Isnin, 31 Disember 2012

MYA-Tahniah atas kejayaan tak lari jauh dari jadual kalendar MYA 2012



Berakhir tahun 2012 dengan perancangan MYA boleh dikatakan berjaya dilakukan dengan baik apabila 41 acara yang dirancang dengan penambahan 2 aktiviti/program menjadikan 43 semuanya (mengikut perkiraaan saya sendiri bukan MYA) dalam kalendar MYA 2012 telah dirangka. Sebanyak 36 acara telah berjaya dilakukan dan 7 acara gagal dilaksanakan menjadikan kira-kira 84% acara telah berjaya dilaksanakan. Syabas diucapkan kepada semua:
1.    Syabas sebanyak syabas terutamanya kepada persatuan negeri terutamanya yang memastikan semua kejohanan tempatan yang dijadualkan dapat dilangsung dengan terdapat hanya sedikit perubahan pada beberapa kejohanan:
1.    Pertandingan circuit MMRC ke IV yang dijadualkan di Pulau Warisan, Terengganu telah dipindahkan ke Tg Leman Johor bersamaan dengan Kejohanan KFC-Felda Johor Open 2012
2.    Kejohanan KFC-FELDA Johor Open yang dijadualkan pada bulan Oktober telah dibawa ke depan ke bulan September dan diadakan bersama dengan 3rd Circuit MMRC.
3.    Kejohanan KFC-Monsoon juga telah diubah tarikh dari bulan Oktober ke bulan November
4.    Juga melibatkan perubahan circuit akhir MMRC ke hujung blan November
5.    World Match racing Tour (Alpari WMRC) juga telah diubah tarikh dan terakhir
6.    Raja Muda Selangor International Regatta diubah sedikit tarikhnya dengan dipanjangkan penambahan 2 hari awal
2.    Juga tahniah kepada KSA yang berjaya mengadakan kejohanan national Match Racing yang sepatutnya menjadi circuit 1 tetapi telah tidak diiktiraf. Ini menjadikan cicuit MMRC yang berikutnya menjadi siri 1.
3.    Tahniah juga kepada MYA yang berjaya menganjurkan
1.    dua (2) sailing klinik dari 4 sailing klinik yang dijadualkan:
1.    Langkawi Optimist dan Laser International Sailing Clinic: anjuran KSA?
2.    ISAF Langkawi International 420/470 Clinic: Klinik anjuran MYA dengan bantuan ISAF ini sangat berkesan dan sangat tinggi nilainya, tetapi sayangnya kurang mendapat sambutan dari negeri-negeri... siapa tak hadir? sendiri rugi..
2.    Juga kepada bahagian Kejurulatihan berjaya menganjurkan Kursus Tahap 1 dan Safety/Coach Boat Licensing Course  :
3.    Tidak ketinggalan kepada bahagian teknikal dan kepegawaian kerana berjaya mengadakan 5 kursus/klinik kepegawaian-Race Management dan juga Measurer termasuk 2 kursus bagi persediaan SUKMA.
4.    Walaupun begitu terdapat beberapa acara yang gagal dilaksanakan. Dari 7 aktiviti yang gagal hanya 2 kejohanan yang dijadualkan sahaja telah gagal dilaksanakan iaitu:
1.    KFC-Lumut Open Regatta 2012: kejohanan yang selalunya dianjurkan oleh RMNYC/PPLTLDM ini kini telah tidak diadakan setelah Kejohanan KFC-Perak Open Regatta buat julung kalinya telah mengambil alih juga pada bulan yang sama. Dengan kemudahan bot yang ada MYA sepatutnya bekerjasama dengan PPLTLDM atau PPLTLDM sendiri membuat penjadualan semula mengadakan kejohanan yang hanya melibatkan Olimpik kelas atau setidak-tidaknya hanya melibatkan kelas Int 470 supaya kelas ini boleh jauh bersaing dan mendapat ranking yang lebih baik.
2.    3rd KFC- Putrajaya juga gagal dilaksanakan. Pertembungan jadual pertandingan yang terlampau rapat antara Tunku Laxamana, Melaka dan Pahang Open juga faktor yang mempenagruhi ataupun pihak penganjur sendiri mempunyai masalah. Apakah MYA menyedari masalh ini. Atau hanya just berlalu begitu sahaja
5.    Selain itu 2 klinik yang dijadualkan telah gagal dilaksanakan:
1.    LITC Clinic yang dijadualkan pada bulan Julai anjuran KSA telah diijangka akan gagal dilaksana kerana memandang akan diadakan sebaik tamat SUKMA yang mana pada masa ini berada pada fasa transisi.
2.    Match racing Clinic juga telah gagal diadakan. Pada tahun sebelumnya dimaklumkan dengan mengguna antara peruntukan RM20 juta dari KBS yang diberikan kepada T-BEST.
6.    Bahagian kejurulatihan juga telah gagal melaksanakan 3 acara utama yang mana merupakan kegagalan utama kerana bahagian ini merancang 6 aktiviti dan gagal melaksanakan Pilot Course Kejurulatihan Specifik Tahap 3 buat kesekian kalinya setelah berjaya memurnikan sillibus Tahap 1 hingga Tahap 3

Apa yang diulas di atas adalah kejayaan dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti tidak melibatkan kejayaan penglibatan penyertaan dan aktiviti atlet kebangsaan yang dimaklumkan telah banyak mengalami kegagalan berubah dari pelan periodisasi sebenar. Kita tidak tahu berapa peratusan yang berjaya dilaksanakan dan berapa yang gagal dan untuk apa.

Adalah baik kiranya MYA juga menyiarkan secara terbuka akan perancangan aktiviti latihan dan pertandingan atlet kebangsaan dalam jadual berasingan supaya kita boleh sama-sama menilai keberkesanan apa yang dirancang dan dari situ seterusnya kita boleh menilai adakah kita berada pada landasan yang betul dalam mencapai kecemerlangan pada matlamat sasaran samada Sukan Sea, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik. Ianya bolehlah dipecahkan kepada 4 Program Binaan utama: 
1.    PLN: Pertandingan-pertandingan  Luar Negara
2.    PDN: Pernyertaan-penyertaan Pertandingan Dalam Negara
3.    LLN: Latihan-latihan Luar Negara dan
4.    LDN: Latihan-latihan Dalam Negara
Jadi setidak-tidaknya kita sebagai warga pelayaran boleh turut sama menjadi penggalak dan juga pemantau dalam pelaksanaan program atlet-atlet kebangsaan.
Moga tahun 2013 sukan pelayaran akan bergerak lebih maju dengan penambahbaikan perancangan dan mencapai sasaran dan matlamat yang telah ditetapkan.

Juga MYA seharusnya menetapkan akan Indeks Prestasi Utamanya pada tahun 2013 bukan sekadar menumpukan kepada kejayaan mengadakan ativiti seperti yang dijadual, tetapi lebih melihat kepada keberkesanan sasaran kepada setiap aktiviti yang dijalankan, supaya ini boleh mengelakkan kepada warga yang kurang faham yang mungkin berpendapat hanya copy paste sahaja; cuma tukar tarikh sahaja itupun kata mereka-mereka yang buat-buat tak faham hanya tukar tahun sahaja 2012 kepada 2013. Awal-awal lagi setiap aktiviti ditetapkan sasarannya dan hala tuju gerak kerja.

Ahad, 30 Disember 2012

Pencerahan isu RTR dalam posting berkaitan dato' Mansor

Atas rasa kebertanggungjawaban dengan isu yang saya bangkitkan dan kemudiaannya mendapat pencerahan dari GM maka saya ingin memuatkan semula pencerahan dari Meja GM atas isu tajuk posting ini. Ini bagi mengelak berlaku lebih kekeliruan atau prasangka persepsi yang mungkin lari dari landas kebenarannya. Apa-apa pun kadang-kadang apa yang dilakukan oleh seseorang itu nampaknya memang menyalahi keadaan atau kehendak semasa yang sepatutnya berada pada tempat dan kondisi yang lain "bukan untuk course yang sedang dilayari", atau berada pada zaman lain.

Sebelumnya beberapa isu juga telah dibuat pencerahan ataupun detail melengkapakan keterangan yang saya bangkitkan oleh Dari Meja GM dan saya meneliti setelah dibuat komen oleh GM akan terus posting tersebut naik mendadak jumlah penjengoknya. Terimakasih atas keperihatinan GM dan juga syabas kepada warga pelayaran yang mula menunjukkan sedikit perubahan yang kita sudah mula mengambil tahu dan bermula dengan ambil tahu seterusnya kita kena pergi kepada fasa yang lebih penting iaitu apakah yang boleh kita boleh ikhtiarkan dan cadangkan dan akhirnya yang terpenting sekali apakah yang kita boleh bersama-sama lakukan dalam melakukan perubahan kepada suatu yang lebih maju dan jauh ke depan.... kalau asyik dok komplain sokmo pun tak de guna juga kan????

Antara isu yang juga telah dihighlight oleh GM adalah berkaitan dengan kalendar MYA yang telah saya komen balas

(Komen GM) (ulas Komen Saya)

FROM GM TABLE

Setuju dengan pendapat Coach Rani, Kemunculan Dato Mansor dalam MYA ada membawa sedikit kelebihan kepada MYA sendiri, terutama sekali dalam soal perhubungan dengan MSN. Malah Anak Murid Dato Mansor sendiri menerajui salah satu Cabang di MSN.


Ada sedikit kebenarannya dengan kehadiran Dato' Mansor ke kejohanan juga sedikit kerap. Mungkin MYA perlu tetapkan jadual pusingan supaya top 5 orang kuat MYA ada pada setiap kejohanan Ranking dan sediakan satu slot untuk bersama mereka... dari situ kita boleh lihat adakah mereka berada pada kedudukan tersebut atas apa? Mencadangkan sesuatu kepada mereka dan melihat kepada atas kapasiti bidang mereka di luar sukan pelayaran apakah yang boleh disumbangkan..
 
Sebenarnya Pelayaran tidak di keluarkan dari Program Road To Landon. Hanya Khairulnizam seorang sahaja di senaraikan. Walaupan pada asalnya 4 orang sahaja di peruntukan. Bagimanapun setelah saya dan Dato Mansor berjumpa dengan Pengarah Program Olympic setelah memberi penjelasan maka 6 pelayar di persetujui. Bagimanapun senarai nama tidak dapat di majukan selagi tidak mendapat kelulusan jawatan kuasa. Oleh kerana Tak ada keputusan segera maka senarai tidak dapat di hantar seperti yang di kehendaki.  
Ulasan ini adalah sebab kenapa nama atlet (kecuali Nizam) telah tidak disenarai kerana  tidak dimajukan kerana tidak mendapat kelulusan jawatankuasa..sekali lagi adakah jawatankuasa tahu target date? dan kenapa tak diserahkan dalam jangkamasa?
 
Selapas itu dalam satu lagi pertemuan 2 orang kuat MYA telah bertemu dengan Pengarah Program Olympic dan setuju untuk tidak senaraikan pelayar dalam program Olympic. Kesempatan ini di gunakan oleh MSN sepenuhnya. Bagaimanapun perkara ini telah di salah ertikan apa yang di nyatakan oleh 2 orang kuat MYA adalah hanya kepada Neeta dan Amira tetapi MSN beranggapan keseluruhan pelayar. Tindakan segera telah di ambil dan saya mohon Presiden Masuk Campur menyelamatkan keadaan. Senarai sepenuhnya telah dihantar kepada MSN. Perkara ini akan di putuskan dalam JKK.

Juga sebenarnya tidak jauh lari dari ulasan saya. 
  1. Adakah mandat diberikan kepada 2 orang tersebut, walaupun orang kuat tetapi biarlah dengan mandat.... nanti semua sampai kepada tahap persatuan sendiri deal dengan MSN membelakangkan MYA berkaitan dan melibatkan dengan program-program MYA.
  2. adakah orang yang pergi adalah orang yang berada dalam JKK dan kalau orang dari luar JKK kenapa? Kenapa tidak diserahkan keputusan nama kepada wakil MYA yang berada dalam JKK dan orang tersebut adalah orang yang mendapat mandat
  3. Kenapa pergi selepas due date; kenapa tak cari tarikh lebih awal kalau ada perubahan kepada cadangan nama? Kita tiada masalah kalau JK Pemilihan tidak bersetuju dengan nama yang disenaraikan tetapi keputusan mereka beserta cadangan harus diserahkan awal dalam jangkamasa.
  4. Kenapa MSN begitu mudah mengambil faham...apakah mereka benar-benar tak faham atau buat-buat tak faham.. hairan wal ajaib juga rasanya. Sedangkan sukan kita sudah layak 6 kali berturut-turut sejak dari Olimpik Atlanta lagi (tahun berada 1996kan?)
  5. Apa-apa pun terimakasih atas usaha GM dan Presiden MYA dalam usaha memasukkan semula nama-nama mereka dan semooga kita berjaya mendapat peruntukan lebih. kita tunggu hasil JKK. Kalau boleh 2 orang kuat tadi yang pergi berjumpa dengan MSN tersebut tak perlu dilantik sebagai ahli JKK kerana nyata mereka mengelirukan dan membawa kepada kerugian bukan untung... itu pun kalau mereka berada sebagai ahli JKK, kalau tak jangan cuba-cuba nak cadangkan sebagai ahli JKK dari MYA.

Berhubung dengan pemilihan atlit juga memerlukan tindakan segera. bagaimanapun beberapa tindakan melambatkan proses penamaan atlit ke program Pelapis dan Elite juga memberi kesan . kerana atlit tidak dapat surat panggilan dari MSN.Ini telah melambatkan urusan pindah sekolah dan sebagainya. 

