Khamis, 27 Disember 2012

Post Kejohanan Kebangsaan (3): Pencapaian



Persaingan yang ditunjukkan oleh atlet juga sedikit baik bagi beberapa kelas.

Kelas Laser 4.7 yang menempatkan ramai bekas pelayar top 10 Optimist melihatkan persaingan yang paling sengit termasuk diberikan oleh peserta luar dengan Thailand akhirnya mengungguli kelas ini.
Begitu juga dengan kelas Optimist yang mengandungi kira-kira 132 peserta dengan penyertaan beberapa pelayar luar negara. Beberapa peserta Myanmar memberikan saingan pada awal-awal perlumbaan agak tenggelam menuju ke penghujung menunjukkan tekanan dan saingan yang agak sengit dan akhirnya jelas peserta-peserta senior menunjukkan konsistensi dan mampu menyerap tekanan mengungguli kelas ini.

Kelas Laser Radial (lelaki dan perempuan) juga satu lagi kelas yang menunjukkan persaingan yang menarik tetapi jelas di dominasi oleh pelayar dan bekas pelayar kebangsaan. Bekas-bekas pelayar kebangsaan seperti Rufina Tan dan Farhan jekas nyata berkualiti dan berada pada tahap yang standing dengan pelayar kebangsaan seperti Ahmad Latif, Nur Amirah dan Khairunneta.
Walaupun begitu kualiti persaingan bagi kelas Int 420 Perempuan sedikit kurang berbanding dengan Int 420 lelaki. Begitu juga dengah kelas Int 470 seolah-olah tiada saingan langsung dari peserta lain, rasanya untuk melihatkan sedikit persaingan mungkin kelas ini perlukan penambahan acara secara berasingan dan memberi peluang kepada atlet kelas Int 420 juga turut serta. Satu lagi penggunaan bot antara peserta kebangsaan dan bot-bot lain terutamanya dari TLDM perlu diselaraskan seperti peserta TLDM bagi guna botnya supaya saingan lebih menarik dan memberi sedikit kekurangan advantage kepada pelayar kebangsaan yang sudah tentu lebih tinggi cap mereka.

Kelas-kelas lain seperti biasa di dominasi sepenuhnya oleh pelayar kebangsaan dan bekassssss pelayar kebangsaan, dengan kelas windsurf masih lagi melihatkan persaingan yang kurang dari negeri-negeri. Jelas sambutan dan penyertaan dari negeri-negeri amat lemah kecuali pelayar dari negeri Pulau Pinang dan pelayar kebangsaan mendominasi. Usaha keras dari MYA dan juga MWSA dituntut bagi memastikan kelas ini tidak berkubur. Jelas 2 isu utama adalah tiada kemudahan peralatan mencukupi dan jurulatih berpengalaman untuk mengembangkan kelas ini. Terengganu sebagai contohnya dengan hanya 3 board jelas hingga kini gagal mendapatkan pelayar perempuan yang berkualiti.. tetapi bagai dikata hendak seribu daya tidak berkemahuan seribu dalih… Juga kreativiti dan usaha rajin tanpa jemu dari penggiat sukan ini amat diperlukan antara kebergantungan vs usaha diri sendiri. Cadangan semasa mensyuarat Agung MWSA di Tasik Timah Tasoh dahulu telah mencadangkan agar beberapa langkah diambil dalam mengembangkan kelas ini; antaranya dengan memasukkan kelas ini ke dalam acara kejohanan MSSM. Sehingga kini sampai ke manakah usaha ini dijalankan dan Timbalan presiden sendiri berjanji untuk melanjutkan cadangan ini ke pihak unit sukan MSSM. Harap ianya bergerak terus ke hadapan tidak terhenti…

Begitu juga dengan kelas Laser Standard juga mungkin juga menghala ke arah itu dengan menunjukkan sedikit penurunan dari segi penyertaan di mana kebanyakan pelayar senior tidak mengambil bahagian serta pelayar pelapis semakin kurang. Juga jalan dan langkah harus dilakukan oleh Pengerusi Bahagian Pembangunan bagi memastikan persaingan bagi setiap kelas adalah seimbang dengan penyertaan kebanyakan negeri. Penambahbaikan dalam ranking kebangsaan dengan insentif-insentif  dan galakan yang lebih menggalakkan kepada penyertaan semua kelas harus dilakukan. Memperbanyakkan bantuan-bantuan dari segi kemudahan klinik-klinik, latihan pusat berkala kepada kelas malahan dengan bantuan kejurulatihan ke negeri-negeri termasuklah kalau perlu bantuan penyertaan pertandingan dipermudahkan.

Tahniah kepada pemenang dan kepada yang gagal cuba lagi pada edisi tahun depan. Negeri Kedah bertempatkan Pulau Langkawi Permata Kedah akan menjadi tuan rumah pada tahun hadapan dan seperti yang ditekankan pada komen posting (1) kita ingin melihat suatu kelainan akan disediakan oleh KSA bertambah sekali baik berbanding dengan penganjuran KFC-LIRP mereka….kita tunggu

Bersambung dengan isu berikutnya….. Acara Penyampaian hadiah dan penutup.

2 ulasan:

  1. Bukan taknak bagi guna tapi, bila bagi guna, melingkupkan ada dah rosak masing masing lepas tangan, adoiyai, yang tinggal nie la merepairnya balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena berfikiran secara terbalik.... fikirkan kebaikan/keuntungan dari kelemahan/kerugian. Kerana selagi berfikir begitu rasanya takkan ade ape-ape perubahan dan lama-kelamaan akan akan dan akan tertinggal jauh, dan kelihatan nampaknya sekarang ke arah itu- atau bond sendiri yang dah mahu meninggalkan. Banyak sekali komen yang saya lihat dari banyak orang kebanyakan kepada hal-hal meminta-minta dan menuntut dari MYA sebagai penjaga kita kononnya tetapi sebenarnya kita sendiri yang kena ambil lead kepada sesutu kehendak pencapaian baru MYA boleh sedikit lega dapat sama membantu. Kalau dikumpulkan rasanya kelemahan dan keburukan sangat kecil dengan kebaikan-kebaikan dan keuntungan (kepada TLDM sendiri-dari semua segi)dan seterusnya mencapai kehendak semua khasnya kepada negara. So atas nama Mr Bondnya yang selalunya adalah sangat berlainan special dari orang kebanyakan tiada akan ada masalah to take leader as to be the next leader.

      Padam