Sabtu, 27 April 2013

TAUTAN MASIH TAK BERSAMBUT....

Posting terakhir saya mendapat kunjungan yang memberangsang, Juga mendapat komen samada pada blog itu sendiri mahupun di fb.

Cuma yang sedikit kureng adalah masih tiada negeri yang menyahutnya kecuali Terengganu untuk menghadiri kem ini. Ada kemungkinan berita tentang kem ini belum sampai ke pengetahuan pihak berkenaan yang bertangung jawab ataupun negeri-negeri sedia maklum tetapi menunggu notis resmi dari MYA sebagai mana komen dari GM untuk persatuan kebangsaan menguruskannya.

Coach Balok juga khabarnya sudah mulai membuat tinjauan balas dengan negeri-negeri yang mendapat windsurf untuk setidak-tidaknya mendapatkan maklum balas berkaitan dengan keadaan windsurf board yang telah dibekalkan.

Bagi yang tidak mengikuti atau tertinggal atas sebab posting lepas agak meleret-melalut.... saya titipkan sekali lagi isu berkaitan: 

...................SEHUBUNGAN DENGAN ITU SAYA INGIN MENJEMPUT SEMUA NEGERI TERUTAMA YANG MENDAPAT BANTUAN WINDSURF BIC TECHNO UNTUK TURUT  SERTA MENGHANTAR ATLET PADA KLINIK INI.
Untuk maklumat awal:

  1. Nama Kem: KEM WINDSURFING KEBANGSAAN
  2. Tempat: Timah Tasoh Lake Resort, Perlis
  3. Tarikh: 24hb Mei hingga 4hb Jun (bermula dari cuti sekolah)
  4. Jurulatih: En Zainal Bin Misran (P. Pinang) dan En Hadri Bin Zaiinal Abidin (MYA)
  5. Tahap: 
    1. Tahap 1: Asas dan Norvis kepada yang belum boleh mengendalikan
    2. Tahap 2: kepada yang dah boleh belayar dan dah bertanding 
  6.  Penyertaan:
    1. Terbuka kepada pelayar berumur 16 tahun dan ke bawah (Tingkatan 4 tahun ini). Sasaran untuk atlet SUKMA tahun hadapan.
    2. Negeri/kelab boleh boleh menamakan seramai yang mereka mahu tetapi jika penyertaan terlalu ramai maka akan dihadkan kepada 2 lelaki dan 2 perempuan bagi setiap negeri dengan anggaran 40 pelayar maksima
  7. Peralatan: 
    1. Bagi negeri-negeri yang ada board (yang diberikan oleh MYA) sila bawa board sendiri, arahan akan dikeluarkan oleh MYA untuk negeri membawa peralatan ini. Saya akan mendapatkan bantuan coach Balok untuk mencatat nama negeri yang mendapat kemudahan peralatan
    2. Negeri yang mendapat peralatan tetapi berlaku kerosakan sila maklumkan kepada En Zainal/En Hadri (MYA) berkenaan kerosakan peralatan tersebut supaya kita dapat lakukan sesuatu jika sempat. Oleh itu maklumkan awal.
    3. Bagi negeri yang dapat board tetapi tidak dapat hadir saya mencadangkan agar MYA mengeluarkan arahan agar pinjaman dapat dilakukan untuk aktiviti ini.
    4. Rundingan juga sedang dilakukan untuk mendapat pinjaman dari Wilson Oxbold termasauk menyewa darinya jika perlu
    5. Jika sambutan ramai dari negeri maka penggiliran penggunaan akan dilakukan
  8. Yuran Penyertaan: akan dikenakan dan akan dimaklumkan untuk tujuan bayaran penginapan dan makan dan lain-lain pengurusan. Melainkan jika MYA atau MWSA bersetuju sebaliknya.
Manakala malum balas komen dari GM yang terus respon selepas posting ini disiarkan:
 ................... NOR bagi Kem ini sedang di rangka dan akan di edarkan selawat lawatnya besok. MYA akan menguruskan kem ini dengan bayaran minimum untuk penginapan dan makan. Semua Kos pengurusan kem akan di tanggung oleh MYA. Kita tak ada masa untuk melengahkan program. Yang penting semua negeri beri sokongan padu dengan menghantar peserta menyertai kem ini. sekian terima kasih
 Terima kasih daun keladi GM. Saya mengambil kesimpulan kemungkinan tiadanya response dari negeri kerana mereka menunggu NOR tersebut....mungkin!. Jadi kepada kekawan yang berminat ataupun bekas-bekas windsurfers panjang-panjangkanlah kerana response diterima agak tidak menarik sebagaimana tidak menariknya sambutan bagi kelas ini di kejohanan-kejohanan ranking dalam negara. 

5 ulasan:

  1. Saya nak hantar pelayar yg lebih dari 16 thn boleh? Sedia maklum ATM tak ada unit 16 Tahun..

    BalasPadam
  2. 2 set Techno Johor tidak dapat digunakan kerana sedang diperbaiki.
    (Fin patah/sail koyak)
    Bolehkah bawa Board/Rig lain?
    Mungkin perlu train coach-coach negeri dulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Rasanya tiada masalah untuk menggunakan board atau rig yang lain malah kalau pelayar baru kadang-kadang lebih mudah untuk guna rig yang lebih kecil atau board yang lebih lebar.
      2. Kenapa tidak coach datang bersama dengan atlet sebagai jurulatih pengiring, cuma mesti dilimitkan dan kalau lebih perlulah negeri menampung sebahagian kos... bagaimana?

      Padam
    2. Demi pembangunan windsurf di Johor khususnya dan Malaysia amnya saya rela "korbankan" apa jua equipment windsurf saya sendiri. Hehehe..

      Saya sudah maklumkan kepada Coach Pak Aziz mengenai kursus ini.

      Saya amat berterima kasih kerana dapat mengikuti kursus windsurf pada tahun lepas di Teluk Senangin, Perak. Namun tahun ini saya meminta maaf saya tak dapat hadir kerana saya bekerja. Saya hanya sebagai pengajar windsurf secara sukarela dan bukan sepenuh masa di Johor ini.

      Padam
  3. Untuk penyertaan melebihi 16 tahun cadangkan kita lihat dahulu NOR yang akan dikeluarkan oleh MYA dan juga feedback dari negeri-negeri dari segi jumlah penyertaan.

    BalasPadam