Rabu, 26 Disember 2012

Post Kejohanan Kebangsaan (2)

Pengelolaan kejohanan pada edisi kali ini berlangsung dengan agak baik, seperti mana kejohanan di Selangor yang sinonim dengan keadaan angin yang tidak menentunya:
1.      Angin bermula dengan sedikit lewat sebelum angin bayu laut mengambil alih
2.      Angin pada kebanyakan perlumbaan bermula perlahan dan kemudiaannya sedikit kuat
3.      Kalau ada angin kuat selalunya dibawa oleh awan hujan yang bertiup tak lama
4.      Arus seperti biasa sentiasa sahaja menjadi salah satu faktor untuk percaturan strategi dan taktikal pertandingan.
5.      Pada edisi kali ini tuan rumah agak baik memilih tarikh dengan minggu pertama bulan Safar menuju ke penghujungnya menyebabkan air pasang tidak begitu tinggi kecuali surutnya membawa arus yang hanya agak ketara kuat semasa arus surutnya.
6.      Delay waktu pertukaran arus agak ganjil ketara lewatnya dengan apa yang berlaku dengan air pasang dan surut
7.      walaupun angin bermula sedikit lewat tetapi berjaya juga semua kelas menamatkan perlumbaan kecuali bagi kelas Optimist yang terpaksa berpuashati dengan 8 perlumbaan sahaja dijalankan.  Rasanye kalau RC lebih hampir ke darat dan tidak terlalu jauh ke tengah mungkin lebih perlumbaan dijalankan terutama pada hari ke-tiga pertandingan.
8.      Perlumbaan (Optimist) sedikit kurang menarik dari segi masa yang diambil untuk setiap perlumbaan yang terlalu pendek, tetapi terpaksa diterima memandangkan keadaan perlumbaan yang perlu disegerakan untuk mengambil peluang angin yang bertiup perlahan sekali sekala dan juga mengejar masa waktu arus kuat.
9.      Pengawalan keatas gelanggang Optimist sedikit kureng…contohnya gate close selepas start tidak begitu diperhatikan terutama untuk start pertama yang mana Optimist mempunyai 2 group start bagi setiap perlumbaan. Begitu juga di atas bot pin end start hanya seorang petugas untuk melihat 60+ bot bagi setiap start….Bagaimana cekapnya Mr Pin End membantu mengawal bot-bot yang OCS.
10.  Gate untuk Optimist pada kebanyakan perlumbaan tidak berfungsi sepenuhnya apabila tidak memberikan square yang seimbang berkadaran dengan angin (mungkin ok) tetapi tidak apabila kesan arus ada yang harus diambilkira oleh pegawai perlumbaan.
11.  Begitu juga dengan course bagi kelas Laser 4.7 sama seperti tahun lepas di Perlis selepas ditegur baru dibuat penambahan outer loop kalau dulu teguran dibuat oleh jurulatih tempatan tetapi kali ni rasanya pasukan luar kot…kerana rasanya kalau kita tegur atau cadangkankan dah tak laku.
12.  Dan seperti biasa pesta bermain selut sesuatu pandangan menarik yang memenatkan badan adalah suatu yang sinonim. Nampaknya Selangor perlu mencari alternatif untuk masalah ini disamping menyediakan pembantu yang lebih ramai dan pastinya yang lebih cekal secekal atlet itu sendiri
13.  Masalah air bersih/cucian masih lagi menjadi masalah yang sama setiap kali penganjuran di sini rasanya mereka perlu mengambil iktibar dan inisiatif selepas kejohanan  bulan Mei lepas. Agak sedikit tangki tambahan disediakan. Walaupun begitu penyediakan water jet spray banyak membantu kali ini dan dikawal selia dengan agak baik – tahniah, mungkin lain kali kena tambah 1 lagi…hehhehh
14.  Begitu juga dengan air di bilik air/tandas, masalah mungkin tangki cepat kosong dengan air yang ganti balik slow sangat. Cadang mungkin kalau ada 2 hose air yang menggantikan semula air tangki mungkin lebih baik.
15.  Apa yang menarik dengan penganjuran Selangor adalah dengan adanya makanan disediakan sepanjang masa kejohanan untuk santapan semua bermula dari awal pagi hinggalah ke lewat petang telah sedikit sebanyak berjaya melindungi kelemahan-kelemahan lain. Apa yang menarik semuanya dilakukan secara gotong- royong rewang menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan dengan itu tiada masalah sekiranya dilihat untuk mereka menganjurkan dengan lebih hebat.
16.  Keadaan kebersihan persekitaran juga dilihat tidak begitu dititik beratkan pada kali ini berbanding dengan 2 atau 3 tahun dahulu. Jumlah tong sampah yang agak sedikit dengan ditambah oleh sikap kita sebagai pengguna perlu dengan displin untuk menjaga kebersihan  persekitaran sedikit melihatkan kelemahan dan kecacatan terutama kepada peserta luar negara.
17.  Tahniah kepada tuan rumah kelihatan beberapa penambahbaikan infrastruktur dibuat dari masa ke semasa. Kemudahan-kemudahan ini sedikit sebanyak membantu kelicinan pengelolaan kejohanan.

Bersambung……..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan