat measurent dan pendaftaran. Mendapatkan boat charter dari Sailboat Performance, melalui measurement dengan layar hanya sampai sedikit lewat. Melakukan pendaftaran sebaik selesai measurement. Hujan turun sepanjang pagi melakukan measurent sebelum cuaca baik semula selepasnya.

3. 19hb: Hujan turun sepanjang pagi hingga lewat petang menyebabkan practice races terpaksa dimulakan lewat sekitar jam 1700pm. Practices berjalan dengan keadaan angin yang baik tetapi majoriti semua pelayar tidak menghabiskan race dan hanya melalui penanda M1 sahaja termasuk Nizam dan Thaiand. Untuk kejohanan ini menggunakan coach bot berkongsi bersama dengan Thailand.

4. 20hb: Hari pertama petandingan: cuaca baik kering tiada hujan tetapi tiada angin sepanjang pagi dan ditangguhkan sehingga jam 1600pm pelayar mula turun ke air dan sekali lagi terpaksa menunggu di air sekitar 2 jam sebelum pertandingan ditangguh lagi kerana ketiadaan angin.

5. 21hb: seperti dilaporkan tadi sekali lagi hujan sepanjang pagi dan tiada angin sebelum sekitar jam 1230tengahari pelayar diarahkan turun dengan angin kira-kira9-10kts dan berjalan 1 perlumbaan seperti dinyatakan. Perlumbaan kedua dijalankan hanya untuk yellow fleet (Nizam di blue fleet) tetapi dibatalkan setelah melalui 2nd upwind (4th leg).

Sekian salam dari Scotland.
1901pm.

Isnin, 19 Julai 2010

Laporan Lewat: ISAF Volvo Youth

Hai salam semua!

Maaf lewat laporan masuk...Turki...Istanbl....Attakoy...hotel....marina....sailing area semuanya tidak begitu memberangsangkan tetapi keputusan dicapai bolehlah dibanggakan walaupun tidak yang terbaik pada kejohanan ini.

Internet masalah utama lewatnya khabar dan berita dari Turki.
Angin masalah utama kepaa pelayar yang kurang menyerlah....

Kejohanan seperti semua sediamaklum sudah berakhir dengan secara ringkasnya:
Hari 1: hanya 2 perlumbaan dapat dijalankan. Light wind condition lebih konsisten arah berubah perlahan-lahan tetapi kekuatan angin masih berubah-ubah
Hari 2: hanya 1 perlumbaan dijalankan. Angin juga perlahan 7-8kts dengan gust 9kts dan tidak konsisten pada sepanjang gelanggang
Hari 3: rest day
Hari 4: 1 perlumbaan untuk Radial Boys postponed for Radial Girls. Perlumbaan dalam keadaan angin perlahan dan tidak konsisten berubah arah dan strength up to 11kts semasa short gust
Hari 5: 3 perlumbaan berjaya dijalankan dengan keadaan angin yang lebih up to 15kts semasa short gust tetapi masih lagi sangat complicated angin yang tak menentu pada sepanjang gelanggang
Hari akhir: 1 race dijalankan dengan keadaan angin yang baik seperti semalam

Nizam beraksi agak baik pada hari Ke-5 dengan keputusan ke-11, 7 & 1 melonjakkan kedudukannya dari ke-22 pada sebelumnya ke-9 dan pada hari terakhir sudah berada pada top 5 pada 3 laluan sebelum last beat diouter loop berada pada salah side jatuh agak teruk ke tempat ke-17. Walaupun begitu berjya naik ke kedudukan ke-8 keseluruhan - pelayar lain juga tidak begitu baik.

Amirah: Prestasi yang kurang baik pada kejohanan kali ini. Masalah di garisan perlumbaan amat ketara hanya 1 perlumbaan sahaja bermula dengan baik. Lain-lain kelemahan tidak berjaya berada bersama dengan pressure angin dan shifted wind yang sentiasa berubah-ubah. Beberapa race berada pada top 15 dan drop kemudiannya hingga ada pertandingan drop jauh ke belakang. Pertandingan ini nampak agak tough bagi Amirah

Nisa: Kejohanan kedua dan terakhir untuknya pada kejohanan ISAF ini. Pada kedudukan ke-15 pada kejohanan lepas, jadi merupakan yang terbaik kepadanya. Berada pada leading bot pada hari pertama, jatuh pada kedudukan ke-7 pada hari berikutnya dan pada hari ke-5 beraksi tidak begitu baik menyebabkan jatuh pada kedudukan ke-11 sebelum beraksi baik semula pada perlumbaan terakhir untuk tamat pada kedudukan keseluruhan ke-8.

Jika dilihat pada kejohanan ini kedudukan juara tidaklah begitu konsisten dengan pungutan mata melebihi 40 mata walaupun hanya dengan 7/8 perlumbaan menunjukkan keadaan dan situasi pertandingan.

Segala keputusan dan lain-lain maklumat boleh di dapati dilaman web resmi volvo youth: http://www.isafyouthworlds.com/

Selasa, 13 Julai 2010

ISAF Volvo Youth: DAY 1 & DAY 2 RACES

SALAM DARI ISTANBUL: kemas kini

berakhir 2 hari kejohanan hanya 3 pertandingan dapat dijalankan dari perancangan 6 pertandingan untuk 2 hari pertama dan pada hari ini ketika laporan meyusul, manager (gm) bersama dengan atlet mengikut program yang dijadual kan pada hari rehat ini (tour on big ship)

pencapaian atlet tidaklah memberansangkan sehingga 3 pertandingan ini. dengan ringkasnya seperti berikut:

hari pertama kejohanan: pada hari ini pindaan gelanggang telah dilakukan dimana int 420 bertukar ke gelanggang laser memandangkan laser terpaksa belayar terlampau jauh. begitu juga gelanggang telah di dekat berbanding practice races hanya 2 pertandingan dapat dijalankan dari 3 yang dijadualkan. keadaan angin tidak seperti di taklimat ramalan cuaca kecuali kekuatan angin sahaja agak betul iaitu kurang dari 9kts (gelanggang int 420 dimaklumkan lebih kuat sedikit). arah angin hari ini tidak bertukar shift ke kanan kekal berada 230 darjah dengan sekejap-kejap shift ke kiri (210-220). untuk pertandingan pertama nizam telah tamat agak teruk di tempat ke 29. kesilapan di garisan permulaan stuck di pin end, ditolak keluar ocs oleh new zealand, bermain di kanan cross dari kiri dan lebih pressure & shift di kiri gelanggang. tidak dapat melakukan banyak recovery pada reaching dan downwind dengan disadvantage berat badan pada angin 7-8kts ini.

pertandingan kedua pula nizam tamat di tempat ke-9 bermula baik di kanan gelanggang bermain dikanan walaupun kiri gelanggang lebih menguntungkan seperti race1. berjaya mendapat sedikit pressure angin yang datang dari kanan semasa keadaan angin drop di bawah 7kts. sedikit kesilapan dilakukan semasa downwind bermain di kawasan terkemudian semasa mendapat pressure angin dari kiri. kedudukan nizam sekarang tidaklah begitu teruk pada kedudukan ke-15 dengan tha negara terbaik asia di tempat ke-5, jpn ke-21, hkg ke-25 dan sin ke-34.

amirah: pada pertandingan pertama berjaya tamat di kedudukan ke-19. bermula dari sebelah kanan (port side lebih bias) menyebabkan banyak bot cross depannya dari kiri, bermain salah di kanan gelanggang seperti nizam round pada kedudukan 28. tidak berjaya recovery semasa downwind. melakukan recovery dengan baik semasa 2nd upwind dan berpusing di tempat ke-18 sehingga tamat pertandingan.

pertandingan kedua amirah lebih teruk tamat di tempat 41. kelemahan paling ketara di garisan permulaan lagi sudah berada pada kedudukan group belakang. struggle dan sekali lagi lari ke kanan gelanggang terperangkap dalam tempat tiada angin (lull) dan bot-bot lain lebih mendapat angin. berpusing antara group akhir. tidak mampu lagi melakukan recovery dalam keadaan angin di bawah 7kts. juga dengan tahap pengendalian yang kurang memuaskan untuk light wind dengan chop yang agak ketara. keseluruhan sekarang amirah agak teruk di tempat ke-33 di belakang jpn ke-4, tha ke-30, dan sin ke-31. hanya kor di belakang amirah ke-35.

manakala maklumat dari int 420 pelayar kita beraksi cemerlang dengan pertandingan pertama tamat di tempat pertama. bermain baik di kanan gelanggang yang dipercayai mempunyai wind bend. begitu juga pada pertandingan kedua juga beraksi cemerlang dengan sedikit perlahan pada awal selepas permulaan tetapi mendapat untung juga di kanan gelanggang berjaya tamat di tempat ke-4. Keseluruhan nisa dan izla berjaya mengungguli hari pertama pertandingan.

pertandingan hari ke-2.

sepanjang hari menanti di boat park dengan keadaan angin Sangat perlahan di bawah 5kts dan juga menanti angin yang lebih steady yang kononnya akan datang dari arah bertentangan.

akhirnya pada jam 1700pm pelayar mulai turun ke air dan pada jam 1805pm 1 x pertandingan dijalankan DI GELANGGANG LASER; bermula dengan laser radial girls dan pada jam 1815pm untuk laser radial boys dalam keadaan angin datang dari darat (060°) pada kekuatan 8-10kts pada permulaan pertandingan sebelum jatuh semasa pertandingan kira-kira 5-7kts dan menuju ke penamat di bawah 5kts. arus agak memberi kesan kepada gelanggang pertandingan. gelanggang int 420 lagi lewat bermula pada jam 1930pm dengan keadaan angin juga perlahan

amirah masih lagi menghadapi masalah dengan starting; lewat momentum untuk accelerate tiada cukup speed menyebabkan bot windward cross over dan boat leeward melakukan lee bow. mengambil masa yang agak lama untuk clear dari bad start hingga pada jarak kira-kira 500 m. hampir berjaya melakukan recovery sebelum bot-bot terkanan mendapat gust dan melintasi amirah. pada kedudukan agak ke belakang pada mark windward, berjaya melakukan sedikit recovery pada 2nd upwind dan mampu tamat pada kedudukan ke 23. KEDUDUKAN KESELURUHAN AMIRAH SELEPAS 3 PERTANDINGAN ADALAH NAIK 2 KEDUDUKAN KE-31 DENGAN JPN TERBAIK ASIA KE-5,THA KE-18, KOR & SIN DI BELAKANG AMIRAH.

NIZAM MELAKUKAN PERMULAAN DENGAN BAIK TETAPI BERMAIN AGAK KEKIRI YANG WALAUPUN NAMPAK BANYAK GUST (MEMANJANG) TETAPI MASIH BANYAK PATCHES LULL DI ANTARANYA. TIDAK BEGITU TERUK DI PENANDA M1 (KE14) SEBELUM TERPAKSA MELAKUKAN PENALTI DAN SELEPAS ITU BERMAIN DIKANAN SEMASA DOWNWIND KURANG ANGIN DAN BERADA PADA KELOMPOK 25+. KEMUDIANNYA DENGAN BAIK BERMAIN DI KIRI YANG MENDAPAT SHIFT DAN GUST BESAR MENUJU KE M1 PADA 2ND BEAT. BERJAYA BERPUSING DI TEMPAT KE-6 DAN KEKAL SEMASA REACHING DAN AWAL RUNNING SEBELUM KEMUDIANNYA ANGIN MATI SEMASA BERADA DI LALUAN KANAN DAN KEMUDIAN SEKELOMPOK BESAR PELAYAR BELAKANG MENDAPAT ANGIN DARI KIRI MENYEBABKAN SEMUA BOT BERKUMPUL DI GATE M3 SEBELUM MENUJU TAMAT DENGAN NIZAM JATUH BEGITU TERUK DI MANA BANYAK BOT TERPERANGKAP DI GARISAN PENAMAT DAN NIZAM PADA KEPUTUSANNYA TAMAT PADA KEDUDUIKAN KE-31. KEDUDUKAN KESELURUHAN NIZAM SELEPAS 3 KEJOHANAN JATUH PADA KEDUDUKAN KE 22. THAI MASIH TERBAIK ASIA PADA KEDUDUKAN KE-5. JPN, HKG DAN SIN DI BELAKANG NIZAM

BERITA DARI GELANGGANG INT 420 JUGA TIDAK BEGITU MEMUASKAN DENGAN PERTANDINGAN YANG DIMULAKAN LEWAT DAN BERAKHIR SELEPAS SUNSET. NISA BERMAIN DI KIRI TERLAMPAU BANYAK SEDANGKAN KANAN YANG MENGUNTUNGKAN MENYEBABKAN JATUH BEBERAPA KEDUDUKAN DAN TAMAT PADA KEDUDUKAN KE-18. KEPUTUSAN KESELURUHAN NISA MASIH BERADA PADA TOP 10 PADA KEDUDUKAN KE-7, TERBAIK ASIA DENGAN JPN KE-12, SIN KE-16 DAN KOR LAST.

Ahad, 11 Julai 2010

ISAF Volvo Youth: Laporan Harian 3...Practice Race

11.07.10 jam 1746pm....
Maaf tiada laporan perkembangan dapat disalurkan semalam. Sepanjang hari & malam hingga lewat malam cuba untuk mendapatkan akses internet tetapi tak berjaya....Permintaan terlampau tinggi...dan nampaknya Asus tiada cukup uum kat sini.

Apa pun sebelum line terputus.....pada ketika ini semakin ramai atlet balik ke bilik masing-masing selepas tamat pertandingan hari pertama.

Sebermula pagi semalam 10.07.10 jam aktiviti dilakukan seperti mana akan dilakukan pada keesokan hari. Pelayar melakukan persiapan bot pada sekitar jam 2130am selepas melakukan senaman ringan dan sarapan; manakala jurulatih dan pengurus (acting coach 420 course) mendengar taklimat bagaimana perjalanan practice race dan hari pertandingan besok. Juga mendapatkan maklumat ramalan cuaca.

Pelayar turun ke air tepat pada jam 1020am bermula dengan kelas Laser Radial yang menuju ke kawasan gelanggang paling jauh kira-kira 4 batu jaraknya dari boat park...jauh ma..adalah kira-kira 1 jam lebih untuk sampai ke race venue. Diikuti oleh kelas 420/SL 16 dan kemudiannya RSX/29er.

Sampai ke kawasan gelanggang Laser kelihatan angin mati di bawah 2 kts dan bertukar dari 260 ke 330 darjah. GM berada di gelanggang 420 untuk melihat perkembangan dan prestasi atlet. Angin kemudiannya bertiup kembali perlahan di bawah 8kts dan gust 9kts datang dari arah 230 darjah. 3 percubaan dilakukan oleh kelas Laser untuk memulakan pertandingan tetapi terpaksa dibatalkan kerana angin bertukar semakin ke kanan dari 230-260-290-300-320 darjah. Apabila diberi penangguhan bagi kali ke-3 kebanyakan pelayar belayar balik ke pantai menyebabkan hanya beberapa bot sahaja yang tinggal untuk meneruskan latihan tanpa melakukan practice races dengan angin bertiup baik kemudiannya sekitar 12-15kts. Sekitar jam 1530 coach boat dan pelayar Laser balik ke pantai. Mendapati sekurang-kurangnya pada hari ini maklumat ramalan cuaca boleh digunapakai walaupun tidak tepat waktu dan kekuatannya tetapi akhirnya datang dari arah yang hampir tepat.

Maklumat dari gelanggang 420 juga adalah sama dimana pertandingan tidak dapat dijalankan dengan lancar (kelewatan RC memulakan pertandingan) dimana akhirnya 2 pertandingan dapat dijalankan digelanggang ini tetapi Nisa dan Izla hanya menyertai 1 pertandingan sahaja dan balik ke pantai selepas itu (kurang sihat).

Aktiviti malam seperti dirancang selepas makan malam jam 2000 mlm atlet menghadiri sesi taklimat ISAF berkenaan dengan "Play True" /penggunaan bahan-bahan terlarang (dadah). Selepas itu GM dan coach mendengan taklimat dari ISAF berkenaan dengan strategi penyediaan Olimpik ISAF bagi memastikan sukan pelayaran terus mendapat tempat di sukan Olimpik.

Sekian Laporan dari Turkey untuk semalam..

Menyusul nanti laporan hari ini.

Jumaat, 9 Julai 2010

ISAF Volvo Youth: Laporan Harian 2...Hari Yang Basah

Laporan aktiviti pada 09.07.10: Mengambil peluang pada ketika ini banyak pelayar di air dan lebih mudah mendapatkan sambungan internet.

Bukan bermakna coach tak nak turun tetapi seperti dinyatakan coach boat tidak dibenarkan dan hari ini tiada disediakan team support boat...hanya esok sahaja baru ada coach bot.

Jadual pada hari adalah training day dan esok baru Practice Race. Seperti dimaklumkan semalam oleh pihak pengelola hari ini bermula dari awal malam tadi berterusan hingga awal pagi hujan turun sepanjang hari hingga lewat tengahari laporan ini dibuat.

Bermula pada jam 0700am latihan fizikal dilakukan dengan pemanasan badan dan stretching..separuh jalan hujan mulai turun sedikit ketara berbanding awal latihan. Latihan dipendekkan dan atlet terus mengambil sarapan....kalau semalam di tempat terbuka di halaman hotel...hari ini bertempat di dalam kawasan restoren.

Taklimat diberikan oleh GM berkenaan dengan hal-hal yang diperbincangan semasa mesyuarat pengurus pasukan semalam yang melibatkan pelayar berkaitan dengan perjalanan dan pengurusan kejohanan...keperluan dan larangan...tatacara perjalanan perjalanan pertandingan dan expecting dari pihak ISAF dan pengelola dalam mendapatkan pertandingan terbaik dan adil untuk semua.

Perancangan untuk menjalani latihan seawal jam 1000am juga agak terganggu dengan keadaan hujan sekejap lebat dan sekejap perlahan. Begitu juga atlet juga mula menunjukkan tanda-tanda tidak begitu sihat dan mula mengambil ubat yang dibekalkan. Nasihat terhadap penjagaan pemakanan terutama minum yang mencukupi, pemakaian pakaian yang bersesuaian dengan keadaan semasa ditekankan kepada pelayar. Pihak penganjur juga tidak menjangkakan hujan akan turun memandangkan kebiasaan pada masa ini keadaannya adalah baik.

1100am: Pelayar mulai turun untuk melakukan persiapan bot bagi menjalani latihan dalam keadaan hujan renyai-renyai sekejap kuat dan sekejap perlahan. Latihan dibenarkan oleh pihak penganjur mulai jam 1000am - 1400pm.

1145am: Nizam dan Amirah mulai turun menjalani latihan penyesuaian di air dan diikuti oleh pasangan Khairunnisa + Izla kira-kira jam 1230tgh. Keadaan masih lagi berhujan dan keadaan angin di kawasan latihan tidak menentu lull di bawah 12kts dan puff datang melebihi 15kts. Pihak penganjur menyediakan rescue boat di air dan penanda diletakkan di kawasan berhampiran dengan gelanggang tengah (Int 420 dan SL16).




Standby untuk acara pembukaan pada lewat petang nanti...laporan menyusul

Sekian Laporan Semasa
Update at 1405pm: 09.07.10

ISAF Volvo Youth: Laporan Harian

08.07.10: seperti yang dimaklumkan hari pertama bermula dengan keadaan angin yang begitu baik, mengamcam dan terancam hingga pihak pengelola memaklum tiada latihan dibenarkan pada hari ini.

Merupakan hari yang agak sibuk terutamanya bagi GM dari awal pagi hingga ke malam.

Bermula seawal jam 0700am atlet melakukan latihan fizikal ringan disertai stretching dan latihan; larian di sekeliling perkampungan atlet di sekeliling kelab mewah Atakoy Marina Yacht Club memang agak besar kawasan ini dengan banyak bot-bot mewah dan hotel ini bersambungan dengan Hotel Sheraton mungkin di bawah satu management.....mungkin!!.... Kawasan boat parknya walaupun tidak secanggih mana tetapi agak luas kawasannya.

0930am -1500pm: Pendaftaran dilakukan sebaik selesai sarapan pagi sekitar jam 0930am. Sudah agak ramai melakukan pendaftaran dengan kehadiran kira-kira 65 negara menjadikan kaunter pendaftaran agak sibuk dan jam 1130am baru selesai melakukan pendaftaran dan baru dapat bot. International 420 dari Nautivella boat builder dan Laser seperti biasa dari Boat Performance UK. Laser dengan pantas menyiapkan boat preparation cuma International 420 mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan bot hingga jam 1500pm.

Perancangan atlet untuk turun menjalani latihan seperti dimaklumkan terpaksa dibatalkan apabila pada lewat tengahari pihak penganjur memaklumkan bot-bot tidak dibenarkan menjalani latihan di air kerana keadaan angin melebihi 30kts di kawasan gelanggang luar dan tiada rescue boat disediakan. Manakala pada jam 1500pm GM teah menghadiri mensyuarat pengurus pasukan yang memakan masa hingga jam 1700pm. Pelayar menyiapkan persediaan bot, melakukan rigging dan lain-lain persediaan yang perlu....ready for sail....but not today.....

1645pm: Mendapat maklumat dari GM bahawa ribut akan melanda kawasan pertandingan dan boat park pada lewat malam ini, sekali lagi pelayar turun ke boat park dan mengemaskini ikatan pada bot bagi mengelakkan bot dari mengalami masalah dan kerosakan.

2030mlm: Semua pelayar menghadiri taklimat undang-undang RRS 42 yang diberikan oleh International Juri. Sesi penerangan yang ringkas dan berkesan berkenaan dengan bagaimana dan perana juri bagi pengutakuasaan RRS 42. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh atlet dan menerangkan dengan lebih detail berkenaan tindakan-tindakan yang dilarang daripada pandangan pihak juri.

Sekian Ringkasan harian....Maaf atas kelewatan membuat laporan semasa atas masalah untuk mendapatkan connection internet.

ISAF Volvo Youth: SALAM PENGENALAN

Laporan dari Istanbul Turki: Laporan hari Pertama di Turki
08.07.10: Hari ini bermula dengan baik....tetapi terlampau baik angin melebihi 30kts di luar kawasan gelanggang pertandingan..Perancangan mengadakan latihan hari ini terpaksa dibatalkan atas arahan pihak pengelola kerana angin kencang dan tiada rescue boat di kawasan gelanggang.

Sedikit unik pertandingan ISAF Volvo Youth dimana tidak dibenarkan negara menggunakan coach boat/support boat sendiri dan semuanya disediakan oleh pihak penganjur. Juga venue tidak dibenarkan digunakan sehinggalah pada hari ini.

Kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan tahap tertinggi bagi kelas remaja (18thn dan ke bawah) ISAF bagi acara multiclass dan tahun ini adalah kali ke-40 ianya diadakan. Turki telah dipilih untuk menjadi venue pertandingan melalui undian yang dilakukan oleh ahli gabungan.

Kelas yang dipertandingankan adalah merangkumi kelas-kelas berikut:
  1. One Person Dinghy Boys & Girls: Laser Radial
  2. Two Person Dinghy Boys & Girls: International 420
  3. Windsurfer Boys & Girls: RS-X
  4. Multihull Open: SL 16
  5. High Performance Dinghy Open: 29er
Malaysia juga kerap mengambil bahagian bermula dari seawal tahun 2002 (seingat saya sahaja mungkin lebih awal) tetapi hanyalah untuk kelas 2 person dinghy dan 1 person dinghy itu pun tidaklah pada setiap tahun. Pada tahun ini Malaysia diwakili oleh:
  1. KhairulNizam Mohd Afendy: 1 person Dinghy Boy
  2. Nur Amirah Bte Hamid: 1 person dinghy Girls
  3. Pasangan Khairunnisa Bte Mohd Afendy & Ameira Izla Bte Zulkifli: 2 persons Dinghy
Memetik laporaan pengurus pasukan Malaysia di kejohanan ini En Afendy (GM MYA) dalam emailnya "Kejohanan ISAF Volvo Youth Championship kali ini di sertai oleh 65 negara dengan penyertaan 380 peserta remaja yang benar benar berpengalaman. .................Dari kejohanan ini juga lahirnya juara dunia dan juga Olimpik. Kejohanan ini bukan sahaja tertumpu kepada pertandingan tetapi lebih kepada membina dan melahirkan pelayar masa depan. Dari segi kos , kejohanan ini jauh lebih murah dan banyak urusan di kendalikan oleh penganjur. penginapan dan juga boat sewa tak perlu di risau. Jika kejohanan yang lain banyak masalah di hadapi bagi mendapatkan penginapan dan juga sewa boat , dalam kejohanan ini semua di sediakan."

"Adalah di cadang mulai tahun hadapan Malaysia perlu mengambil bahagian dalam semua kelas yang di pertandingkan........................... Saya lihat kejohanan ini membawa banyak faedah kepada pelayar. Pendedahan pada peringkat ini amat sesuai untuk pelayar negara"
dan lagi

........dari pagi hingga malam macam-macam program diatur , pagi ini pendaftaran, selepas itu pembahagian boat. Pelayar mengambil masa untuk siapkan boat. Petang mesyuarat pengurus Pasukan dan pada malam pulak di adakan Kelas undang undang untuk semua pelayar. Manakala mulai dari besuk akan di adakan latihan dan kelas di bawah pengawasan Jurulatih ISAF. Manakala jurulatih dan pengurus akan menghadiri forum dan juga kelas . Sebenarnya kejohanan ini amat sesuai di sertai oleh atlit muda sama ada pelapis atau Elite."

Kenyataan ini saya bersetuju sepenuhnya dan mencadangkan agar menjadi salah satu sasaran utama (major peak) terutamanya bagi atlet Pelapis MYA/MSN dan kejohanan ini adalah kayu ukur sebenar perbandingan prestasi atlet yang di dalam program pembangunan kebangsaan dan dari situlah kita tahu standard kita berbanding dengan lain-lain negara. Malahan beberapa negara kuasa pelayaran termasuk Singapura menghantar hampir keseluruhan acara bagi merebut Volvo Youth Challange Trophy. Selain itu kejohanan ini juga disertai oleh negara asia yang lain seperti Korea, Japan, Thailand, Hong Kong dan Bahrain. Jadi apalagi ayuh kita mengorak langkah maju setapak ke depan jadikan satu projek untuk 4 tahun pada pelayar-pelayar sedia ada bagi menghantar ramai peserta dan mensasar atleast 5 negara terbaik dunia dalam program pembangunan remaja. Buat masa sekarang kita cuma kekurangan kelas High Performance dinghy dan multihull class sahaja, yang lain almost there...

Menyentuh berkenaan dengan apa yang disediakan; walaupun disediakan sepenuhnya kadang-kadang kita tepaksa jugalah menggunakan sedikit perbelanjaan sampingan seperti makanan yang disediakan kadang-kadang tidak halal dan tidak mempunyai pilihan untuk negara-negara asia oleh itu kita terpaksa mencari makan diluar. Juga untuk minuman tambahan dan buah-buahan; tetapi keseluruhannya saya bersetuju dengan GM kos untuk kejohanan ini jauh lebih murah dari kejohanan yang lain... sebaik sampai dari airport venue kejohanan sampailah balik semula ke airport semuanya disediakan... murah dan mudah...tak pening kepala....macam saya nak Scotland selepas ini (Laser Radial Youth World C'ship) ...penginapan pun belum dapat lagi...cam noo...
KESIMPULANNYA SAYA BERSETUJU DENGAN CADANGAN GM..MSN DAN MYA PERLU MENYEDIAKAN PASUKAN YANG LEBIH MANTAP UNTUK MENGHANTAR LEBIH RAMAI ATLET BERPOTENSI DALAM KELAS-KELAS YANG TERDAPAT DALAM ACARA INI YANG MENGIKUT KONSEP KELAS-KELAS YANG MIRIP KELAS OLIMPIK.

Lagipun kertas cadangan asal penubuhan program Pelapis Kebangsaan telahpun dimasukkan semua kelas-kelas di atas hanya menunggu LAMPU HIJAU MSN-MYA.

Sekian Salam pengenalan yang serba ringkas...


Selasa, 6 Julai 2010

ISAF Volvo Youth: Perjalanan Yang Panjang

Salam

Update on 08.07.10 jam lewat 4.00pm
Lewat petang 07.07.10: pasukan melakukan pemantau venue pertandingan (boat park); tak lama berada di sini sebelum kena keluar kerana venue belum boleh di lawati dan merupakan kawasan larangan. Balik bilik berehat did some computer work dan terlelap sampai ke pagi.....so semua miss..... Sepanyol vs Jerman....

1500pm 07.07.10: survey tempat makan setelah merehat minda dan mata... Jarak shopping kompleks tak jauh memudahkan pasukan. Keadaan atlet sehingga kini nampak baik dan bersemangat tiada tanda-tanda kelesuan melampau dan semuanya dalam keadaan sihat kecuali Amirah Izla dan Amirah batuk-batuk kecil (mungkin kurang minum air semasa 10jam dalam penerbangan)

1230tgh 07.07.10: akhirnya dapat juga bilik setelah menunggu dari jam 0830am. masalah salah maklumat dihantar kepada pihak organizer menyebabkan lewat mendapat penginapan; terpaksa menunggu bilik kosong.

0715am 07.07.10: keluar dari ruangan pemeriksaan imegresen setelah kira-kira 50 minit untuk melepasi pemeriksaan imegresen dan mendapatkan bagasi. Dapati tiada kenderaan dari pihak organizer menanti pasukan seperti yang dijanjikan di dalam NOR. Pengurus mula memainkan peranan mendapatkan maklumat dari organizer dan mendapati bahawa maklumat yang disampaikan kepada pihak organizer adalah salah dan mereka menjangkakan besok pasukan Malaysia akan sampai. Nasib baik jarak antara hotel penginapan dan lapangan terbang agak dekat dan tak sampai 15minit perjalan dengan bas serta pihak hotel menyediakan shuttle bas maka taklah terlampau lama menunggu... adalah kira-kira 1jam

0630am 07.07.10: Mendarat di lapangan terbang Antrabangsa Antartuk Turki setelah 10 jam penerbangan dari KLIA. Keadaan yang agak lengang semasa keluar dari flight tetapi agak ramai dikaunter imegeresen dan mengambil masa sedikit untuk melepasi imegresen.

0115am 07.07.10: penerbangan ke Turki terlewat kira-kira 45 minit dari jadual asal (1230am).

2150pm 06.07.10: Penerbangan dari Langkawi ke KLIA lewat dari jadual penerbangan 2130pm.

2000pm: check-in penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Langkawi, tiada sebarang masalah

Petang 06.07.10: Masih merupakan hari yang sibuk. Pasukan yang akan bertanding di Putrajaya Open Regatta juga sibuk melakukan loading bot. Pasukan nak ke Turki melakukan persiapan akhir....last shopping dengan GM beli tongkat ali, Berahim rendang. Thank Hakimi for the sambal ikan bilis.....

Sorry Gambar takleh nak upload too slow dan terlampau lemah sambungan internet.

Sekian
1630pm 08.07.10 - nak ke boat park; semua atlet kat sana. Boat dah dapat tengah buat boat rig. Plan nak turun kuatlah pulak angin tengok kalau ada beberapa negara lain turun so kita pun turun.
Chow



Pagi: Hari yang agak sibuk.....
Persiapan terakhir untuk pergerakan ke Turki.........Athlete all ok cuma tunggu pengurus pasukan mendapatkan sedikit peralatan-peralatan senggaraan kecil akan diguna pakai.

Pagi ini juga taklimat Pengurus Besar (GM) berkaitan hal-hal pengurusan sepanjang masa ketiadaan beliau di Liscom. Berkaitan Persiapan ke Putrajaya, latihan negara luar di Liscom dan lain-lain.

Tengahari: Hari ini juga pembayaran pendaftaran untuk Kejohanan Laser Standard World perlu dibuat (tarikh tutup besok) dan baru tadi dimaklumkan duit telah dimasukkan ke akaun untuk tujuan pembayaran. Bergegas ke bank dan .... alamak tutupla plak (ATM machine). tunggu.....

update by 1345pm

Isnin, 5 Julai 2010

Hello....welcome back

Salam semua.

Maaf 3 bulan lebih tidak mengemaskinikan blog ini. Berbagai aktiviti latihan dan pertandingan sepanjang masa tersebut bermula dengan Kejohanan ASC, Navy Day Open Regatta, latihan luar negara dan baru saja berakhir Kejohanan SUKMA.

Sepanjang masa tersebut berbagai rentetan peristiwa suka duka telah berlaku dan telah berlalu untuk kita mengambil iktibar dan menjadikan panduan dalam meneruskan perjuangan bagi mencapai matlamat pasukan.

Terus menongkah arus meredah ombak mengganas bagi persiapan menghadapi badai Shan Wei pasukan kebangsaan akan berlepas ke Turki untuk Kejohanan ISAF Volvo Youth dan Kejohanan Laser Radial Youth World.

Khabar walang dibawa dari Romzi yang sedang bertarung di negeri atas angin mengalami kecederaan retak pada pergelangan tangan dan terpaksa menarik diri di Kejohanan Laser Radial Men bertempat di Larg, Scotland.

Selain itu atlet-atlet lain akan berlepas ke Putrajaya bagi Kejohanan Putrajaya Open.

Insyaallah saya akan mulai mengemaskini semula blog ini dengan perkembangan-perkembangan terkini aktiviti pelayaran kebangsaan terutamanya melibatkan pasukan kebangsaan.

Chow...adios