Sebenarnya kita perlukan mereka mereka yang benar benar faham tentang sukan pelayaran dan juga faham faham tentang kehendak MSN.
Gesaan tindakan segera ini ditujukan kepada siapa... 
  1. Jawatankuasa Pemilihan juga kah? 
  2. kalau berterusan  begini saya mencadangkan agar presiden mengambil tindakan segera mengubah mereka yang berada dalam AJK Pemilihan ini kerana jelas semua isu yang dibincangkan di atas adalah melibatkan Jawatankuasa ini dan kegagalan ini kena melibatkan presiden semula untuk turun tangan. 
  3. saya cadangkan pilih mereka ini ke jawatankuasa lain Jawatankuasa Promosi dan Publisiti perlu kot?
  4. Isu pemilihan kenapa kelas windsurfing tidak dimasukkan kerana telah diwar-warkan dan proses pemilihan telah diadakan... 
    1. Adakah jawatankuasa tidak bersetuju lagi sedangkan pemilihan telah dibuat. 
    2. Kalau tak puashati kenapa tidak pasti kehadiran memuaskan semasa pemilihan? 
    3. Kenapa kelas ini selalu sahaja menampakkan keliatan sedangkan Mr Yeap Leong Soon sendiri secara personel telah beberapa kali menyumbang ada kelas-kelas lain berlaku begini.
    4. Ataupun MSN Pelapis masih tak bersetuju seangkan kelas ini ada dalam Youth Olympic Games. 
    5. MYA kena bersetuju untuk mengiktiraf Youth Olympic Games sebagai sangat penting kerana mungkin MSN tidak, walaupun tidak sehebat Olimpik tetapi adalah setaraf atau lebih sedikit dari Sukan Asia. Kerana:
      1. laluan perkembangan dengan apa yang berlaku dalam negara adalah lebih mudah untuk sukan pelayaran lebih maju
      2. Telah terbukti contohnya  di Kejohanan Optimist Dunia sejarah membuktikan kita berada pada top 3 dunia
      3. Lagi tengok result ISAF Youth World kita juga tidak jauh berada dalam top 10
      4. Windsurf tidak perlukan saiz fizikal sebagai faktor utama hanya kekuatan fizikal dan teknik
      5. Lihat pingat Olimpik banyak negara asia menang kategori windsurf
      6. dan lagi
      7. dan lagi

 Akhir kalam memang benar kita perlukan mereka yang berada dalam JK MYA benar-benar tahu, tahu dengan sukan pelayaran dan tahu apa yang mereka lakukan. Tahu yang menjadi Tahu kepada semua warga pelayaran.. bukan tahu yang sendiri-sendiri tahu... nanti tah tahulah juga jawabnya? hai Tak tahu lah...

 Sekian Sekian kembali

Sabtu, 29 Disember 2012

Post Kejohanan Kebangsaan (4) akhir kot: Penutup Majlis

Ingin menutup post kejohanan kebangsaan dengan melihat kepada keputusan dan acara penutup dan penyampaian hadiah.

Walaupun tak banyak masalah yang timbul tetapi masih ada sattu atau dua kes kecil berlaku beberapa kesilapan yang hingga terpaksa diperbetulkan selepas kejohanan.

Dilihat kesukaran dan kesulitan juga dialami oleh petugas yang mengeluarkan result terutamanya Pak Chat; apatah lagi terpaksa menyediakan keputusan untuk Kejohanan Kebangsaan ini dan dalam masa yang sama terpaksa juga membuat keputusan kejohanan Ranking Kebangsaan.

Faktor kedua yang dilihat meyebabkan keputusan boleh menjadi silap adalah apabila keputusan dikeluarkan sedikit lewat dan dalam masa yang sama pelayar-pelayar dan pasukan negeri sibuk melakukan loading boat sehinggakan tidak mempunyai masa untuk melihat keputusan mereka, terus sahaja ke upacara penutup dan penyammpaian hadiah.
Beberapa kesilapan kecil ini masih boleh diperbetulkan dari awal lagi jika keberkesanan petugas di air berjalan dengan lancar. Contohnya jika ada bot yang tidak melakukan pusingan di penanda dengan betul seperti miss satu round dan terus sama-sama pergi joint tamat bersama dengan fleet depan dan fleet itupun kecil sahaja, seharusnya mark boat kalaulah betul buat mark rounding sepatutnya melaporkan kepada RC dan RC memaklumkan kepada protest komiti untuk tindakan seterusnya. Tidaklah berlaku tiba-tiba sahaja bot yang tak berkaitan tamat no. 3 dan sebelum ini samada last ataupun DNF. Memanglah ini bukan kewajipan mandatori dari RC tetapi dapat membantu melicinkan mengeluarkan result pada hari terakhir bukan sekadar nak kira semula semua peralatan yang dibawa atau di **wakan kalau ada, tetapi sebaiknya bersama-sama dengan scorer dalam menyiapkan keputusan.

Seperti dikatakan faktor tambahan beban menyediakan final result untuk ranking regatta juga menyebabkan mudah berlaku kesilapan dalam mengeluarkan keputusan final samada keputusan Kejohanan Kebangsaan mahupun keputusan ranking regatta itu sendiri. Beberapa point/fakta/isu dan cadangan yang boleh diperhalusi:
  1. Sepatutnya mempunya lebih ramai kaki dan tangan scorer untuk kejohanan yang terpenting ini... kerana posting awal menyoal antara apakah kemeriahan kelainan... ini adalah satu isu yang boleh ditambahbaik dengan cara menyediakan keputusan secara berlainan dari kejohanan-kejohanan biasa. Oleh itu memerlukan lebih personnel kalau boleh setiap kelas ada petugas scorernya ataupun pecahan kepada Optimist, Open Dinghy & windsurf serta scorer bagi group Laser (Standard, Radial dan 4.7). Kalau perlu ada screen untuk menayangkan perlumbaan sebelumnya bersama dengan keputusan dimuat masuk. Belum lagi kepada penggunaan GPS (ala-ala Trac-trac gitu) kalau bolehla..setidak-tidaknya itu sasaran administartive kita untuk long term plan seiring dengan peningkatan mutu pertandingan kejohanan kebangsaan kita. pada masa hadapan.
  2. Keputusan ranking regatta sepatutnya dikendalikan oleh orang lain yang khas dari awal-awal musim lagi telah mengendalikan keputusan ranking bermula awal tahun. supaya tidak terkeliru dan lari jauh dari keputusan yang sepatutnya sehinggakan orang yang menang hadiah itu sendiri tidak percaya yang ia menjadi juara seperti kes Izzuddin dari Terengganu yang memenangi kategori Optimist Junior yang sepatutnya milik orang lain.
  3. Kerana keperluan mengeluarkan result begitu mendesak menyebabkan ianya terpaksa dikeluarkan pada masa yang sangat kritikal iaitu semasa upacara penyampaian hadiah. Oleh itu tiada masa untuk disemak oleh jawatankuasa yang bertanggung jawab.
  4. tetapi apakah ada jawatankuasa ataupun ada kah jawatankuasa berfungsi, sebagaimana yang kita maklum cadangan pelantikan jawatankuasa rasanya akan berada di bawah cikgu Halim (Pengerusi ape?) dan juga lantikan hanya dimaklumi semasa mesyuarat/taklimat pengurus pasukan semasa kejohanan berlangsung..tentunya...rasanya belum berfungsi.
  5. Apa-apa pun kejohanan ranking ini kembali diperhangatkan setelah usaha dijalankan semasa kejohanan di Johor lepas dalam memastikan terutamanya supaya  kelas-kelas lain tidak dilupakan sebegitu sahaja seperti apa yang berlaku pada tahun lepas atas alasan tidak bersedia dan lain-lain alasan semasa dipersoal semasa kejohanan ranking di tasik Timah Tasoh..so jadi pada tahun ini ianya berjaya diperingat dan diperbincang serta dicari rumusan lebih awal. Maka atas kebertanggung jawaban yang digalas oleh cikgu Halim dan push dari GM maka keputusan berjaya dikeluarkan juga cumanya semasa menyediakan hadiah (rasanya tentu ditentukan pada saat-saat terakhir) menyebabkan pecahan-pecahan kelas tidak dapat dilakukan termasuk pada keputusan resminya mahupun hadiahnya.
  6. Apa yang pastinya melalui kertas yang dikeluarkan secara email oleh cikgu Halim mengesahkan akan pecahan-pecahan kelas dalam acara ranking ini dan sehubungan dengan itu kita memohon MYA mengeluarkan satu lagi keputusan resmi yang memisahkan kelas-kelas ini serta keputusan yang mengeluarkan nama peserta yang menggondol dalam kelas lain sepeti mana syarat yang dikeluarkan menyatakan hanya boleh memenangi satu acara sahaja, jadi membolehkan pelayar lain tempat berikutnya untuk naik satu tangga.
  7. Kalau pun hadiah tidak diberikan semasa upacara penutup yang lalu, saya mencadangkan sijil diberikan kepada setiap peserta menyatakan kedudukan yang dimenangi mereka dan pemenang top 3 macam sukan besar (Sea/Asia dll) kalau boleh diploma kemenanagan...hehhheh
  8. Acara penyampaian hadiah kelihatan tidak begitu meriah untuk mengendalikan 2 keputusan penting Kejohanan Kebangsaan dan juga Kejohanan Ranking Regatta. Bukan sahaja meakan masa yang panjang, juga keliru dengan hadiah-hadiah untuk kejohanan ape, Kej Kebangsaan atau ranking? Sebagai kejohanan penutup nampak seolah-olah tiada coverage langsung baik media massa atau media elektronik. TV 1 hanya menyiarkan serba sedikit semasa kejohanan di air. Tiada langsung (atau saya terlepas pandang) saya lihat dalam akhbar.
  9. Sehubungan dengan itu saya rasa dan mencadangkan agar hadiah bagi acara ranking diadakan disuatu masa lain tidak bersama dengan acara penutup Kejohanan Kebangsaan tetapi biarlah sebelum penutup tahun tersebut 
    1. samada masih dibuat di negeri penganjur Kejohanan Kebangsaan 1 hari atau 2 hari selepas kejohanan ataupun 
    2. diadakan di Hotel Olympic dimana bertempatnya pejabat MYA yang baru... so bolehlah persatuan negeri menambah pengetahuan dan mula berangan ke arah Olimpik pula (maksudnya nak jadi jawatankuasa MOM pula)
    3. Juga molek rasanya 1 atau 2 hari sebelum itu diadakan conference Pelayaran MYA dimana setiap Jawatankuasa (Pengerusi) membentangkan usul masing-masing dan diperbincangkan dan juga MYA boleh mendengar usul-luahan-pandangan dari negeri-negeri kerana seperti yang dikomentarkan semasa taklimat dan perbincangan semasa kejohanan-kejohanan yang usul atau pendapat dari jurulatih-pengurus semasa itu tidak diterima pakai atau didengar sepenuhnya kerana tiada mandat dari negeri...jadi ruang semasa conference ini boleh digunakan sepenuhnya diambil setelah dipersetujui sebagai panduan dan hala tuju MYA.
  10. Kenapa saya menitik beratkan kedudukan ranking ini kerana seperti mana yang juga dihighlightkan oleh Cikgu Zainal Madi (juga AJK MYA Pengerusi Teknikal kot) berkenaan dengan selain kepada halatuju kejohanan ranking itu sendiri sepatutnya kejohanan ranking ini menawarkan sesuatu yang menyebabkan persatuan-persatuan negeri berlumba menyediakan pasukan mereka bagi merebut insentif-insentif yang ditawarkan dan secara tak langsung akan secara automatik meningkatkan tahap pertandingan, tahap dan mutu prestasi atlet akan meningkat lebih baik dan kita akan menjadi sebutan sebagai negara contoh dan rasa cemburu negara-negara luar.
Sekian.....sebagaimana yang ditekankan blog ini bukan sekadar ingin berkongsi maklumat berkaitan hal-hal pelayaran dalam negara juga pandangan-pandangan kritis saya sendiri, bukan bertujuan untuk menjatuhkan tetapi untuk menaikkan ke tahap yang lebih baik... jadi harap sesiapa tercapsize semasa kena gust janganlah terus RAF, terus sail to finish....jangan berkecil hati...dan jangan mare ye.. maaf dipinta...

NEXT .... APA YE...MASIH BERMINAT DENGAN RANKING... BAGAIMANA IANYA KAN DIKENDALIKAN PADA TAHUN 2013 NANTI . SUDAHKAH KERTAS PELAKSANAANNYA TELAH DIKELUARKAN.. APAKAH AKAN DIADAKAN PERBINCANGAN DAHULU OLEH SUBKOMITI YANG TELAH DICADANGKAN SEMASA PERBINCANGAN KEJOHANAN KEBANGSAAN BARU-BARU INI ATAUPUN TERUS SAHAJA DIJALANKAN.....

Jumaat, 28 Disember 2012

Calendar MYA bagi tahun 2013

Mencuri slot antara post Kejohanan Kebangsaan. Untuk makluman sailing Calendar 2013 seperti yang terdapat di kiri blog ini. Dalam meneliti tarikh-tarikh yang terdapat beberapa point untuk di ketengahkan:
  1. Mendapati Aktiviti Latihan untuk Pembangunan hanya terdapat 2 aktiviti sahaja, itu pun dikendalikan oleh KSA rasanya:
    1. LITC; Klinik pada bulan Februari dan
    2. LITC: Klinik pada bulan Julai
    3. Fokus pada klinik ini juga menjurus kepada pelayar international seperti tajuknya tidak spesifik kepada pelayar tempatan sahaja... baik kepada pelayar yang lebih berpengalaman dan senior (seperti pelayar kebangsaan dan top sailors) untuk bersaing dengan pelayar luar...
    4. Apakah tiada klinik/latihan pusat pelayaran yang dikendalikan sendiri oleh MYA dan fokus kepada spesifik pelayar tempatan.
    5. Walaupun begitu jika dikira dengan klinik tambahan yang bakal diadakan sebelum RPAL akan menjadi 3 semuanya tetapi juga dikendalikan oleh KSA??
    6. Apakah ini punca kemerosotan atau kelembapan tahap pengendalian pelayar-pelayar negeri seperti yang hangat dikomen oleh beberapa orang di dalam fb semasa kem pemilihan baru-baru ini. Rasanya bahagian pembangunan harus meneliti isu ini dengan lebih bukan sekadar melihat kepada peruntukan untuk kejohanan luar negara semata-mata kerana tanpa pembangunan yang betul tiada gunanya menghantar ke luar negara kalau standard dan mutu pelayar (terkecuali pelayar kebangsaan dan mungkin bekas) itu sememangnya rendah. 
    7. Klinik-klinik dengan penyertaan bersama atlet dan jurulatih negeri perlu diperbanyakkan tidak kira secara berkumpulan, mengikut zon atau by state.
  2. Kursus Race Management terdapat 3 termasuk 1 x Pengurusan sukan.
    1. Tidak perlu banyak diadakan kursus untuk Race management jika tiada program pembangunan seterusnya iaitu penerapan secara lebih progresif kepada mereka.
    2. Sebenarnya RC ini bagi saya boleh dipecahkan kepada zon-zon setidak-tidaknya tidak perlu the whole group bergerak seperti sekarang. Hanya 2-3 orang sahaja key personnel yang mungkin diperlukan, yang lain semuanya diberikan kepada beberapa orang dah setakat ni yang ada mengikuti kursus tetapi menghilang...tanpa tugas atau tidak diberi peluang bertugas.
  3. Kursus Kejurulatihan agak baik dengan 7 kursus dengan 2 darinya adalah untuk Lesen Boat Jurulatih
    1. 3 kursus Specifik Tahap 1: 1 bertempat di langkawi, 1 di Terengganu dan 1 di Sabah
    2. 1 x kursus Specifik Tahap II: bertempat di PLPLK, Langkawi
    3. 1 x Kursus Specifik Tahap III: juga bertempat di PLPLK Langkawi. Ini merupakan kursus pertama (pilot) bagi tahap ini.
    4. Kursus untuk Lesen Bot Jurulatih dikendalikan sebaik tamat Kursus Spesifik Tahap I dan II yang bertempat di PLPLK Langkawi.
    5. Persoalan apakah MYA mengawal selia berapa orang jurulatih yang telah memiliki Lesen Jurulatih, berapa yang ada Thaap I dan berapa Tahap II
  4. dan yang terbanyak adalah kejohanan-kejohanan yang dikendalikan oleh Persatuan negeri
    1. 15 kejohanan melibatkan dinghy dan Optimist:
      1. 12 kejohanan ranking termasuk Kejohanan Kebangsaan dan tidak termasuk kejohanan MSSM
      2. 2 kejohanan non ranking (keduanya di Sabah) tidak termasuk RPDYC (tada dalam kalendar) dan ATM dah bertahun menyepi.
    2. tidak termasuk kejohanan bagi keel boat yang hanya 3 kejohanan dalam kalendar, juga tanpa kelihatan litar MMRC, Apakah sudah berubah format atau bersendirian pada tahun ini....tanpa MYA???? mungin belum diputuskan... sudah putus/// jangan putus terus kejayaannya sedikit banyak dah nampak dan juga kemungkinan Sukan Asia 2014 melibatkan match racekan?. Rasanya mungkin bulan 3 ke bulan 4 baru keluar kot.
    3. Aktiviti bulan Jun melihatkan begitu rapat kejohanan antaranya. Mungkin perlu ada sedikit perubahan:
      1. Kejohanan MSSM bermula 1-8 Jun (dah confirmkah)
      2. Melaka mengikutinya pada 14-16hb Jun
      3. Diikuti dengan PD minggu berikutnya: 21-23 Jun
      4. Juga mendapati Kej Singapore National juga dijadualkan pada19-23 Jun. Kejohanan ini kadang-kadang disertai oleh pelayar kebangsaan kita terutamanya Optimist, Laser dan Int 420.
      5. Mungkin elok Tunku Lax dianjakkan ke minggu terakhir bagi memberikan ruang kepada negeri bernafas dan juga peluang atlet negeri melihat kedudukan beraksi di Singapore sebelum ke Kejohanan Dunia mungkin.
    4. Aktiviti bulan Mei bagi Selangor juga terlalu dekat dengan Kejohanan Top of The Gulf (ToG) dimana ToG bermula pada 3hb hingga 7hb Mei manakala Selangor pada 11-13hb Mei. Mungkin tidak begitu terkesan kerana tidak ramai yang ke Thailand.
  5. Terakhir yang ternampak adalah semasa bulan Julai terdapat 2 aktiviti pada bulan puasa, hal ini telah dihighlightkan dan telah berjawap;
      1. LITC klinik lebih tertumpu kepada pelayar luar negara yang datang berlatih dan telah disetkan
      2. Pendedahan kepada jurulatih tempatan semasa Kursus Jurulatih tahap II bagi melihat perbezaan cara dan kaedah pengendalian jurulatih luar negara daam mengendalikan latihan....Heeeeehhhhhe###
  6. Kedua terakhir..kemungkinan tarikh-tarik ini masih belum muktamad kecuali yang dah keluar NOR terutamanya bagi Terengganu contohnya akan turut terkesan dengan tarikh MMRC dan juga Alpari WMRT
  7. Satu lagi isu berkaitan dengan kejohanan yang diiktiraf oleh pelapis/USPTN iaitu 4 kejohanan sebelum ini:
    1. Tahun ini (2012) ialah Regatta Perdana, Tunku Laxamana, Johor dan Kej kebangsaan.
    2. Peruntukan RM 4000 bagi satu kejohanan
    3. Ada cadangan dikemukan semasa di Selangor supaya kejohanan ditambah kepada 6 kejohanan dan peruntukan dinaikkan ke RM6000.00. Sumber dalaman MSN pelapis juga ada membayangkan akan ada penamabahan peruntukan. Kalau kita tak minta kan rugi kan?
    4. Juga pada tahun ini kemungkinan besar Regatta Perdana akan hialng kelayakan tersebut kerana dimaklumkan bulan Januari baru diadakan mesyuarat pelarasan dan akan dimaklumkan kejohanan mana yang akan terpilih. Apakah sempat maka MYA perlu bertindak cepat?
  8. dan lagi........dah ngantuk mencuri masa tengah tengok-tengok...menengok-menilik..
KEPADA YANG BERHAJAT ATAU BELUM MEMILIKI/MELIHAT KALENDAR MYA BOLEH KLIK DI QUICK DOWNLOAD: INFO-2013 MYA SAILING CALENDAR

Khamis, 27 Disember 2012

Post Kejohanan Kebangsaan (3): Pencapaian



Persaingan yang ditunjukkan oleh atlet juga sedikit baik bagi beberapa kelas.

Kelas Laser 4.7 yang menempatkan ramai bekas pelayar top 10 Optimist melihatkan persaingan yang paling sengit termasuk diberikan oleh peserta luar dengan Thailand akhirnya mengungguli kelas ini.
Begitu juga dengan kelas Optimist yang mengandungi kira-kira 132 peserta dengan penyertaan beberapa pelayar luar negara. Beberapa peserta Myanmar memberikan saingan pada awal-awal perlumbaan agak tenggelam menuju ke penghujung menunjukkan tekanan dan saingan yang agak sengit dan akhirnya jelas peserta-peserta senior menunjukkan konsistensi dan mampu menyerap tekanan mengungguli kelas ini.

Kelas Laser Radial (lelaki dan perempuan) juga satu lagi kelas yang menunjukkan persaingan yang menarik tetapi jelas di dominasi oleh pelayar dan bekas pelayar kebangsaan. Bekas-bekas pelayar kebangsaan seperti Rufina Tan dan Farhan jekas nyata berkualiti dan berada pada tahap yang standing dengan pelayar kebangsaan seperti Ahmad Latif, Nur Amirah dan Khairunneta.
Walaupun begitu kualiti persaingan bagi kelas Int 420 Perempuan sedikit kurang berbanding dengan Int 420 lelaki. Begitu juga dengah kelas Int 470 seolah-olah tiada saingan langsung dari peserta lain, rasanya untuk melihatkan sedikit persaingan mungkin kelas ini perlukan penambahan acara secara berasingan dan memberi peluang kepada atlet kelas Int 420 juga turut serta. Satu lagi penggunaan bot antara peserta kebangsaan dan bot-bot lain terutamanya dari TLDM perlu diselaraskan seperti peserta TLDM bagi guna botnya supaya saingan lebih menarik dan memberi sedikit kekurangan advantage kepada pelayar kebangsaan yang sudah tentu lebih tinggi cap mereka.

Kelas-kelas lain seperti biasa di dominasi sepenuhnya oleh pelayar kebangsaan dan bekassssss pelayar kebangsaan, dengan kelas windsurf masih lagi melihatkan persaingan yang kurang dari negeri-negeri. Jelas sambutan dan penyertaan dari negeri-negeri amat lemah kecuali pelayar dari negeri Pulau Pinang dan pelayar kebangsaan mendominasi. Usaha keras dari MYA dan juga MWSA dituntut bagi memastikan kelas ini tidak berkubur. Jelas 2 isu utama adalah tiada kemudahan peralatan mencukupi dan jurulatih berpengalaman untuk mengembangkan kelas ini. Terengganu sebagai contohnya dengan hanya 3 board jelas hingga kini gagal mendapatkan pelayar perempuan yang berkualiti.. tetapi bagai dikata hendak seribu daya tidak berkemahuan seribu dalih… Juga kreativiti dan usaha rajin tanpa jemu dari penggiat sukan ini amat diperlukan antara kebergantungan vs usaha diri sendiri. Cadangan semasa mensyuarat Agung MWSA di Tasik Timah Tasoh dahulu telah mencadangkan agar beberapa langkah diambil dalam mengembangkan kelas ini; antaranya dengan memasukkan kelas ini ke dalam acara kejohanan MSSM. Sehingga kini sampai ke manakah usaha ini dijalankan dan Timbalan presiden sendiri berjanji untuk melanjutkan cadangan ini ke pihak unit sukan MSSM. Harap ianya bergerak terus ke hadapan tidak terhenti…

Begitu juga dengan kelas Laser Standard juga mungkin juga menghala ke arah itu dengan menunjukkan sedikit penurunan dari segi penyertaan di mana kebanyakan pelayar senior tidak mengambil bahagian serta pelayar pelapis semakin kurang. Juga jalan dan langkah harus dilakukan oleh Pengerusi Bahagian Pembangunan bagi memastikan persaingan bagi setiap kelas adalah seimbang dengan penyertaan kebanyakan negeri. Penambahbaikan dalam ranking kebangsaan dengan insentif-insentif  dan galakan yang lebih menggalakkan kepada penyertaan semua kelas harus dilakukan. Memperbanyakkan bantuan-bantuan dari segi kemudahan klinik-klinik, latihan pusat berkala kepada kelas malahan dengan bantuan kejurulatihan ke negeri-negeri termasuklah kalau perlu bantuan penyertaan pertandingan dipermudahkan.

Tahniah kepada pemenang dan kepada yang gagal cuba lagi pada edisi tahun depan. Negeri Kedah bertempatkan Pulau Langkawi Permata Kedah akan menjadi tuan rumah pada tahun hadapan dan seperti yang ditekankan pada komen posting (1) kita ingin melihat suatu kelainan akan disediakan oleh KSA bertambah sekali baik berbanding dengan penganjuran KFC-LIRP mereka….kita tunggu

Bersambung dengan isu berikutnya….. Acara Penyampaian hadiah dan penutup.