Selasa, 9 Julai 2013

Kupasan Isu-Isu kecil Mesyuarat AJK: Isu 1 Kalendar dan jadual Pertandingan serta Maklumat Berkaitan

Antara usul/persoalan yang dikemukan oleh perwakilan negeri:

Negeri Melaka menimbulkan isu berkenaan kejohanan yang terlampau rapat antara Kejohanan MSSM, KFC-Melaka dan juga KFC-Tunku Laxamana. Ini juga pernah diulas dalam beberapa posting lalu. Kebelakangan ini kejohanan bulan Mei hingga Julai menjadi agak rapat dan padat. Ianya sebenarnya tidaklah menjadi masalah besar jika ianya dilakukan dengan lebih terancang dan lebih kemas tersusun, juga jika ada kerjasama yang baik dari semua negeri terutamanya melibatkan negeri yang akan menganjurkan kejohanan tersebut.

Selalunya yang kerap berlaku adalah kejohanan antara Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya dengan diselangi oleh Johor atau Pahang.

Antara beberapa persoalan/permasalahan/isu adalah:
  1. Tentunya kekangan peruntukan kewangan yang dipohon akan nampak ketara besar jumlahnya dengan jarak pertandingan yang rapat.
  2. Jangkamasa yang rapat melibatkan pelepasan sekolah: sebenarnya adalah selepas percutian sekolah masih agak ok kecuali bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil UPSR mungkin sedikit kekangan kepada mereka
  3. Kebanyakan penyediaan program latihan dalam negara dan juga sukan-sukan lain lebih berbentuk kepada linear periodization plan yang bersifat secara tradisional dan dengan jarak pertandingan yang rapat menyebabkan kelulusan kemungkinan sukar akan diperolehi.
  4. Tahun hadapan 2014 dengan SUKMA berakhir pada awal Jun bermakna kemungkinan kalau kejohanan diadakan rapat selepas SUKMA penyertaan akan berkemungkinan akan menjadi lebih kurang. Juga selepas SUKMA selalunya berada pada fasa transisi. Oleh itu lebih baik dielakkan kejohanan pada bulan Jun 2014.
  5. Oleh itu kemungkinan pada tahun 2014 jadual yang padat akan bermula selepas aidil fitri iaitu mulai bulan Julai hingga September dimana awal Ramadhan kemungkinan bermula pada 29hb Jun dan Aidilfitri jatuh pada 28hb Julai. Kejohanan yang berkemungkinan terlibat: Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Pahang dan Sabah. Bagaimana penyertaan akan dilakukan untuk kejohanan-kejohanan ini?
  6. Dengan menukarkan pelan penyediaan daripada berbentuk linear kepada block periodization atau berbentuk undulating iaitu meletakkan 1 x block persediaan untuk sekurang-kurangnya keutamaan pada satu kejohanan pada bulan September selepas SUKMA dan 1 x block lagi pada bulan Disember (melewatkan kejohanan Kebangsaan pada penghujung Disember). Di sini MYA kena merancang dan memberi cadangan tarikh agar boleh mengelak pertindihan jarak mulai Julai ke September. Alangkah baiknya jika satu kesepaduan (persatuan negeri, MYA dan MSN) dicapai untuk menaik taraf tahap bagi sesetengah kejohanan bagi sama-sama mencapai sasaran dan kecemerlangan.
Sementara itu antara maklumat tidak resmi yang boleh disalurkan kepada semua warga pelayaran adalah:
  1. Pahang ada menghantar permohonan kejohanannya akan diadakan pada bulan Sept. 13-15hb iaitu kira-kira 10 hari selepas kejohanan KFC-Merdeka Day 2013.
  2. Putrajaya berkemungkinan tidak mengadakan kejohanannya pada tahun ini.... tunggu makluman
  3. Terengganu juga memaklumkan penganjuran kejohanannya tidak dapat diputuskan kerana bergantung kepada penajaan kerana 90% bergantung kepada penajaan side events Monsoon Cup. Isu Monsoon Cup juga diperbincangkan tetapi tidak akan saya bangkitkan di sini kerana agak komplikated dan sensitif serta masih samar-samar melibatkan penglibatan pihak atasan termasuk kerajaan (KBS)  berkemungkinan besar akan tetap diteruskan tetapi akan bertukar wajah....wajah apa...tunggu dan lihat.
  4. Kursus Pilot Kejurulatihan Tahap III berkemungkinan akan diadakan pada bulan uasa ini mulai 26hb Julai hingga 3hb Ogos. Diikuti dengan Kursus Jurulatih tahap III selepas itu berkemungkinan pada bulan September tidak begitu ingat maklumat tarikh sebenarnya...sorry!!
  5. Perancangan latihan pusat persediaan menuju ke Sukan Sea 2013 akan diadakan mulai 15-26hb November 2013. Ada kemungkinan pasukan negeri juga akan ditawarkan untuk turut sama menyertai kem ini.
  6. MYA memutuskan untuk tidak menghantar penyertaan ke kejohanan IODA Asian pada tahun ini. Akan diulas lebih lanjut berkaitan perkara ini di posting berikutnya. Ada kaitan dengan negeri jika berminat.

Apa-apa yang disalurkan adalah makluman awal sahaja dan tertakluk kepada pindaaan. Oleh itu tunggulah kenyataan resmi MYA yang akan disalurkan kepada negeri melalui persatuan anda.

Juga dimaklumkan untuk tahun 2014 jadual pertandingan dan kalendar perlu dikeluarkan lebih awal maka negeri-negeri perlu merancang mulai sekarang ada berkemungkinan sebelum Oktober 2013 ini persatuan negeri perlu menetapkan tarikh kejohanan. Cuma saya ingin mengingatkan akan beberapa kejohanan besar tahun depan akan mempengaruhi jadual dan tarikh kejohanan dalam negara:
  1. Pertandingan kelayakan YOG bagi windsurf di Singapura: January19-22hb Januari
  2. Pertandingan kelayakan YOG bagi Bic Techno Langkawi Malaysia: 09-14hb Februari
  3. SUKMA: hujung Mei hingga awal jun: agaknya le
  4. Kejohanan ASC Championship: 19hb Sept hingga 04hb Oktober yang akan melibatkan selection policy sebelumnya

Apa-apa pun perlu diingatkan tarikh kejohanan adalah hak negeri, MYA hanya memberikan cadangan tarikh sahaja setelah negeri menetapkannya. Juga penglibatan orang-orang persatuan negeri secara aktif berinteraksi pada kejohanan-kejohanan akan dapat membantu memahami kehendak dan mood negeri terhadap penyertaan pada kejohanan anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan