Ahad, 30 Jun 2013

LITC Klinik - Kem Pemilihan Atlet Ke Sukan Sea 2013 Berkait- Ranking Terbabit?

Masih berkaitan dengan klinik LITC tetapi sumber dari notis yang dikeluarkan

Dibayangkan di dalam notis yang dikeluarkan yang pada masa yang sama akan diadakan Kem pemilihan atlet kebangsaan bagi mewakili negara ke Sukan Sea Myanmar 2013.
.
Juga perkara yang sama dimaklumkan oleh Coach sahir melalui blog cs pelayarannya berkenaan dengan kem pemilihan di link inidan juga beberapa aktiviti lain. Cumanya tarikhnya sahaja belum diputus antara yang dirancnag akan diadakan:
  1. Kursus Jurulatih Spesifik Tahap 3
  2. Klinik Double Handed 470 & 420
Adakah kesemuanya akan dilakukan serentak atau mungkin Kursus Spesifik Tahap 3 akan dilakukan dalam bulan puasa pada Julai ini, saya masih belum dapat maklumat lanjutan berkaitan dengan perkara ini, Tak mungkin Klinik Double Handed juga akan diadakan dalam bulan puasa ye tak, atau seminggu lepas raya kerana masih teringat pernah mengadakan aktiviti peringkat kebangsaan seminggu selepas aidilfitri dan sambutannya sangat kurang.

Saya diberi maklumat dalaman yang kertas cadangan untuk mengadakan kem pemilihan ini sebenarnya telah dikemukakan kepada MYA beberapa minggu lepas tetapi masih belum ada keputusan dibuat oleh AJK MYA yang terlibat. Seperti biasalah apa yang dihidangkan ke halwa kita akan cara  ..... dan kononnya juga senarai nama peserta untuk ke Sukan Sea kena didaftarkan selewatnya bulan September. manakala Sukan Sea pula dijadualkan berlangsung pada bulan Disember dan ini adalah salah satu sebab kenapa Kejohanan Kebangsaan terpaksa diadakan lebih awal iaitu bermula hujung November.

Apapun saya juga dibayangkan yang pemilihan adalah terhad kepada beberapa pelayar yang mempunyai ranking semasa terbaik negara. Dalam posting baru-baru ini juga saya ada mempersoalkan berkenaan dengan kedudukan ranking yang masih-masih lagi belum keluar juga termasuk bagaimana dengan ranking ini akan dijalankan dengan peraturan-peraturannya termasuk berkaitan dengan kiraan matanya.

Dan kini dengan kedudukan ranking terbaik akan diambilkira untuk acara sepenting pemilihan bagi mewakili negara ke Sukan Sea 2013 maka dengan tiadanya ketetapan dikeluarkan seawal tahun lagi maka sekarang keputusan ranking yang akan dikeluarkan akan terdedah kepada kepincangan dan tanggapan negatif terhadap orang yang mengeluarkan kerana terdorong atas sikap berkepentingan akan mengolah pengiraan mengikut kepentingan masing-masing. Walaupun akan nanti dikatakan ada komiti/jawatankuasa kecil yang bersetuju dengan cara yang digunakan tetap boleh dipengaruhi keputusannya semasa membicaranya. Itulah kepentingannya mengapa saya menekankan yang peraturan ranking perlu disediakan awal akan tatacara pengendalian dan pengolahannya.

Antara keraguan yang boleh dipertikaikan adalah 2 kejohanan terbaru ini adakah juga mahu dikira ranking iaitu Kejohanan KFC-Melaka dan KFC-Tunku Laxamana yang mana jumlah penyertaan adalah amat kurang di Melaka dan di kejohanan KFC-Tunku Laxamana pula bagi kelas Optimist hanya 3 perlumbaan dan kelas-kelas lain 4 perlumbaan. Tiada ketetapan resmi yang dikeluarkan dalam peraturan ranking yang tak terkeluar itu untuk menetapkan samada ianya akan digunapakai atau tidak. Kalau ditanya kepada saya dah tentu saya  tidak mahu ianya dikira sebagai ranking dengan jumlah penyertaan yang sangat kurang dan jumlah perlumbaan yang juga sedikit. Apa nanti keputusan AJK yang bertanggungjawab apa keputusan mereka..

Sudahlah tiada ketetapan dikeluarkan keputusan juga tak keluar-keluar. Dalam hal ini saya lebih suka mencadangkan  jika ranking ini dikawal selia oleh staf MYA yang sudah semakin ramai dengan dibantu oleh  jurulatih kebangsaan sahaja seperti mana yang dilakukan semasa tahun-tahun awal ranking diperkenalkan. Apabila dibuat barulah AJK MYA berkaitan melakukan pemeriksaan dan mengesahkan. Barulah kita boleh nampak atau boleh membantu ke arah mana halatuju ranking mengikut acuan kehendak nasional apabila orang yang berkaitan dengan sukan itu menyediakan ranking bukan atas dasar berkepentingan lain yang boleh menjurus kepada kenegerian atau kepentingan peribadi tetapi biarlah atas kepentingan negara menuju kepada ketetapan sasaran matlamat kebangsaan.

Langkawi International Training Clinic (LITC): Info Klinik

Untuk makluman Kedah Sailing Association (KSA) akan mengendalikan klinik antarabangsanya untuk kali ke-2 pada tahun ini.

Langkawi International Clinic (LITC) ini akan diadakan mulai 18hb Ogos hingga 28hb Ogos dengan pendaftaran dan boat allocation bermula pada 17hb Ogos manakala pada 28hb Ogos dijangka kebanyakan pasukan akan bergerak untuk KFC Merdeka Day Open di Sabah pula.

Sedikit maklumat ringkas lain seperti yang saya dapati adalah seperti berikut:
  1. Venue: Pusat latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi (NSC Langkawi)
  2. Pendaftaran untuk peserta Malaysia melibatkan RM 680 untuk sepanjang klinik termasuk 
    1. bot untuk klinik
    2. Penginapan dan 
    3. Makan sepanjang klinik
  3. Klinik bermula seawal jam 0745am hingga sekitar 2200mlm termasuk latihan fizikal dan juga sesi latihan di air dan juga sesi taklimat ulasan termasuk sesi video.
  4. Kebanyakan jurulatih adalah melibatkan jurulatih terbaik kebangsaan... cuma Coach Rani dan Romzi yang tersenarai tidak pasti lagi bergantung kepada kelulusan pihak MSNT dan apa lagi aktiiviti lain yang termasuk terlibat pada masa tersebut kerana pasukan terengganu mungkin persediaan akhir untuk kejohanan KFC-Merdeka day di Sabah, juga aktiviti lain yang dijangka akan terlibat pada masa tersebut yang ura-uranya juga akan diadakan di Langkawi mungkin boleh membawa kita ke sana. termasuklah kononnya akan diadakan Kem Pemilihan atlet untuk ke Sukan Sea.

Detail berkaitan dengan klinik ini boleh di dapati di https://docs.google.com/file/d/1lvIBgrn8yATIP32_zXuyQpzsJtMYDqQ2ZXTYi7fIhtWLSIskgf0WZ3HlD6tp/edit?usp=sharing.

Jadi sesiapa yang berminat kliklah dilink di atas untuk mendapatkan detail dan pproses pendaftaran.

Khamis, 27 Jun 2013

Korek Ranking Kebangsaan.....

Mahu tidak mahu... suka tidak suka... begitu pantas masa berlalu... Kini kita sudah melepasi pertengahan tahun 2013.

Bulan ini merupakan bulan yang sangat sibuk bagi sukan perahu layar... bayangkan 4 kejohanan dalam masa yang terdekat dari Mei membawa ke Julai sebelum Ramadhan menjelang.

Bermula dengan Kejohanan Perahu Layar Optimist MSSM diikuti oleh kejohanan Melaka Open dan juga selepas itu kejohanan KFC-Tunku Laxamana dan awal minggu Julai nanti Kejohanan KFC-Johor pula akan diadakan. Bermakna tidak termasuk Kejohanan  MSSM sudah tujuh kejohanan ranking telah diadakan?
  1. KFC-Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi
  2. KFC- Perlis Open
  3. KFC-Penang Open
  4. KFC-Perak Open
  5. KFC-Selangor Open
  6. KFC-Melaka Open
  7. KFC-Tunku Laxamana

Tinggal 6 kejohanan ranking (Johor, Merdeka-Sabah, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kejohanan Kebangsaan)berbaki sebelum menutup tirai 2013.

Apa yang ingin dikorek dari segi kejohanan-kejohanan ini adalah: bilakah keputusan resmi kedudukan ranking kebangsaan akan diumumkan oleh MYA. Bukan itu sahaja sehingga kini peraturan bagaimana ranking itu akan dijalankan juga tidak dikeluarkan secara resmi dan kini.

Mengimbas kembali mengenai cadangan peraturan ranking bagi tahun 2013 telah diadakan perjumpaan pada tahun 2012 semasa kejohanan KFC-Johor dan beberapa isu berkaitan dengan ranking telah diperbincangkan. Beberapa cadangan telah dikeluarkan dengan ada cadangan secara ramai bersetuju tetapi ada beberapa cadangan mendapat beberapa bantahan dan ketetapan telah dibuat dimana cikgu Halim sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh MYA berkaiatan dengan teknikal dan kejohanan akan membincangkan dengan lebih lanjut dengan jawatankuasa yang akan dibentuknya dan seterusnya akan difinalised/dibentangkan semasa Kejohanan KFC-Terengganu pada bulan November 2012.

Sayangnya pada kejohanan tersebut tidak dibincangkan isu ini walaupun deraf kertas cadangan telah diemailkan kepada beberapa individu. Ini mungkin samada cikgu Halim tidak bersedia untuk membincangkan isu ini dan mungkin Terengganu juga tidak bersedia untuk menjadi tuanrumah bagi perbincangan isu penting ini. Sedangkan pada masa tersebut perbincangan pemilihan atlet elit/Projek Khas Olimpik/Atlet Pelapis dapat dilakukan dan cikgu Halim sendiri terlibat sebagai salah seorang ahlinya.

Baru-baru ini ketika kejohanan di Selangor satu keputusan telah dipamirkan untuk kedudukan ranking, tetapi dimaklumkan yang keputusan tersebut tidaklah resmi. Juga di dapati pada keputusan tersebut terdapat banyak keraguan berkaitan dengan kesilapan keputusan yang dikeluarkan. Jadi sebaiknya personal-personal yang dipertanggungjawabkan dapat memastikan keputusan yang sebenarnya setelah dipastikan terlebih dahulu dan keluarkan dengan kadar segera.

Satu lagi didapati keputusan yang dipamirkan tersebut telah dibuat pemarkahan semula (rescoring) untuk semua kelas. Ini mungkin perlu bagi kelas-kelas yang sememangnya telah dipisahkan terutamanya dari segi gender pada kejohanan tersebut (mungkin bagi kes Int 420/Laser Radial/Laser 4.7/Windsurf) yang tidak mempunyai kategori Terbuka/Keseluruhan. Tetapi bagi kelas Optimist ia menyebabkan berlaku banyak perubahan tempat dengan kecenderungan untuk melakukan kesilapan boleh berlaku dengan mudah. Oleh itu saya mencadangka supaya kajian semula dilakukan dan bagi kelas Optimist lebih baik untuk kekalkan keputusan berdasarkan keputusan Keseluruhan untuk kategori Junior dan Perempuan tak perlu Rescoring   

Kenapa isu ini dikorek...pada masa sekarang akan disambung pada posting berikutnya... menunggu permintaan?

Rabu, 26 Jun 2013

KEPADA YANG MEMERLUKAN SPARE PART BIC TECHNO... ADA KAWAN YANG SUDI MEMBANTU

Dari sahabat kita yang sedia membantu kepada yang memerlukan.
Saya paparkan posting dari sahabat kita dari Johor. sememangnya untuk mendapatkan spare part Bic Techno sedikit meyukarkan dimana kita terpaksa order dari Singapore. Sememangnya kita memerlukan sahabat yang sudi membantu dalam memajukan bidang sukan dan salah satunya adalah seperti yang dilakukan ini. TERIMA KASIH...MUCHAS GRACIAS.
 
Jika ada yang perlu spare part Techno(Fin/Mastfoot/footstrap dll) atau barang windsurf lain saya boleh TOLONG carikan di Singapura. Ada yang susah, ada yang senang dapat. Barang sailing lain pun boleh dikirim. Paling besar boleh kirim adalah set windsurf (board & rig). Sekian harap dapat maklum pada sesiapa yang memerlukan

Ahad, 23 Jun 2013

BERITA YANG TERSEMBUNYI TETAPI TERBUKA KEPADA SEMUA... DIMANAKAH TAKAT PENGAMBITAHUAN ANDA?

Berita yang satu ini saya dapat dari orang kuat MYA..... Saya yang tidak begitu percaya...macam tak percaya... sangat-sangat nak percaya... tetapi boleh percaya ke ni?..
Kenapa saya berkata begitu? Tiada angin bertiup tiba-tiba BOLEH jadi...

APA BERITANYA...SIAPA TAHU... ADAKAH ANDA PEDULI... AATAU NAK AMBIL PEDULI TETAPI SETAHU SAYA TIADA SESIAPA PUN YANG PERNAH CUBA MENGKHABARKANNYA... SECARA RESMILAH.


Adakah secara resminya telah diumumkan dan bagaimana pula kita telah terpilih... Acara sebegini sepatutnya diwar-warkan tetapi di dalam media cetak mahupun media elektronik.. Berapa bulankah lagi ianya akan berlangsung? Apakah tarikh sebenarnya.

Jika sekiranya acara ini benar-benar jadi maka satu lagi kejayaan Malaysia dalam menganjurkan satu acara yang tidak kurang pentingnya selepas kejayaan menganjurkan Optimist Asian dan diikuti dengan IODA World dan juga ASC.

Cuba juga cari di dalam website tetapi masih belum juga berjumpa...

Siapa tahu?

Ahad, 16 Jun 2013

Sebelumnya: ISN Perkuatkan Skuad Pelayaran

Posting terakhir sebelum ini memaparkan berkaitan dengan kenyataan akhbar dari GM MYA berkaiatan dengan kelewatan menerima bantuan kewangan dari MSN negara untuk program yang telah dipersetujui di dalam pelan perancangan MYA-MSN. 
kenyatan balas telah dikeluarkan oleh MSN katanya menerangkan masalah datang dari MYA sendiri yang lewat untuk menghantar laporan aktiviti. Manakala 1 jawapan balas dalam komen yang diterima menyangkal kenyataan ini. Jika benar alasan tersebut susah juga nak hadam dengan jawapan itu.
Ini antara artikel yang menarik dikeluarkan oleh ISN pula sekitar bulan  April lepas. Dengan 3 bulan lebih bersama dengan sukan pelayaran ini kita berharap sesuatu yang positif akan dapat dicapai.. walaupun terlampau tinggi sasaran semua emas tersebut dan ditambah dengan kekangan seperti kenyataan akhbar MYA setidak-tidaknya kita berharap sesuatu yang lebih baik dari pencapaian-pencapaian sebelum ini dengan kejayaan Sea Games Kuala Lumpur 2001 merupakan rekod yang perlu dipadamkan setidak-tidaknya. Dan lagi kita berharap bukan sekadar memberikan pendedahan tetapi sebaliknya ISN sepatutnya mengumpulkan data, merumuskan pencapaian yang diperolehi dan mendapatkan penyelesaian kaedah terbaik yang sepatutnya juga menjadi salah satu yang perlu diprakrikakan secara keseluruhannya di dalam negara kita. 
Sehingga kini kita tidak mendapat apa-apa dapatan yang boleh digunapakai untuk praktikal pasukan secara keseluruhan hasil dari usaha sama bersama unit ISN-MSN ini kecuali beberapa hasil kajian ada dikeluarkan tetapi tidak dijadikan panduan dan rujukan.
Menjelang temasya Sukan Sea 2013 yang akan datang, ISN telah mengsasarkan pingat emas untuk kesemua kategori di dalam sukan pelayaran. Oleh itu ISN mengambil langkah bijak dengan menyediakan latihan awal bermula 12 Mac sehingga 31 Mei 2013.

Latihan yang diberikan di Pulau Langkawi selama 3 bulan akan memastikan atlet diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum berlangsungnya Temasya Sukan Sea 2013.  ISN telah menghantar Pegawai Sains Sukan dari  4 bahagian Sains Sukan diantaranya :-
  • Bahagian Psikologi Sukan yang akan memainkan peranan memastikan atlet mempelajari cara mengawal emosi semasa perlawanan.
  • Bahagian Pemakanan Sukan mendedahkan kepada atlet bagaimana cara mengawal pemakanan serta makanan tambahan yang diperlukan oleh atlet.
  • Bahagian Biomekanik membantu mengesan kelemahan atau menganalisis pergerakan menggunakan alat-alat tertentu. 
  • Bahagian Fisiologi Senam akan melaporkan penilaian fisiologi kepada jurulatih dan atlet dengan cadangan bagi mengelakkan kecederaan serta meningkatkan lagi prestasi seseorang atlet.
Dengan bantuan serta kerjasama diantara atlet, jurulatih dan pegawai sukan dari ISN, tidak mustahil atlet pelayaran Malaysia dapat merangkul pingat emas untuk kesemua kategori dalam sukan pelayaran.

Sabtu, 15 Jun 2013

Sudah berapa kalikah kita melihat berita seperti ini dipaparkan

Beberapa kali sudah kita dihidangkan dengan berita ini permasalahan yang sering berlarutan.... dan sebab musabab yang perlukan sebenarnya lebih kepada pendetailan terhadap operasi keseluruhan MSN dengan persatuan kebangsaan:



Posted on June 7, 2013 by Syamil Sohimi
Skuad perahu layar negara merasa seolah-olah dipinggirkan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana mendakwa lewat menerima peruntukan tahunan daripada badan induk pentadbir sukan negara itu.
Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata beliau terkilan dengan sikap MSN yang seperti menganaktirikan skuad pelayaran sehingga mereka terpaksa menangguh beberapa program penting sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA di Myanmar pada 11 hingga 22 Dis ini.
“Kita terpaksa menunda beberapa program penting bagi persiapan pelayar ke Myanmar disebabkan lewat mendapat peruntukan kewangan dan jumlah diterima tidak cukup untuk menampung kos program persediaan atlet yang telah disusun sejak tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana masih belum mendapatkan peralatan pelayaran yang dipohon sejak awal tahun lagi.
“Kami perlu mengganti segera semua kelengkapan dan perahu layar yang sedia ada kerana kesemuanya telah berusia hampir lima tahun dan tidak sesuai lagi digunakan untuk kejohanan besar seperti Sukan SEA.
“Jika bantuan itu lambat disalurkan, saya risau pelayar negara akan hilang keyakinan akibat terganggu dengan kelengkapan yang uzur berbanding dengan pelayar dari negara lain yang sudah pasti akan mengunakan peralatan serba baharu,” katanya.
Beliau harap pihak berkenaan tidak akan menuding jari kepada MYA jika skuad pelayar negara gagal meraih sebarang pingat di Myanmar nanti.
Pada temasya Sukan SEA Indonesia 2011 skuad pelayaran negara hanya mampu membawa pulang dua pingat perak dan sebutir pingat gangsa.- BERNAMA

Seolah-olah tiada jalan penyelesaian atau tiada komunikasi antara kedua pihak malah statement balas menunjukkan semasacam ada kelemahan....Bonus.. Apa statement balas MSNegara

Ahad, 9 Jun 2013

UPDATE3: ISU WINDSURFING MENUJU KE PENGHUJUNG

Berdasarkan kepada penyertaan dan feedback kehadiran negeri seperti berikut:
  1. Penyertaan dari negeri-negeri sebelah utara sahaja manakala dari sebelah selatan tiada
  2. Tiada penyertaan dari Sabah dan Sarawak memang dijangkakan.. memandangkan jarak
  3. Kelantan memang dijangkakan tidak hadir kerana programnya yang tidak berjalan.
  4. Pahang dan Johor memaklumkan tidak dapat datang kerana tiada peruntukan terutamanya Pahang pada saat-saat akhir. Johor dikhabarkan sudah mempunyai pelayar tetapi tiada peruntukan untuk kem ini
  5. Melaka juga rasanya mengalami masalah yang sama selain sukar mendapatkan pelayar. masalah yang sama dialami oleh pasukan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Maka beberapa rumusan:
  1. Kos sememangnya merupakan masalah utama dan kebanyakan negeri tiada mempunyai peruntukan tambahan bagi mengadakan aktiviti-aktiviti tambahan.
  2. Pengangkutan juga mungkin menjadi isu sampingan terutamanya bagi negeri-negeri sebelah selatan jauh nak ke utara. 
  3. Isu peralatan juga menjadi alasan walupun bukan perkara utama (sampingan sahaja kerana telah dimaklumkan) tetap menjadi  kekangan apabila merasakan terpaksa bawa board sendiri... kos lagi terlibat...
  4. Terdapat maklumbalas negeri yang hanya pada saat-saat akhir memohon budget dari MSN negeri masing-masing, yang mana
  5. MSN merupakan satu-satunya sumber kewangan persatuan negeri. Tiada dana lain dalam kantung sesetengah persatuan.
  6. Walaupun negeri-negeri menunjukkan minat tetapi masih tidak begitu bersungguh dengan pelaksanaan acara windsurfing. Ini disebabkan oleh kerana beberapa faktor:
    1. kebanyakan AJK persatuan negeri bukanlah 100% yang betul-betul berminat dengan sukan pelayaran ini, minat dan tumpuan hanya menjurus kepada sesuatu yang satu sahaja. Selesai yang satu itu di tahun ini tunggu tahun depan pula.
    2. Perkara baru merupakan beban baru dan lebih baik tidak usah. 
    3. Sebagaimana lemahnya bapa begitulah anaknya... Bapa Borek Anak rintik... Malahan ada yang jawatan dalam persatuan negeri juga memegang jawatan dalam kebangsaan malahan ada juga jawatan dalam MWSA maka momentumnya adalah sama sahaja, tiada impak yang datang dari mereka yang gah pada namanya memegang tompok penting dalam sukan pelayaran.
    4. Sejarah lepas-lepas kebanyakan windsurfers adalah lebih kepada berbentuk peribadi dan dalam group individu mereka jarang bergerak secara berkumpulan dalam persatuan dan ini menjarakkan dan menimbulkan jurang...
Cadangan Rumusan:
  1. Sehubungan dengan itu MYA dan MSWA perlu memikirkan jalan dan kaedah segera untuk memajukan sukan ini setidak-tidaknya untuk mendapatkan kuantiti yang tinggi bagi pelayar-pelayar pada peringkat pelajar sekolah.
  2. MWSA harus memainkan peranan yang telah besar kerana sehingga kini mereka jelas tidak menampakkan satu gerak kerja yang benar-benar menyeluruh dan komprehensif dalam membangunkan sukan windsurf.
  3. Satu program khas peru dirangka secara berterusan bukan one-off sahaja. Masa semakin suntuk untuk SUKMA pada tahun hadapan.
  4. Selain itu MWSA perlu melihat semula strukturnya sendiri termasuklah kepada wakil-wakil negeri yang terpilih sebagai AJK adakah berfungsi, beberapakah kekerapan mesyuarat-mesyuarat ataupun perjumpaan diadakan, apakah ketetapan-ketetapan yang dirumuskan untuk gerak-kerja persatuan dan lain-lain, kalau tidak anda harus bermula....
  5. Semua negeri sekarang dalam keadaan tahap yang sama... tiada negeri yang mempunyai pelayar yang benar-benar kuat bagi acara windsurfer ini kalau mengikut had umur SUKMA (17tahun). Jadi cadangan untuk meningkatkan had umur kepada 21thn saya seperti yang dicadangkan oleh En Afendi saya tidak begitu bersetuju. Ini mungkin akan menyebabkan jumlah yang sudah kecil ini akan menjadi lebih kecil sehingga boleh menyebabkan kelas ini terus ditarik keluar dari SUKMA. Oleh itu setiap negeri seharusnya sama-sama bermula serentak dalam satu program khas yang dikawalselia oleh MYA/MWSA.
  6. Kehadiran semasa kem baru-baru ini; memandangkan kebanyakan negeri telah bersetuju pada awalnya di perjumpaan semasa KFC-Selangor untuk menghantar penyertaan tetapi kemudiaannya menarik diri atas alasan yang hampir sama kesemuanya saya mencadangkan:
    1. Diadakan 2 kem yang serupa sekali lagi dalam waktu terdekat, 1 bagi zon selatan melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala lumpur dan Putrajaya. Manakala 1 lagi kem diadakan bagi zon Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
    2. Kedua-dua kem boleh diadakan di salah satu negeri yang dinamakan. MYA menaja dari segi pergerakan dan penyediaan melibatkan kejurulatihan dan pengurusan.
    3. Selain itu MYA dapat sekiranya membantu setidak-tidaknya menaja separuh dari jumlah yang perlu dibayar termasuklah kepada kem yang baru berakhir baru-baru ini.
    4. Setelah semuanya telah berjaya mengadakan kem asas ini maka seterusnya adalah mengadakan kem susulan secara berperingkat.
    5. Seterusnya pertandingan-pertandingan dalam negara pada setiap kali diadakan MWSA harus setidak-tidaknya memastikan perlumbaan bagi pelayar-pelayar baru ini dapat dijalankan dan kalau perlu mengadakan gelanggang khas bagi membolehkan mereka tuurt bersaing.
    6. Mengawal selia ranking kebangsaan bagi kelas windsurf dan kalau perlu penambahan mata ranking semasa kem atau pertandingan berasingan diadakan seperti Kejohanan Remaja Windsurf pada setiap 3 atau 4 bulan.
  7. Sehubungan dengan itu pelaayr-pelayar dan bekas-bekas pelayar perlu melibatkan diri sebagai AJK persatuan dalam membantu melahirkan kuantiti pelayar-pelayar yang berkualiti melalui cadangan-cadangan dan pelaksanaan program samada apa yang telah dipersetujui mahupun penambahbaikan-penambaikan dari yang sedia ada.
  8. Blog ini terutamanya isu windsurfer ini menerima kunjungan melebihi 50 penjengok pada setiap kali posting dan ada posting yang mencecah 100 lebih penjengok. Bermakna setidak-tidaknya agak ramai peminat sukan ini. Apa kata disamping menjengok kita berikan sedikit masa untuk memberikan idea-idea cadangan yang mana mungkin boleh digunapakai bersama untuk membangukan sukan ini terutamanya oleh MYA/MWSA.
BERSAMBUNG ADAKAH CADANGAN...MENUNGGGU CADANGAN DAN KOMEN CADANGAN ANDA?

Jumaat, 7 Jun 2013

Update 2: Klinik Windsurfing Kebangsaan Berakhir Sudah

Klinik windsurf kebangsaan telah berakhir dengan kehadiran seramai kira-kira 23 orang peserta dari jumlah 7 negeri dan persatuan yang menghantar penyertaan. Kem yang menggabungkan penyertaan dari pelayar-pelayar baru (norvis) dan juga pelayar yang dah senior berjalan dengan baik tanpa menghadapi masalah besar kecuali dari segi pengurusan terutamanya melibatkan pembayaran untuk kem. Jumlah penyertaan adalah seperti berikut:
  1. Terengganu menghantar serama 6 peserta (3 lelaki dan 3 perempuan) dan 1 orang jurulatih (coach Saifullah) untuk membantu klinik ini.
  2. Perlis menghantar: 4 peserta - 1 lelaki dan 3 perempuan
  3. Selangor juga menghantar 4 peserta: 2 lelaki dan 2 perempuan
  4. Perak menghantar 2 peserta perempuan
  5. Kedah menghantar 1 penyertaan sahaja
  6. Pulau Pinang merupakan negeri terakhir yang menghantar penyertaan pada saat-saat berakhir kem ini dengan 2 penyertaan (1 lelaki dan 1 perempuan).
  7. Persatuan Perahu Layar TLDM pula menghantar 1 x pelayar senior.
  8. MYA menghantar 1 pelayar (Danish) untuk peserta kem dan juga 2 pelayar kebangsaan (Lin dan Black) untuk membantu jurulatih sedia ada.
Walaupun begitu kehadiran lewat 3 peserta (1 Selangor - Aqir dan 2 P. Pinang-Azim & Sofea) tidak melayakkan mereka untuk mendapat sijil kehadiran.

Bagi barisan jurulatih pula diketuai oleh En Zainal 'Fred' Misran selaku ketua jurulatih juga selaku setiausaha Kehormat MWSA dan dibantu oleh Hadri 'Acai' Zainal Abidin selaku jurulatih kebangsaan yang merupakan satu-satunya wakil MYA dalam kem ini berserta dengan jurulatih Safullah (Terengganu) dalam melaksanakan kem ini. Terimakasih diucapkan kepada mereka bertiga, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka bertiga telah berjaya menghidupkan kem ini dan memberikan pulangan yang amat bermakna kepada peserta. Tanpa mereka terutamanya Mr Fred pastinya kem ini akan suram dan tidak berjaya mencapai sasaran melahirkan atlet windsurfing baru dan juga memberikan pemahaman yang lebih detail kepada pelayar yang lebih senior berkenaan dengan teknik dan taktik windsurfing racing.

Terimakasih juga diucapkan kepada Lin dan Black yang sentiasa bersama dengan pasukan dari seawal jam 070 pagi sehinggalah sekitar jam 1000 malam pada sepanjang 12 hari dan 11 malam berkampung di Tasoh Lake Resort dan Recreation (TLRR).

Tidak ketinggalan kepada Wilson dari Oxbold juga sebagai Bendahari MWSA atas kesudian menaja beberapa board windsurf untuk kem ini. Tanpa penajaan dari Oxbold ini tentunya masalah besar akan dihadapi memandangkan hanya Terengganu (3 board), Perlis (2 board), Selangor (2 board) serta MYA sahaja yang membawa windsurfnya dan juga berlaku banyak kerosakan layar dan peralatan pada sepanjang kem memandangkan semua peralatan negeri sudahpun uzur.

Sebagaimana yang dimaklumkan kem yang dianjurkan oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) ini dengan dibantu oleh Malaysian Windsurfing Association (MWSA) ini seolah-olah tidak mendapatkan kerjasama sepenuhnya oleh MYA. Walaupun MYA tidak mampu untuk menaja dari segi penginapan dan makan para peserta untuk sepanjang kem ini, kegagalan untuk menyediakan dari segi pengurusan agak mengecewakan sehinggakan terpaksa menunggu ke saat-saat akhir yang mana tak banyakpun yang perlu disediakan...semua yang lain telah banyak diuruskan hanya confirmation, sijil dan yang paling penting bayaran kepada pihak pengurusan TLRR untuk penginapan dan makan pihak jurulatih dan urusetia. Amatlah tidak molek dan tidak wajar sehinggakan terpaksa pihak luar mendahulukan bayaran untuk kem ini walaupun hanya sekitar RM3k lebih tidak banyak bagi MYA tetapi bagi kami yang menjalankan tanggungjawab pelaksanaan diperingkat ground work merupakan beban yang mana dalam masa yang sama terpaksa memerah keringat dan idea. Saya juga mencadangkan agar sedikit saguhati kepada pihak jurulatih-jurulatih ini yang mengambil tanggungjawab menjayakan sepenuhnya kem ini, setelah agak diabaikan sehinggalah kesaat-saat hendak bermulanya kem ini.
Kegagalan mereka-mereka yang berkedudukan dalam MYA (AJK-AJK) agak memalukan kerana tugas mereka setelah bersetuju untuk dipilih maka haruslah menjalankan tanggungjawab memajukan sukan bukan senyap-sunyi....kerana info yang saya dapat, lambatnya bergerak sesuatu perkara atau cadangan kerana slownya reaksi dari AJK-AJK bagaikan 'Sloth' dalam memberi response terhadap sesuatu confirmation yang diperlukan feedback dan persetujuan AJK. Tahun ini merupakan tahun pemilihan MYA semasa AGM nanti dan kalau ada yang merasakan tak mampu buat kerja saya cadangkan tak perlu masuk nak jadi calon dan kita sebagai ahli gabungan melalui persatuan gabungan negeri harus menilai semula siapa yang hendak dipilih dari atas sampailah ke bawah.

BERSAMBUNG KESIMPULAN DAN CADANGAN: Dimana akan cuba menyimpulkan berkenaan dengan kesudahan kem ini dan komen-komen cadangan.

Beberapa gambar klinik di http://gustmysailing.jimdo.com/2013/06/02/latihan-di-perlis-menuju-ke-penghujung-dan-bermulannya-kejohanan-mssm-perahu-layar-2013/