Isnin, 31 Disember 2012

MYA-Tahniah atas kejayaan tak lari jauh dari jadual kalendar MYA 2012



Berakhir tahun 2012 dengan perancangan MYA boleh dikatakan berjaya dilakukan dengan baik apabila 41 acara yang dirancang dengan penambahan 2 aktiviti/program menjadikan 43 semuanya (mengikut perkiraaan saya sendiri bukan MYA) dalam kalendar MYA 2012 telah dirangka. Sebanyak 36 acara telah berjaya dilakukan dan 7 acara gagal dilaksanakan menjadikan kira-kira 84% acara telah berjaya dilaksanakan. Syabas diucapkan kepada semua:
1.    Syabas sebanyak syabas terutamanya kepada persatuan negeri terutamanya yang memastikan semua kejohanan tempatan yang dijadualkan dapat dilangsung dengan terdapat hanya sedikit perubahan pada beberapa kejohanan:
1.    Pertandingan circuit MMRC ke IV yang dijadualkan di Pulau Warisan, Terengganu telah dipindahkan ke Tg Leman Johor bersamaan dengan Kejohanan KFC-Felda Johor Open 2012
2.    Kejohanan KFC-FELDA Johor Open yang dijadualkan pada bulan Oktober telah dibawa ke depan ke bulan September dan diadakan bersama dengan 3rd Circuit MMRC.
3.    Kejohanan KFC-Monsoon juga telah diubah tarikh dari bulan Oktober ke bulan November
4.    Juga melibatkan perubahan circuit akhir MMRC ke hujung blan November
5.    World Match racing Tour (Alpari WMRC) juga telah diubah tarikh dan terakhir
6.    Raja Muda Selangor International Regatta diubah sedikit tarikhnya dengan dipanjangkan penambahan 2 hari awal
2.    Juga tahniah kepada KSA yang berjaya mengadakan kejohanan national Match Racing yang sepatutnya menjadi circuit 1 tetapi telah tidak diiktiraf. Ini menjadikan cicuit MMRC yang berikutnya menjadi siri 1.
3.    Tahniah juga kepada MYA yang berjaya menganjurkan
1.    dua (2) sailing klinik dari 4 sailing klinik yang dijadualkan:
1.    Langkawi Optimist dan Laser International Sailing Clinic: anjuran KSA?
2.    ISAF Langkawi International 420/470 Clinic: Klinik anjuran MYA dengan bantuan ISAF ini sangat berkesan dan sangat tinggi nilainya, tetapi sayangnya kurang mendapat sambutan dari negeri-negeri... siapa tak hadir? sendiri rugi..
2.    Juga kepada bahagian Kejurulatihan berjaya menganjurkan Kursus Tahap 1 dan Safety/Coach Boat Licensing Course  :
3.    Tidak ketinggalan kepada bahagian teknikal dan kepegawaian kerana berjaya mengadakan 5 kursus/klinik kepegawaian-Race Management dan juga Measurer termasuk 2 kursus bagi persediaan SUKMA.
4.    Walaupun begitu terdapat beberapa acara yang gagal dilaksanakan. Dari 7 aktiviti yang gagal hanya 2 kejohanan yang dijadualkan sahaja telah gagal dilaksanakan iaitu:
1.    KFC-Lumut Open Regatta 2012: kejohanan yang selalunya dianjurkan oleh RMNYC/PPLTLDM ini kini telah tidak diadakan setelah Kejohanan KFC-Perak Open Regatta buat julung kalinya telah mengambil alih juga pada bulan yang sama. Dengan kemudahan bot yang ada MYA sepatutnya bekerjasama dengan PPLTLDM atau PPLTLDM sendiri membuat penjadualan semula mengadakan kejohanan yang hanya melibatkan Olimpik kelas atau setidak-tidaknya hanya melibatkan kelas Int 470 supaya kelas ini boleh jauh bersaing dan mendapat ranking yang lebih baik.
2.    3rd KFC- Putrajaya juga gagal dilaksanakan. Pertembungan jadual pertandingan yang terlampau rapat antara Tunku Laxamana, Melaka dan Pahang Open juga faktor yang mempenagruhi ataupun pihak penganjur sendiri mempunyai masalah. Apakah MYA menyedari masalh ini. Atau hanya just berlalu begitu sahaja
5.    Selain itu 2 klinik yang dijadualkan telah gagal dilaksanakan:
1.    LITC Clinic yang dijadualkan pada bulan Julai anjuran KSA telah diijangka akan gagal dilaksana kerana memandang akan diadakan sebaik tamat SUKMA yang mana pada masa ini berada pada fasa transisi.
2.    Match racing Clinic juga telah gagal diadakan. Pada tahun sebelumnya dimaklumkan dengan mengguna antara peruntukan RM20 juta dari KBS yang diberikan kepada T-BEST.
6.    Bahagian kejurulatihan juga telah gagal melaksanakan 3 acara utama yang mana merupakan kegagalan utama kerana bahagian ini merancang 6 aktiviti dan gagal melaksanakan Pilot Course Kejurulatihan Specifik Tahap 3 buat kesekian kalinya setelah berjaya memurnikan sillibus Tahap 1 hingga Tahap 3

Apa yang diulas di atas adalah kejayaan dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti tidak melibatkan kejayaan penglibatan penyertaan dan aktiviti atlet kebangsaan yang dimaklumkan telah banyak mengalami kegagalan berubah dari pelan periodisasi sebenar. Kita tidak tahu berapa peratusan yang berjaya dilaksanakan dan berapa yang gagal dan untuk apa.

Adalah baik kiranya MYA juga menyiarkan secara terbuka akan perancangan aktiviti latihan dan pertandingan atlet kebangsaan dalam jadual berasingan supaya kita boleh sama-sama menilai keberkesanan apa yang dirancang dan dari situ seterusnya kita boleh menilai adakah kita berada pada landasan yang betul dalam mencapai kecemerlangan pada matlamat sasaran samada Sukan Sea, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik. Ianya bolehlah dipecahkan kepada 4 Program Binaan utama: 
1.    PLN: Pertandingan-pertandingan  Luar Negara
2.    PDN: Pernyertaan-penyertaan Pertandingan Dalam Negara
3.    LLN: Latihan-latihan Luar Negara dan
4.    LDN: Latihan-latihan Dalam Negara
Jadi setidak-tidaknya kita sebagai warga pelayaran boleh turut sama menjadi penggalak dan juga pemantau dalam pelaksanaan program atlet-atlet kebangsaan.
Moga tahun 2013 sukan pelayaran akan bergerak lebih maju dengan penambahbaikan perancangan dan mencapai sasaran dan matlamat yang telah ditetapkan.

Juga MYA seharusnya menetapkan akan Indeks Prestasi Utamanya pada tahun 2013 bukan sekadar menumpukan kepada kejayaan mengadakan ativiti seperti yang dijadual, tetapi lebih melihat kepada keberkesanan sasaran kepada setiap aktiviti yang dijalankan, supaya ini boleh mengelakkan kepada warga yang kurang faham yang mungkin berpendapat hanya copy paste sahaja; cuma tukar tarikh sahaja itupun kata mereka-mereka yang buat-buat tak faham hanya tukar tahun sahaja 2012 kepada 2013. Awal-awal lagi setiap aktiviti ditetapkan sasarannya dan hala tuju gerak kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan