Ahad, 30 Disember 2012

Pencerahan isu RTR dalam posting berkaitan dato' Mansor

Atas rasa kebertanggungjawaban dengan isu yang saya bangkitkan dan kemudiaannya mendapat pencerahan dari GM maka saya ingin memuatkan semula pencerahan dari Meja GM atas isu tajuk posting ini. Ini bagi mengelak berlaku lebih kekeliruan atau prasangka persepsi yang mungkin lari dari landas kebenarannya. Apa-apa pun kadang-kadang apa yang dilakukan oleh seseorang itu nampaknya memang menyalahi keadaan atau kehendak semasa yang sepatutnya berada pada tempat dan kondisi yang lain "bukan untuk course yang sedang dilayari", atau berada pada zaman lain.

Sebelumnya beberapa isu juga telah dibuat pencerahan ataupun detail melengkapakan keterangan yang saya bangkitkan oleh Dari Meja GM dan saya meneliti setelah dibuat komen oleh GM akan terus posting tersebut naik mendadak jumlah penjengoknya. Terimakasih atas keperihatinan GM dan juga syabas kepada warga pelayaran yang mula menunjukkan sedikit perubahan yang kita sudah mula mengambil tahu dan bermula dengan ambil tahu seterusnya kita kena pergi kepada fasa yang lebih penting iaitu apakah yang boleh kita boleh ikhtiarkan dan cadangkan dan akhirnya yang terpenting sekali apakah yang kita boleh bersama-sama lakukan dalam melakukan perubahan kepada suatu yang lebih maju dan jauh ke depan.... kalau asyik dok komplain sokmo pun tak de guna juga kan????

Antara isu yang juga telah dihighlight oleh GM adalah berkaitan dengan kalendar MYA yang telah saya komen balas

(Komen GM) (ulas Komen Saya)

FROM GM TABLE

Setuju dengan pendapat Coach Rani, Kemunculan Dato Mansor dalam MYA ada membawa sedikit kelebihan kepada MYA sendiri, terutama sekali dalam soal perhubungan dengan MSN. Malah Anak Murid Dato Mansor sendiri menerajui salah satu Cabang di MSN.


Ada sedikit kebenarannya dengan kehadiran Dato' Mansor ke kejohanan juga sedikit kerap. Mungkin MYA perlu tetapkan jadual pusingan supaya top 5 orang kuat MYA ada pada setiap kejohanan Ranking dan sediakan satu slot untuk bersama mereka... dari situ kita boleh lihat adakah mereka berada pada kedudukan tersebut atas apa? Mencadangkan sesuatu kepada mereka dan melihat kepada atas kapasiti bidang mereka di luar sukan pelayaran apakah yang boleh disumbangkan..
 
Sebenarnya Pelayaran tidak di keluarkan dari Program Road To Landon. Hanya Khairulnizam seorang sahaja di senaraikan. Walaupan pada asalnya 4 orang sahaja di peruntukan. Bagimanapun setelah saya dan Dato Mansor berjumpa dengan Pengarah Program Olympic setelah memberi penjelasan maka 6 pelayar di persetujui. Bagimanapun senarai nama tidak dapat di majukan selagi tidak mendapat kelulusan jawatan kuasa. Oleh kerana Tak ada keputusan segera maka senarai tidak dapat di hantar seperti yang di kehendaki.  
Ulasan ini adalah sebab kenapa nama atlet (kecuali Nizam) telah tidak disenarai kerana  tidak dimajukan kerana tidak mendapat kelulusan jawatankuasa..sekali lagi adakah jawatankuasa tahu target date? dan kenapa tak diserahkan dalam jangkamasa?
 
Selapas itu dalam satu lagi pertemuan 2 orang kuat MYA telah bertemu dengan Pengarah Program Olympic dan setuju untuk tidak senaraikan pelayar dalam program Olympic. Kesempatan ini di gunakan oleh MSN sepenuhnya. Bagaimanapun perkara ini telah di salah ertikan apa yang di nyatakan oleh 2 orang kuat MYA adalah hanya kepada Neeta dan Amira tetapi MSN beranggapan keseluruhan pelayar. Tindakan segera telah di ambil dan saya mohon Presiden Masuk Campur menyelamatkan keadaan. Senarai sepenuhnya telah dihantar kepada MSN. Perkara ini akan di putuskan dalam JKK.

Juga sebenarnya tidak jauh lari dari ulasan saya. 
  1. Adakah mandat diberikan kepada 2 orang tersebut, walaupun orang kuat tetapi biarlah dengan mandat.... nanti semua sampai kepada tahap persatuan sendiri deal dengan MSN membelakangkan MYA berkaitan dan melibatkan dengan program-program MYA.
  2. adakah orang yang pergi adalah orang yang berada dalam JKK dan kalau orang dari luar JKK kenapa? Kenapa tidak diserahkan keputusan nama kepada wakil MYA yang berada dalam JKK dan orang tersebut adalah orang yang mendapat mandat
  3. Kenapa pergi selepas due date; kenapa tak cari tarikh lebih awal kalau ada perubahan kepada cadangan nama? Kita tiada masalah kalau JK Pemilihan tidak bersetuju dengan nama yang disenaraikan tetapi keputusan mereka beserta cadangan harus diserahkan awal dalam jangkamasa.
  4. Kenapa MSN begitu mudah mengambil faham...apakah mereka benar-benar tak faham atau buat-buat tak faham.. hairan wal ajaib juga rasanya. Sedangkan sukan kita sudah layak 6 kali berturut-turut sejak dari Olimpik Atlanta lagi (tahun berada 1996kan?)
  5. Apa-apa pun terimakasih atas usaha GM dan Presiden MYA dalam usaha memasukkan semula nama-nama mereka dan semooga kita berjaya mendapat peruntukan lebih. kita tunggu hasil JKK. Kalau boleh 2 orang kuat tadi yang pergi berjumpa dengan MSN tersebut tak perlu dilantik sebagai ahli JKK kerana nyata mereka mengelirukan dan membawa kepada kerugian bukan untung... itu pun kalau mereka berada sebagai ahli JKK, kalau tak jangan cuba-cuba nak cadangkan sebagai ahli JKK dari MYA.

Berhubung dengan pemilihan atlit juga memerlukan tindakan segera. bagaimanapun beberapa tindakan melambatkan proses penamaan atlit ke program Pelapis dan Elite juga memberi kesan . kerana atlit tidak dapat surat panggilan dari MSN.Ini telah melambatkan urusan pindah sekolah dan sebagainya. 

Sebenarnya kita perlukan mereka mereka yang benar benar faham tentang sukan pelayaran dan juga faham faham tentang kehendak MSN.
Gesaan tindakan segera ini ditujukan kepada siapa... 
  1. Jawatankuasa Pemilihan juga kah? 
  2. kalau berterusan  begini saya mencadangkan agar presiden mengambil tindakan segera mengubah mereka yang berada dalam AJK Pemilihan ini kerana jelas semua isu yang dibincangkan di atas adalah melibatkan Jawatankuasa ini dan kegagalan ini kena melibatkan presiden semula untuk turun tangan. 
  3. saya cadangkan pilih mereka ini ke jawatankuasa lain Jawatankuasa Promosi dan Publisiti perlu kot?
  4. Isu pemilihan kenapa kelas windsurfing tidak dimasukkan kerana telah diwar-warkan dan proses pemilihan telah diadakan... 
    1. Adakah jawatankuasa tidak bersetuju lagi sedangkan pemilihan telah dibuat. 
    2. Kalau tak puashati kenapa tidak pasti kehadiran memuaskan semasa pemilihan? 
    3. Kenapa kelas ini selalu sahaja menampakkan keliatan sedangkan Mr Yeap Leong Soon sendiri secara personel telah beberapa kali menyumbang ada kelas-kelas lain berlaku begini.
    4. Ataupun MSN Pelapis masih tak bersetuju seangkan kelas ini ada dalam Youth Olympic Games. 
    5. MYA kena bersetuju untuk mengiktiraf Youth Olympic Games sebagai sangat penting kerana mungkin MSN tidak, walaupun tidak sehebat Olimpik tetapi adalah setaraf atau lebih sedikit dari Sukan Asia. Kerana:
      1. laluan perkembangan dengan apa yang berlaku dalam negara adalah lebih mudah untuk sukan pelayaran lebih maju
      2. Telah terbukti contohnya  di Kejohanan Optimist Dunia sejarah membuktikan kita berada pada top 3 dunia
      3. Lagi tengok result ISAF Youth World kita juga tidak jauh berada dalam top 10
      4. Windsurf tidak perlukan saiz fizikal sebagai faktor utama hanya kekuatan fizikal dan teknik
      5. Lihat pingat Olimpik banyak negara asia menang kategori windsurf
      6. dan lagi
      7. dan lagi

 Akhir kalam memang benar kita perlukan mereka yang berada dalam JK MYA benar-benar tahu, tahu dengan sukan pelayaran dan tahu apa yang mereka lakukan. Tahu yang menjadi Tahu kepada semua warga pelayaran.. bukan tahu yang sendiri-sendiri tahu... nanti tah tahulah juga jawabnya? hai Tak tahu lah...

 Sekian Sekian kembali

3 ulasan:

  1. Komen dari GM di posting laporan Post Kejohanan Kebangsaan:
    (Kelas Windsurfing. Cawangan pelapis menolak cadangan tersebut. Maka cadangan menepatkan windsurfer dibawah pembiayaan MYA telah di kemukakan dalam Mesyuarat. Walaupun ada bantahan, Presiden setuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan agar rayuan di buat terlebih dahulu kepada MSN. Jika gagal maka MYA akan ambil tanggungjawab tersebut.)
    1. Pembantah-bantah kenapa agaknya? Adakah kerana tiada program pembangunan kelas ini mencukupi...Bentangkan 1 kertas kerja seperti yang saya highlightkan semasa AGM MWSA tempohari. Rasa-rasanya depa ni x de sailors kot malas nak buat program...
    2. Setuju dengan langkah Presiden seperti komen saya di atas bukan sekadar pergi dengan rayuan kosong bawa fakta bertulis kenapa.... kenapa.. kenapa perlu dan harus meyakinkan mereka kerana pengalaman YOG lepas kita lihat tiada keseriusan mereka dalam YOG sedangkan itu adalah antara strength kita dalam developing youth sailors.
    3. Langkah yang diambil ini menunjukkan keseriusan MYA... terima kasih kerana serius... jadi pencadangkan kelas ini masuk ke dalam program, jurulatih kelas windsurf dan pelayar-pelayar windsurf kena ambil serius jugak...kalau setakat ni dah serius... kena serius lagi...

    BalasPadam
  2. Saya pun hairan, kenapa windsurfing ini dianaktirikan...tak terfikirkah nasib windsurfer muda yang berkobar-kobar semangat setelah mendapat peluang berlatih di Langkawi tetapi tiba-tiba dimaklumkan terpaksa extend dulu..kena buat rayuan lah, itu ini sampai pening kepala nak faham.

    Jangan disebabkan kerenah birokrasi dan ketidakprihatinan pihak tertentu menyebabkan bakal atlet2 pelapis tertutup peluang dan membunuh semangat mereka semua. Jangan nak pandang rendah sukan windsurf nie, memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental..

    Kami ibu bapa pada windsurfer memang amat-amat serius dengan masa depan anak-anak kami dalam bidang ini...cuma tolong tunjukkan apakah cara yang membolehkan kami menunjukkan yang kami bukan main2 dan membuka mata pihak2 tertentu bahawa sukan ini memang wajib dimasukkan dalam program.

    Pada kami, tak mendapat sambutan bukan bermakna tak berminat tetapi mereka yang benar-benar berbakat dan bersemangat tinggi sahaja yang dapat menceburi sukan windsurf ini, nak angkat layar saja dah cukup membuatkan kami kagum + kesian, berat woooo...

    BalasPadam
  3. Trima kasih atas sukan tuan tuan... saya sangat terharu... sudah puas beri penjelasn, mereka mereka yang gelar diri mereka pegawai sukan masih tidak faham tentang sokan ini. sedangkan dalam sukan Sea dan Sukan Asia Winsurfinglah menawarkan pingat yang pailing banyak iaitu 4 manakala dalam Olympic 2. YOG hanya windsurfing dan byte CII sahaja.

    BalasPadam