Isnin, 17 Disember 2012

Dato' Mansor dipilih sebagai Tokoh pemimpin Sukan

Tahniah kepada Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Dato' Mansor Ismail yang dinobatkan  sebagai Tokoh Pemimpin Sukan Negeri Kedah dalam Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS). Juga syabas kepada persatuan Pelayaran Kedah (KSA) atas anugerah terhadap orang kuat persatuan mereka.

Beberapa perkara dihighlightkan oleh Dato' tetapi apakah langkah-angkah yang telah diambil untuk menambah baik perancangan dan merealisasikan bukan sekadar di Langkawi malahan di keseluruh negeri-negeri di bawah naungan MYA. Khabar buruk kononnya Sukan perahu layar yang nak dimasukkan ke Program Olimpik juga telah ditarik balik dan khabar lebih buruk saya dengar dari sumber dalaman MSN juga kita tidak menghantar nama kepada MSN negara dalam masa yang ditetapkan? Benarkah dan mengapa ianya berlaku? Saya sendiri telah melihat dengan kedua-dua bijik mata ini kertas cadangan dari GM Mr Afendy telah dikemukakan kepada panel pemilihan MYA dan saya sendiri bertanya akan kepentingan berapa masa yang dibenarkah untuk kita memajukan nama; adakah ianya segera, apa target datenya....Kenapa boleh saya sendiri bertanya kerana  saya dijemput untuk memberikan pandangan.
Adakah ada tangan-tangan yang  ingin menghalang kemajuan sukan perahu layar? Saya ulangi lagi adakah tangan-tangan yang ingin menghakang kemajuan sukan perahu layar?? Adakah jembalang dalam MYA dan ianya adakah antara orang-orang yang berpengaruh dan apakah motifnya...pengaruh??? duit...??...pangkat??? politik??? dengki???. Tak tahu... pada pandangan saya tiada apalah sangat dengan apa yang ada sekarang...

Bayangkan kalau kita mendapat program Olimpik dengan peruntukan RM 50 juta itu boleh kita memanfaatkan dengan lebih baik, banyak program-program prestasi tinggi akan dapat dicover dalam 2 program elit (Olimpik dan Sukan Asia) dan serentak dengan itu peruntukan untuk pembangunan seperti yang dikatakan oleh nain Presiden MYA tadi akan dapat setidak-tidaknya akan dapat kita cuba untuk realisasikan tetapi seperti kata saya tidak uuntuk Langkawi semata-mata tetapi MYA harus berusaha kepada keseluruhan negeri-negeri, melainkan kata dato' kalau sumbangan itu terus atas usaha KSA kepada Langkawi.

Dan juga untuk menyedarkan kita apakah kita layak untuk berada dalam program Olimpik? Kenapa tidak?????/ Bayangkan untuk Olimpik London yang baru sahaja kita lepasi adakah kita sudah lupa? Apakah sukan kita sebenarnya berada dalam sukan target Road to London? Ataupun mula dibayangi/payungi masuk ke Road to London apabila mereka telah layak? atau kita antara sukan yang layak Olimpik bukan atas nama atlet yang berada dalam Road to London? Berapa atlet sasaran road to London layak dan berapa atlet yang tiada nama dalam Road to London layak berapa peratusannya dan bayangkan atlet kita layar... so kenapa mereka tak berhak...kenapa menyukarkan laluan atlet selain itu menjejaskan juga kebajikan atlet dan seperti biasa orang-orangan ini akhirnya meletakkan kesalahan kepada atlet, coach dan program.

Apa-apa pun kita berharap ini hanya berita sepintas lalu dibawa angin dan bukannya khabar yang nyata, hanya utusan meloya yang hampeih. dan tiada jembalang dalam MYA begitu juga tangan-tangan hitam di MSN. Jadi rasanya sekiranya benar MYA kena fight untuk minta masuk semula Program Road to Rio dan kepada atlet terutamanya, juga kepada jurulatih, pengurusan yang terlibat dengan program dan semua yang terlibat dalam kebajikan atlet jangan berputus asa dan perlu bekerja keras membuktikan yang anda semua layak, tiada orang lain.

Nah untuk tatapan anda bagi yang belum:

3 ulasan:

  1. saya rasa ada puak2 dlm mya yg nak menjatuhkan sukan pelayaran.Rugi kalau sukan pelayaran dikeluarkan dari road to rio dan sejarah sebelum2 ini akan belaku.hanya dpt menyertai beberapa kejohanan luar dan tidak ada pendedahan..kalau mcm ni la ramai la atlet yg umur awal 20 an da retired.
    saya rasa org dlm mya tu sendiri kena berubah atau KELUAR dari mya..jgn la menyusahkan atlet kerana atlet penat2 training last2 x de budjet nak ke luar negara....

    BalasPadam
  2. FROM GM TABLE

    Setuju dengan pendapat Coach Rani, Kemunculan Dato Mansor dalam MYA ada membawa sedikit kelebihan kepada MYA sendiri, terutama sekali dalam soal perhubungan dengan MSN. Malah Anak Murid Dato Mansor sendiri menerajui salah satu Cabang di MSN.

    Sebenarnya Pelayaran tidak di keluarkan dari Program Road To Landon. Hanya Khairulnizam seorang sahaja di senaraikan. Walaupan pada asalnya 4 orang sahaja di peruntukan. Bagimanapun setelah saya dan Dato Mansor berjumpa dengan Pengarah Program Olympic setelah memberi penjelasan maka 6 pelayar di persetujui. Bagimanapun senarai nama tidak dapat di majukan selagi tidak mendapat kelulusan jawatan kuasa. Oleh kerana Tak ada keputusan segera maka senarai tidak dapat di hantar seperti yang di kehendaki.

    Selapas itu dalam satu lagi pertemuan 2 orang kuat MYA telah bertemu dengan Pengarah Program Olympic dan setuju untuk tidak senaraikan pelayar dalam program Olympic.Kesempatan ini di gunakan oleh MSN sepenuhnya. Bagaimanapun perkara ini telah di salah ertikan apa yang di nyatakan oleh 2 orang kuat MYA adalah hanya kepada Neeta dan Amira tetapi MSN beranggapan keseluruhan pelayar. Tindakan segera telah di ambil dan saya mohon Presiden Masuk Campur menyelamatkan keadaan. Senarai sepenuhnya telah dihantar kepada MSN. Perkara ini akan di putuskan dalam JKK.

    Berhubung dengan pemilihan atlit juga memerlukan tindakan segera. bagaimanapun beberapa tindakan melambatkan proses penamaan atlit ke program Pelapis dan Elite juga memberi kesan . kerana atlit tidak dapat surat panggilan dari MSN.Ini telah melambatkan urusan pindah sekolah dan sebagainya.

    Sebenarnya kita perlukan mereka mereka yang benar benar faham tentang sukan pelayaran dan juga faham faham tentang kehendak MSN.

    Sekian

    BalasPadam
  3. Terima kaskih atas pencerahan dan akan saya buatkan posting khas untuk meralatkan sumber yang tidak tepat

    BalasPadam