Khamis, 23 Januari 2014

Seminar Kejurulatihan Masih Belum Lancar...Nama... Nama.. Jurulatih

Merujuk kepada 3 posting sebelum ini berkaitan dengan seminar/klinik 470-420:
  1. http://sailmastrx.blogspot.com/2014/01/senarai-jurulatih-peserta-klinik.html
  2. http://sailmastrx.blogspot.com/2014/01/lanjutan-kepada-seminar-jurulatih-int.html
  3. http://sailmastrx.blogspot.com/2014/01/maklumat-kursus-kejurulatihan-jemputan.html
Maklumat terkini dari meja MYA:
  1. Semuanya ditanggung MSN/MYA kecuali pengangkutan? Bermakna bayaran RM780.00 tidak diperlukan
  2. Sehingga kini hanya 2 atau 3 negeri sahaja yang membuat confirmation banyak negeri belum lagi.
  3. Ada negeri memohon untuk menghantar peserta tambahan dari senarai yang dikemukakan termasuk ada dari negeri yang tidak di senaraikan pesertanya.
  4. Senarai nama jurulatih diperlukan segera untuk pengurusan termasuklah senarai nama ini dikehendaki oleh ISAF.
    1. Nama Penuh
    2. No K/Pengenalan beserta tarikh lahir
    3. lain-lain maklumat ringkas seperti No Contacts dan email jurulatih
Jadi merujuk kepada surat terakhir yang dikeluarkan MYA tinggal 3 hari sahaja lagi untuk anda sebagai jurulatih yang berkaitan dan juga persatuan negeri telah menamakan senarai jurulatih anda. Walaupun ada persatuan negeri nama telah dikenalpasti oleh MYA terbaik untuk anda mengesahkan senarai nama yang dicadangkan itu.

Kita kena mengambil tindakan cepat dan pantas untuk memberi reaksi positif terhadap apa yang telah disediakan dan mengelak dari hanya pantas menyalahkan pihak lain tidak menyediakan itu dan ini untuk kita, kerana ini adalah peluang terbaik kerana semua sedia maklum untuk mengikuti kursus dan seminar sebegini kos yang perlu dibayar juga agak tinggi dan lain-lain keperluan perlu disediakan sendiri. Tindakan kita dengan memberi reaksi positif juga akan dalam masa yang sama meyakinkan dan memudahkan MSNegara untuk menyalurkan lain-lain bantuan pada masa yang akan datang

Rasanya bagi negeri yang ingin menamakan lebih jurulatih juga tidak menjadi masalah selagi mana tempat masih kosong dan dalam masa yang sama juga semua negeri lain telah mendapat tempat. Jadi sebarang penambahan lebih kepada siapa cepat dia dapat setelah kuota negeri lain telah ok.

Apa-apa pun ruangan di sini adalah sumber maklumat bertujuan selain info juga untuk anda mengambil inisiatif yang perlu dan sekali lagi ini hanyalah maklumat sahaja; untuk kepastian sila berhubung dengan pihak MYA atau en Afendy seperti di talian tertera di surat jemputan dan makluman MYA.

Sebelum menoktahkan catatan ini.... Adakah anda jurulatih sudah ternama? dan sudah anda persatuan negeri menamakan jurulatih anda? kepada siapa?.... yang bernama di meja MYA.

Salam.

Rabu, 22 Januari 2014

Lanjutan Peraturan Pertandingan Perahu Layar SUKMA 2014 Perlis: Isu 2 Kelas dan Syarat Penyertaan

Posting kali ini ingin menyorot kepada sedikit kelainan ke-2 selepas tambahan kelas iaitu sudah pastinya berkaitan dengan syarat penyertaan:

Perkara ini perlu diperincikan kepada pasukan-pasukan negeri terutamanya kepada jurulatih-jurulatih dalam mereka merencana pasukan masing-masing kerana ada kemungkinan sebilangan kecil jurulatih tidak mendapat makluman ini terutamanya jurulatih yang lebih cenderung bergantung kepada MSNegeri semata-mata dalam program pembangunan mereka atas apa jua alasan.

MSNegeri juga rasanya selepas mesyuarat di Timah Tasoh pada November lepas berkemungkinan tidak mendapat makluman dan update terkini ini.

Sebelum kita ke syarat penyertaan yang akan disentuh lebih mendalam kita lihat semula table bagi penyertaan acara SUKMA pada kali ini.


Sedikit kesilapan pada ruangan jumlah Optimist sepatutnya 8 orang, tetapi terkini maklumat menyatakan penambahan bagi Penolong Pengurus Wanita telah tidak diluluskan maka jumlahnya kembali menjadi 7 orang.

Syarat penyertaan yang ditambah adalah seperti berikut yang dimasukkan pada para 4.3

Syarat Pennyertaan yang ditambah pada peraturan pertandingahn kali ini.
Syarat ini dimasukkan bertujuan bagi mengelakkan perkara yang berlaku pada SUKMA 2012 lepas dimana timbul isu ada negeri menggunakan taktikal team race dalam acara individu yang semestinya adalah terlarang dan melanggar peraturan pertandingan dan RRS. Kesalahan yang dilakukan oleh sebilangan kecil kita pada SUKMA lepas itu mengakibatkan kos yang agak mahal terpaksa dibayar dimana ia akan merugikan negeri yang mempunyai kekuatan pelayar dalam satu acara sahaja kini telah lebih kecil peluang mereka untuk merebut peluang menang. Dengan jumlah 2 pelayar maksima jumlahnya walaupun mengecil tetapi masih menjadi masalah kepada pelayar kita untuk melakukan recovery kalau sudah melakukan 2 bad result  dimana kemungkinan jumlah pelayar akan menjadi 16 ke 20 orang bagi kelas Optimist Lelaki ataupun Perempuan berbanding 8 ke 10 sahaja jika 1 pelayar sahaja dibenarkan.
Dalam apa jua keadaanpun akan ada situasi untung-rugi dalam hal ini, oleh itu demi menjuruskan kepada kebaikan fair sailing dan semangat kesukanan atas perlumbaan yang lebih adil maka kita terpaksa menerimanya dengan ada yang berat hati dan ada yang tidak terasa akan kesannya.
Begitu juga berkaitan dengan jumlah penyertaan bagi acara Optimist berpasukan dan acara individu digabungkan dalam satu penyertaan seperti rajah di atas maka keadaan akan mejadi lebih sukar dan tidak dalam keadaan proficiency bagi kebanyakan negeri. Terpaksa mengurangkan peserta pada acara individu dan ditambah dengan tidak boleh menambah 1 peserta lagi bagi mencukupkan gender bagi kelas yang pelayar gendernya tidak begitu berkesan untuk acara berpasukan.

Alasan kepada tidak ingin menambah bilangan atlet atas alasan kos kelihatan seolah-olah kebudakan walaupun ada kewajarannya. Sebaliknya jika cuba kita bayangkan kos keseluruhan yang terpaksa ditanggung oleh sukan perahu layar jika sesebuah negeri ingin bersaing pada kedudukan terbaik dengan jumlah pingat yang ditawarkan nampak tidak seimbang, oleh itu sesuatu perlu dilakukan untuk terus menjadikan sukan perahu layar dapat kekal bersaing sebagai penyumbang utama pingat pada pasukan negeri.Termasuklah juga kepada keperluan pertambahan pingat seperti yang telah dicadangkan baru-baru ini yang telah ditolak 2 dari pertambahan 3 yang dicadangkan.

Perkara sebegini boleh kita elakkan jika kita membuat sesuatu keputusan jauh lebih awal sebaik sahaja lepas SUKMA supaya semua negeri dapat bersedia sekurang-kurang 2 tahun lebih awal.
Jika pertambahan pingat untuk pertambahan acara Optimist Bawah 12 lelaki dan perempuan tidak juga akan diterima pakai atas alasan pertambahan atlet maka kita kena memikirkan bagaimana 5 pelayar Optimist tadi boleh dipecahkan acaranya supaya pertambahan pingat berjaya dilakukan. Sekali lagi segala keputusan perancangan harus ditetapkan sebaik sahaja SUKMA 2014 berakhir supaya semua negeri boleh mencorak program latihan masing-masing mengikut keperluan yang telah ditetapkan lebih awal dan masing-masing seterusnya memainkan peranan menerangkan dan meyakinkan MSNegeri masing-masing kepada keperluan-keperluan ini.

Ahad, 19 Januari 2014

Lanjutan Peraturan Pertandingan Perahu Layar SUKMA 2014 Perlis: Isu 1 Kelas di Pertandingankan

 Pertamanya tahniah dan terimakasih kita ucapkan kepada  Teknikal Delegate En Mohd Afendy yang bukan sahaja telah berjaya mengekalkan kelas-kelas yang ada pada SUKMA yang lepas tetapi juga berjaya menambah satu lagi acara iaitu Windsurfing Open. Walaupun beberapa cadangan telah tidak berjaya dimasukkan mungkin bertolak dari kerana beberapa tindakan strategi tidak dilakukan dengan berkesan termasuk dari semua pihak.

Seperti yang kebanyakan sedia maklum kelas yang tidak berjaya dimasukkan walaupun telah berjaya di bawa ke mesyuarat Jawatankuasa SUKMA November 2013 yang lepas adalah Optimist Bawah 12 Lelaki dan Perempuan.  Walaupun khabarnya rayuan telah dikemukan semula oleh teknikal delegate mengadakan perbincangan  dengan Pengarah Bahagian Acara Dato' Jalil berkaitan dengan hasil mesyuarat jawatankuasa SUKMA (pengarah-pengarah MSN) di Perlis tetapi tidak berjaya kecuali bagi kelas windsurfing Bic Techno kerana telah tersalah anggap telah diputuskan mereka.

Seperti yang dinyatakan kita semuanya menyumbang kepada kegagalan; mana mungkin ketua pengarah dan wakil kita pergi mesyuarat tanpa tahu apa-apa yang nak ditambah. Walaupun ada pro dan kontra dengan penambahan acara ini tetapi memikirkan masa depan pembangunan negara sekarang semakin berjaya dihimpit dan di atasi oleh Singapura, Thailand dan kadang-kadang Myanmar bagi negara asia tenggara, juga keperluan kepada pertambahan pingat bagi menyeimbangkan hasil pingat vs perbelanjaan pasukan maka saya merasakan keperluan penambahan pingat ini adalah wajar. Selepas ini rasanya penjenamaam bagi acara Optimist harus dijenamakan semula di dalam program kejohanan ranking kebangsaan. Tiada lagi Div A, B dan C tetapi Bawah 15 (U15), bawah 12 (U12) dan Bawah (10) bagi menunjukkan kita sememang dah bersedia dan mempunyai atlet. Selain itu setiap negeri perlulah support sebagaimana aktifnya beberapa negeri berdasarkan penyertaan kejohanan ranking kebangsaan.

Tetapi adakah Peraturan Pertandingan yang dipostkan adalah yang terkini dan sohih? Rasanya peraturan yang ini adalah yang sama yang terkini dihantar kepada setiap persatuan negeri untuk semakan pada awal Januari. Apakah ianya sudah difinalised kerana ada beberapa isu bertentangan dalam beberapa perkara yang diputuskan terutama dengan secara kelirunya diputuskan bagi acara Windsurfing Open pada mesyuarat jawatankuasa SUKMA (melibatkan pengarah-pengarah MSN).



Adakah ianya akan berjaya dikekalkan atau tidak. Kita kena tetap kena teruskan perancangan persediaan atlet. Segalanya walaupun tidak secara didokumentasikan dalam perancangan tetapi secara verbalnya beberapa kali telah diperbicangkan dalam perjumpaan-perjumpaan pada kebanyakan kali kejohanan diadakan.

Secara ringkasnya kemungkinan kelas-kelas lain tidak begitu sukar kita lihat kepada penyertaan dalam negeri termasuklah kelas Windsurfing Terbuka sekurang-kurangnya (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Johor dan Terengganu mempunyai peserta). Masalahnya Windsurfing Perempuan masih lagi agak samar-samar walaupun peluang bagi kelas ini agak terbuka kepada semua negeri yang mana tiada atlet tertentu mengungguli terutama dari atlet kebangsaan, tetapi rasanya masih slow. Begitu juga dengan kelas-kelas lain terutamanya bagi acara perempuan seperti double handed 420 dan Laser Radial kita tidak boleh meremehkan program pembangunan dan tidak boleh menggunakan kesempatan alasan sebagai sukan wajib untuk dapat mengadakan acara walaupun tidak cukup korum.

Acara-acara yang dipertandingkan:

Isu berikutnya: Syarat Penyertaan.

Sabtu, 18 Januari 2014

Acara di SUKMA melalui Peraturan Pertandingan Perahu Layar SUKMA 2014, Perlis

Posting ini diambil dari laman web kedahsail yang selalunya menjadi laman tak resmi menyalurkan maklumat-maklumat dari MYA.

Adakah ini yang terkini. Tarikh kemas kini adalah 17 Julai 2013. Ada beberapa versi sebelum ini berkitar secara dalaman MYA sebelum beredar ke meja setiausaha persatuan negeri.

Mana yang asallinya (maklumat terakhir semasa mesyuarat jawatankuasa pengarah-pengarah negeri adakah menggunakan versi ini yang rasanya tidak dan mensyuarat tersebut adalah November 2013)

Lain-lain komen menyusul untuk tatapan dahulu; apa yang bezanya dari SUKMA dahulu dan kini:

Open di new window:

Khamis, 16 Januari 2014

Senarai jurulatih peserta klinik jurulatih double handed telah disenarai pendek... Anda termasuk?

Lanjutan kepada seminar/klinik jurulatih double handed yang telah dipostkan pada 2 entry sebelum ini, kini dikemaskinkan dengan maklumat terkini dari MYA kepada persatuan-persatuan negeri:


Sementara itu senarai jurulatih yang telah di senaraipendekkan untuk seminar ini adalah seperti berikut:

BIL
NAMA
PERSATUAN NEGERI
1
Abdul Rani Idris
Terengganu
2
Ahmad Yusof bin Said
Sabah
3
Mohd Sharul  bin Abdul Razak
Selangor
4
M Zaidi bin Mohd Amin
Johor
5
Mohd Karimi bin Bakar
Kedah
6
Mohd Hamdan bin Mohd Rozi
Wilayah
7
Tg Khairuddin bin Mohamed
Perak
8
Ahmad Khambali bin Yadi
Melaka
9
Mohamad Razali bin Mansor
ATM
10
Ishak Bin Jab
ATM
11
Mohd Yusof bin Ibrahim
Pahang
12

Negeri  Sembilan
13

Pulau Pinang
14

Perlis
15

Kelantan
16

Sarawak
 
11 nama telah dinamakan berdasarkan kepada apa yang boleh kita lihat kepada keaktifan jurulatih-jurulatih melibatkan kelas double handed mungkin. Beberapa negeri nampaknya tidak dinamakan dan agak jelas juga negeri-negeri ini tidak nampak denga kelas double handednya sepanjang tahun lepas kecuali Pahang dan Perlis walaupun tidak aktif tetapi mempunyai pelayar di pusat kebangsaan. Terengganu dan Sabah rasanya yang paling aktif pada sepanjang tahun 2013 dan negeri-negeri lain ada juga 2-3 dalam beberapa kejohanan termasuk ATM.

Adakah nama anda termasuk? Masih berminat? Segera hubungi persatuan anda untuk memohon tempat dan peruntukan. Jika dilihat sebagai contohnya Negeri Sembilan juga mempunyai banyak bot Int 420 tetapi tidak aktif mengapa apakah kejurulatihan salah satu faktornya. Begitu juga dengan Gerak Khas mempunyai bot Int 470 terbaik rasanya. Sarawak juga mempunyai banyak bot Int 470 di Piasau Boat Clubnya. Manakala Pahang, Pulau Pinang pernah mendapat bot Int 420 malahan Pahang 2 x Int 420 pada SUKMA lepas sepatutnya boleh bergerak dan bersaing dengan negeri-negeri lain. Jadi seminar dan klinik ini perlu diambil kesempatan oleh semua untuk mengorak langkah ke arah menengahkan kelas ini dalam program pembangunan negara dengan lebih agresif.

Walaupun begitu kita masih menunggu keputusan MSN untuk menaja aktiviti ini supaya kehadiran penuh dapat dilakukan masih mengurangkan beban negeri. Dalam kepayahan dan kelembaban kelas double handed ini bergerak rasanya kena ada tolakan dan lonjakan kerjasama antara MYA dan MSN bagi membantu dengan mulai mengalih prioritas dari lebih kepada Optimist dan mulai memandang kelas doublehanded secara bersepadu. Hingga kini Kedah, Melaka, Terengganu dan Sabah mendapat sedikit limpahan dari kejohanan SUKMA tetapi tersangkut apabila tiba giliran Pahang yang lepas atas kesilapan teknikal dan strategi.

Sekian untuk halwa tatapan anda..