Sabtu, 4 September 2010

Laser Senior World

Jumaat; 03hb September;



Setelah 5 hari berlalu tanpa berita dilaporkan akibat kepenatan badan dan minda serta mood yang begitu malas rentetan prestasi Qaedi dan Nizam yang tidak begitu memuaskan, kini pertandingan telahpun masuk ke hari ke-5 dengan pertandingan kelayakan (Qualifier) telah pun tamat dan mereka berada Bronze Fleet di pertandingan Final Siries yang bermula hari ini;


Sasaran yang ditetapkan untuk berada di Silver Fleet tidak menjadi kenyataan dan sasaran target setiap pertandingan kelayakan untuk berda pada posisi 25-35 tidak dapat dicapai bagi membolehkan mereka berada pada Silver Fleet.






Dan hari ini semasa pertandingan di Bronze Fleet juga mereka tidak beraksi dengan baik tetapi Nizam pada 1 pertandingan dah berjaya melakukan pelayaran dengan baik tetapi kemudiannya melakukan kesilapan di 2nd upwind mengambil tack yang salah terutama pada last tack menuju ke mark menyebabkan ia drop semula dari tempat ke-21 pada downwind sailing di gate ke tempat ke-34 aebelum berjaya memotong beberapa semasa last downwind. Sasaran semalam untuk mereka beradap pada top 15. So esok try to be in top 20.



Antara Kesilapan besar harian;


  1. Bot speed masih tidak mampu menyaingi pelayar handalan dunia. Samada wave riding dan wave handling technique tidak tepat (kat sini ombaknya tidak setinggi mana setakat ini paling tinggi hanya 0.75meter sahaja tetapi masalah yang ketara adalah choppynya yang menjadikan cabaran (mungkin kesan arus yang berlawanan dimuara nak masuk ke channel HISC). Boat balance yang tidak begitu baik terutamnya bagi Qaedi semasa upwind)
  2. Starting selalu menjadi masalah samada tidak bermula dengan baik berada diline sedikit ke belakang, bermula dengan accelerate yang sedikit lambat, berada dalam posisi lee bow atau kena cover semasa bermula, tetapi tidaklah semua pertandingan mereka berada dalam keadaan ini tetapi lebih separuh dari 10 pertandingan yang dah berjalan.
  3. Ada juga bermula dengan baik tetapi tidak boleh maintain boat speed dengan jangkamasa yang cukup lama.
  4. Kegagalan bermula dengan baik dan kesukaran untuk get clear dari bad start dengan baik terutama dengan kehadiran top-top sailors menyebabkan mereka tertinggal di belakang dari awal lagi
  5. Qaedi dengan masalah upwindnya paling ketara terutama pada 1st beat upwind awal-awal lagi sudah berada pada kedudukan 10 terkebelakang semasa di penanda M1, belayar agak baik semasa kebanyakan downwind sebelum kemudiannya ada melakukan kesilapan pada beat ke-2.
  6. Nizam dengan prestasi up & down semasa downwind sailing tetapi tidaklah seteruk di Larg bilamana jika ia memberikan fokus agak baik maka downwindnya adalah baik. Prestasi upwind juga tidak konsisten adakal baik dan adakala merudum.
  7. Kesilapan memilih keutamaan juga merupakan kesilapan yang sering dilakukan terutamanya Nizam, Race ke-3 sudah berada pada kedudukan ke-8 tetapi tidak cover fleet pergi untuk pilihan angin menyebabkan jatuh begitu banyak semasa 2nd upwind dan tamat di tempat ke-23. Sama juga berlaku pada hari ini.
  8. Keadaan angin di sini juga agak payah dan sukar untuk mendapatkan rhytmn hal ini juga berlaku kepada kebanyakan pelayar kecuali pelayar pada top 20 yang sentiasa mempunyai best boat speed mampu melakukan recovery apabila berada pada wrong side.
  9. Juga masih berlaku, kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya terutama melibatkan maneuvre seperti melanggar buoy, pelanggaran dengan bot lain
  10. dan lagi.....tunggu rumusan