Khamis, 22 Julai 2010

Salam dari Larg, Scotland, UK: Laser Radial Youth World

Salam semua

Hari ini berkesempatan untuk mengemaskini blog setelah 5 hari berlalu talian internet tidak dapat dilayari, terlampau ramai peserta, coach dan pegawai disini menggunakan internet

Keadaan di Larg semuanya baik cuma yang kurang baik adalah keadaan di sini sering dengan hujannya dan suhu yang agak sejuk, dingin yang menggigit tulang. Suhunya sekitar 14 darjah semasa hujan dan berada di laut dengan hujan amat menyukar dan tidak menyelesakan. Menggigil terketar-ketar dan sebagainya semua cukup, apatah lagi dengan kekurangan kemudahan pakaian yang bersesuaian.

Pada masa menulis blog ini sedang menunggu di ruang restoren untuk memastikan Nizam tidak terlibat dengan protest hearing kerana khabarnya juri berniat mengemukakan protest atas kejadian semasa bertanding tadi.

Untuk makluman sehingga sekarang setelah 2 hari pertandingan hanya 1 perlumbaan dapat dijalankan sebentar tadi dalam keadaan hujan dan angin perlahan sekitar 6-8kts dan lull di bawah 5kts pada sesetengah laluan. Kesan awan melalui gelanggang menyebabkan kekuatan angin dan arahnya agak berubah-ubah tetapi tak ketara seperti di Istanbul (ISAF Volvo Youth). Nizam menghadapi masalah pada permulaan perlumbaan pertama ini dengan botnya terhenti (dihempap ombak)menyebabkan kena cross dengan sekelompok bot dan terpaksa lari ke kanan gelanggang. Berjaya mengejar fleet depan selepas tack semula bermain dengan pressure di kiri tetapi last tack terlibat dan tersangkut dengan pelayar Rusia terpaksa melintasi belakang banyak starboard boat yang sudah berada di layline dan sekali lagi terpaksa membuat penalti kerana melanggar penanda M1. Berpusing di gate pada kedudukan 35+ terpaksa bekerja keras pada 2nd beat dan semasa last run untuk berpusing di tempat ke-20 di M5 sebelum berjaya lagi memotong beberapa boat di tempat ke-14.
Sehingga kini jam 1833pm waktu tempatan sekiranya tiada protest terhadap Nizam ia berada pada kedudukan ke 40. Ini disebabkan kerana pertandingan ini dipecahkan kepada 3 fleet dan setiap fleet mempunyai kira-kira 75 pelayar. Tetapi nampaknya di kaunter protest kelihatan juri begitu berminat menunggu Nizam untuk mengemukakan protest dan kalau tidak juri sendiri .........

Makluman berkenaan perjalan sehingga kini:
1. 17hb perjalan: pernerbangan dari Istanbul ke Heathrow dan seterusnya penerbangan ke Glasgow. Lain-lain pasukan yang ke Istanbul berlepas pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang sama. Semua berjalan lancar kecuali Sail Bag Nizam telah terlepas flight (akan melalui flight berikutnya) dan akan dihantar terus ke Larg Sailing Club pada keesokan harinya.

2. 18hb: Boat measurent dan pendaftaran. Mendapatkan boat charter dari Sailboat Performance, melalui measurement dengan layar hanya sampai sedikit lewat. Melakukan pendaftaran sebaik selesai measurement. Hujan turun sepanjang pagi melakukan measurent sebelum cuaca baik semula selepasnya.

3. 19hb: Hujan turun sepanjang pagi hingga lewat petang menyebabkan practice races terpaksa dimulakan lewat sekitar jam 1700pm. Practices berjalan dengan keadaan angin yang baik tetapi majoriti semua pelayar tidak menghabiskan race dan hanya melalui penanda M1 sahaja termasuk Nizam dan Thaiand. Untuk kejohanan ini menggunakan coach bot berkongsi bersama dengan Thailand.

4. 20hb: Hari pertama petandingan: cuaca baik kering tiada hujan tetapi tiada angin sepanjang pagi dan ditangguhkan sehingga jam 1600pm pelayar mula turun ke air dan sekali lagi terpaksa menunggu di air sekitar 2 jam sebelum pertandingan ditangguh lagi kerana ketiadaan angin.

5. 21hb: seperti dilaporkan tadi sekali lagi hujan sepanjang pagi dan tiada angin sebelum sekitar jam 1230tengahari pelayar diarahkan turun dengan angin kira-kira9-10kts dan berjalan 1 perlumbaan seperti dinyatakan. Perlumbaan kedua dijalankan hanya untuk yellow fleet (Nizam di blue fleet) tetapi dibatalkan setelah melalui 2nd upwind (4th leg).

Sekian salam dari Scotland.
1901pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan