Sabtu, 29 Disember 2012

Post Kejohanan Kebangsaan (4) akhir kot: Penutup Majlis

Ingin menutup post kejohanan kebangsaan dengan melihat kepada keputusan dan acara penutup dan penyampaian hadiah.

Walaupun tak banyak masalah yang timbul tetapi masih ada sattu atau dua kes kecil berlaku beberapa kesilapan yang hingga terpaksa diperbetulkan selepas kejohanan.

Dilihat kesukaran dan kesulitan juga dialami oleh petugas yang mengeluarkan result terutamanya Pak Chat; apatah lagi terpaksa menyediakan keputusan untuk Kejohanan Kebangsaan ini dan dalam masa yang sama terpaksa juga membuat keputusan kejohanan Ranking Kebangsaan.

Faktor kedua yang dilihat meyebabkan keputusan boleh menjadi silap adalah apabila keputusan dikeluarkan sedikit lewat dan dalam masa yang sama pelayar-pelayar dan pasukan negeri sibuk melakukan loading boat sehinggakan tidak mempunyai masa untuk melihat keputusan mereka, terus sahaja ke upacara penutup dan penyammpaian hadiah.
Beberapa kesilapan kecil ini masih boleh diperbetulkan dari awal lagi jika keberkesanan petugas di air berjalan dengan lancar. Contohnya jika ada bot yang tidak melakukan pusingan di penanda dengan betul seperti miss satu round dan terus sama-sama pergi joint tamat bersama dengan fleet depan dan fleet itupun kecil sahaja, seharusnya mark boat kalaulah betul buat mark rounding sepatutnya melaporkan kepada RC dan RC memaklumkan kepada protest komiti untuk tindakan seterusnya. Tidaklah berlaku tiba-tiba sahaja bot yang tak berkaitan tamat no. 3 dan sebelum ini samada last ataupun DNF. Memanglah ini bukan kewajipan mandatori dari RC tetapi dapat membantu melicinkan mengeluarkan result pada hari terakhir bukan sekadar nak kira semula semua peralatan yang dibawa atau di **wakan kalau ada, tetapi sebaiknya bersama-sama dengan scorer dalam menyiapkan keputusan.

Seperti dikatakan faktor tambahan beban menyediakan final result untuk ranking regatta juga menyebabkan mudah berlaku kesilapan dalam mengeluarkan keputusan final samada keputusan Kejohanan Kebangsaan mahupun keputusan ranking regatta itu sendiri. Beberapa point/fakta/isu dan cadangan yang boleh diperhalusi:
  1. Sepatutnya mempunya lebih ramai kaki dan tangan scorer untuk kejohanan yang terpenting ini... kerana posting awal menyoal antara apakah kemeriahan kelainan... ini adalah satu isu yang boleh ditambahbaik dengan cara menyediakan keputusan secara berlainan dari kejohanan-kejohanan biasa. Oleh itu memerlukan lebih personnel kalau boleh setiap kelas ada petugas scorernya ataupun pecahan kepada Optimist, Open Dinghy & windsurf serta scorer bagi group Laser (Standard, Radial dan 4.7). Kalau perlu ada screen untuk menayangkan perlumbaan sebelumnya bersama dengan keputusan dimuat masuk. Belum lagi kepada penggunaan GPS (ala-ala Trac-trac gitu) kalau bolehla..setidak-tidaknya itu sasaran administartive kita untuk long term plan seiring dengan peningkatan mutu pertandingan kejohanan kebangsaan kita. pada masa hadapan.
  2. Keputusan ranking regatta sepatutnya dikendalikan oleh orang lain yang khas dari awal-awal musim lagi telah mengendalikan keputusan ranking bermula awal tahun. supaya tidak terkeliru dan lari jauh dari keputusan yang sepatutnya sehinggakan orang yang menang hadiah itu sendiri tidak percaya yang ia menjadi juara seperti kes Izzuddin dari Terengganu yang memenangi kategori Optimist Junior yang sepatutnya milik orang lain.
  3. Kerana keperluan mengeluarkan result begitu mendesak menyebabkan ianya terpaksa dikeluarkan pada masa yang sangat kritikal iaitu semasa upacara penyampaian hadiah. Oleh itu tiada masa untuk disemak oleh jawatankuasa yang bertanggung jawab.
  4. tetapi apakah ada jawatankuasa ataupun ada kah jawatankuasa berfungsi, sebagaimana yang kita maklum cadangan pelantikan jawatankuasa rasanya akan berada di bawah cikgu Halim (Pengerusi ape?) dan juga lantikan hanya dimaklumi semasa mesyuarat/taklimat pengurus pasukan semasa kejohanan berlangsung..tentunya...rasanya belum berfungsi.
  5. Apa-apa pun kejohanan ranking ini kembali diperhangatkan setelah usaha dijalankan semasa kejohanan di Johor lepas dalam memastikan terutamanya supaya  kelas-kelas lain tidak dilupakan sebegitu sahaja seperti apa yang berlaku pada tahun lepas atas alasan tidak bersedia dan lain-lain alasan semasa dipersoal semasa kejohanan ranking di tasik Timah Tasoh..so jadi pada tahun ini ianya berjaya diperingat dan diperbincang serta dicari rumusan lebih awal. Maka atas kebertanggung jawaban yang digalas oleh cikgu Halim dan push dari GM maka keputusan berjaya dikeluarkan juga cumanya semasa menyediakan hadiah (rasanya tentu ditentukan pada saat-saat terakhir) menyebabkan pecahan-pecahan kelas tidak dapat dilakukan termasuk pada keputusan resminya mahupun hadiahnya.
  6. Apa yang pastinya melalui kertas yang dikeluarkan secara email oleh cikgu Halim mengesahkan akan pecahan-pecahan kelas dalam acara ranking ini dan sehubungan dengan itu kita memohon MYA mengeluarkan satu lagi keputusan resmi yang memisahkan kelas-kelas ini serta keputusan yang mengeluarkan nama peserta yang menggondol dalam kelas lain sepeti mana syarat yang dikeluarkan menyatakan hanya boleh memenangi satu acara sahaja, jadi membolehkan pelayar lain tempat berikutnya untuk naik satu tangga.
  7. Kalau pun hadiah tidak diberikan semasa upacara penutup yang lalu, saya mencadangkan sijil diberikan kepada setiap peserta menyatakan kedudukan yang dimenangi mereka dan pemenang top 3 macam sukan besar (Sea/Asia dll) kalau boleh diploma kemenanagan...hehhheh
  8. Acara penyampaian hadiah kelihatan tidak begitu meriah untuk mengendalikan 2 keputusan penting Kejohanan Kebangsaan dan juga Kejohanan Ranking Regatta. Bukan sahaja meakan masa yang panjang, juga keliru dengan hadiah-hadiah untuk kejohanan ape, Kej Kebangsaan atau ranking? Sebagai kejohanan penutup nampak seolah-olah tiada coverage langsung baik media massa atau media elektronik. TV 1 hanya menyiarkan serba sedikit semasa kejohanan di air. Tiada langsung (atau saya terlepas pandang) saya lihat dalam akhbar.
  9. Sehubungan dengan itu saya rasa dan mencadangkan agar hadiah bagi acara ranking diadakan disuatu masa lain tidak bersama dengan acara penutup Kejohanan Kebangsaan tetapi biarlah sebelum penutup tahun tersebut 
    1. samada masih dibuat di negeri penganjur Kejohanan Kebangsaan 1 hari atau 2 hari selepas kejohanan ataupun 
    2. diadakan di Hotel Olympic dimana bertempatnya pejabat MYA yang baru... so bolehlah persatuan negeri menambah pengetahuan dan mula berangan ke arah Olimpik pula (maksudnya nak jadi jawatankuasa MOM pula)
    3. Juga molek rasanya 1 atau 2 hari sebelum itu diadakan conference Pelayaran MYA dimana setiap Jawatankuasa (Pengerusi) membentangkan usul masing-masing dan diperbincangkan dan juga MYA boleh mendengar usul-luahan-pandangan dari negeri-negeri kerana seperti yang dikomentarkan semasa taklimat dan perbincangan semasa kejohanan-kejohanan yang usul atau pendapat dari jurulatih-pengurus semasa itu tidak diterima pakai atau didengar sepenuhnya kerana tiada mandat dari negeri...jadi ruang semasa conference ini boleh digunakan sepenuhnya diambil setelah dipersetujui sebagai panduan dan hala tuju MYA.
  10. Kenapa saya menitik beratkan kedudukan ranking ini kerana seperti mana yang juga dihighlightkan oleh Cikgu Zainal Madi (juga AJK MYA Pengerusi Teknikal kot) berkenaan dengan selain kepada halatuju kejohanan ranking itu sendiri sepatutnya kejohanan ranking ini menawarkan sesuatu yang menyebabkan persatuan-persatuan negeri berlumba menyediakan pasukan mereka bagi merebut insentif-insentif yang ditawarkan dan secara tak langsung akan secara automatik meningkatkan tahap pertandingan, tahap dan mutu prestasi atlet akan meningkat lebih baik dan kita akan menjadi sebutan sebagai negara contoh dan rasa cemburu negara-negara luar.
Sekian.....sebagaimana yang ditekankan blog ini bukan sekadar ingin berkongsi maklumat berkaitan hal-hal pelayaran dalam negara juga pandangan-pandangan kritis saya sendiri, bukan bertujuan untuk menjatuhkan tetapi untuk menaikkan ke tahap yang lebih baik... jadi harap sesiapa tercapsize semasa kena gust janganlah terus RAF, terus sail to finish....jangan berkecil hati...dan jangan mare ye.. maaf dipinta...

NEXT .... APA YE...MASIH BERMINAT DENGAN RANKING... BAGAIMANA IANYA KAN DIKENDALIKAN PADA TAHUN 2013 NANTI . SUDAHKAH KERTAS PELAKSANAANNYA TELAH DIKELUARKAN.. APAKAH AKAN DIADAKAN PERBINCANGAN DAHULU OLEH SUBKOMITI YANG TELAH DICADANGKAN SEMASA PERBINCANGAN KEJOHANAN KEBANGSAAN BARU-BARU INI ATAUPUN TERUS SAHAJA DIJALANKAN.....

1 ulasan:

  1. Dari Meja GM.

    Terima kasih atas ulasan panjang lebar. Banyak yang di utarakan oleh Coach Rani sependapat dengan saya. Bagaimanapun tak semua dapat di lakukan sepenuhnya. Contoh Kelas Windsurfing. Cawangan pelapis menolak cadangan tersebut. Maka cadangan menepatkan windsurfer dibawah pembiayaan MYA telah di kemukakan dalam Mesyuarat. Walaupun ada bantahan, Presiden setuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan agar rayuan di buat terlebih dahulu kepada MSN. Jika gagal maka MYA akan ambil tanggungjawab tersebut.

    Berhubung dengan Ranking perlu ada teguran berterusan untuk melihat cadangan tersebut di kuatkuasakan semasa regatta perdana. Malah senarai wakil dari negeri yang di lantik secara sah perlu hadir dalam perjumpaan di Langkawi Nanti.

    Saya masih tidak bagitu setuju dengan senarai jawatan kuasa Pemilihan yang ada sekarang. Setiap jawatankuasa perlu tulus dan berasingan dengan jawatan kuasa lain. Apa yang saya lihat dalam 4 jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemilihan, Jawatan Kuasa Kejurulatihan , Jawatan kuasa Pembangunan dan Jawatankuasa Teknikal Ahli tetap mereka adalah Lawrence,Halim, Hassan,En Razak dan Zainal Madi. apakah jawatankuasa ini satu complot . jika berlaku keraguan , kemana perkara ini boleh di bawah, sedangakan semua dalam satu AJK. Adalah wajar jawatankuasa ini di anggotai oleh wakil wakil dari negeri. Ini pendapat peribadi saya. sekian.

    BalasPadam