Jumaat, 12 Julai 2013

Maklumat/n Berkaitan dengan Kursus Pilot Sukan Spesifik Tahap 3

Posting berkaitan dengan kupasan beberapa isu yang diperbincangkan oleh MYA telah bersambut salah satu darinya. Ianya berkaitan dengan Kursus dan latihan yang dirancang oleh MYA.

Walaupun beberapa kursus yang dijadualkan dalam kalendar MYA tidak berjaya dijalankan pada bulan April lepas atas alasan MSNegara tidak bersedia kerana persediaan yang tidak menentu dengan PRU ke-13 yang mana pada masa tersebut belum diumumkan.

Kursus yang akan dijalankan oleh MYA adalah seperti yang dinyatakan adalah Kursus Pilot Sukan Spesifik Tahap 3. Maklumat ringkas berkaitan dengan kursus adalah seperti berikut:
Nama Aktiviti: Kursus Spesifik Jurulatih tahap 3 (Pilot Course)
Tarikh Aktiviti: 26hb Julai hingga 03hb Ogos 2013
Venue: Pusat Latihan perahu Layar Kebangsaan (NSC) Langkawi

Maklumat detail boleh didapati di link ini: Surat Tawaran Kursus Spesifik Jurulatih Tahap 3

Ianya adalah kursus kejurulatihan bukan kursus bot seperti Perkara di dalam surat tawaran tersebut. Modul ini yang telah dirangka 4 atau 5 tahun sebelum ini  dan dimurnikan kalau tak silapnya pada tahun 2012 atau 2011 akhir berjaya juga diadakan.

Oleh kerana kursus ini merupakan kursus pilot maka penyertaannya adalah terhad. Mulanya saya agak keliru dengan kenyataan para 4 dalam surat tersebut yang menyatakan keutamaan akan diberikan kepada bekas pelayar kebangsaan telah diberikan penjelasan oleh GM MYA adalah dimaksudkan kepada jurulatih-jurulatih negeri/kebangsaan yang merupakan bekas pelayar kebangsaan sambung dari para 3. Sehubungan dengan itu komen yang saya berikan dalam email balas kepada MYA tidak lagi relevan dengan perkara yang dibangkitkan kerana ianya bersamaan dengan apa yang dinyatakan.

Juga rasanya MYA sendiri akan mengeluarkan senarai nama jurulatih yang akan terpilih untuk pilot course ini. Juga besar kemungkinan jurulatih yang terpilih dari pilot course ini juga nantinya ada yang akan dipilih sebagai jurulatih kursus pertama Spesifik Tahap 3 ini yang dijangka akan diadakan pada bulan September ini Insyaalah... (harap-harap jadilah). Jadi kepada sesiapamyang merasakan layak tetapi nama tak naik atau permohonan tidak diluluskan bolehlah memohon untuk menghadiri kursus yang pertama ini kelak.

Seperti biasa bagi setiap kursus maka syarat-syarat telah ditetap bagi membolehkan anda mengikuti kursus ini seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut. Apa-apa pun saya berpendapat penyertaan kursus ini sebenarnya adalah dalam sasaran kita menyediakan atlet perahu layar yang bertaraf  tinggi dalam negara melalui peningkatan tahap kualiti jurulatih dan yang paling penting sekali kita hendaklah memastikan peserta yang menghadiri kursus adalah jurulatih yang benar-benar menjalankan tugasan dan tanggung jawab sebagai jurulatih bukan sekadar hadir dengan tujuan ingin menambahkan sijil tetapi tidakpun pernah atau jarang-jarang sekali turun ke air... kalau boleh biarlah jurulatih yang mempunyai atletnya sendiri tak kira dalam apa jua program yang dijalankan. Seperti mana yang kita lihat lambakan individu yan mempunyai sijil Tahap 1 malah sijl Tahap 2 Spesifik  juga telah berlambak dalam negara sekarang tetapi adakah mereka ini benar-benar berfungsi dalam program pembangunan perahu layar dalam negara kita. Kita bukan tidak setuju sepenuhnya MYA berlembut dalam soalan ini kerana bagi sesetengah keadaan terutama kepada jurulatih negeri yang liat untuk menghadiri kursus kejurulatihan atas masalah tertentu, boleh kiranya MYA berlembut tetapi hendaklah dengan bersyarat supaya kualiti yang ditetapkan akan tercapai. Bagi Kursus Tahap 3 ini bagi saya kualiti adalah lebih penting untuk dijadikan sasaran berbanding dengan sasaran kuantiti. Kalau Tahap 1 tu kira oklah kerana kita nak seramai yang mungkin yang membantu melahirkan atlet pada peringkat akar umbi tetapi bukan seramai mungkin yang ada sijil sahaja.

Kejohanan MSSM adalah contoh terbaik kita dapat melihat timbulnya beberapa jurulatih 1 musim dalam setahun iaitu hanya musim kejohanan MSSM sahaja selepas itu sepi dan tunggu tahun depan pula untuk melihat mereka semula. Sesuatu yang lebih jitu sepatutnya dirangka oleh Pengerusi Teknik MSSM yang baru (cikgu Halim dalam perkara ini) untuk menyelaraskan program bersepadu jurulatih-jurulatih guru ini memandangkan ianya merupakan orang penting dalam MYA dan juga MSSM, tetapi dimana lambakan jurulatih-jurulatih guru yang lain begitu juga dengan kebanyakan individu lain yang kadang-kadang sampai 2 kali datang kursus yang sama (mungkin lesen dah mati kerana tidak mengajar dan tiada atlet).

Terakhirnya MYA sepatutnya melaksanakan apa yang telah dipersetujui lama dahulu semenjak dari merangka modul Tahap 1 dan dimasukkan lagi semasa penyediaan modul Tahap 2, iaitu MYA mengeluarkan satu log aktiviti jurulatih yang perlu diisi sebelum layak memiliki sesuatu sijil (terutama kepada bukan jurulatih JPM dan JSM negeri), begitu juga dengan jurulatih harus memiliki sijil SPKKnya dalam masa yang ditetapkan (bermakna harus juga menghadiri Kusus Sains Sukan mengikut tahap yang sama) dan jika tidak dilakukan maka sijil yang dikeluarkan tidak sah dan perlu menghadiri kursus semula. Jika ini dapat dilaksanakan maka rasanya sasaran yang kita targetka berkaitan dengan melahirkan kuantiti atlet perahu layar berkualiti akan mencapai sasaran melalui proses peningkatan kualiti kejurulatihan. Tanggung jawab siapakah ini? Tepuk dada tanya selera.... di mana pengerusi Kejurulatihan kita... Ayuh bagi idea pelaksanaan anda.


Selasa, 9 Julai 2013

Kupasan Isu Mesyuarat AJK: Isu 2 Tiada Penyertaan ke Kejohanan IODA Asian tetapi terbuka...

Seperti yang dimaklumkan pada posting sebelumnya yang MYA telah membuat keputusan untuk tidak menghantar peserta ke Kejohanan IODA Asian pada tahun ini.
Ini satu-satunya keputusan yang jauh berundur ke belakang dengan sebelum-belum ini termasuk waktu Malaysia tidak sehebat kini program pembangunannya tak pernah miss untuk kejohanan IODA Asian. Ini kerana dimaklumkan tabung persatuan yang telah kontang. Tetapi sebaliknya saya rasa sekiranya MYA mendapatkan semula peruntukan kejohanan yang telah dibelanjakan secara advance kepada pelayar-pelayar kebangsaan pada kejohanan dalam negara, kemungkinan besar dapat menampung untuk penyertaan kejohanan ini. 

Walaupun begitu setelah dibincang dan dicadangkan MYA bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada negeri-negeri menghantar pelayarnya bagi mewakili negara. Semuanya adalah melalui MYA untuk tujuan pelarasan dan koordinasi sekiranya berlaku pertindihan pelayar dan jika tidak mengikut keperluan junlah penyertaan (nisbah lelaki dan pereempuan). Oleh itu bagi negeri yang berminat boleh membuat permohonan bagi menyertai kejohanan ini.

Maklumat Kejohanan: 
Date AUGUST, 22-30
Location Hayama, JAPAN
Host Club/Association Japan Optimist Dinghy Association
Club Website
Official contact email t-hanada@toko-kowa.co.jp
Event Website http://sites.google.com/site/iodaasian2013/
Notice of Race http://www.optiworld.org/13asiannor6.pdf

Tetapi jika dilihat kepada NORnya kita sudah terlewat pada semua tindakan dan keperluan pendaftaran pasukan. Sehubungan dengan itu rasanya MYA (ataupun sudah mendapat kelulusan oleh penganjur) perlu memohon dan menguruskan untuk pendaftaran lewat dan juga pembayaran lewat serta cuba berbincang untuk mengelakkan bayaran tambahan surcharge untuk pendaftaran lewat. Beberapa pindaan juga telah dibuat oleh pihak penganjur dengan melewatkan waktu bayaran (juga sudah melepasi waktu) seperti berikut:
  1. February 21, 2013: First payment date extended to March 06 2013
  2. February 25 2013: 15.4 & 15.5 support boat charter fee
  3. April 6, 2013: add new 9.12
  4. May 3 2013, 9.6, 9.7, 9.8, C, D, E, F, I, Pre-regatta charter date, Pre-regatta support boat date.
Maklumat bayaran:
  1. Pendaftaran: USD 600 untuk 1 x peserta ataupun pegawai + 20% surcharge untuk pendaftaran lewat = USD 720 seorang. Bayaran pendaftaran aalah termasuk untuk penginapan dan makan bagi sepanjang kejohanan.
  2. Coach Boat Charter: USD 1300 perboat bahagi 2 (2 negara dalam 1 bot) + 20% surcharge untuk cahrter lewat. = USD 780. Tambahan bayaran Boat damage deposit USD 200 yang akan dipulangkan jika tiada kerosakan
  3. Boat Charter: USD 400 perboat + Surcharge 20% untuk cahrter lewat = USD 480 perboat. Mandatory charter. Juga USD 200 untuk boat damage deposit yang akan dipulangkan jika tiada kerosakan
Juga untuk makluman jika ingin ke Jepun rasanya perlu untuk mendapatkan visa dan lain-lain keperluan perlulah dipastikan terlebih dahulu.

Juga bermakna jika ingin menyertai kejohanan ini maka akan terlepas peluang untuk kem pemilihan atlet ke Sukan Sea 2013.

Sehubungan dengan itu MYA perlulah mengeluarkan kenyataan resmi menawarkan kepada negeri-negeri yang berminat seberapa segera memandangkan masa yang semakin suntuk dan juga masa yang akan diambil oleh negeri untuk memutuskan samada ingin menghantar penyertaan ataupun tidak.

manakala bagi warga pelayaran yang mengikuti posting ini juga boleh memaklumkan persatuan masing-masing berkenaan perkara ini dan mendapatkan penjelasan dari MYA.

Kupasan Isu-Isu kecil Mesyuarat AJK: Isu 1 Kalendar dan jadual Pertandingan serta Maklumat Berkaitan

Antara usul/persoalan yang dikemukan oleh perwakilan negeri:

Negeri Melaka menimbulkan isu berkenaan kejohanan yang terlampau rapat antara Kejohanan MSSM, KFC-Melaka dan juga KFC-Tunku Laxamana. Ini juga pernah diulas dalam beberapa posting lalu. Kebelakangan ini kejohanan bulan Mei hingga Julai menjadi agak rapat dan padat. Ianya sebenarnya tidaklah menjadi masalah besar jika ianya dilakukan dengan lebih terancang dan lebih kemas tersusun, juga jika ada kerjasama yang baik dari semua negeri terutamanya melibatkan negeri yang akan menganjurkan kejohanan tersebut.

Selalunya yang kerap berlaku adalah kejohanan antara Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya dengan diselangi oleh Johor atau Pahang.

Antara beberapa persoalan/permasalahan/isu adalah:
  1. Tentunya kekangan peruntukan kewangan yang dipohon akan nampak ketara besar jumlahnya dengan jarak pertandingan yang rapat.
  2. Jangkamasa yang rapat melibatkan pelepasan sekolah: sebenarnya adalah selepas percutian sekolah masih agak ok kecuali bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil UPSR mungkin sedikit kekangan kepada mereka
  3. Kebanyakan penyediaan program latihan dalam negara dan juga sukan-sukan lain lebih berbentuk kepada linear periodization plan yang bersifat secara tradisional dan dengan jarak pertandingan yang rapat menyebabkan kelulusan kemungkinan sukar akan diperolehi.
  4. Tahun hadapan 2014 dengan SUKMA berakhir pada awal Jun bermakna kemungkinan kalau kejohanan diadakan rapat selepas SUKMA penyertaan akan berkemungkinan akan menjadi lebih kurang. Juga selepas SUKMA selalunya berada pada fasa transisi. Oleh itu lebih baik dielakkan kejohanan pada bulan Jun 2014.
  5. Oleh itu kemungkinan pada tahun 2014 jadual yang padat akan bermula selepas aidil fitri iaitu mulai bulan Julai hingga September dimana awal Ramadhan kemungkinan bermula pada 29hb Jun dan Aidilfitri jatuh pada 28hb Julai. Kejohanan yang berkemungkinan terlibat: Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Pahang dan Sabah. Bagaimana penyertaan akan dilakukan untuk kejohanan-kejohanan ini?
  6. Dengan menukarkan pelan penyediaan daripada berbentuk linear kepada block periodization atau berbentuk undulating iaitu meletakkan 1 x block persediaan untuk sekurang-kurangnya keutamaan pada satu kejohanan pada bulan September selepas SUKMA dan 1 x block lagi pada bulan Disember (melewatkan kejohanan Kebangsaan pada penghujung Disember). Di sini MYA kena merancang dan memberi cadangan tarikh agar boleh mengelak pertindihan jarak mulai Julai ke September. Alangkah baiknya jika satu kesepaduan (persatuan negeri, MYA dan MSN) dicapai untuk menaik taraf tahap bagi sesetengah kejohanan bagi sama-sama mencapai sasaran dan kecemerlangan.
Sementara itu antara maklumat tidak resmi yang boleh disalurkan kepada semua warga pelayaran adalah:
  1. Pahang ada menghantar permohonan kejohanannya akan diadakan pada bulan Sept. 13-15hb iaitu kira-kira 10 hari selepas kejohanan KFC-Merdeka Day 2013.
  2. Putrajaya berkemungkinan tidak mengadakan kejohanannya pada tahun ini.... tunggu makluman
  3. Terengganu juga memaklumkan penganjuran kejohanannya tidak dapat diputuskan kerana bergantung kepada penajaan kerana 90% bergantung kepada penajaan side events Monsoon Cup. Isu Monsoon Cup juga diperbincangkan tetapi tidak akan saya bangkitkan di sini kerana agak komplikated dan sensitif serta masih samar-samar melibatkan penglibatan pihak atasan termasuk kerajaan (KBS)  berkemungkinan besar akan tetap diteruskan tetapi akan bertukar wajah....wajah apa...tunggu dan lihat.
  4. Kursus Pilot Kejurulatihan Tahap III berkemungkinan akan diadakan pada bulan uasa ini mulai 26hb Julai hingga 3hb Ogos. Diikuti dengan Kursus Jurulatih tahap III selepas itu berkemungkinan pada bulan September tidak begitu ingat maklumat tarikh sebenarnya...sorry!!
  5. Perancangan latihan pusat persediaan menuju ke Sukan Sea 2013 akan diadakan mulai 15-26hb November 2013. Ada kemungkinan pasukan negeri juga akan ditawarkan untuk turut sama menyertai kem ini.
  6. MYA memutuskan untuk tidak menghantar penyertaan ke kejohanan IODA Asian pada tahun ini. Akan diulas lebih lanjut berkaitan perkara ini di posting berikutnya. Ada kaitan dengan negeri jika berminat.

Apa-apa yang disalurkan adalah makluman awal sahaja dan tertakluk kepada pindaaan. Oleh itu tunggulah kenyataan resmi MYA yang akan disalurkan kepada negeri melalui persatuan anda.

Juga dimaklumkan untuk tahun 2014 jadual pertandingan dan kalendar perlu dikeluarkan lebih awal maka negeri-negeri perlu merancang mulai sekarang ada berkemungkinan sebelum Oktober 2013 ini persatuan negeri perlu menetapkan tarikh kejohanan. Cuma saya ingin mengingatkan akan beberapa kejohanan besar tahun depan akan mempengaruhi jadual dan tarikh kejohanan dalam negara:
  1. Pertandingan kelayakan YOG bagi windsurf di Singapura: January19-22hb Januari
  2. Pertandingan kelayakan YOG bagi Bic Techno Langkawi Malaysia: 09-14hb Februari
  3. SUKMA: hujung Mei hingga awal jun: agaknya le
  4. Kejohanan ASC Championship: 19hb Sept hingga 04hb Oktober yang akan melibatkan selection policy sebelumnya

Apa-apa pun perlu diingatkan tarikh kejohanan adalah hak negeri, MYA hanya memberikan cadangan tarikh sahaja setelah negeri menetapkannya. Juga penglibatan orang-orang persatuan negeri secara aktif berinteraksi pada kejohanan-kejohanan akan dapat membantu memahami kehendak dan mood negeri terhadap penyertaan pada kejohanan anda.



Isnin, 8 Julai 2013

Mesyuarat AJK MYA menuju ke Mesyuarat Agong

Saya berpeluang untuk mengikuti mesyuarat AJK MYA baru-baru ini mewakili bagi pihak persatuan negeri, terkenang kembali pada penghujung tahun 190an dan awal-awal tahun 20an apabila dipinta oleh SU Kehormat untuk memberi laporan semasa. Pada masa tersebut AJK MYA tidak bergerak seperti sekarang dengan jawatankuasanya sangat jarang bermesyuarat dan hanya berjumpa semasa mesyurat JKK bersama MSN negara sahaja dan juga semasa AGM MYA. Begitu juga dengan kekangan limitnya peruntukan kewangan kantung MYA dalam menjalankan aktivitinya salah satu dari puncanya.

Hal sebegini kini berlaku pula kepada beberapa persatuan negeri yang begitu liat untuk mengadakan mesyuarat malah sampai ada yang tidak mengada mesyuarat langsung hanya AGMnya sahaja. Malah lebih teruk ada persatuan langsung tidak buat AGM (laporan AGM palsu dihantar kepada pesuruhjaya sukan dan juga MYA) Yang mana persatuan sepatutya lebih kerap bermesyuarat bukan sekadar apabila menjelang AGM baru hendak bermesyuarat dengan hanya bertujuan untuk menyediakan laporan tahunan untuk AGM sahaja tetapi hendaklah sepatutnya berjumpa untuk membincangkan progress meeting berkaitan dengan perkembangan setiap perancangan persatuan berjalan dengan lancar. Hal ini juga rupanya disedari oleh MYA dan usaha ke arah memperbaiki perjalanan persatuan negeri sebagai ahli gabungannya juga diperbincangkan dan langkah proaktif telah dipersetujui untuk dilaksanakan.

Tidaklah pulak saya tahu berapa kalikah AJK MYA bermesyuarat tetapi dalam surat panggilan ada kali yang ke-30 rasanya. Rasanya tak logikkan untuk kali ke-30 tahun ini jadi ia adalah dikira ke belakang? Rasanya lebih baik letakkan sekali kali ke berapa bagi tahun ini bagi memastikan kita tahu berapa kali kita bermesyuarat untuk memastikan progress apa-apa sahaja perancangan MYA dalam mencapai matlamat sasaran dan KPI MYA. Setidak-tdaknya 2-3 kali setahun adalah sebaiknya melain kalau hanya diadakan sekali setahun maka relevanlah dengan mesyuarat kali ke-30.

Terimakasih kepada MYA dalam menjemput wakil setiap negeri terutamanya bagi negeri yang tidak terdapat ahlinya dalam AJK MYA untuk turut sama dalam mesyuarat ini termasuk memberi peluang untuk mengemukakan pertanyaan dan juga usul.

Mesyuarat yang diadakan di Pulau Sibu, Tg Leman, Mersig Johor ini diadakan buat julung kalinya di Pulau Peranginan Marine Water Park diadakan sekitar jam 2100malam. Pergerakan dari jeti Tg Leman sekitar jam 1900pm mengambl masa kurang dari 30minit dihidangkan dengan makan malam sebelum mesyuarat bermula.

Apa yang pastinya dengan mesyuarat AJK ini dan limit masa ditetapkan oleh pesuruhjaya sukan bermakna AGM berada dihujung corner dan bila-bila masa sahaja akan diumumkan tetapi rasanya tidak dibulan Ramadhan ini.

Beberapa info menyusul selagi ianya tidak mendahului MYA.....

Rabu, 3 Julai 2013

Siapa Yang Mendahului Ranking Semasa dalam Ranking Kebangsaan dan Adakah anda terpilih untuk Kem Pemilihan Atlet Sukan Sea

Kedudukan ranking kebangsaan bagi tahun 2013 untuk 6 bulan pertama telah pun dikeluarkan oleh MYA.... Memandangkan ianya dikeluarkan oleh pihak MYA harap-harap ranking ini telah disahkan oleh pihak berkenaan kerana cara pengiraan sedikit lari dari apa yang diputuskan dalam deraf yang tak jadi dibentang oleh cikgu Halim bagi kegunaan ranking pada tahun 2013.

Untuk mengetahui keputusan bagi setiap kelas sila klik pada link bagi setiap kelas:
  1. Keputusan bagi Optimist Overall
  2. Keputusan bagi Optimist Junior
  3. Keputusan bagi Optimist Perempuan Overall
  4. Keputusan bagi Laser Standard
  5. Keputusan bagi Laser Radial
  6. Keputusan bagi Laser 4.7
  7. Keputusan bagi Int 470
  8. Keputusan bagi Int 420
  9. Keputusan bagi Windsurfing 
Seperti yang dimaklumkan pada posting sebelumnya: Kem Pemilihan Atlet ke Sukan Sea 2013- Pasti Sudah.... yang mana pemilihan atlet akan dilakukan berdasarkan kedudukan ranking ini.

Dan..... sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak MYA (harap-harap jawatankuasa pemilihan yang menyalurkan segala berkaitan dengan kem pemilihan ini ataupun setidak-tidaknya dengan restu merekalah) kini senarai nama yang terpilih telah dikeluarkan...
Senarai Nama Pelayar Optimist

Senarai Nama Pelayar Laser Standard dan Laser Radial

Senarai Nama Pelayar Int 420 Lelaki dan Perempuan

Senarai Nama Pelayar Int 470

Senarai Nama Pelayar Windsurf

Adakah anda/pelayar anda telah tersenarai... Anda rasa anda ingin...dan layak untuk memberikan saingan silalah kemukan permohonanan nama anda melalui persatuan anda mengikut keperluan-keperluan di notis pemilihan yang dikeluarkan pada para 14 (a-d)

update berterusan... akan memuatkan isu-isu berkaitan









Selasa, 2 Julai 2013

Kem Pemilihan Atlet Ke Sukan Sea 2013- Pasti Sudah..

Merujuk kepada posting berkaitan dengan LITC Clinic pada 2 posting terakhir pada hari Ahad bertarikh 30hb Jun 2013 bertajuk LITC Klinik - Kem Pemilihan Atlet Ke Sukan Sea 2013 Berkait- Ranking Terbabit? maka kini sahlah isu yang dibangkit dengan keluarnya satu surat tawaran yang baru sahaja diedarkan kepada persatuan-persatuan negeri dan dalam masa yang sama bersama dengan lampiran Notis Pemilihan untuk kem pemilihan tersebut.

Nama Aktiviti: KEM PEMILIHAN ATLET SUKAN SEA 2013(NGWE SAUNG, MYANMAR)

Tarikh: 18-28hb Ogos
Venue: Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan (NSC), Langkawi.
Pemilihan atlet adalah berdasarkan kepada kedudukan ranking kebangsaan dan diklasifikasikan seperti berikut:


No
Acara/Kelas
Catitan
1.
Optimist
a)    10 orang  atlet  yang  terbaik  daripada  rangking kebangsaan.
b)      5 orang  lagi  adalah  Wild  Card  pilihan  jurulatih berpandukan kepada umur, kebolehan, body mess.
2.
Laser Standard
4 orang atlet ranking kebangsaan yang terbaik
3.
Laser Radial
4 orang atlet ranking kebangsaan yang terbaik
4.
International 420 (L)
3 pasukan terbaik ranking kebangsaan. (bawah 19 Tahun)
5.
International 420 (P)
3 pasukan terbaik ranking kebangsaan. (bawah 19 Tahun)
6.
International 470 (L)
2 Pasukan pilihan Jurulatih
7.
International 470 (P)
3 Pasukan pilihan jurulatih
8.
Windsurfing Boys
3 Pelayar bawah 15 tahun
9.
Windsurfing Girls
3 Pelayar bawah 15 tahun
10.
Windsurfing open
3 Pelayar tak ada had umur
11.
Haft Rater
Pelayar Internationa 470 Lelakyang menduduki tempat  kedua  akan  layak  mewakili  dalam  kelas  Haft Rater

Komen1: Kedudukan ranking diambil kira sehingga bulan 30hb Jun 2012 tidak termasuk Kejohanan KFC-Melaka dan juga KFC-Tunku Laxamana seperti mana keraguan saya pada posting berkaitan dengan ranking, tetapi biarlah ranking diambil kira hanya setidak-tidaknya hanya 6 bulan terkini sahaja iaitu bermula dari RPAL 2013 atau mungkin Kejohanan Kebangsaan 2012 sahaja.

Komen2: Saya meneliti semula berkaitan dengan kelas International 470 memandangkan ranking dalam negara amat kurang penyertaan bagi kelas ini maka saya mencadangkan limit bagi acara 470 lelaki ditambah 2 lagi peserta kepada jumlah 4 pasangan dengan syarat peserta membawa bot sendiri seperti dinyatakan dan mereka (4 pasangan) tidaklah perlu untuk membayar yuran penyertaan RM680.00. Ini memberi peluang kepada kemungkinan pelayar lain terutama dari TLDM dan Gerak Khas yang juga mempunyai bot Int 470, selain pasangan sedia ada pasangan Ku Anas dan pasangan Razman.

Komen3: Begitu juga bagi kelas windsurfing kita berharap agar MYA membuka lebih penyertaan terutama bagi had limit umur 15tahun kerana sehingga kini jelas kita lihat tiada yang benar-benar berkelayakan dari kedudukan ranking yang kita lihat terutamanya bagi kategori perempuan. Peluang ini harus diambil untuk meneruskan program fasa pertama yang diadakan oleh MYA di Tasik Timah Tasoh hari itu dengan syarat negeri memohon kepada MYA seperti syarat yang tercatat dalam Notis Pemilihan dan keutamaan diberi kepada peserta negeri yang hadir pada sesi program yang pertama (Timah Tasoh-Perlis)

Seperti yang dinyatakan kem pemilihan ini diadakan bersama dengan klinik LITC maka program dan jadual aktiviti adalah selaras antara keduanya. Setidak-tidaknya beruntung juga kepada atlet yang terpilih untuk kem pemilihan apabila terlebih dahulu didedahkan dengan pengisian klinik sebelum bertanding pada Kejohanan Langkawi Open Regatta 2013. Cumanya kita berharap SI untuk pertandingan Langkawi Open Regatta nanti hendaklah selaras dengan kehendak pemilihan. Juga isu berkenaan dengan pelayar-pelayar lain yang terlibat bersama dengan pelayar yang terpilih samada dengan bayaran sendiri untuk kem ini atau pun melalui penyertaan LITC yang memerlukan pemantauan keseluruhan dan ketelitian jurulatih bermula dari sesi klinik kerana ada kemungkinan berlaku sesuatu kejutan atau isu berbangkit dengan pertambahan atlet termasuk kemungkinan keterlibatan atlet luar negara...... ada???

Selain itu lain-lain syarat pemilihan/kelayakan dan syarat-syarat tambahan bolehlah di didapati pada link di NOTIS KEM PEMILIHAN ATLET SUKAN SEA 2013, termasuk bagaimana jika anda yang tiada nama di dalam list yang akan dikeluarkan esok (3hb Julai) ingin turut serta... TETAPI HARUS DIINGAT SEMUANYA HENDAKLAH MELALUI PERSATUAN NEGERI ANDA laman blog ini hanya membantu mewar-warkan sahaja untuk pengetahuan anda jika ada persatuan negeri yang tak terjaga atau sudah lupa password untuk membuka email persatuan masing-masing.

Sebarang penambahan yang difikirkan menarik dan perlu untuk pengetahuan akan dihiglightkan lagi pada posting berikutnya.... bersambung jika perlu munkin SENARAI NAMA PELAYAR TERPILIH..

Isnin, 1 Julai 2013

Selingan: Antara Idea dan Taktik Licik Si penipu di jalanraya

Berbagai cara orang hendak makan  orang bagi nak cari makan. Baru terbaca di facebook dan mungkin ada yang dah terkena. Untuk tatapan dan dijadikan sebagai panduan supaya tidak terjerat.

WAJIB BACA! TAKTIK KOTOR TERBARU SINDIKET PENIPU! AWAS!!
Hari itu 4hb June, nasib saya tak terjebak. Lebih kurang tengahari jam 12.30, saya memandu di hadapan Angkasapuri menghala ke Highway Seremban. Apabila dijalan lurus sebelum ke simpang Taman Seputih, seorang penunggang motosikal menunjuk sesuatu di tayar hadapan kiri saya.

Saya perlahankan kereta tapi tak berhenti. Penunggang tadi yang berada di hadapan saya melambai suruh saya berhenti. Saya rasa mungkin ini satu helah tapi dalam hati rasa was-was juga, mungkin betul. Tiba2 ada seorang lagi penunggang menunjuk tayar hadapan saya.

Saya kemudian berhentikan kereta di tepi jalan sebelum masuk ke simpang Taman Seputih. Penunggang yang pertama tadi datang ke arah saya dan bagitau yang tayar kereta saya berasap dan ada banyak minyak brek keluar.

Saya berat hati untuk keluar sebab mengesyaki sesuatu...kenapa penunggang itu beria-ia nak suruh saya berhenti.

Saya bagitau dia yang saya akan bergerak perlahan pergi ke bengkel kereta. Dia bagitau, kalau bergerak juga mungkin brek tak makan...saya kata tak mengapa...(Saya fikir, saya bukannya baru pandu kereta...dah berpuluh tahun, kalau brek tak makan...tariklah hand brek)..walaupun begitu saya rasa cuak juga, mungkin betul ada kerosakkan...saya pandu 60 ke 70 km saja. Lebihkurang 15 minit saya sampai di bengkel yang saya selalu baiki kereta saya. Saya turun dan tengok tayar kereta.

Memang betul minyak brek bertaburan di sport rim dan tayar. Saya panggil pomen dan bagitau dia apa yang berlaku.

Dia pun jawab: " Aiya ini tak da hal punya". Di ambil sebaldi air dan siram tayar kereta. Dia sambung " Saya punya customer ramai sudah kena ini macam", " Itu orang kata dia pomen dan akan buka you punya tayar dan brek, kemudian dia kata kena bayar RM1,000 untuk siap. " Itu orang banyak pandai, dia kasi spray itu minyak pada tayar kemudian dia kata tayar keluar asap sebab brek disc panas, kena minyak, mesti keluar asab".

Penunggang tersebut berbangsa India (bukan nak hina mereka pulak, ramai India yang baik) dan memang lagak macam pomen. Cuma saya terlupa nak catat nombor pendaftaran motosikal dia. Semoga pembaca semua dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.

BAYANGKAN JIKA IA TERJADI PADA PARA WANITA DAN APA YANG BERLAKU KEMUDIANNYA.

Terima kasih kerana membaca.

SHARE kepada semua , biar semua tahu ...