Sabtu, 15 Jun 2013

Sudah berapa kalikah kita melihat berita seperti ini dipaparkan

Beberapa kali sudah kita dihidangkan dengan berita ini permasalahan yang sering berlarutan.... dan sebab musabab yang perlukan sebenarnya lebih kepada pendetailan terhadap operasi keseluruhan MSN dengan persatuan kebangsaan:



Posted on June 7, 2013 by Syamil Sohimi
Skuad perahu layar negara merasa seolah-olah dipinggirkan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana mendakwa lewat menerima peruntukan tahunan daripada badan induk pentadbir sukan negara itu.
Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata beliau terkilan dengan sikap MSN yang seperti menganaktirikan skuad pelayaran sehingga mereka terpaksa menangguh beberapa program penting sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA di Myanmar pada 11 hingga 22 Dis ini.
“Kita terpaksa menunda beberapa program penting bagi persiapan pelayar ke Myanmar disebabkan lewat mendapat peruntukan kewangan dan jumlah diterima tidak cukup untuk menampung kos program persediaan atlet yang telah disusun sejak tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana masih belum mendapatkan peralatan pelayaran yang dipohon sejak awal tahun lagi.
“Kami perlu mengganti segera semua kelengkapan dan perahu layar yang sedia ada kerana kesemuanya telah berusia hampir lima tahun dan tidak sesuai lagi digunakan untuk kejohanan besar seperti Sukan SEA.
“Jika bantuan itu lambat disalurkan, saya risau pelayar negara akan hilang keyakinan akibat terganggu dengan kelengkapan yang uzur berbanding dengan pelayar dari negara lain yang sudah pasti akan mengunakan peralatan serba baharu,” katanya.
Beliau harap pihak berkenaan tidak akan menuding jari kepada MYA jika skuad pelayar negara gagal meraih sebarang pingat di Myanmar nanti.
Pada temasya Sukan SEA Indonesia 2011 skuad pelayaran negara hanya mampu membawa pulang dua pingat perak dan sebutir pingat gangsa.- BERNAMA

Seolah-olah tiada jalan penyelesaian atau tiada komunikasi antara kedua pihak malah statement balas menunjukkan semasacam ada kelemahan....Bonus.. Apa statement balas MSNegara

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. rsa mcm dh de lh MSN jwp isu ni... xingat bca mna. MsN kata dh bg pruntukn tp xdpt report kjohanan ke pe... lupa lh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya rasanya jawapannya pun gitu juga diberitahu ... sedang mencari ingat tak bila dan apa tajuknya... nak posting... next entry.

      Padam
  3. Memang semua sedia maklum apa yang sebenarnya berlaku. Apa yang di sebut dalam berita tersebut hanya sebahagian sahaja, Tetapi MYA di perangkap dengan tajuk panas yang tak pernah saya sebut. Lapuran dari MSN menyatakan MSN talah menyalurkan RM500K, tapi hanya RM300K dari elit dan Pelapis RM120K sahaja . Peruntukan di salurkan pada hujung bulan April bukannya awal tahun seperti yang di sebut. Kesemua lapuran kejohanan telah dihantar. Kecuali 2 kejohanan luar negara di mana atlit dan jurulatih masih belum balik lagi . Dah tentu lapuran tidak dapat di sediakan . Semua lapuran bgi tahun 2009, 2010 dan 2012 telah di hantar tetapi Pegawai penyelaras tak buat pelarasan dan bayaran tertunggak masih belum di terima . Malah duit makan bagi tahun 2009 ,2010, 2011 basih sebahagian belum di bayar. Persatuan hanya jadi mangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke... dah antar..... habis apa yang belum di antar laporannya. Ini bukan lagi dipinggirkan atau terpinggir.. takut sememangnya telah berada di pinggiran sahaja kot dalam kacamata MSN.... Mungkin MYA kena muhasabah diri kaji dan tengok balik....

      Padam