Jumaat, 30 November 2012

Harian Metro EKSTRA berkenaan Ben Aisle

Juga kali ini sekali lagi saya ingin memaparkan salinan satu kolum dari ruangan EKSTRA akhbar Harian Metro berkenaan BEN AISLE untuk tatapan kita. Saya merasakan artikel ini hendaklah dijadikan panduan untuk KITA semua dalam mencari dan membentuk atlet ke tahap Olimpian.

KITA disini saya tujukan:
  1. Kepada diri sendiri; inilah antara impian ku yang belum terlaksana mencari, mengasah, membentuk dan melahirkan seorang dengan ciri-ciri dan kepakaran yang ada seperti Ben Aisle.
  2. KITA kepada jurulatih-jurulatih sahabat yang tidak pernah jemu untuk melahirkan atlet
  3. KITA kepada pengurus-pengurus pasukan dalam membantu jurulatih dan membentuk pasukan dengan ciri-ciri unggul
  4. KITA kepada AJK-AJK, Komiti-komiti persatuan pelaayran agar sentiasa bergerak ke hadapan dalam menjalankan apa yang telah dirangka bersama denganan cadangan penamabahbaikan bukan pemotongan-pemotongan kepada tercapainya maklamat pasukan.
  5. KITA kepada persatuan-persatuan baik MYA mahupun persatuan-persatuan negari
  6. KITA juga kepada penggiat sukan- MSN Negara, negeri dan lain-lain peminat setia sukan terutama sukan pelayaran.
  7. KITA tidak tertinggal kepada atlet-atlet sendiri jadikan semangat, sikap dan apa yang baik dilakukan oleh atet BREN AISLE dan lain-lain nama besar yang telah berjaya. Mereka-mereka ini pernah melalui jalan sukar dan bagiamana mereka akhirnya mengambil langkah dengan rendah diri tetapi integriti mereka masih tetap dihormati dan di kagumi.
  8. KITA juga tidak semestinya ahli KITA dan juga tidak terkecuali ahli KITA yang mempunyai semangat keKITAan
Berikut dipamerkan artikel berikut juga boleh di ikuti pada LINK ini:

 

Lanjutan isu semalam bersambut di NST

Lanjutan antara isu yang dihighlightkan semalam rupanya telah disahkan juga di dalam artikel yang dikeluarkan kali ini oleh NST pulak

Terimakasih kepada pengomen blog "Tanpa nama"; selain mengulas serba sedikit isu atlet kebangsaan dan isu-isu yang dihighlightkan juga memberi info yang mengesahkan pertandingan yang saya katakan tidak jadi disertai oleh pelayar kebangsaan yang dinyatakan oleh GM MYA, juga mengesahkan funding adalah puncanya seperti yang saya katakan semalam, alternatif lain haruslah dicari untuk membolehkan atlet masih boleh mengambil bahagian oleh orang bijak pandai yang menguruskan.

Berikut di postkan artikel tersebut. Eloklah kita simpan artikel ini dibenak kita untuk dirumuskan semula apabila Sukan Sea 2013 berakhir nanti. Last Sea Games Jakarta 2011, kita tidak mampu meraih emas rasanya kan... bayangkan antara statement GM semua pengurusan awal telah dibuatnya tetapi terpaksa dibatalkan dan kadang-kadang beberapa bayaran telah dibuat yang mana kadang-kadang MYA sendiri  x mau buat dan terpaksalah GM yang advancekan (berani cakap pasai dah pernah lihat/kena jadi x leh nak kelentong). bukan sekadar rugi tetapi juga memalukan nama negara...dan nama orang yang menguruskan pada peringkat awal lagilah....puiih!!!! (sorry sedikit emosi...masih ku terasa)


YACHTING: Sailors grounded

By FADHLI ISHAK | fadhli@nstp.com.my

BLOW: Lack of funds a major hindrance to development plans

MALAYSIAN Yachting Association (MYA) general manager Mohd Afendy Abdullah fears Malaysia will end up empty-handed at next year's Myanmar Sea Games if the development plan in place for national sailors continues to be hindered by lack of funding.
Mohd Afendy said despite the National Sports Council (NSC) having approved a sufficient budget for the association at the start of the year, the fact that the MYA has to fork out expenses for each tournament before being reimbursed by the NSC is a major stumbling block.
MYA recently had to pull out of next month's Sail Melbourne World Cup Series (Dec 2-8) after failing to raise sufficient funds to compete.
"This year we have only been able to compete abroad in April and May when we competed in a number of tournaments in Europe in the run-up to the London Olympics," said Mohd Affendy.
"With us pulling out of Sail Melbourne, this essentially means our sailors have not been given the chance to gain top-class competitive experience for 10 months of the year.
"It is not realistic to expect our sailors to develop into world-class athletes if our development programme, which is well worked out on paper, is always a stop and start affair due to lack of funds.
"Let's not talk about the Olympics, we may not even win a single medal at the Sea Games next year at this rate."
It would have cost the association RM120,000 to send a team of six sailors to compete in Melbourne had arrangements, capitalising on early booking discounts for hotels, airfare, equipment transportation and registration fees, been made earlier in the year.
Last minute arrangements, however, would see costs rise to as much as RM200,000.
Mohd Afendy said he was disappointed with the situation, but said the association would look into securing more sponsors to help overcome the situation. Currently KFC Holdings (M) Berhad is their main sponsor.
"Personally, I feel guilty to have to tell our sailors we cannot afford to send them for competitions as I am sure they will be disappointed.
"They are not only talented sailors but are also (academically) bright students who have sacrificed their studies to give the sport their all.
"With Khairulnizam having qualified for the London Olympics at such a young age it proves we have the potential to make it at the highest level.
"We will try our best to secure more sponsors but we also hope to get more corporate support as we do not want to rely solely on the NSC."

Rabu, 28 November 2012

Selingan: berita pelayaran

Tiada mood untuk menulis selepas kesibukan masa 2 minggu berturut-turut selepas KFC-Monsoon ke Perlis untuk KFC-Perlis. Isu ranking dan kepegawaian masih menjasi bualan semasa.

Untuk tatapan berita dari bernama untuk anda semua berkenaan dengan atlet pelayaran negara, dimaklumkan oleh pengarah bahagian pelapis Kebangsaan 6 atlet pelayaran skuad pelapis telah pergi ke elit... tahniah tetapi tahukah anda:
  1. Siapakah mereka ini, kita hanya tahu atlet kebangsaan sahaja tetapi apakah pecahan yang ada di PLPLK Langkawi, khabarnya ada peringkat-peringkat berbeza atlet kebangsaan. Bagaimana kalau kita minta ulasan dari jurulatih kebangsaan atau dari pihak MYA dan apakah peluang untuk kita menjadi atlet kebangsaan seperti mana kem pemilihan dan latihan pusat baru-baru ini yang turut juga menjadi isu bualan di muka buku.
  2. Apa cerita berkenaan dengan kem pemilihan baru-baru ini, apakah langkah seterusnya..?
  3. Apakah hala tuju dan perancangan bagi setiap bahagian dan peluang negeri untuk turut serta dalam program bersama setidak-tidaknya untuk program pelapis yang peluang bagi atlet pelapis negeri untuk turut serta.
  4. Khabarnya satu program latihan dan pertandingan luar negara atlet kebangsaan (bahagian mana pelapis kah juga atau elit telah terpaksa dibatalkan, kenapa? kalau program elit, elitkah kita dalam menguruskan program-program elit... nak membatalkan mudah tetapi nak memasukkan nama negara dalam peta pelayaran bukan setakat atlet sahaja kena bagus ma...pengurusan juga kena begitu... jangan hanyut di bawa Mr tak payah, susah.... x payah. hahahh hahhhahh  x payahkan? 
    1. itulah payahnya kalau pembentangan pelan perancangan x diperhalusi dan dihayati sepenuhnya. nampaknya kena buat dengan betul-betul KRA dan KPI bagi progam-program elit nih.... jangan nanti kalau dah bungkus dengan target games tak tercapai hanya tahu menyalahkan atlet.. dan coach. 
    2. nampak gayanya macam mana boleh terjadi begitu mesti pasai duit punya.... "kalau MSN x bagi advance kita x kan antar" adalah ayat power Mr treasurer... x de idea lainka?
    3. Tapi macam biasalah tahun selepas target program tahun tidurrrr, Ni baru nak bangun kot tapi masih mengantuk-sangap... Tapi dok rasa bahagian elit MSN  nampak macam x elit aje nampak bahagian pelapis nampak lebih teratur...
    4. Baru-baru ni saya terlibat secara x langsung dengan pemilihan atlet ada pelayar Sukan Asia dan ada Pelayar Olimpik..mungkin 2 lagi program di bawah elit kot? tu yang elok kalau coach kebangsaan kita boleh bagi bayangan sikit. Tapi rasanya program macam mana punya bagus pun kalau pengurusan di kedua belah pihak(MSN & MYA) macam yang ada sekarang, harap nama ajelah program ape pun...macam tulah juga. Pengurusan dulu kena ready untuk bawa program-program besar ni dan bukan jangka pendek tetapi program sekurang-kurang 4-8 tahun so kenalah bersedia baru nampak kemas ni baru games ISAF World Cup pun x leh nak antar peserta cam no? nak berjaya?
Oh Yep melalutlah pulak nak keratan dari bernama:


27 November, 2012 18:28 PM


KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Usaha Majlis Sukan Negara (MSN) mencungkil bakat muda untuk diserap sebagai atlet kebangsaan membuahkan hasil apabila 30 atlet pelapis negara mengesahkan tempat dalam status elit, sekaligus mewakili Malaysia pada kejohanan tempatan dan antarabangsa tahun ini.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN Jefri Ngadirin berkata usaha memilih 30 atlet berkenaan dibuat sejak Januari hingga bulan ini, menerusi pelbagai program latihan dan kem bakat atlet pelapis negara.

"Kita sentiasa menilai prestasi atlet pelapis ini melalui kejohanan, latihan dan kem sukan yang diadakan untuk pelbagai peringkat umur supaya dapat mencungkil atlet harapan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tujuh atlet terbabit adalah daripada sukan angkat berat, pelayaran (6), berbasikal (5), menembak (3), masing-masing dua dalam sukan akuatik (terjun), wushu dan tenpin boling serta masing-masing seorang menerusi karate, wushu dan tinju.

Jefri berkata pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat kerana proses pemilihan dan penilaian terhadap atlet pelapis negara untuk diserap dalam program elit sedang berjalan sehingga hujung tahun ini.

-- BERNAMA

Selasa, 13 November 2012

Berita-berita KFC-Monsoon Regatta 2012

Asri Harumkan Nama Terengganu Di Regata Monsun 2012

|
Winners at the KFC Monsoon Regatta 2012Pelayar negara yang beraksi di sukan Olimpik London 2012 baru-baru ini, Khairulnizam Mohd Affendy dari pasukan KFC/Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) muncul sebagai juara kelas Laser Standard di Regata Monsun KFC 2012 yang berlangsung di muara Sungai Terengganu yang berakhir hari ini.
Beliau yang memenangi tiga dari enam perlumbaan mengenepikan cabaran pelayar Persatuan Perahu Layar Negeri Perak (PPLNP), Nik Ashraf Qaedi. Pelayar Perak itu memberi tentangan sengit kepada Khairulnizam dengan berjaya memenangi dua perlumbaan tetapi terpaksa akur dan menamatkan saingan tiga mata di belakang pelayar dari Kedah itu.
Pelayar dari Persatuan Pelayaran Terengganu (TESA), Azri Suhaimi bersama rakan sepasukan, Mohd Amir Che Aziz menamatkan saingan kelas ini masing-masing di tempat ketiga dan keempat.
Namun kekecewaan Nik Ashraf ditebus oleh rakan sepasukan, Mohd Farhan Hamid yang berjaya memenangi kelas Laser Radial apabila beliau berjaya mengatasi cabaran pelayar KFC/MYA, Nur Amirah Abdul Hamid.
Ianya suatu persaingan yang sengit dengan kedua-dua pelayar saling menguasai perlumbaan masing-masing. Namun empat kemenangan dari enam perlumbaan menyaksikan Farhan berjaya mengatasi Amirah dengan dua mata.
Dalam kelas International 420, dua pasukan KFC/MYA menamatkan saingan dengan pungutan mata yang sama di tempat teratas. Namun Muhammad Faizal Norizan bersama krewnya, Ahmad Syukri Abdul Aziz berjaya menduduki tempat pertama selepas mengambil kira tiga kemenangan mereka untuk menafikan pasangan Khairunnisa Mohd Affendy dan Norashikin Mohd Sayed yang hanya mencatatkan dua sahaja kemenangan.
Pasukan Persatuan Pelayaran Kedah, Mohd Isan Ali dan Mohd Fairus Saad menamatkan saingan di tempat ketiga, enam mata di belakang para pemenang.
Asri Azman menceriakan penyokong tuan rumah apabila pelayar TESA itu berjaya mengungguli kelas Laser 4.7. Pelayar berusia 14 tahun yang berasal dari Pulau Duyong itu menggunakan sepenuhnya kelebihan belayar di halaman sendiri untuk memenangi regatanya yang pertama selepas berjaya menduduki tempat ketiga di Regata Terbuka Johor baru-baru ini.
Dua pelumba Johor, Mohd Razarikman Mohd Faudzi dan Nurulizzatul Akmar Mohd Ruzaimi masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Dalam kelas Windsurfing, pelayar KFC/MYA Mohamad Daniel Fauzi berada dalam kelasnya yang tersendiri dengan memenangi semua enam perlumbaan. Rekod sempurna itu menyaksikan beliau meninggalkan pelayar Kelab Renang Pulau Pinang (PSC), Zainal Misran@Fred dengan sembilan mata di tempat kedua.
Kejayaan Muhammad Husaini Mohd Rodzi (PPLNP) menduduki tempat kedua dalam dua perlumbaan menyaksikan beliau berjaya menduduki tempat ketiga di hadapan seorang peserta PSC, Ivie H Low walaupun mereka menamatkan saingan dengan kutipan mata yang sama. Ivie hanya sekali sahaja berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Dalam Divisyen A kelas Optimist, pelayar Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN Melaka), Ahmad Khairulhafiz Ahmad Khmbali berjaya menduduki tempat pertama sambil diikuti rapat oleh dua orang pelayar Persatuan Pelayaran Negeri Sembilan (NESSA), Muhd Effizal Redza Mohd Yusof dan Ahmad Nur Irfan Mohd Azhari, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Muhd Dhiauddin Rozaini (KFC/MYA) pula memenangi Divisyen B dengan peserta Junior Sailing Association of Thailand (JSST), Chanokchon Wangsuk menduduki tempat kedua. Seorang lagi peserta KFC/MYA, Natasya Nabila Sawal pula menduduki tempat ketiga.
Dua orang pelayar Kedah SA menguasai dua tempat teratas dalam Divisyen C. Mohd Fauzi Kaman Shah bersama rakan sepasukannya Muhd Syafie Ali mengenepikan cabaran peserta-peserta lain untuk masing-masing muncul sebagai johan dan naib johan. Pelayar PSC, Israr Hazim berjaya menduduki tempat ketiga.
Kedah SA pula diumumkan sebagai pasukan terbaik hasil kejayaan para peserta yang bertanding di bawah namanya.
Hadiah-hadiah regata yang dianjurkan oleh TESA dan ditaja bersama oleh KFC dan T-Best Events Sdn Bhd ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan, YB Dato’ Abdul Rahin Mohd Said.
 http://www.duniasukan.com/asri-harumkan-nama-terengganu-di-regata-monsun-2012/

 Related posts:
  1. Regata Monsun KFC 2012 Bermula Acara pertama Bulan Pelayaran Terengganu dilangsungkan hari ini apabila Regata...
  2. Khairulnizam Terus Dahului Kelasnya Ketiadaan angin di hari kedua Regata Monsun KFC 2012 menyaksikan...
  3. Terengganu Lancar Bulan Pelayaran Sempena Piala Monsun Sukan air akan menjadi tarikan utama di Terengganu bermula dari...
  4. 180 Sertai KFC Regata Monsun Mulai Esok   KUALA TERENGGANU, 7 Nov – Seramai 180 peserta dari...
  5.  KFC/MYA juara KFC Monsoon Regatta 2012 : Kuala Terengganu: Pasukan Persatuan Pelayaran Malaysia (KFC/MYA) diwakili pelayar negara, muncul juara keseluruhan KFC Monsoon Regatta 2012 di Pulau Warisan, berakhir semalam.
  Pasukan KSA (Kedah) dinobatkan juara kategori pasukan negeri KFC Monsoon Regatta 2012, semalam. - Foto: Rozainah Zakaria