Rabu, 24 Februari 2010

Add to: Aktiviti-aktiviti terkini bagi atlet kebangsaan 1

Untuk makluman perkembangan persiapan Kejohanan Asian Pacific Laser Championship:
  1. Kontena telah bergerak pada semalam 23hb Feb.
  2. Itinerary flight detail telah diterima. Atlet akan berlepas seperti berikut:
  • Pelapis (AMIRAH, KHAIRUL COACH BALOK dan EN AFENDY akan berlepas dengan penerbangan AK 750 pada jam 1845pm. Penerbangan Air Asia berlepas dari LCCT. Ketibaan penerbangan balik adalah pada jam 1230, 13 Mac dengan penerbangan AK 735
  • Elit (ROMZI, QAEDI, HARITH DAN NIZAM & COACH RANI) akan berlepas dengan penerbangan MH 780 pada jam 1805pm. Penerbangan MAS berlepas dari KLIA.
    Atlet-atlet ini akan terus berlepas ke China dari Bangkok, Thailand untuk kejohanan ASC sebaik tamat kejohanan Asian Pacific Laser Championship.
Jadi kepada keluarga dan kawan-kawan yang ingin menghantar/menemui atlet-atlet ini sebelum berlepas/ketibaan dari Thailand.

Atlet-atlet kebangsaan yang mengambil bahagian di Kejohanan Sail The Gulf, Qatar selamat tiba ke Langkawi pada 22hb Februari lepas. Tahniah atas kejayaan yang dicapai.

Besok 25hb February atlet-atlet yang tidak beraksi di sebarang kejohanan dan latihan luar negara akan ke Pulau Pinang untuk Kejohanan KFC-PSC International Open Regatta.

Sekian update terkini.

Isnin, 22 Februari 2010

Aktiviti-aktiviti terkini bagi atlet kebangsaan 1

Aktiviti-aktiviti terkini bagi atlet kebangsaan.

1. Laser Asian Pacific Laser Championship -
  1. Tarikh pertandingan: 06hb Mac - 12hb Mac
  2. Tarikh pergerakan atlet: Cadangan 27hb 28hb February
  3. Matlamat: Leading competition kepada Asian Sailing Championship, pendedahan pertandingan prestasi peringkat tertinggi asian pacifik kepada teknik dan taktik pelayar, jangkaan kepada keadaan berangin dan berombak sesuai bagi persiapan Asian Sailing Championship. Latihan lebih awal untuk adaptasi kepada venue dan condition.
  4. List atlet: Mohd Romzi Bin Muhamad, Nik Ashraf Qaedi Bin Nik Azizan, Harrtihammry Nassution bin Hairudin, Khairulnizam Bin Mohd Afendy, NurAmirah Bte Hamid dan Ahmad Khairul Ridzuan Bin Ahmad Khmbali.
  5. Persiapan: semua persiapan telah diaturkan termasuk pendaftaran pelayar telah dibuat. Bot pertandingan akan dibawa sendiri. peralatan dan kontena dah ready untuk dihantar ke Thailand. Pihak pengelola di Thailand telah dihubungi untuk mengaturkan kedudukan kontena, penginapan dan pemberitahuan awal ketibaan pasukan.
  6. Masalah: 1) Flight detal masih belum diperolehi....Harap jangan kes atlet tertinggal macam Qatar berlaku lagi.... 2) kontena dah siap ready tetapi masih belum dihantar...sempat ke???.

Next Kejohanan Asian Sailing Championship.

Ahad, 21 Februari 2010

Info untuk sailors...sumber maklumat

pernah dengar berkenaan dengan SPEED & SMARTS.

Artikel yang dipaparkan oleh Dave Dallenbaugh adalah pada pandangan saya amat berguna bagi anda yang ingin serius dalam pelayaran. but.....artikelnya tak free maa. kena bayau...Last December punya keluaran berkenaan dengan..pertandingan yang disertainya dan menerangkan bagaimana sesuatu membuat persediaan bagi sesuatu pertandingan itu dilakukan.

Secara ringkasnya menerangkan mengenai Startegizing, starting, boat prep, tactical moves, and speed testing.

  1. Working for speed 1) New Sails. 2) Get the mast straight. 3) Clean the hull. 4) Speed test with a friend. Mark the fast points. (for Laser sailors - 2010 rules allow Laser to mark up mast, booms and hull for fast points. Not sails yet. For others not much prob.) 5) Get everything as light as you can.
  2. Avoid breakdowns.. Check all you lines and equiment and replace if warn.
  3. Starting avoid the crowded ends. Get line of sight and be near the line.
  4. Sail fast up the middle and work the shifts.
  5. If you are fast it will make everything else look good.

So sape berminat subscribe at www.speedandsmarts.com

Sabtu, 20 Februari 2010

Salam Pengenalan 2......

Melalui blog ini saya akan membawakan kepada tuan-puan akan perkembangan sukan pelayaran kebangsaan berkitar kepada program atlet kebangsaan.

Terlebih dahulu biarlah kita mengenali terlebih dahulu akan serba sedikit program yang dijalankan ini. Program-program ini adalah sepenuhnya tajaan KBS melalui MSN dengan diseliakan oleh persatuan sukan kebangsaan (disini bagi sukan pelayaran - MYA).

Sebagaimana sedia maklum pembangunan sukan perahu layar kebangsaan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi menempatkan atlet-atlet Program Elit (elit dan back-up elit) dan program pembangunan Pelapis. Penempatan atlet dan kebanyakan pembangunan program di pusat ini lebih dikawal selia oleh bahagian Pembangunan Pelapis.

Sebagaimana sedia maklum kebanyakan program pembangunan negeri juga di bawah program pembangunan pelapis (pelapis negeri). Selain itu terdapat beberapa sukan juga terdapat pelapis serantau atau zon....bagi sukan perahu layar masih lagi belum berjalan.

Kesemua perancangan pembangunan pelapis ini terdapat di dalam kertas cadangan (blue print) pembangunan pelapis kebangsaan yang telah dikemukakan kalau tak silap saya pada tahun 2007. Sebelum daripada ini di dalam program latihan atlet kebangsaan sukan pelayaran hanya terdapat program di bawah cawangan antarabangsa (nama cawangan lama bagi elit).

Program pembangunan negeri pada masa tersebut di bawah seliaan dan kawalan Cawangan Pembangunan yang mana kemudiannya dimansuhkan apabila tertubuhnya Cawangan Pelapis ini.

Selain itu MSN juga membantu dari segi kejurulatihan melalui Cawangan Kejurulatihan dengan menyediakan jurulatih negeri samada melalui skim Jurulatih Sepenuh Masa mahupun Jurulatih Separuh Masa. Juga cawangan ini menyediakan kursus-kursus untuk jurulatih juga melalui SPKK menyediakan menyeragamkan pembangunan kejurulatihan kebangsaan dengan mewujudkan lesen-lesen jurulatih Tahap 1- Tahap 3.

Terakhir MSN juga turut membantu persatuan sukan kebangsaan di dalam membangunkan hal-hal berkaitan pengurusan, kepegawaian dan pengadilan melalui Cawangan Pengurusan Sukan, membantu di dalam menganjurkan kursus-kursus kepegawaian dan kepengadilan juga membantu persatuan di dalam mengendalikan kejohanan-kejohanan utama peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sekian salam pengenalan....

Jumaat, 19 Februari 2010

Hi.....Salam 1...

Hai salam semua. Blog ini dan apa yang terkandung di dalamnya adalah dari cetusan diri sendiri bukan mewakili sesuatu pihak mahu pun puak mahupun kroni....heh..he tetapi mungkin pada masa tertentu kalau ada puak-puak yang minta tolong sampaikan mungkin akan saya sampaikan tetapi akan terlebih dahulu saya mention ini bukan dari saya tetapi pandangan orang lain..bla-bla....

Pembuka kata...cuba teka...
  1. SailMastr'x' itu untuk apa
  2. Apa makna 'LISCOM'?....sedap tak..
Pembayang:
  1. Berkaitan dengan sukan pelayaran Malaysia
  2. Macam LISRAM- Langkawi International Shooting Range of Malaysia.
Cuba teka:
Siapa jawab betul....ada hadiah.....pilih sendiri, packing sendiri,....bayarpun sendiri....sindiri bawa.