Isnin, 5 Mac 2012

Kembali

Assalamualaikum...
Agak lama tidak berposting puasa sebentar......
terlampau sibuk dengan beberapa perkara...tugasan.... termasuk dengan perasaan agak boring dan feed-up berpanjangan.
Why? Apa nak kata apa yang kita rancang tidak berlaku...beban kerja akan bertimbun dan perasaan berseorangan melakukan sesuatu perkara yang kita anggap besar tetapi kelihatan biasa sahaja bagi orang lain (kes syok sendiri la ni).

Apa-apa pun syabas kepada semua dengan perkembangan aktiviti sepanjang masa menyepi tanpa ulasan terhadap  aktiviti-aktiviti yang menghangat sepanjang bulan Januari dan Februari.

Kejohanan Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi (RPAL), Klinik double handed ISAF dan terakhir sekali dengan Kejohanan Asian Sailing Championship semuanya adalah aktiviti sepanjang bulan Februari dan terkini Kejohanan PSC International Regatta baru berakhir 2 hari lepas.

Kejohanan RPAL kelihatan agak menarik dari segi kehadiran penyertaan apatah lagi dengan persiapan kepada kejohanan ASC beberapa peserta luar negara mengambil bahagian juga kejohanan ini telah mendapat graded dari ISAF.


Klinik double handed yang disediakan oleh ISAF nampaknya kurang mendapat sambutan dari negeri-negeri, kemungkinan disebabkan oleh publisiti yang agak kurang ataupun memang kurang minat...Apa-apa pun klinik ini amat baik rasanya cuma dapati penumpuan kepada kelas Int 470 lebih diberi perhatian berbanding dengan int 420...mungkin pada masa hadapan coach yang sama atau seseorang dari ISAF/420 Class pula dijemput untuk mengadakan klinik.


Kejohanan ASC juga telah berakhir dengan jayanya. Syabas kepada pelayar negara yang buat pertama kalinya berjaya mengungguli kejohanan ini dengan 4 pingat emas yang merupakan kali pertama mendapat kejayaan terbaik ini. Disebalik itu terdengat hembusan keluhan beberapa pelayar kita yang dipilih mewakili negara yang mengeluh kerana tidak mendapat penjagaan yang sebaiknya sebagaimana mereka mewakili negara di luar negara dengan bantuaan pengurusan yang sepenuhnya hinggakan kita lihat ada pelayar yang terpaksa menarik diri kerana masalah peralatan. Memandangkan perkara seperti ini kemungkinan tinggi akan kerap berlaku apabila kita beraksi dalam negara sendiri pada kejohanan-kejohanan besar dan penting ataupun ke negara-negara terdekat yang mungkin tiada minat orang-orang penting untuk menjawat jawatan sebagai pengurus pasukan maka adalah wajar untuk kita memikirkan kepada keperluan High Performance Manager bagi memastikan program atlet kepada persediaan jangka panjang (Olimpik mahupun Sukan Asia) berjalan dengan baik dan lancar termasuk memastikan kebajikan dan keperluan atlet dijaga sebaik mungkin. Mungkin dengan penambahbaikan dari segi pengurusan sebagai salah satu langkah bagi menebus kegagalan kita semasa Sukan Asia 2010 gagal meraih emas walaupun cemerlang dengan perak dan gangsa.


Terkini kejohanan PSC International baru sahaja berakhir dengan angin bertiup malas di Pulau Mutiara. Bagi anda yang berminat untuk melihat keputusan terkini kejohanan ini beserta dengan lain-lain kejohanan bagi tahun 2012 ini silalah layari http://sites.google.com/site/kedahsail/penang-swim-club



Sekian...menyusul kemudian..mencari isu...untuk dikomen.