Rabu, 22 Januari 2014

Lanjutan Peraturan Pertandingan Perahu Layar SUKMA 2014 Perlis: Isu 2 Kelas dan Syarat Penyertaan

Posting kali ini ingin menyorot kepada sedikit kelainan ke-2 selepas tambahan kelas iaitu sudah pastinya berkaitan dengan syarat penyertaan:

Perkara ini perlu diperincikan kepada pasukan-pasukan negeri terutamanya kepada jurulatih-jurulatih dalam mereka merencana pasukan masing-masing kerana ada kemungkinan sebilangan kecil jurulatih tidak mendapat makluman ini terutamanya jurulatih yang lebih cenderung bergantung kepada MSNegeri semata-mata dalam program pembangunan mereka atas apa jua alasan.

MSNegeri juga rasanya selepas mesyuarat di Timah Tasoh pada November lepas berkemungkinan tidak mendapat makluman dan update terkini ini.

Sebelum kita ke syarat penyertaan yang akan disentuh lebih mendalam kita lihat semula table bagi penyertaan acara SUKMA pada kali ini.


Sedikit kesilapan pada ruangan jumlah Optimist sepatutnya 8 orang, tetapi terkini maklumat menyatakan penambahan bagi Penolong Pengurus Wanita telah tidak diluluskan maka jumlahnya kembali menjadi 7 orang.

Syarat penyertaan yang ditambah adalah seperti berikut yang dimasukkan pada para 4.3

Syarat Pennyertaan yang ditambah pada peraturan pertandingahn kali ini.
Syarat ini dimasukkan bertujuan bagi mengelakkan perkara yang berlaku pada SUKMA 2012 lepas dimana timbul isu ada negeri menggunakan taktikal team race dalam acara individu yang semestinya adalah terlarang dan melanggar peraturan pertandingan dan RRS. Kesalahan yang dilakukan oleh sebilangan kecil kita pada SUKMA lepas itu mengakibatkan kos yang agak mahal terpaksa dibayar dimana ia akan merugikan negeri yang mempunyai kekuatan pelayar dalam satu acara sahaja kini telah lebih kecil peluang mereka untuk merebut peluang menang. Dengan jumlah 2 pelayar maksima jumlahnya walaupun mengecil tetapi masih menjadi masalah kepada pelayar kita untuk melakukan recovery kalau sudah melakukan 2 bad result  dimana kemungkinan jumlah pelayar akan menjadi 16 ke 20 orang bagi kelas Optimist Lelaki ataupun Perempuan berbanding 8 ke 10 sahaja jika 1 pelayar sahaja dibenarkan.
Dalam apa jua keadaanpun akan ada situasi untung-rugi dalam hal ini, oleh itu demi menjuruskan kepada kebaikan fair sailing dan semangat kesukanan atas perlumbaan yang lebih adil maka kita terpaksa menerimanya dengan ada yang berat hati dan ada yang tidak terasa akan kesannya.
Begitu juga berkaitan dengan jumlah penyertaan bagi acara Optimist berpasukan dan acara individu digabungkan dalam satu penyertaan seperti rajah di atas maka keadaan akan mejadi lebih sukar dan tidak dalam keadaan proficiency bagi kebanyakan negeri. Terpaksa mengurangkan peserta pada acara individu dan ditambah dengan tidak boleh menambah 1 peserta lagi bagi mencukupkan gender bagi kelas yang pelayar gendernya tidak begitu berkesan untuk acara berpasukan.

Alasan kepada tidak ingin menambah bilangan atlet atas alasan kos kelihatan seolah-olah kebudakan walaupun ada kewajarannya. Sebaliknya jika cuba kita bayangkan kos keseluruhan yang terpaksa ditanggung oleh sukan perahu layar jika sesebuah negeri ingin bersaing pada kedudukan terbaik dengan jumlah pingat yang ditawarkan nampak tidak seimbang, oleh itu sesuatu perlu dilakukan untuk terus menjadikan sukan perahu layar dapat kekal bersaing sebagai penyumbang utama pingat pada pasukan negeri.Termasuklah juga kepada keperluan pertambahan pingat seperti yang telah dicadangkan baru-baru ini yang telah ditolak 2 dari pertambahan 3 yang dicadangkan.

Perkara sebegini boleh kita elakkan jika kita membuat sesuatu keputusan jauh lebih awal sebaik sahaja lepas SUKMA supaya semua negeri dapat bersedia sekurang-kurang 2 tahun lebih awal.
Jika pertambahan pingat untuk pertambahan acara Optimist Bawah 12 lelaki dan perempuan tidak juga akan diterima pakai atas alasan pertambahan atlet maka kita kena memikirkan bagaimana 5 pelayar Optimist tadi boleh dipecahkan acaranya supaya pertambahan pingat berjaya dilakukan. Sekali lagi segala keputusan perancangan harus ditetapkan sebaik sahaja SUKMA 2014 berakhir supaya semua negeri boleh mencorak program latihan masing-masing mengikut keperluan yang telah ditetapkan lebih awal dan masing-masing seterusnya memainkan peranan menerangkan dan meyakinkan MSNegeri masing-masing kepada keperluan-keperluan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan