Selasa, 13 November 2012

Berita-berita KFC-Monsoon Regatta 2012

Asri Harumkan Nama Terengganu Di Regata Monsun 2012

|
Winners at the KFC Monsoon Regatta 2012Pelayar negara yang beraksi di sukan Olimpik London 2012 baru-baru ini, Khairulnizam Mohd Affendy dari pasukan KFC/Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) muncul sebagai juara kelas Laser Standard di Regata Monsun KFC 2012 yang berlangsung di muara Sungai Terengganu yang berakhir hari ini.
Beliau yang memenangi tiga dari enam perlumbaan mengenepikan cabaran pelayar Persatuan Perahu Layar Negeri Perak (PPLNP), Nik Ashraf Qaedi. Pelayar Perak itu memberi tentangan sengit kepada Khairulnizam dengan berjaya memenangi dua perlumbaan tetapi terpaksa akur dan menamatkan saingan tiga mata di belakang pelayar dari Kedah itu.
Pelayar dari Persatuan Pelayaran Terengganu (TESA), Azri Suhaimi bersama rakan sepasukan, Mohd Amir Che Aziz menamatkan saingan kelas ini masing-masing di tempat ketiga dan keempat.
Namun kekecewaan Nik Ashraf ditebus oleh rakan sepasukan, Mohd Farhan Hamid yang berjaya memenangi kelas Laser Radial apabila beliau berjaya mengatasi cabaran pelayar KFC/MYA, Nur Amirah Abdul Hamid.
Ianya suatu persaingan yang sengit dengan kedua-dua pelayar saling menguasai perlumbaan masing-masing. Namun empat kemenangan dari enam perlumbaan menyaksikan Farhan berjaya mengatasi Amirah dengan dua mata.
Dalam kelas International 420, dua pasukan KFC/MYA menamatkan saingan dengan pungutan mata yang sama di tempat teratas. Namun Muhammad Faizal Norizan bersama krewnya, Ahmad Syukri Abdul Aziz berjaya menduduki tempat pertama selepas mengambil kira tiga kemenangan mereka untuk menafikan pasangan Khairunnisa Mohd Affendy dan Norashikin Mohd Sayed yang hanya mencatatkan dua sahaja kemenangan.
Pasukan Persatuan Pelayaran Kedah, Mohd Isan Ali dan Mohd Fairus Saad menamatkan saingan di tempat ketiga, enam mata di belakang para pemenang.
Asri Azman menceriakan penyokong tuan rumah apabila pelayar TESA itu berjaya mengungguli kelas Laser 4.7. Pelayar berusia 14 tahun yang berasal dari Pulau Duyong itu menggunakan sepenuhnya kelebihan belayar di halaman sendiri untuk memenangi regatanya yang pertama selepas berjaya menduduki tempat ketiga di Regata Terbuka Johor baru-baru ini.
Dua pelumba Johor, Mohd Razarikman Mohd Faudzi dan Nurulizzatul Akmar Mohd Ruzaimi masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Dalam kelas Windsurfing, pelayar KFC/MYA Mohamad Daniel Fauzi berada dalam kelasnya yang tersendiri dengan memenangi semua enam perlumbaan. Rekod sempurna itu menyaksikan beliau meninggalkan pelayar Kelab Renang Pulau Pinang (PSC), Zainal Misran@Fred dengan sembilan mata di tempat kedua.
Kejayaan Muhammad Husaini Mohd Rodzi (PPLNP) menduduki tempat kedua dalam dua perlumbaan menyaksikan beliau berjaya menduduki tempat ketiga di hadapan seorang peserta PSC, Ivie H Low walaupun mereka menamatkan saingan dengan kutipan mata yang sama. Ivie hanya sekali sahaja berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Dalam Divisyen A kelas Optimist, pelayar Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN Melaka), Ahmad Khairulhafiz Ahmad Khmbali berjaya menduduki tempat pertama sambil diikuti rapat oleh dua orang pelayar Persatuan Pelayaran Negeri Sembilan (NESSA), Muhd Effizal Redza Mohd Yusof dan Ahmad Nur Irfan Mohd Azhari, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Muhd Dhiauddin Rozaini (KFC/MYA) pula memenangi Divisyen B dengan peserta Junior Sailing Association of Thailand (JSST), Chanokchon Wangsuk menduduki tempat kedua. Seorang lagi peserta KFC/MYA, Natasya Nabila Sawal pula menduduki tempat ketiga.
Dua orang pelayar Kedah SA menguasai dua tempat teratas dalam Divisyen C. Mohd Fauzi Kaman Shah bersama rakan sepasukannya Muhd Syafie Ali mengenepikan cabaran peserta-peserta lain untuk masing-masing muncul sebagai johan dan naib johan. Pelayar PSC, Israr Hazim berjaya menduduki tempat ketiga.
Kedah SA pula diumumkan sebagai pasukan terbaik hasil kejayaan para peserta yang bertanding di bawah namanya.
Hadiah-hadiah regata yang dianjurkan oleh TESA dan ditaja bersama oleh KFC dan T-Best Events Sdn Bhd ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan, YB Dato’ Abdul Rahin Mohd Said.
 http://www.duniasukan.com/asri-harumkan-nama-terengganu-di-regata-monsun-2012/

 Related posts:
  1. Regata Monsun KFC 2012 Bermula Acara pertama Bulan Pelayaran Terengganu dilangsungkan hari ini apabila Regata...
  2. Khairulnizam Terus Dahului Kelasnya Ketiadaan angin di hari kedua Regata Monsun KFC 2012 menyaksikan...
  3. Terengganu Lancar Bulan Pelayaran Sempena Piala Monsun Sukan air akan menjadi tarikan utama di Terengganu bermula dari...
  4. 180 Sertai KFC Regata Monsun Mulai Esok   KUALA TERENGGANU, 7 Nov – Seramai 180 peserta dari...
  5.  KFC/MYA juara KFC Monsoon Regatta 2012 : Kuala Terengganu: Pasukan Persatuan Pelayaran Malaysia (KFC/MYA) diwakili pelayar negara, muncul juara keseluruhan KFC Monsoon Regatta 2012 di Pulau Warisan, berakhir semalam.
  Pasukan KSA (Kedah) dinobatkan juara kategori pasukan negeri KFC Monsoon Regatta 2012, semalam. - Foto: Rozainah Zakaria
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan