Jumaat, 7 Jun 2013

Update 2: Klinik Windsurfing Kebangsaan Berakhir Sudah

Klinik windsurf kebangsaan telah berakhir dengan kehadiran seramai kira-kira 23 orang peserta dari jumlah 7 negeri dan persatuan yang menghantar penyertaan. Kem yang menggabungkan penyertaan dari pelayar-pelayar baru (norvis) dan juga pelayar yang dah senior berjalan dengan baik tanpa menghadapi masalah besar kecuali dari segi pengurusan terutamanya melibatkan pembayaran untuk kem. Jumlah penyertaan adalah seperti berikut:
  1. Terengganu menghantar serama 6 peserta (3 lelaki dan 3 perempuan) dan 1 orang jurulatih (coach Saifullah) untuk membantu klinik ini.
  2. Perlis menghantar: 4 peserta - 1 lelaki dan 3 perempuan
  3. Selangor juga menghantar 4 peserta: 2 lelaki dan 2 perempuan
  4. Perak menghantar 2 peserta perempuan
  5. Kedah menghantar 1 penyertaan sahaja
  6. Pulau Pinang merupakan negeri terakhir yang menghantar penyertaan pada saat-saat berakhir kem ini dengan 2 penyertaan (1 lelaki dan 1 perempuan).
  7. Persatuan Perahu Layar TLDM pula menghantar 1 x pelayar senior.
  8. MYA menghantar 1 pelayar (Danish) untuk peserta kem dan juga 2 pelayar kebangsaan (Lin dan Black) untuk membantu jurulatih sedia ada.
Walaupun begitu kehadiran lewat 3 peserta (1 Selangor - Aqir dan 2 P. Pinang-Azim & Sofea) tidak melayakkan mereka untuk mendapat sijil kehadiran.

Bagi barisan jurulatih pula diketuai oleh En Zainal 'Fred' Misran selaku ketua jurulatih juga selaku setiausaha Kehormat MWSA dan dibantu oleh Hadri 'Acai' Zainal Abidin selaku jurulatih kebangsaan yang merupakan satu-satunya wakil MYA dalam kem ini berserta dengan jurulatih Safullah (Terengganu) dalam melaksanakan kem ini. Terimakasih diucapkan kepada mereka bertiga, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka bertiga telah berjaya menghidupkan kem ini dan memberikan pulangan yang amat bermakna kepada peserta. Tanpa mereka terutamanya Mr Fred pastinya kem ini akan suram dan tidak berjaya mencapai sasaran melahirkan atlet windsurfing baru dan juga memberikan pemahaman yang lebih detail kepada pelayar yang lebih senior berkenaan dengan teknik dan taktik windsurfing racing.

Terimakasih juga diucapkan kepada Lin dan Black yang sentiasa bersama dengan pasukan dari seawal jam 070 pagi sehinggalah sekitar jam 1000 malam pada sepanjang 12 hari dan 11 malam berkampung di Tasoh Lake Resort dan Recreation (TLRR).

Tidak ketinggalan kepada Wilson dari Oxbold juga sebagai Bendahari MWSA atas kesudian menaja beberapa board windsurf untuk kem ini. Tanpa penajaan dari Oxbold ini tentunya masalah besar akan dihadapi memandangkan hanya Terengganu (3 board), Perlis (2 board), Selangor (2 board) serta MYA sahaja yang membawa windsurfnya dan juga berlaku banyak kerosakan layar dan peralatan pada sepanjang kem memandangkan semua peralatan negeri sudahpun uzur.

Sebagaimana yang dimaklumkan kem yang dianjurkan oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) ini dengan dibantu oleh Malaysian Windsurfing Association (MWSA) ini seolah-olah tidak mendapatkan kerjasama sepenuhnya oleh MYA. Walaupun MYA tidak mampu untuk menaja dari segi penginapan dan makan para peserta untuk sepanjang kem ini, kegagalan untuk menyediakan dari segi pengurusan agak mengecewakan sehinggakan terpaksa menunggu ke saat-saat akhir yang mana tak banyakpun yang perlu disediakan...semua yang lain telah banyak diuruskan hanya confirmation, sijil dan yang paling penting bayaran kepada pihak pengurusan TLRR untuk penginapan dan makan pihak jurulatih dan urusetia. Amatlah tidak molek dan tidak wajar sehinggakan terpaksa pihak luar mendahulukan bayaran untuk kem ini walaupun hanya sekitar RM3k lebih tidak banyak bagi MYA tetapi bagi kami yang menjalankan tanggungjawab pelaksanaan diperingkat ground work merupakan beban yang mana dalam masa yang sama terpaksa memerah keringat dan idea. Saya juga mencadangkan agar sedikit saguhati kepada pihak jurulatih-jurulatih ini yang mengambil tanggungjawab menjayakan sepenuhnya kem ini, setelah agak diabaikan sehinggalah kesaat-saat hendak bermulanya kem ini.
Kegagalan mereka-mereka yang berkedudukan dalam MYA (AJK-AJK) agak memalukan kerana tugas mereka setelah bersetuju untuk dipilih maka haruslah menjalankan tanggungjawab memajukan sukan bukan senyap-sunyi....kerana info yang saya dapat, lambatnya bergerak sesuatu perkara atau cadangan kerana slownya reaksi dari AJK-AJK bagaikan 'Sloth' dalam memberi response terhadap sesuatu confirmation yang diperlukan feedback dan persetujuan AJK. Tahun ini merupakan tahun pemilihan MYA semasa AGM nanti dan kalau ada yang merasakan tak mampu buat kerja saya cadangkan tak perlu masuk nak jadi calon dan kita sebagai ahli gabungan melalui persatuan gabungan negeri harus menilai semula siapa yang hendak dipilih dari atas sampailah ke bawah.

BERSAMBUNG KESIMPULAN DAN CADANGAN: Dimana akan cuba menyimpulkan berkenaan dengan kesudahan kem ini dan komen-komen cadangan.

Beberapa gambar klinik di http://gustmysailing.jimdo.com/2013/06/02/latihan-di-perlis-menuju-ke-penghujung-dan-bermulannya-kejohanan-mssm-perahu-layar-2013/

1 ulasan:

  1. Terima kasih sbb update aktiviti sukan pelayaran kat website gustmysailing, siap dgn gambar lagi...baru best mengikuti perkembangan sukan nie, nak harapkan akhbar siarkan, memang hampeh...

    BalasPadam