Sabtu, 27 April 2013

TAUTAN MASIH TAK BERSAMBUT....

Posting terakhir saya mendapat kunjungan yang memberangsang, Juga mendapat komen samada pada blog itu sendiri mahupun di fb.

Cuma yang sedikit kureng adalah masih tiada negeri yang menyahutnya kecuali Terengganu untuk menghadiri kem ini. Ada kemungkinan berita tentang kem ini belum sampai ke pengetahuan pihak berkenaan yang bertangung jawab ataupun negeri-negeri sedia maklum tetapi menunggu notis resmi dari MYA sebagai mana komen dari GM untuk persatuan kebangsaan menguruskannya.

Coach Balok juga khabarnya sudah mulai membuat tinjauan balas dengan negeri-negeri yang mendapat windsurf untuk setidak-tidaknya mendapatkan maklum balas berkaitan dengan keadaan windsurf board yang telah dibekalkan.

Bagi yang tidak mengikuti atau tertinggal atas sebab posting lepas agak meleret-melalut.... saya titipkan sekali lagi isu berkaitan: 

...................SEHUBUNGAN DENGAN ITU SAYA INGIN MENJEMPUT SEMUA NEGERI TERUTAMA YANG MENDAPAT BANTUAN WINDSURF BIC TECHNO UNTUK TURUT  SERTA MENGHANTAR ATLET PADA KLINIK INI.
Untuk maklumat awal:

  1. Nama Kem: KEM WINDSURFING KEBANGSAAN
  2. Tempat: Timah Tasoh Lake Resort, Perlis
  3. Tarikh: 24hb Mei hingga 4hb Jun (bermula dari cuti sekolah)
  4. Jurulatih: En Zainal Bin Misran (P. Pinang) dan En Hadri Bin Zaiinal Abidin (MYA)
  5. Tahap: 
    1. Tahap 1: Asas dan Norvis kepada yang belum boleh mengendalikan
    2. Tahap 2: kepada yang dah boleh belayar dan dah bertanding 
  6.  Penyertaan:
    1. Terbuka kepada pelayar berumur 16 tahun dan ke bawah (Tingkatan 4 tahun ini). Sasaran untuk atlet SUKMA tahun hadapan.
    2. Negeri/kelab boleh boleh menamakan seramai yang mereka mahu tetapi jika penyertaan terlalu ramai maka akan dihadkan kepada 2 lelaki dan 2 perempuan bagi setiap negeri dengan anggaran 40 pelayar maksima
  7. Peralatan: 
    1. Bagi negeri-negeri yang ada board (yang diberikan oleh MYA) sila bawa board sendiri, arahan akan dikeluarkan oleh MYA untuk negeri membawa peralatan ini. Saya akan mendapatkan bantuan coach Balok untuk mencatat nama negeri yang mendapat kemudahan peralatan
    2. Negeri yang mendapat peralatan tetapi berlaku kerosakan sila maklumkan kepada En Zainal/En Hadri (MYA) berkenaan kerosakan peralatan tersebut supaya kita dapat lakukan sesuatu jika sempat. Oleh itu maklumkan awal.
    3. Bagi negeri yang dapat board tetapi tidak dapat hadir saya mencadangkan agar MYA mengeluarkan arahan agar pinjaman dapat dilakukan untuk aktiviti ini.
    4. Rundingan juga sedang dilakukan untuk mendapat pinjaman dari Wilson Oxbold termasauk menyewa darinya jika perlu
    5. Jika sambutan ramai dari negeri maka penggiliran penggunaan akan dilakukan
  8. Yuran Penyertaan: akan dikenakan dan akan dimaklumkan untuk tujuan bayaran penginapan dan makan dan lain-lain pengurusan. Melainkan jika MYA atau MWSA bersetuju sebaliknya.
Manakala malum balas komen dari GM yang terus respon selepas posting ini disiarkan:
 ................... NOR bagi Kem ini sedang di rangka dan akan di edarkan selawat lawatnya besok. MYA akan menguruskan kem ini dengan bayaran minimum untuk penginapan dan makan. Semua Kos pengurusan kem akan di tanggung oleh MYA. Kita tak ada masa untuk melengahkan program. Yang penting semua negeri beri sokongan padu dengan menghantar peserta menyertai kem ini. sekian terima kasih
 Terima kasih daun keladi GM. Saya mengambil kesimpulan kemungkinan tiadanya response dari negeri kerana mereka menunggu NOR tersebut....mungkin!. Jadi kepada kekawan yang berminat ataupun bekas-bekas windsurfers panjang-panjangkanlah kerana response diterima agak tidak menarik sebagaimana tidak menariknya sambutan bagi kelas ini di kejohanan-kejohanan ranking dalam negara. 

Rabu, 24 April 2013

SALAM DAN JEMPUTAN KEM WINDSURF

ASSALAMUAALAIKUM...

4 bulan lebih tidak melakukan sebarang aktiviti update blog ini, Kesibukan sentiasa menghantui dari satu tugasan ke task baru mencuri ruang-ruang kelapangan disamping lebih menumpukan kepada web baru (berjinak-jinak pula dengan website ringkas gustymyailing).

Dalam waktu kesibukan itu masih tetap mengikuti perkembangan MYA dengan beberapa perancangan besar yang diwar-warkan tidak berjaya dilakukan termasuklah memasukkan sukan perahu layar secara lebih berskala besar dalam perancangan Road to Rio yang tidak menjadi kenyataan.

Waaupun begitu dengan penyertaan ramai pelayar pelapis kebangsaan di skuad kebangsaan sedikit sebanyak mengubat duka dan yang pastinya saya merasakan ianya merupakan langkah penyelematan besaran supaya program pembangunan perahu layar kebangsaan berjalan terus berada pada tahap  yang sepatutnya tidak terbantut terutamanya bagi kelas-kelas selepas Optimist yang mana saya merasakan akan terkubur (terutama kelas International 420/470, windsurf, dan Laser Standard).

Kelas Laser Radial juga nampaknya tidaklah begitu lancar dan MYA sahaja memonopoli kelas ini berbanding dengan penyertaan negeri pada aktiviti kejohanan dalam negara. Walaupun begitu tidak dapat dinafikan negeri Perak yang melahirkan ramai pelayar berbakat terutama bagi kelas Laser dan lepasan Optimist berjaya mengekalkan momentum menyertai kebanyakan pertandingan dalam negara memberi saingan dalam kelas ini.

Bagaimana dengan negeri lain; dalam masa tertentu pula saya merasakan dengan pemilihan atlet-atlet mereka ke pasukan kebangsaan menyebabkan sesetengah mereka selesa hanya menggunakan atlet terpilih dalam pasukan kebangsaan dan menggunakan nama atas nama atlet tersebut. Strategi hanya membangunkan kelas Optimist dan apabila telah habis umur Optimist buat pemilihan dan terpilh sebagai atlet kebangsaan, abis cerita.... tak semua tetapi ada gayanya sebegitu terutama bagi kelas Int 420 yang nampak sukar untuk dibangunkan.


Manakala bagi kelas Laser 4.7 ada sedikit baik di mana kebanyakan pelayar lepas Optimist diserapkan ke kelas ini. Disamping dengan adanya acara ini di kejohanan MSSM sedikit menyelamatkan kelas ini. Sekali lagi sejauh masa MSSM membangunkan kelas ini, persoalan adakah hanya seleesa dengan apa yang ada? benar-benarkah membangun kelas ini atas nama MSS masing-masing? Apakah tiada perancangan untuk menambah acara seperti memasukkan kategori lelaki dan perempuan bagi kedua acara Laser 4.7 dan Radial? Khabarnya Pengerusi Teknik MSSM telah bertukar kepada orang baru (Cikgu Halim) tentunya ada sesuatu penambahbaikan yang perlu dilakukan baru menampakkan ketokohan PT MSSM yang baru.

Kelas windsurf Bic Techno lebih teruk, pada kejohanan terkini di Perak baru-baru ini, kelas tersebut tidak dapat diadakan akibat hanya 2 penyertaan sahaja dari Terengganu dan Perak di mana peserta Perak terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir kerana kerosakan peralatan dan mereka kemudiaannya bertanding dalam acara windsurf open sedangkan kelas ini dipertandingkan di Kejohanan SUKMA dan pada kejohanan SUKMA yang lepas juga kita melihatkan sambutan amat lemah.
Apakah kita memerlukan ruang masa yang amat panjang untuk memajukan sesuatu acara. Sedangkan kalau kita lihat acara ini sebenarnya lebih mudah dan lebih murah malahan berbanding kelas Optimist sendiri. Kelas ini adalah salah satu kelas untuk PT baru MSSM menempa nama membangunkan kelas ini secara keseluruhannya bermula dari kosong: dengan mengenalkan kelas ini dengan pembelian peralatan, kursus-kursus pengenalan, kursus-kursus pengendalian dan juga kursus kejurulatihan. Disamping itu kita semua harus memainkan peranan dalam membangunkan kelas ini, jangan berfikiran negatif dan kolot, aku tak de pelayar buat apa nak bangunkan atau ini bagi can kat negeri tu saja menang,.... saja dia orang nak masukkan kerana dia orang kuat dalam kelas ni...Itulah yang mungkin ada dalam sesetengah kita  yang berfikiran negatif dan kolot kita pada kejohanan edisi SUKMA lepas dan berkemungkinan besar akan berterusan ke SUKMA yang akan datang. Janganlah kita menjadi orang yang suka hati dengan menjahanamkan pembangunan sukan dalam negara apabila kelas ini kemudiaannya akan dicantas terus dari SUKMA.
Sekali lagi saya ingin jelaskan kita semua perlu memainkan peranan dalam membangunkan kelas ini bersama-sama dengan kelas-kelas lain. MYA amnya sebagai bapa dan MWSA sebagai ibu yang melahirkan kelas ini harus memainkan peranan yang lebih positif, progressif dan komprehensif dalam melaksana apa jua aktiviti pembangunan. Kalau perlu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Wilson Oxbold sampai kepaa tahap menyediakan peralatan dengan sewa yang lebih murah, mengadakan klinik sebelum kejohanan pada kejohanan-kejoahnan tertentu dan lain-lain perancangan yang difikirkan sesuai. Sejauh mana AJK-AJK dilantik memainkan peranan mereka harus dipersoalkan jangan nak nama sahaja masuk komiti tetapi tiada apa-apa tindakan dan sumbangan.

Jadi disini saya ingin mengambil kesempatan ingin memaklumkan yang Pasukan  negeri Terengganu dan Perlis merancang untuk mengadakan klinik windsurf semasa cuti sekolah nanti dan kami kini merancang kepada penyertaan yang lebih besar iaitu dengan terus menganjurkan kem windsurf kebangsaan. Perkara ini telah dibawa kepada pengetahuan En Afendy GM MYA dan juga Timbalan Presiden MWSA. Jika dipersetujui maka klinik ini akan diambil alih oleh MYA dengan bantuan MWSA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU SAYA INGIN MENJEMPUT SEMUA NEGERI TERUTAMA YANG MENDAPAT BANTUAN WINDSURF BIC TECHNO UNTUK TURUT  SERTA MENGHANTAR ATLET PADA KLINIK INI. Konsep saya, cakap sahaja tidak guna kita perlu mengambil langkah untuk maju kehadapan dan memulakan dengan langkah demi langkah. Inilah antara sumbangan kecil yang kita boleh berikan, biar berkata dengan kota, jangan hanya menanam di bibir sahaja.

Untuk maklumat awal:
  1. Nama Kem: KEM WINDSURFING KEBANGSAAN
  2. Tempat: Timah Tasoh Lake Resort, Perlis
  3. Tarikh: 24hb Mei hingga 4hb Jun (bermula dari cuti sekolah)
  4. Jurulatih: En Zainal Bin Misran (P. Pinang) dan En Hadri Bin Zaiinal Abidin (MYA)
  5. Tahap: 
    1. Tahap 1: Asas dan Norvis kepada yang belum boleh mengendalikan
    2. Tahap 2: kepada yang dah boleh belayar dan dah bertanding 
  6.  Penyertaan:
    1. Terbuka kepada pelayar berumur 16 tahun dan ke bawah (Tingkatan 4 tahun ini). Sasaran untuk atlet SUKMA tahun hadapan.
    2. Negeri/kelab boleh boleh menamakan seramai yang mereka mahu tetapi jika penyertaan terlalu ramai maka akan dihadkan kepada 2 lelaki dan 2 perempuan bagi setiap negeri dengan anggaran 40 pelayar maksima
  7. Peralatan: 
    1. Bagi negeri-negeri yang ada board (yang diberikan oleh MYA) sila bawa board sendiri, arahan akan dikeluarkan oleh MYA untuk negeri membawa peralatan ini. Saya akan mendapatkan bantuan coach Balok untuk mencatat nama negeri yang mendapat kemudahan peralatan
    2. Negeri yang mendapat peralatan tetapi berlaku kerosakan sila maklumkan kepada En Zainal/En Hadri (MYA) berkenaan kerosakan peralatan tersebut supaya kita dapat lakukan sesuatu jika sempat. Oleh itu maklumkan awal.
    3. Bagi negeri yang dapat board tetapi tidak dapat hadir saya mencadangkan agar MYA mengeluarkan arahan agar pinjaman dapat dilakukan untuk aktiviti ini.
    4. Rundingan juga sedang dilakukan untuk mendapat pinjaman dari Wilson Oxbold termasauk menyewa darinya jika perlu
    5. Jika sambutan ramai dari negeri maka penggiliran penggunaan akan dilakukan
  8. Yuran Penyertaan: akan dikenakan dan akan dimaklumkan untuk tujuan bayaran penginapan dan makan dan lain-lain pengurusan. Melainkan jika MYA atau MWSA bersetuju sebaliknya.

Kepada semua yang membaca posting ini sila hebahkan dan majukan kepada peratuan/kelab masing-masing untuk tindakan.

Salam bersambung terlalu panjang rasanya takut ada yang boring tanpa abis membaca.