Jumaat, 28 Disember 2012

Calendar MYA bagi tahun 2013

Mencuri slot antara post Kejohanan Kebangsaan. Untuk makluman sailing Calendar 2013 seperti yang terdapat di kiri blog ini. Dalam meneliti tarikh-tarikh yang terdapat beberapa point untuk di ketengahkan:
  1. Mendapati Aktiviti Latihan untuk Pembangunan hanya terdapat 2 aktiviti sahaja, itu pun dikendalikan oleh KSA rasanya:
    1. LITC; Klinik pada bulan Februari dan
    2. LITC: Klinik pada bulan Julai
    3. Fokus pada klinik ini juga menjurus kepada pelayar international seperti tajuknya tidak spesifik kepada pelayar tempatan sahaja... baik kepada pelayar yang lebih berpengalaman dan senior (seperti pelayar kebangsaan dan top sailors) untuk bersaing dengan pelayar luar...
    4. Apakah tiada klinik/latihan pusat pelayaran yang dikendalikan sendiri oleh MYA dan fokus kepada spesifik pelayar tempatan.
    5. Walaupun begitu jika dikira dengan klinik tambahan yang bakal diadakan sebelum RPAL akan menjadi 3 semuanya tetapi juga dikendalikan oleh KSA??
    6. Apakah ini punca kemerosotan atau kelembapan tahap pengendalian pelayar-pelayar negeri seperti yang hangat dikomen oleh beberapa orang di dalam fb semasa kem pemilihan baru-baru ini. Rasanya bahagian pembangunan harus meneliti isu ini dengan lebih bukan sekadar melihat kepada peruntukan untuk kejohanan luar negara semata-mata kerana tanpa pembangunan yang betul tiada gunanya menghantar ke luar negara kalau standard dan mutu pelayar (terkecuali pelayar kebangsaan dan mungkin bekas) itu sememangnya rendah. 
    7. Klinik-klinik dengan penyertaan bersama atlet dan jurulatih negeri perlu diperbanyakkan tidak kira secara berkumpulan, mengikut zon atau by state.
  2. Kursus Race Management terdapat 3 termasuk 1 x Pengurusan sukan.
    1. Tidak perlu banyak diadakan kursus untuk Race management jika tiada program pembangunan seterusnya iaitu penerapan secara lebih progresif kepada mereka.
    2. Sebenarnya RC ini bagi saya boleh dipecahkan kepada zon-zon setidak-tidaknya tidak perlu the whole group bergerak seperti sekarang. Hanya 2-3 orang sahaja key personnel yang mungkin diperlukan, yang lain semuanya diberikan kepada beberapa orang dah setakat ni yang ada mengikuti kursus tetapi menghilang...tanpa tugas atau tidak diberi peluang bertugas.
  3. Kursus Kejurulatihan agak baik dengan 7 kursus dengan 2 darinya adalah untuk Lesen Boat Jurulatih
    1. 3 kursus Specifik Tahap 1: 1 bertempat di langkawi, 1 di Terengganu dan 1 di Sabah
    2. 1 x kursus Specifik Tahap II: bertempat di PLPLK, Langkawi
    3. 1 x Kursus Specifik Tahap III: juga bertempat di PLPLK Langkawi. Ini merupakan kursus pertama (pilot) bagi tahap ini.
    4. Kursus untuk Lesen Bot Jurulatih dikendalikan sebaik tamat Kursus Spesifik Tahap I dan II yang bertempat di PLPLK Langkawi.
    5. Persoalan apakah MYA mengawal selia berapa orang jurulatih yang telah memiliki Lesen Jurulatih, berapa yang ada Thaap I dan berapa Tahap II
  4. dan yang terbanyak adalah kejohanan-kejohanan yang dikendalikan oleh Persatuan negeri
    1. 15 kejohanan melibatkan dinghy dan Optimist:
      1. 12 kejohanan ranking termasuk Kejohanan Kebangsaan dan tidak termasuk kejohanan MSSM
      2. 2 kejohanan non ranking (keduanya di Sabah) tidak termasuk RPDYC (tada dalam kalendar) dan ATM dah bertahun menyepi.
    2. tidak termasuk kejohanan bagi keel boat yang hanya 3 kejohanan dalam kalendar, juga tanpa kelihatan litar MMRC, Apakah sudah berubah format atau bersendirian pada tahun ini....tanpa MYA???? mungin belum diputuskan... sudah putus/// jangan putus terus kejayaannya sedikit banyak dah nampak dan juga kemungkinan Sukan Asia 2014 melibatkan match racekan?. Rasanya mungkin bulan 3 ke bulan 4 baru keluar kot.
    3. Aktiviti bulan Jun melihatkan begitu rapat kejohanan antaranya. Mungkin perlu ada sedikit perubahan:
      1. Kejohanan MSSM bermula 1-8 Jun (dah confirmkah)
      2. Melaka mengikutinya pada 14-16hb Jun
      3. Diikuti dengan PD minggu berikutnya: 21-23 Jun
      4. Juga mendapati Kej Singapore National juga dijadualkan pada19-23 Jun. Kejohanan ini kadang-kadang disertai oleh pelayar kebangsaan kita terutamanya Optimist, Laser dan Int 420.
      5. Mungkin elok Tunku Lax dianjakkan ke minggu terakhir bagi memberikan ruang kepada negeri bernafas dan juga peluang atlet negeri melihat kedudukan beraksi di Singapore sebelum ke Kejohanan Dunia mungkin.
    4. Aktiviti bulan Mei bagi Selangor juga terlalu dekat dengan Kejohanan Top of The Gulf (ToG) dimana ToG bermula pada 3hb hingga 7hb Mei manakala Selangor pada 11-13hb Mei. Mungkin tidak begitu terkesan kerana tidak ramai yang ke Thailand.
  5. Terakhir yang ternampak adalah semasa bulan Julai terdapat 2 aktiviti pada bulan puasa, hal ini telah dihighlightkan dan telah berjawap;
      1. LITC klinik lebih tertumpu kepada pelayar luar negara yang datang berlatih dan telah disetkan
      2. Pendedahan kepada jurulatih tempatan semasa Kursus Jurulatih tahap II bagi melihat perbezaan cara dan kaedah pengendalian jurulatih luar negara daam mengendalikan latihan....Heeeeehhhhhe###
  6. Kedua terakhir..kemungkinan tarikh-tarik ini masih belum muktamad kecuali yang dah keluar NOR terutamanya bagi Terengganu contohnya akan turut terkesan dengan tarikh MMRC dan juga Alpari WMRT
  7. Satu lagi isu berkaitan dengan kejohanan yang diiktiraf oleh pelapis/USPTN iaitu 4 kejohanan sebelum ini:
    1. Tahun ini (2012) ialah Regatta Perdana, Tunku Laxamana, Johor dan Kej kebangsaan.
    2. Peruntukan RM 4000 bagi satu kejohanan
    3. Ada cadangan dikemukan semasa di Selangor supaya kejohanan ditambah kepada 6 kejohanan dan peruntukan dinaikkan ke RM6000.00. Sumber dalaman MSN pelapis juga ada membayangkan akan ada penamabahan peruntukan. Kalau kita tak minta kan rugi kan?
    4. Juga pada tahun ini kemungkinan besar Regatta Perdana akan hialng kelayakan tersebut kerana dimaklumkan bulan Januari baru diadakan mesyuarat pelarasan dan akan dimaklumkan kejohanan mana yang akan terpilih. Apakah sempat maka MYA perlu bertindak cepat?
  8. dan lagi........dah ngantuk mencuri masa tengah tengok-tengok...menengok-menilik..
KEPADA YANG BERHAJAT ATAU BELUM MEMILIKI/MELIHAT KALENDAR MYA BOLEH KLIK DI QUICK DOWNLOAD: INFO-2013 MYA SAILING CALENDAR

2 ulasan:

  1. Dari Meja GM,

    Terima kasih Coach Rani, seperti yang di nyatakan, tadi, banyak yang terpaksa di rangka dan buat cadangan mengadakan aktiviti. Lazimnya Pengerusi yang di lantik akan memberi kertas cadangan dan kita akan masukan dalam calender tetapi ini tidak berlaku. Semua di rancang oleh pengurusan dan telah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat AJK pada 17 Dec 2012. Manakalan semua tarikh telah di teliti dan persatuan negeri mengesahkan tarikh tarikh tersebut.

    MYA ada mohon dari semua negeri tentang aktiviti yang hendak di rancang untuk di masukan dalam Calender tersebut. bagaimanapun tak ada satu negeri pun yang memberi maklum balas berhubung dengan rancangan peringkat negeri. Malah Pengerusi pengerusi juga tidak memberi sebarang maklumbalas. Sepatutnya semua LITC di kendalikan oleh MYA. Bagaimanapun ianya sukar untuk di prektikan sebab persoalan yang timbul kemudian hari sukar untuk diberi penerangan.

    Berhubung dengan tarikh kejohanan KFC , ianya adalah pilihan negeri. Nampaknya Pasukan Kebangsaan akan ke Singapore.

    Berhubung dengan jurulatih yang memiliki sijil, Saya sendiri masih bertanya tanya apa mtujuan hadir kursus,lepas tu tak buat praktikal di peringkat negeri tapi nak sijil. Bila tak bagi ada yang membantah, bagaimana kita hendak mengawal mutu kejurulatihan.

    Banyak lagi perlu di lakukan bagi menaik taraf sukan pelayaran di Malaysia. Langkawi International Regatta Perdana semakin mendapat perhatian, sudah ramai pasukan luar negera mendaftar setakat ini, Malaysia , Singapore, Thailand, Myanmar, India , Hong Kong, Bahrain, Oman telah sahkan penyertaan, Masih menunggu beberapa negara lain seperti UAE, Qatar, KOREA Indonesia membuat pengesahan. Kejohanan kali ini menarik kerana penyertaan luar negara sudah pun sampai 70 Orang jumlah yang sudah daftar 148 Peserta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih GM atas ulasan dan penerangan. Ini mengesahkan yang kalendar yang dikeluarkan ini adalah yang terkini dan digunapakai. Memang diakui beberapa perkara aadalah sangat benar:
      1. Sepatutnya persatuan negeri setelah mendapat arahan dari MYA untuk menyatakan tarikh kejohanan sepatutnya mengadakan mesyuarat dan membincangkannya tetapi tidak di TESA. bagaimana dengan negeri-negeri lain rasanya kurang-lebih adalah sama dan ada kadang-kadang dalam persatuan itu hanya dikendalikan oleh seorang ala-ala diktator gitu...

      2. kalau menjadi pengerusi JK dalam MYA pun tak leh nak keluarkan jadualnya sendiri bagaiman bisa nak memimpin persatuan negeri nak cadangkan kalendar...hahhhahhh

      3. Rasanya MYA perlukan atau tambah klinik-klinik sampingan terutama semasa cuti sekolah untuk kelas-kelas Optimist dan pembangunan dan semasa cuti semester bagi kelas-kelas yang melibatkan atlet-atlet elit/kebangsaan (Laser/Radial/470).

      4. Jurulatih yang mempunyai sijil yang saya maksudkan adalah jurulatih yang memohon lesen jurulatih SPKK... kerana ada beberapa jurulatih negeri samada JSM atau JPM yang tiada/belum ada lesen... Jadi rasanya MYA kena tumpu kepada mereka ini seperti mana yang MYA minta dengan negeri tempohari ke atas persatuan-persatuan negeri harus dibuat monitoring... ini salah satu satu tugas Pengerusi Kejurulatihan dalam menjaga kebajikan jurulatih beserta dengan mutu kejurulatihan itu sendiri, serta boleh melibatkan kepada masalah sah atau tidak apatah lagi jika berlaku sesuatu terhadap atlet dalam program.

      5. berkenaan dengan sijil atas komen GM sebenarnya kegagalan utama adalah dari MYA itu sendiri dalam melaksanakan polisi dalam apa yang terkandung sendiri dalam manual semasa kita menghadiri kursus spesifik telah dijelaskan. Malahan MSN negara sendiri telah mengeluarkan garispanduan beserta dengan buku log legkap yang perlu diisi oleh setipa jurulatih sebelum mampu untuk memiliki lesen atau untuk pergi ke peringkat berikutnya. Oleh kerana kelonggaran kita berikan kepada jurulatih atas sebab-sebab tertentu seperti dari pihak MSSM contohnya atau kepada personel yang dikenalpasti oleh MYA lama-lama kelamaan amalan tiada lagi dipraktikkan... jadi jawapan untuk itu perkemaskan hal ini terlebih dahulu juga dengan bantuan persatuan negeri dalam memasti dan mengesahkan yang jurultih tadi melakukan praktikal sebelum sijil layak diberi. Nah sekarang pengerusi Kejurulatihan perlu fikirkan jalan dan alternatif bagi memperbaiki kelemahan ini...

      6. Kejohanan di Singapore adakah untuk bulan Jun, bulan Mac terlibat tak? Dan tak bolehkah negeri mohon bersama dengan MYA pergi atas 2 elemen:
      1. Memilih melalui ranking dan MYA sponsor: seperti yang dibincangkan atau sudah adakah pertandingan lain peringkat dunia yang dikenalpasti.
      2.Atas perbelanjaan negeri sendiri atas kejohanan yang dipersetujui oleh MYA supaya jika berlaku pertindihan sistem mata yangdicadangkan juga boleh digunapakai kepada atlet negeri contoh Kej Tunku Laxamana yang bertindih dengan Singapore National.

      7. Tahnaih kepada RPAL promosi yang baik tetapi perlu diterjemahkan lagi dengan lebih berkesan...
      1. Kita kalau boleh tak mau lihat tiap kali kejoahnan GM terjerit-jerit mengarahkan itu ini an kadang-kadang dilihat oleh peserta luar negara sebagai kelemahan ketara kecuali bagi beberapa negara yang dah kerap dan dah kenal GM.
      2. Molek kalau GM buatkan table penyertaan dan publish dalam Kedah/sail atau hantar kepada saya dan boleh dipromosikan lagi jadi peserta dalam negara dapat input yang lebih tepat dengan kelas penyertaan peserta-peserta terutamanya dari luar negara.

      Salam. Terimakasih embali

      Padam