Isnin, 24 Disember 2012

Post Kejohanan Kebangsaan - (1)

Kejohanan Kebangsaan KFC- 29th -MYA-MILO/NSC NATIONAL OPEN CHAMPIONSHIP 2012 baru sahaja berakhir. Edisi yang ke-29 ini dengan memasukkan nama beberapa penaja utamanya menjadikan namanya kadang-kadang rasanya tak begitu sedap sampaikan dah hilang nama kejohanan apa sailing ke golf ke ape?
Bagaimana ye untuk mendapatkan nama yang ringkas tidak perlu terlampau panjang, tetapi dalam masa yang sama tidak menyebabkan penaja-penaja-penaja kita berkecil hati dan berpuashati. Tiada lori MILO free ye tahun ini dan tahun-tahun kebelakangan? Tetapi rasanya masih lagi Milo menaja medal, t-shirt dan hamper, itu pun dah dikira besar dan menjimatkan penganjur. 
KFC juga tanpa ayam SO GOODnya bermakna bantuan kewangan untuk penganjuran dan juga penajaan dari MSN juga rasanya untuk sumber kewangan bagi membolehkan kejohanan ini dijalankan dengan meriah…
Meriah dengan kemeriahan melangkaui kejohanan-kejohanan ranking negeri yang biasa, Apakah kemeriahannya yang ditetapkan kepada negeri penganjur yang perlu dipatuhi? 

Standardized?...Penyertaan-dalam kawalan?, infrastruktur-berbeza dari apa yang selalu negeri penganjur menganjurkan?, acara tambahan-team event sahaja dengan tambahan 1 hari dari kejohanan biasa? Publisiti-media coverage…adakah guidelinenya?  
Berapakah ye anggarannya yang diperolehi oleh pihak penganjur dan bolehkah setidak-tidaknya kita dengan bantuan kewangan itu menyediakan kemudahan pertandingan untuk membolehkan  mengupgradekan tahap kejohanan lain dari biasa dan dalam yang sama ianya juga mendapat keuntungan jangkapanjang …. Harap begitulah hendaknya…. Setidak-tidaknya kemudahan untuk peralatan penganjuran.

Penyertaan pasukan luar juga agak baik pada tahun ini. Dengan pasukan JASIA (kelab yang diasaskan sendiri oleh Marrick-HKG) melibatkan pelayar-pelayar HKG dan 1 x THA. Juga penyertaan pasukan Myanmar dianggap besar pada kali ini, menunjukkan keseriusan pasukan perahu layar Myanmar menghadapi Sukan Sea sebagai tuan rumah. Singapura juga menghantar pesertanya bagi kelas Laser Radial dan Optimist. Sayang sekali 3 x pelayar yang menggunakan nombor layar INA berdaftar dengan SAFYC adakah isu tersembunyi bagi mereka yang tak perlulah kita perhalusi..kalau tak bolehlah kita katakan terdapat pelayar dari Indonesia juga…Pak Weng Samsi pun tidak kelihatan kali ini, apakah tidak mendapat makluman.



Penyertaan negara luar ini merupakan permulaan yang baik untuk lebih maju pada masa hadapan;  bagaimana…?  Rasanya sudah sampai masanya untuk kita mulai melangkah lebih jauh ke depan untuk proses meningkatkan tahap dan mutu pelayaran dengan mengadakan kejohanan ranking Asean ataupun Asean Sailing Series yang melibatkan beberapa negara Asia Tenggara dan seterusnya ke peringkat Asia pula. Sehingga kini 4 negara (MAS, THA, SIN dan INA) sering kali terlibat mengambil bahagian dalam beberapa siri kejohanan antara negara dalam beberapa kejohanan tertentu. Dan terkini penglibatan MYA pula mengapa tidak MYA (Malaysian Sailing Association bukan Myanmar) mencadang dan memulakan projek ini kepada negara-negara jiran…

Tidak terlupa Sarawak juga menghantar pesertanya untuk kejohanan ini setelah jarang-jarang melihat Sarawak kecuali semasa kejohanan Perahu layar MSSM menambah seri kejohanan. sayang sekali penyertaan Kelantan tidak kelihatan. MYA harus melantik seseorang dengan tugas khas bagi membolehkan Kelantan bergerak aktif untuk sukan pelayaran jika tidak bolehlah dianggap masih gagal. Bukan sekadar Kelantan tetapi juga negeri-negeri dan wilayah lain seperti Sarawak dan Labuan tidak kurang Kuala Lumpur juga semakin menyepi.
Juga bukan sekadar melihat penyertaan negeri/kelab tetapi juga terhadap kelas-kelas bot yang dipertandingkan terutamanya kelas-kelas yang dipertandingkan di Kejohanan SUKMA. Kerancakan kelas-kelas bot yang akan dipertandingkan di SUKMA akan membolehkan sukan perahu layar kekal terus menjadi sukan utama dan sukan wajib. Kerancakan juga membolehkan cadangan seperti yang dikemukakan oleh Persatuan Pelayaran Terengganu (TESA) untuk menambah pingat tanpa perlu menambah peruntukan kewangan dengan acara kelas bot yang baru (multi event/multi medal) barulah relevan dengan jumlah penglibatan kewangan yang besar dalam penyediaan pasukan menjalankan aktiviti program latihan dan pertandingan pendedahan.

Bersambung….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan