Selasa, 2 Julai 2013

Kem Pemilihan Atlet Ke Sukan Sea 2013- Pasti Sudah..

Merujuk kepada posting berkaitan dengan LITC Clinic pada 2 posting terakhir pada hari Ahad bertarikh 30hb Jun 2013 bertajuk LITC Klinik - Kem Pemilihan Atlet Ke Sukan Sea 2013 Berkait- Ranking Terbabit? maka kini sahlah isu yang dibangkit dengan keluarnya satu surat tawaran yang baru sahaja diedarkan kepada persatuan-persatuan negeri dan dalam masa yang sama bersama dengan lampiran Notis Pemilihan untuk kem pemilihan tersebut.

Nama Aktiviti: KEM PEMILIHAN ATLET SUKAN SEA 2013(NGWE SAUNG, MYANMAR)

Tarikh: 18-28hb Ogos
Venue: Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan (NSC), Langkawi.
Pemilihan atlet adalah berdasarkan kepada kedudukan ranking kebangsaan dan diklasifikasikan seperti berikut:


No
Acara/Kelas
Catitan
1.
Optimist
a)    10 orang  atlet  yang  terbaik  daripada  rangking kebangsaan.
b)      5 orang  lagi  adalah  Wild  Card  pilihan  jurulatih berpandukan kepada umur, kebolehan, body mess.
2.
Laser Standard
4 orang atlet ranking kebangsaan yang terbaik
3.
Laser Radial
4 orang atlet ranking kebangsaan yang terbaik
4.
International 420 (L)
3 pasukan terbaik ranking kebangsaan. (bawah 19 Tahun)
5.
International 420 (P)
3 pasukan terbaik ranking kebangsaan. (bawah 19 Tahun)
6.
International 470 (L)
2 Pasukan pilihan Jurulatih
7.
International 470 (P)
3 Pasukan pilihan jurulatih
8.
Windsurfing Boys
3 Pelayar bawah 15 tahun
9.
Windsurfing Girls
3 Pelayar bawah 15 tahun
10.
Windsurfing open
3 Pelayar tak ada had umur
11.
Haft Rater
Pelayar Internationa 470 Lelakyang menduduki tempat  kedua  akan  layak  mewakili  dalam  kelas  Haft Rater

Komen1: Kedudukan ranking diambil kira sehingga bulan 30hb Jun 2012 tidak termasuk Kejohanan KFC-Melaka dan juga KFC-Tunku Laxamana seperti mana keraguan saya pada posting berkaitan dengan ranking, tetapi biarlah ranking diambil kira hanya setidak-tidaknya hanya 6 bulan terkini sahaja iaitu bermula dari RPAL 2013 atau mungkin Kejohanan Kebangsaan 2012 sahaja.

Komen2: Saya meneliti semula berkaitan dengan kelas International 470 memandangkan ranking dalam negara amat kurang penyertaan bagi kelas ini maka saya mencadangkan limit bagi acara 470 lelaki ditambah 2 lagi peserta kepada jumlah 4 pasangan dengan syarat peserta membawa bot sendiri seperti dinyatakan dan mereka (4 pasangan) tidaklah perlu untuk membayar yuran penyertaan RM680.00. Ini memberi peluang kepada kemungkinan pelayar lain terutama dari TLDM dan Gerak Khas yang juga mempunyai bot Int 470, selain pasangan sedia ada pasangan Ku Anas dan pasangan Razman.

Komen3: Begitu juga bagi kelas windsurfing kita berharap agar MYA membuka lebih penyertaan terutama bagi had limit umur 15tahun kerana sehingga kini jelas kita lihat tiada yang benar-benar berkelayakan dari kedudukan ranking yang kita lihat terutamanya bagi kategori perempuan. Peluang ini harus diambil untuk meneruskan program fasa pertama yang diadakan oleh MYA di Tasik Timah Tasoh hari itu dengan syarat negeri memohon kepada MYA seperti syarat yang tercatat dalam Notis Pemilihan dan keutamaan diberi kepada peserta negeri yang hadir pada sesi program yang pertama (Timah Tasoh-Perlis)

Seperti yang dinyatakan kem pemilihan ini diadakan bersama dengan klinik LITC maka program dan jadual aktiviti adalah selaras antara keduanya. Setidak-tidaknya beruntung juga kepada atlet yang terpilih untuk kem pemilihan apabila terlebih dahulu didedahkan dengan pengisian klinik sebelum bertanding pada Kejohanan Langkawi Open Regatta 2013. Cumanya kita berharap SI untuk pertandingan Langkawi Open Regatta nanti hendaklah selaras dengan kehendak pemilihan. Juga isu berkenaan dengan pelayar-pelayar lain yang terlibat bersama dengan pelayar yang terpilih samada dengan bayaran sendiri untuk kem ini atau pun melalui penyertaan LITC yang memerlukan pemantauan keseluruhan dan ketelitian jurulatih bermula dari sesi klinik kerana ada kemungkinan berlaku sesuatu kejutan atau isu berbangkit dengan pertambahan atlet termasuk kemungkinan keterlibatan atlet luar negara...... ada???

Selain itu lain-lain syarat pemilihan/kelayakan dan syarat-syarat tambahan bolehlah di didapati pada link di NOTIS KEM PEMILIHAN ATLET SUKAN SEA 2013, termasuk bagaimana jika anda yang tiada nama di dalam list yang akan dikeluarkan esok (3hb Julai) ingin turut serta... TETAPI HARUS DIINGAT SEMUANYA HENDAKLAH MELALUI PERSATUAN NEGERI ANDA laman blog ini hanya membantu mewar-warkan sahaja untuk pengetahuan anda jika ada persatuan negeri yang tak terjaga atau sudah lupa password untuk membuka email persatuan masing-masing.

Sebarang penambahan yang difikirkan menarik dan perlu untuk pengetahuan akan dihiglightkan lagi pada posting berikutnya.... bersambung jika perlu munkin SENARAI NAMA PELAYAR TERPILIH..

5 ulasan:

  1. Terbaik, komen dari Coach Rani, Yang selalu cakap banyak di kedai kopi, tolong beri Idea macam coach Rani, barulah sukan kita akan maju. Bagaimanapun tunggu senarai nama, Coach coach sedang pecah kepada fikirkan senarai yang hendak di keluarkan. Bila bila masa sahaja senarai akan di muat turun dalam WEB page kedah sebelum tengah malam ini. Manakala Ranking yang di buat oleh Pusat Latihan akan di muat turun bila bila masa sahaja. Kita tidak boleh tunggu Orang yang bertanggung jawab kerana terlalu banyak yang dia orang kena tanggung dan Jawab...hehehe Terima kasih dari GM....

    BalasPadam
  2. Salam. Saya pernah tanya Rani kalau2 dia minat dalam senarai AJK (AJK Teknikal@Pemilihan) akan datang, bolehlah dicalonkan....tapi.....

    Lcdr Chin In...

    BalasPadam
  3. Maaf nak tanya, apa maksud "tiada yang benar2 berkelayakan dari kedudukan ranking bagi had limit 15 tahun"...tak ada calon langsung ke dlm kategori nie...amat sadis. Kalau tak silap baru ni ada kem windsurf, sorang pun tak layak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain Danish seperti yang dinyatakan dalam jawapan pada posting terkemudian ini... memang tiada yang boleh dikenalpasti berkelayakan untuk memenangi pingat dalam acara windsurf.. tetapi adakah negara lain juga begitu (Kuasa acar ini adalah Thailand diikuti Philipina, Indonesia dan Singapura) manakala Malaysia sudah mula menunjukkkan peningkatan dan taring semenjak program sedikit diberi penekanan atas usaha en Afendy dan boleh menyaingi Singapura, Philipina serta Indonesia tetapi agak sukar menggugat Thailand. Tetapi program pembangunan berterusan sangat lemah disamping negeri tidak memberikan komitmen yang sepatutnya.

      Jadi kem dan klinik yang lepas seperti menghidupkan semula program pembangunan windsurf bagi kumpulan pelayar baru, keseluruhannya mendapati tiada atlet yang benar-benar layak untuk di ketengahkan kecuali Danish bagi acara 15tahun dan ke bawah.

      Tetapi sekiranya negara lain juga seperti Malaysia jadi masih ada masa. Oleh sebab itu saya mencadangkan sesuatu kepada MYA dan akan diterang sedikit detail pada posting berikutnya

      Padam
  4. Ok, harap2 selepas ini program pembangunan sukan windsurf diteruskan dan mendapat kerjasama dari negeri-negeri, tapi susahla..kalau tak ada kesedaran sendiri, asyik nak kena suruh, nak kena suap...camne sukan ni nak maju....

    maaf kalau ada yang terasa tapi kesian gak kat coach rani berhempas pulas menyedarkan pihak2 ini...jalan sudah disediakan, pakat2 la redah..

    n kami menanti posting seterusnya dari coach rani, mr earbee kite..

    BalasPadam