Sabtu, 24 Julai 2010

Update Laser Radial World Hari ke 4

Kemaskini: Lewat petang baru result post dan kelihatan sungguh tidak begitu menyenangkan.........Nizam scored OCS pada perlumbaan ke-5 yang mana best resultnya setakat ini iaitu tamat pada tempat ke-4.

Keputusan ini menyebabkan ia jatuh berada pada tangga ke-18 yang mana kalau tak ia akan berada pada tangga ke-8 sekurang-kurangnya.

Hari ini 24hb akan diadakan 2 pertandingan dan Nizam sudah berada di Gold Fleet.

24 Julai 2010 1035am

Salam dari Larg, Scotland

Hari ini buat pertama kalinya bot-bot turun berjaya turun ke air pada masa yang ditetapkan tanpa penangguhan berita angin 9kts di luar kawasan gelanggang amat memberangsangkan. Pelayar launching sekitar jam 0940am dan berada digelanggang sekitar 1020am.

Sampai di gelanggang....mana anginnya tiada pun...di bawah 2kts.....menunggu angin nasib baik hari ini cuaca lebih cerah pada awal pagi ini dengan sinaran matahari sekali sekali menyinari gelanggang (masih dilindungi dengan awan tebal melintasi gelanggang).

Sekitar jam 1215tgh angin mula bertiup baik dan semakin meningkat kemudiannya hingga ke 11kts pada masa gust. Nizam hari ini juga berada pada fleet Merah dan akan bermula pada permulaan terakhir.

Perlumbaan pertama harian; Fleet pertama (yellow) hanya berjaya dimulakan pada jam 1230, kedua (blue) pada jam 1300 dan start Nizam (merah-outer loop) hanya dapat bermula jam 1351. Ini disebabkan kerana terlampau banyak bot-bot melakukan cross line (OCS).

Bermula baik di kiri garisan dan mengawal fleet di kiri dengan baik sebelum kemudiannya fleet yang bermain paling kanan mendapat pressure angin dan melintasi Nizam di penanda dengan Nizam berpusing di tempat ke-16, memotong 4 bot di reaching ke-12 dan semasa downwind memotong leg 1 bot ke-11 dan sekali lagi digate pada tempat ke-9 dan semasa last upwind ke penamat berjaya memotong 1 bot dan tamat ke-8. Angin mulai drop pada kekuatan 8-9kts pada perlumbaan ini.

Pertandingan ke-2 hari ini (Race ke-5) angin sekitar 6-8kts dan lull pada 5kts. Pertandingan untuk Nizam dijalan pada jam 1522pm. sekali lagi bermula di kiri garisan berjaya berada pada fleet hadapan di penanda pada kedudukan ke-3, semasa reaching dikejar bot belakang bersama berpusing di penanda M2 dan semasa di gate berjaya berpusing ke-2 sehinggalah last run masih lagi ke-2 di gate tetapi bersebelahan dengan bot ke-3 sebelum kena potong semasa last reach ke-3 dan semasa menuju penamat ke potong lagi dan tamat ke-4.

Pertandingan terakhir hari ini (Race ke-6) bermula pada jam 1701pm semasa angin bertiup di bawah 5kts dan selepas bermula di bawah 3kts dan jatuh lagi semasa downwind dan 2nd upwind 1-3kts di mana telah diberi shorten course. Nizam bermula agak baik di kiri mengawal baik fleet berpusing di tempat ke-3 tetapi semasa downwind tidak berada di lorong angin (tiada angin di tempat Nizam hanya dihanyutkan arus sahaja) menyebabkan ia jatuh bayak posisi berpusing di tempat ke-10 dan tamat diupwind leg tempat ke-10.

Keputusan keseluruhan belum lagi dipostkan.

Salam

2056pm

1 ulasan:

  1. Pagi ini sehingga jam 1130 Pagi waktu malaysia keputusan masih lagi tidak di pamirkan dalam halaman web. Bagaimanapun di ucapkan tahniah kepada Pelayar kita kerana menamatkan semua perlumbaan dalam lingkungan 10 terbaik . Harap dapat angin kuat seperti yang di harapkan oleh Nizam. Keputusan dan ulasan yang di buat oleh Coach nyata kelemahan pelayar kita di garis perlumbaan terutama dalam Fleet besar . Jika dapat mengatasi kelemahan ini saya yakin pencapaian Nizam akan lebih baik dan boleh berada dalam senarai Pelayar Elite Dunia. Harap pad kejohanan ini Nizam dapat menduduki 10 Terbaik Dunia.

    BalasPadam