Sabtu, 15 Disember 2012

Makluman LITC Clinics, Langkawi

Ingin memaklumkan kepada sesiapa yang belum mendapat maklumat berkenaan dengan klinik pelayaran yang akan diadakan di Pusat latihan Perahu Layar Kebangsaan kita (PLPLK)

Maklumat ini banyak terdapat sekarang di laman sesawang, mukabuku dan juga blogspot.


Detail ringkasnya adalah:
  1.  Venue: National Sailing Centre, Langkawi Island, Kedah, Malaysia
  2. Tarikh: 18-23 Januari..berakhir 1 hari sebelum Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi
  3. Kelas: Optimist, Laser dan International 420
  4. Bayaran: RM 680 seorang termasuk penginapan, makan dan bot latihan
Kepada sesiapa yang berminat sila  lawat laman: https://sites.google.com/site/kedahsail/home/itc-langkawi-training-camp

Juga di boleh didapati di fb Aurora sailing.

Sedikit persoalan untuk pihak penganjur:
  1. Bayaran adalah termasuk dengan bot. Bagaimana sekiranya pasukan bawa bot sendiri ada discount tak?
  2. Adakah ini juga klinik ynag terdapat di cadangan kalendar MYA untuk bulan Februari akan dibatalkan maksudnya di awalkan untuk klinik ini. RALAT- BARU SAHAJA MENDAPAT MAKLUMAT LITC BULAN FEBRUARI TETAP DITERUSKAN KERANA DAH ADA RAMAI PENYERTAAN.
  3. TIDAK TERLUPA ADAKAH FINAL KALENDAR MYA SUDAH KELUAR ATAUPUN BERDASARKAN KEPADA SEPERTI APA YANG TERAKHIR DIMAJUKAN KEPADA NEGERI-NEGERI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan