Ahad, 9 Jun 2013

UPDATE3: ISU WINDSURFING MENUJU KE PENGHUJUNG

Berdasarkan kepada penyertaan dan feedback kehadiran negeri seperti berikut:
  1. Penyertaan dari negeri-negeri sebelah utara sahaja manakala dari sebelah selatan tiada
  2. Tiada penyertaan dari Sabah dan Sarawak memang dijangkakan.. memandangkan jarak
  3. Kelantan memang dijangkakan tidak hadir kerana programnya yang tidak berjalan.
  4. Pahang dan Johor memaklumkan tidak dapat datang kerana tiada peruntukan terutamanya Pahang pada saat-saat akhir. Johor dikhabarkan sudah mempunyai pelayar tetapi tiada peruntukan untuk kem ini
  5. Melaka juga rasanya mengalami masalah yang sama selain sukar mendapatkan pelayar. masalah yang sama dialami oleh pasukan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Maka beberapa rumusan:
  1. Kos sememangnya merupakan masalah utama dan kebanyakan negeri tiada mempunyai peruntukan tambahan bagi mengadakan aktiviti-aktiviti tambahan.
  2. Pengangkutan juga mungkin menjadi isu sampingan terutamanya bagi negeri-negeri sebelah selatan jauh nak ke utara. 
  3. Isu peralatan juga menjadi alasan walupun bukan perkara utama (sampingan sahaja kerana telah dimaklumkan) tetap menjadi  kekangan apabila merasakan terpaksa bawa board sendiri... kos lagi terlibat...
  4. Terdapat maklumbalas negeri yang hanya pada saat-saat akhir memohon budget dari MSN negeri masing-masing, yang mana
  5. MSN merupakan satu-satunya sumber kewangan persatuan negeri. Tiada dana lain dalam kantung sesetengah persatuan.
  6. Walaupun negeri-negeri menunjukkan minat tetapi masih tidak begitu bersungguh dengan pelaksanaan acara windsurfing. Ini disebabkan oleh kerana beberapa faktor:
    1. kebanyakan AJK persatuan negeri bukanlah 100% yang betul-betul berminat dengan sukan pelayaran ini, minat dan tumpuan hanya menjurus kepada sesuatu yang satu sahaja. Selesai yang satu itu di tahun ini tunggu tahun depan pula.
    2. Perkara baru merupakan beban baru dan lebih baik tidak usah. 
    3. Sebagaimana lemahnya bapa begitulah anaknya... Bapa Borek Anak rintik... Malahan ada yang jawatan dalam persatuan negeri juga memegang jawatan dalam kebangsaan malahan ada juga jawatan dalam MWSA maka momentumnya adalah sama sahaja, tiada impak yang datang dari mereka yang gah pada namanya memegang tompok penting dalam sukan pelayaran.
    4. Sejarah lepas-lepas kebanyakan windsurfers adalah lebih kepada berbentuk peribadi dan dalam group individu mereka jarang bergerak secara berkumpulan dalam persatuan dan ini menjarakkan dan menimbulkan jurang...
Cadangan Rumusan:
  1. Sehubungan dengan itu MYA dan MSWA perlu memikirkan jalan dan kaedah segera untuk memajukan sukan ini setidak-tidaknya untuk mendapatkan kuantiti yang tinggi bagi pelayar-pelayar pada peringkat pelajar sekolah.
  2. MWSA harus memainkan peranan yang telah besar kerana sehingga kini mereka jelas tidak menampakkan satu gerak kerja yang benar-benar menyeluruh dan komprehensif dalam membangunkan sukan windsurf.
  3. Satu program khas peru dirangka secara berterusan bukan one-off sahaja. Masa semakin suntuk untuk SUKMA pada tahun hadapan.
  4. Selain itu MWSA perlu melihat semula strukturnya sendiri termasuklah kepada wakil-wakil negeri yang terpilih sebagai AJK adakah berfungsi, beberapakah kekerapan mesyuarat-mesyuarat ataupun perjumpaan diadakan, apakah ketetapan-ketetapan yang dirumuskan untuk gerak-kerja persatuan dan lain-lain, kalau tidak anda harus bermula....
  5. Semua negeri sekarang dalam keadaan tahap yang sama... tiada negeri yang mempunyai pelayar yang benar-benar kuat bagi acara windsurfer ini kalau mengikut had umur SUKMA (17tahun). Jadi cadangan untuk meningkatkan had umur kepada 21thn saya seperti yang dicadangkan oleh En Afendi saya tidak begitu bersetuju. Ini mungkin akan menyebabkan jumlah yang sudah kecil ini akan menjadi lebih kecil sehingga boleh menyebabkan kelas ini terus ditarik keluar dari SUKMA. Oleh itu setiap negeri seharusnya sama-sama bermula serentak dalam satu program khas yang dikawalselia oleh MYA/MWSA.
  6. Kehadiran semasa kem baru-baru ini; memandangkan kebanyakan negeri telah bersetuju pada awalnya di perjumpaan semasa KFC-Selangor untuk menghantar penyertaan tetapi kemudiaannya menarik diri atas alasan yang hampir sama kesemuanya saya mencadangkan:
    1. Diadakan 2 kem yang serupa sekali lagi dalam waktu terdekat, 1 bagi zon selatan melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala lumpur dan Putrajaya. Manakala 1 lagi kem diadakan bagi zon Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
    2. Kedua-dua kem boleh diadakan di salah satu negeri yang dinamakan. MYA menaja dari segi pergerakan dan penyediaan melibatkan kejurulatihan dan pengurusan.
    3. Selain itu MYA dapat sekiranya membantu setidak-tidaknya menaja separuh dari jumlah yang perlu dibayar termasuklah kepada kem yang baru berakhir baru-baru ini.
    4. Setelah semuanya telah berjaya mengadakan kem asas ini maka seterusnya adalah mengadakan kem susulan secara berperingkat.
    5. Seterusnya pertandingan-pertandingan dalam negara pada setiap kali diadakan MWSA harus setidak-tidaknya memastikan perlumbaan bagi pelayar-pelayar baru ini dapat dijalankan dan kalau perlu mengadakan gelanggang khas bagi membolehkan mereka tuurt bersaing.
    6. Mengawal selia ranking kebangsaan bagi kelas windsurf dan kalau perlu penambahan mata ranking semasa kem atau pertandingan berasingan diadakan seperti Kejohanan Remaja Windsurf pada setiap 3 atau 4 bulan.
  7. Sehubungan dengan itu pelaayr-pelayar dan bekas-bekas pelayar perlu melibatkan diri sebagai AJK persatuan dalam membantu melahirkan kuantiti pelayar-pelayar yang berkualiti melalui cadangan-cadangan dan pelaksanaan program samada apa yang telah dipersetujui mahupun penambahbaikan-penambaikan dari yang sedia ada.
  8. Blog ini terutamanya isu windsurfer ini menerima kunjungan melebihi 50 penjengok pada setiap kali posting dan ada posting yang mencecah 100 lebih penjengok. Bermakna setidak-tidaknya agak ramai peminat sukan ini. Apa kata disamping menjengok kita berikan sedikit masa untuk memberikan idea-idea cadangan yang mana mungkin boleh digunapakai bersama untuk membangukan sukan ini terutamanya oleh MYA/MWSA.
BERSAMBUNG ADAKAH CADANGAN...MENUNGGGU CADANGAN DAN KOMEN CADANGAN ANDA?

11 ulasan:

  1. Cadangan yang amat bernas sekali, iaitu melantik bekas atlet windsurf menjadi ajk persatuan kerana mereka lebih tahu perjalanan perit sukan tersebut, dan boleh memberi idea dan sumbangan bagi memajukan lagi sukan windsurf berbanding mereka yang memandang dari jauh saja tanpa melibatkan diri dari akar umbi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu adalah antara cadangan yang tidak begitu kondusif. Selain caangan untuk melaksanakan apa yang telah saya kemukakan:
      1. Mengadakan klinik untuk babki negeri yang tidak hadir: adakah negeri yang sanggup menjadai tuan rumah dan menaja separuh dari kos seperti penginapan dan sebagainya
      2. Mengadakan klinik susulan selepas itu secara berkala dan diikuti
      3. mengadakan pertandingan yang lebih kemas tersusun supaya semua yang dikenalpasti hadir semasa kem-kem dan klinik yang diadakan dapat mengambil bahagian. Samada:
      4. Mengadakan pertandingan semasa kejohanan ranking negeri dalam ranking MYA tetapi MWSA memainkan peranan pada setiap kejohanan tersebut membantu memastikan semuanya berjalan lancar.
      5. Ataupun kalau perlu mengadakan hanya perlumbaan windsurf secara bersendiri dan mengambil kira sebagai ranking seperti setiap 3 atau 4 bulan sekali atau pada setiap cuti sekolah.
      6. Semua cadangan tadi perlukan satu mekanisma yang boleh mengatur, mengawal selia dan memastikan keberkesanan dan mencapai matlamat saasaran. Jadi peranan kita untuk mewujudkan cara dan mekanisma tadi.... Itulah tujuan saya supaya kita dapat mengemukan apa-apa idea jika ada?... ANDA ADA.. APA LAGI MENYUMBANGLAH sebelum kelas imi TERTUMBANG.

      Padam
  2. Ada peserta Techno pergi ke Regatta Melaka tak? Wilson berkata tiada kelas Phantom bagi Regatta Melaka dan PD. Jika ada peserta Techno ke Melaka, pasukan Johor akan hantar 2 orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peserta terengganu kemungkinan tidak ke Melaka dan juga Negeri Sembilan... terlampau dekat jarak antaranya... kemungkinan besar hanya akan ke Johor sahaja. So tiada windsurfing dari Terengganu... tak tahu ngan neegri lain. Besar kemungkinan mereka akan ke Port Dickson... jarak melaka selepas MSSM agak rapat.

      Padam
  3. En Naz tak mahu sambut ke cabaran untuk mengadakan klinik windsurf bagi zon selatan di Johor???

    Harap sangat sukan windsurf ni tak berkubur, kesian pada atlet2 dan bakal atlet yang menceburi bidang ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat apa kata dibuat 2-3hari sebelum KFC-Johor ke... tetapi seeloknya satu tempat yang tiada banyak kekangan untuk atlt turun ke air, seperti di Tasik Timah Tasoh, Perlis itu hari cukup baik untuk pelayar baru tiada banyak hazards.... selamat.

      Kat Pulau Duyong pun boleh, tetapi kena mari ke Terengganu le.. kena keropok lekor.

      Padam
    2. Secara peribadi memang saya alu alukan. Tapi harap bagitau awal agar saya dapat merancang dan memindah atur kerja saya.
      Tarikh mungkin dah suntuk tapi kalau ada yang nak datang awal mungkin boleh dibincangkan dengan En. Razak di JYA untuk penginapan & pemakanan. Mungkin boleh bermula dari 1 Julai?

      Padam
  4. Apakah cadangan-cdangan dalam komen posting ini sampai ke pengetahuan pihak bertanggung jawab terutamanya MWSA dan juga MYA.

    Sehubungan dengan itu saya akan emailkan posting ini kepada S/U MWSA dan juga Timbalan Prisedien MWSA yang juga merupakan orang kuat MYA.

    MWSA harus lebh bernani bergerak ke depan walaupun dalam kekurangan yang sedia ada terutamanya dari kewangan tetapi tidak rasanya dari segi keanggotaan terutama apabila digabungkan kekuatan-kekuatan individu yang ada.

    langkah yang pertama yang perlu diambil adalah dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang mengandungi ahli-ahli AJK terutamanya wakil negeri seperti yang dicadangkan namakan contohnya JKOP (Jawatankuasa Operasi Program) atau Jawatan Kuasa kerja (JKK)atau apa-apa pun lah.

    Mr S/U boleh tak dapatkan senarai AJK MWSA dan tugasan setiap anggotanya.

    BalasPadam
  5. 27-31 December - 1st Malaysian Windsurfing Challenge 2013
    With Asian RS X Championship 2013 (Perlis). Techno, RS:X, RS:One.
    di Perlis.. bagi RS:X dan RS:One adakah peralatan disewa?
    Harap penyertaan cukup untuk ke 3 ketegori ini..

    BalasPadam
  6. Masih menunggu detail berkaitan dengan kejohanan ini.... Akan diupdatekan apabila telah mendapat beberapa maklumat terperinci... Sila forwardkan jika mendapat apa-apa maklumat berkaitan

    BalasPadam
  7. Jika ada yang perlu spare part Techno(Fin/Mastfoot/footstrap dll) atau barang windsurf lain saya boleh TOLONG carikan di Singapura. Ada yang susah, ada yang senang dapat. Barang sailing lain pun boleh dikirim. Paling besar boleh kirim adalah set windsurf (board & rig). Sekian harap dapat maklum pada sesiapa yang memerlukan..

    BalasPadam