Khamis, 27 Jun 2013

Korek Ranking Kebangsaan.....

Mahu tidak mahu... suka tidak suka... begitu pantas masa berlalu... Kini kita sudah melepasi pertengahan tahun 2013.

Bulan ini merupakan bulan yang sangat sibuk bagi sukan perahu layar... bayangkan 4 kejohanan dalam masa yang terdekat dari Mei membawa ke Julai sebelum Ramadhan menjelang.

Bermula dengan Kejohanan Perahu Layar Optimist MSSM diikuti oleh kejohanan Melaka Open dan juga selepas itu kejohanan KFC-Tunku Laxamana dan awal minggu Julai nanti Kejohanan KFC-Johor pula akan diadakan. Bermakna tidak termasuk Kejohanan  MSSM sudah tujuh kejohanan ranking telah diadakan?
  1. KFC-Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi
  2. KFC- Perlis Open
  3. KFC-Penang Open
  4. KFC-Perak Open
  5. KFC-Selangor Open
  6. KFC-Melaka Open
  7. KFC-Tunku Laxamana

Tinggal 6 kejohanan ranking (Johor, Merdeka-Sabah, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kejohanan Kebangsaan)berbaki sebelum menutup tirai 2013.

Apa yang ingin dikorek dari segi kejohanan-kejohanan ini adalah: bilakah keputusan resmi kedudukan ranking kebangsaan akan diumumkan oleh MYA. Bukan itu sahaja sehingga kini peraturan bagaimana ranking itu akan dijalankan juga tidak dikeluarkan secara resmi dan kini.

Mengimbas kembali mengenai cadangan peraturan ranking bagi tahun 2013 telah diadakan perjumpaan pada tahun 2012 semasa kejohanan KFC-Johor dan beberapa isu berkaitan dengan ranking telah diperbincangkan. Beberapa cadangan telah dikeluarkan dengan ada cadangan secara ramai bersetuju tetapi ada beberapa cadangan mendapat beberapa bantahan dan ketetapan telah dibuat dimana cikgu Halim sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh MYA berkaiatan dengan teknikal dan kejohanan akan membincangkan dengan lebih lanjut dengan jawatankuasa yang akan dibentuknya dan seterusnya akan difinalised/dibentangkan semasa Kejohanan KFC-Terengganu pada bulan November 2012.

Sayangnya pada kejohanan tersebut tidak dibincangkan isu ini walaupun deraf kertas cadangan telah diemailkan kepada beberapa individu. Ini mungkin samada cikgu Halim tidak bersedia untuk membincangkan isu ini dan mungkin Terengganu juga tidak bersedia untuk menjadi tuanrumah bagi perbincangan isu penting ini. Sedangkan pada masa tersebut perbincangan pemilihan atlet elit/Projek Khas Olimpik/Atlet Pelapis dapat dilakukan dan cikgu Halim sendiri terlibat sebagai salah seorang ahlinya.

Baru-baru ini ketika kejohanan di Selangor satu keputusan telah dipamirkan untuk kedudukan ranking, tetapi dimaklumkan yang keputusan tersebut tidaklah resmi. Juga di dapati pada keputusan tersebut terdapat banyak keraguan berkaitan dengan kesilapan keputusan yang dikeluarkan. Jadi sebaiknya personal-personal yang dipertanggungjawabkan dapat memastikan keputusan yang sebenarnya setelah dipastikan terlebih dahulu dan keluarkan dengan kadar segera.

Satu lagi didapati keputusan yang dipamirkan tersebut telah dibuat pemarkahan semula (rescoring) untuk semua kelas. Ini mungkin perlu bagi kelas-kelas yang sememangnya telah dipisahkan terutamanya dari segi gender pada kejohanan tersebut (mungkin bagi kes Int 420/Laser Radial/Laser 4.7/Windsurf) yang tidak mempunyai kategori Terbuka/Keseluruhan. Tetapi bagi kelas Optimist ia menyebabkan berlaku banyak perubahan tempat dengan kecenderungan untuk melakukan kesilapan boleh berlaku dengan mudah. Oleh itu saya mencadangka supaya kajian semula dilakukan dan bagi kelas Optimist lebih baik untuk kekalkan keputusan berdasarkan keputusan Keseluruhan untuk kategori Junior dan Perempuan tak perlu Rescoring   

Kenapa isu ini dikorek...pada masa sekarang akan disambung pada posting berikutnya... menunggu permintaan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan