Rabu, 28 November 2012

Selingan: berita pelayaran

Tiada mood untuk menulis selepas kesibukan masa 2 minggu berturut-turut selepas KFC-Monsoon ke Perlis untuk KFC-Perlis. Isu ranking dan kepegawaian masih menjasi bualan semasa.

Untuk tatapan berita dari bernama untuk anda semua berkenaan dengan atlet pelayaran negara, dimaklumkan oleh pengarah bahagian pelapis Kebangsaan 6 atlet pelayaran skuad pelapis telah pergi ke elit... tahniah tetapi tahukah anda:
  1. Siapakah mereka ini, kita hanya tahu atlet kebangsaan sahaja tetapi apakah pecahan yang ada di PLPLK Langkawi, khabarnya ada peringkat-peringkat berbeza atlet kebangsaan. Bagaimana kalau kita minta ulasan dari jurulatih kebangsaan atau dari pihak MYA dan apakah peluang untuk kita menjadi atlet kebangsaan seperti mana kem pemilihan dan latihan pusat baru-baru ini yang turut juga menjadi isu bualan di muka buku.
  2. Apa cerita berkenaan dengan kem pemilihan baru-baru ini, apakah langkah seterusnya..?
  3. Apakah hala tuju dan perancangan bagi setiap bahagian dan peluang negeri untuk turut serta dalam program bersama setidak-tidaknya untuk program pelapis yang peluang bagi atlet pelapis negeri untuk turut serta.
  4. Khabarnya satu program latihan dan pertandingan luar negara atlet kebangsaan (bahagian mana pelapis kah juga atau elit telah terpaksa dibatalkan, kenapa? kalau program elit, elitkah kita dalam menguruskan program-program elit... nak membatalkan mudah tetapi nak memasukkan nama negara dalam peta pelayaran bukan setakat atlet sahaja kena bagus ma...pengurusan juga kena begitu... jangan hanyut di bawa Mr tak payah, susah.... x payah. hahahh hahhhahh  x payahkan? 
    1. itulah payahnya kalau pembentangan pelan perancangan x diperhalusi dan dihayati sepenuhnya. nampaknya kena buat dengan betul-betul KRA dan KPI bagi progam-program elit nih.... jangan nanti kalau dah bungkus dengan target games tak tercapai hanya tahu menyalahkan atlet.. dan coach. 
    2. nampak gayanya macam mana boleh terjadi begitu mesti pasai duit punya.... "kalau MSN x bagi advance kita x kan antar" adalah ayat power Mr treasurer... x de idea lainka?
    3. Tapi macam biasalah tahun selepas target program tahun tidurrrr, Ni baru nak bangun kot tapi masih mengantuk-sangap... Tapi dok rasa bahagian elit MSN  nampak macam x elit aje nampak bahagian pelapis nampak lebih teratur...
    4. Baru-baru ni saya terlibat secara x langsung dengan pemilihan atlet ada pelayar Sukan Asia dan ada Pelayar Olimpik..mungkin 2 lagi program di bawah elit kot? tu yang elok kalau coach kebangsaan kita boleh bagi bayangan sikit. Tapi rasanya program macam mana punya bagus pun kalau pengurusan di kedua belah pihak(MSN & MYA) macam yang ada sekarang, harap nama ajelah program ape pun...macam tulah juga. Pengurusan dulu kena ready untuk bawa program-program besar ni dan bukan jangka pendek tetapi program sekurang-kurang 4-8 tahun so kenalah bersedia baru nampak kemas ni baru games ISAF World Cup pun x leh nak antar peserta cam no? nak berjaya?
Oh Yep melalutlah pulak nak keratan dari bernama:


27 November, 2012 18:28 PM


KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Usaha Majlis Sukan Negara (MSN) mencungkil bakat muda untuk diserap sebagai atlet kebangsaan membuahkan hasil apabila 30 atlet pelapis negara mengesahkan tempat dalam status elit, sekaligus mewakili Malaysia pada kejohanan tempatan dan antarabangsa tahun ini.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN Jefri Ngadirin berkata usaha memilih 30 atlet berkenaan dibuat sejak Januari hingga bulan ini, menerusi pelbagai program latihan dan kem bakat atlet pelapis negara.

"Kita sentiasa menilai prestasi atlet pelapis ini melalui kejohanan, latihan dan kem sukan yang diadakan untuk pelbagai peringkat umur supaya dapat mencungkil atlet harapan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tujuh atlet terbabit adalah daripada sukan angkat berat, pelayaran (6), berbasikal (5), menembak (3), masing-masing dua dalam sukan akuatik (terjun), wushu dan tenpin boling serta masing-masing seorang menerusi karate, wushu dan tinju.

Jefri berkata pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat kerana proses pemilihan dan penilaian terhadap atlet pelapis negara untuk diserap dalam program elit sedang berjalan sehingga hujung tahun ini.

-- BERNAMA

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum, salam satu malaysia,

    Rujuk kepada berita di atas, ada sedikit khabar angin di peroleh dari sumber yang rapat.Terutama Mr GM Kita. Atlit kebangsaan yang dicadangkan untuk di serapkan ke Program Elit adalah Mohd Faizal Norizan (Emas Sukma), Khairuneeta (Emas Sukma). Yang kita ada hanya 3 atlit pelapis sahaja dalam Program . Seorang Lagi Nurasyah tidak di cadangkan oleh persatuan, di sebabkan tidak melepasi pencapaian paling minimum, jumlah atlit yang di nyatakan oleh Pengarah Cawangan Pelapis tak relavan. Mungkin beliau maksudkan sukan lain. Kata GM, Pelapis ada luluskan pengambilan baru. Iaitu Int 420 lelaki 2, Int 420 wanita 3, Optimist 6, Laser 4.7 lelaki 1 wanita 1, Laser Radial lelaki 1 wanita 1 , Byte 2 -2 . Kem pemilihan juga sudah di adakan seperti yang kita maklum. Ada negeri yang hantar ada negeri yang sengaja tak hantar. Apabila atlit telah di ambil , banyak rungutan akan kita dengar. Kita lihat dalam sukan pelayaran ada banyak puak ada yang bersungguh hendak majukan sukan satu puak lagi mahu menjahanamkan sukan.

    Jadi kita kena beri kerja sama. Jangan pulak coach dan Pelayar jadi mangsa. Cadangan coach Rani bagus, pengurusan MYA dan MSN, perlu buka mata, Artikal Hari ini dalam NST bertajuk Sailors Grounded, Jelas sekali GM 100% sependapat dengan Coach Rani, nampaknya mereka mempunyai pandangan jauh. Secara peribadi GM menyatakan beliau rasa amat bersalah. Bila lagi Pihak pengurusan MYA/MSN nak tampil bertanggung jawab. Dari ulasan GM, Tahun ini hanya 2 bulan sahaja Pelayar menjalani program luar negara. Apa Sudah Jadi. Harap GM tampil memberi penjelasan kepada semua. Ada sesuatu yang berat sedang di hadapi oleh GM. Dari cakap cakap nampaknya GM sangat kecewa.........

    Sahabat sahabat kita terutama Coach kebangsaan bolehlah tampil memberi maklumat kepada warga pelayaran. Kami ingin tahu kemana arah tuju..MYA seterusnya. Wassalam

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama: Terimakasih atas komen dan maklumat yang diberikan.
    Akan saya highlightkan untuk posting berikutnya beserta dengan artikel NST tersebut.
    Juga bersetuju dengan pandangan tanpa nama terhadap satu puak yang turut berada dalam MYA yang saya rasa tidak berfikiran positif tetapi mereka mempunyai pengaruh dan kesan yang sangat besar juga dalam MYA terutama kepada komiti-komiti yang asalnya zero mengenai sailing....dan bukan lahir atas semangat sailing pun. Apakah puak ini sedar apa yang mereka lakukan seperti komen tanpa nama.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada Saudara Tanpa Nama, ulasan yang baik , sebelum di salah apa yang saya katakan, biarlah saya muat turun Berita NST semalam. Memang benar saya amat kecewa, terasa amat bersalah, Berat mata memandang berat lagi hati memikul. Sebenarnya semua Program telah di rancang dan telah jelas dalam Periodisasi bagi tahun ini, Kejohanan Sail Melbourne adalah sangat penting untuk Jurulatih membuat penilaian terakhir bagi tahun ini dan merancang segala program latihan untuk tahun depan. Malangnya tak ada kesepakatan antara Dua orgenesasi iaitu MSN dan MYA. Memang benar MSN ada memberi kelulusan secara lisan, walaupun beberapa kali saya memaksa kelulusan di berikan secara bertulis, Berkara ini tidak berlaku. MYA pulak berpendirian tegas segala peruntukan tajaan hanya untuk pembangunan dalam negeri.Hanya akan menerima kelulusan bertulis sahaja. Saya menjadi pening dan tak boleh berfikir..... apa saya perlu buat.Duduk di tengah Ayam Dulu ke Telor Dulu...Jawab mana satu pun mereka kata salah. Sapa ada Jawaban tepat...tolonglah saya...

    Bersama ini di sertakan Berita NST ...

    Nampaknya tak ada yang benar benar minat untuk membangunkan sukan. Saya tak mahu komen tentang puak yang di maksudkan tanpa nama. Memang ada kebenaranya , puak ini lebih suka mencari kesalahan dan mengagalkan segala program yang di rancang. Bagi mereka senang sahaja . Batalkan sahaja tak payah hantar atlit , tutup sahaja pusat di Langkawi dan pindah ketempat mereka. Itu sahaja yang mereka fikir....jelas dalam sembang sembang kedai kopi kita boleh faham maksud mereka. Sekian Terima kasih.......GM Yang kecewa....

    BalasPadam
  4. 29 November 2012 | last updated at 11:18PM
    YACHTING: Sailors grounded

    BLOW: Lack of funds a major hindrance to development plans

    MALAYSIAN Yachting Association (MYA) general manager Mohd Afendy Abdullah fears Malaysia will end up empty-handed at next year's Myanmar Sea Games if the development plan in place for national sailors continues to be hindered by lack of funding.

    Mohd Afendy said despite the National Sports Council (NSC) having approved a sufficient budget for the association at the start of the year, the fact that the MYA has to fork out expenses for each tournament before being reimbursed by the NSC is a major stumbling block.

    MYA recently had to pull out of next month's Sail Melbourne World Cup Series (Dec 2-8) after failing to raise sufficient funds to compete.

    "This year we have only been able to compete abroad in April and May when we competed in a number of tournaments in Europe in the run-up to the London Olympics," said Mohd Affendy.

    "With us pulling out of Sail Melbourne, this essentially means our sailors have not been given the chance to gain top-class competitive experience for 10 months of the year.

    "It is not realistic to expect our sailors to develop into world-class athletes if our development programme, which is well worked out on paper, is always a stop and start affair due to lack of funds.

    "Let's not talk about the Olympics, we may not even win a single medal at the Sea Games next year at this rate."

    It would have cost the association RM120,000 to send a team of six sailors to compete in Melbourne had arrangements, capitalising on early booking discounts for hotels, airfare, equipment transportation and registration fees, been made earlier in the year.

    Last minute arrangements, however, would see costs rise to as much as RM200,000.

    Mohd Afendy said he was disappointed with the situation, but said the association would look into securing more sponsors to help overcome the situation. Currently KFC Holdings (M) Berhad is their main sponsor.

    "Personally, I feel guilty to have to tell our sailors we cannot afford to send them for competitions as I am sure they will be disappointed.

    "They are not only talented sailors but are also (academically) bright students who have sacrificed their studies to give the sport their all.

    "With Khairulnizam having qualified for the London Olympics at such a young age it proves we have the potential to make it at the highest level.

    "We will try our best to secure more sponsors but we also hope to get more corporate support as we do not want to rely solely on the NSC."

    BalasPadam