Jumaat, 13 Disember 2013

Surat Tawaran dari MYA & NOR Byte CII Kejohanan Kelayakan Asia untuk YOG

Agak lama menyepi.. sibuk dengan persiapan di Perlis dan Langkawi dan sekembali dari Langkawi sibuk pula dengan latihan Terengganu Sailing Weeks.

Baru sebentar tadi menerima maklumat berkaitan dengan surat makluman dan jemputan dari MYA berbunyi:
We would like to welcome participation from all the Asian Countries to  this Byte CII Asian Championship 2014 
and 2014 Youth Olympic Games Open Qualifier for the Asian Region which will be held at National Sailing Centre

(Training Centre) Lot 3662, Pokok Asam, Kuah Langkawi, 07000 Kedah, MALAYSIA.

The notice of race is as attached for your information.
Please do not hesitate to contact us for any query or assistance. Please confirm receipt of the mail.


Looking forward to seeing all of you in Langkawi.

Agak tidak jelas berkaitan dengan jemputan tersebut. Apakah pelayar dalam negara secara terbuka boleh menyertai atau ada had-had kelayakan sebelum menyertai kejohanan ini. Jemputan lebih tertumpu kepada negara-negara.
Bagaimanakah caranya kalau pelayar dalam negara dari persatuan negeri mahupun kelab ingin mengambil bahagian adakah mereka boleh mendaftar sendiri melalui laman web tertera (untuk ke laman web http://www.bytechamps.org/ melalui NOR kadang-kadang susah (address tak valid-tertera). Mahupun anda dibenarkan untuk mendaftar secara terus tetapi terlebih dahulu perlulah menjadi ahli kepada kelas ini seperti yang tertera di NOR dan juga pada laman web tersebut menyata:
How to Register:
Before you do anything, you MUST first sign-up to become a member on bytechamps.org Website. You will only ever do this once even if you return here to register for another Championship in the future. Do this from the LINK table at right and follow the instructions. As soon as you submit the form you will be notified that an email has been sent to you to verify your address. Close that notice and go and get that email. Do NOT try to skip this step as it contains a URL on which you will click to log in and continue the registration process. When you come back to this page, you will already be logged in so you can click below to register.

Ianya hanyalah menjadi ahli sahaja tanpa perlu apa-apa bayaran dimana anda boleh klik pada ruangan kota di sebelah kanan pada link (how to register atas), tanpanya anda tidak boleh ke langkah seterusnya.
Juga jika anda ingin megambil bahagian perlulah mempunyai kelengkapan bot dan layar lengkap. Jika tiada anda boleh menyewa dari XSP melalui event website dalam NOR tersebut pada ruangan charter boat (link:Charter page.) Buat masa sekarag belum ada apa-apa update dinyatakan berkaitan dengan perkara ini.
Sekali lagi diingatkan jika anda menyertainya dan menang sekali (maksudnya layak ke YOG dengan menjadi salah 1 dari 4 kedudukan negara yang terbaik) anda belum tentu sah mewakili negara kerana kelayakan ini adalah atas dasar negara bukan pelayar. Oleh itu kita berharap jawatankuasa pemilihan telah bekerjasama dengan pihak jurulatih dan semua yang terlibat telah merangka dan menetap apakah kriteria-kriteria serta bagaimana step-step pemilihan dilakukan termasuk dengan syarat-syarat dengan jelas jangan tergantung dan jangan sesuatu yang tidak pasti untuk mengelak dari pisang berbuah 2 kali sebagaimana berlaku kekecohan semasa pemilihan ke Sukan Sea baru-baru ini. 

NOR tersebut boleh didapati dari SU persatuan negeri masing-masing seperti di bawah:


Sekian.

Ahad, 17 November 2013

Liga Layar Malaysia Satu Kenyataan 2

Berikut adalah suntingan petikan yang juga dipetik dari akhbar yang sama sebelumnya, kenyataan dari Pengarah Majlis Sukan Negara Dato' Zulkeples Embong. Saya menghidangkan kedua bagi menjadi tatapan penuh anda dalam menyelami dan mengambil faham dari keduanya.



MSN bakal melancarkan Liga Layar Malaysia
MAJLIS Sukan Negara (MSN) akan melancarkan program pembangunan Sukan Pelayaran yang lebih komprehensif dengan memperkenalkan Liga Layar Malaysia dan Program Belia Belayar bagi melahirkan atlet-atlet yang dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa pada masa depan.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata program terbaru itu adalah satu inisiatif yang dijalankan seiring penganjuran Kejohanan Piala Monsoon bagi tujuan menyediakan platform kepada pelayar-pelayar tempatan untuk belajar, bersaing dan mempersiapkan diri untuk menjadi juara dunia.
"Liga Layar Malaysia akan dianjurkan secara liga pusingan di setiap negeri dan pelayar yang mengumpul mata tertinggi akan mewakili negara ke Kejohanan Piala Monsoon. Program ini dijangka dapat dijalankan sepenuhnya mulai tahun depan.
"Program Belia Belayar pula dianjurkan bersempena Liga Layar bertujuan memupuk minat dan memberi pendedahan awal kepada anak-anak muda tempatan untuk menceburi sukan ini, seterusnya mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MSN semalam.
Zolkples berkata, sukan pelayaran adalah antara sukan yang sering menyumbangkan pingat di peringkat antarabangsa khususnya di Sukan SEA dan Sukan Asia, manakala atlet-atlet pelayaran juga pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik menerusi Kevin Lim (Sukan Olimpik 1996, 2000, 2004 dan 2008) serta Mohd. Khairulnizam Mohd. Afendy yang layak ke Olimpik London 2012.
Menurutnya, MSN sentiasa memberikan tumpuan terhadap pembangunan sukan pelayaran sebelum ini terutama dengan menyediakan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi yang kini digunakan untuk program latihan atlet elit dan pelapis kebangsaan. Setakat ini, seramai 17 atlet elit dan 20 atlet pelapis sedang menjalani latihan di bawah kendalian lima jurulatih sepenuh masa.
"MSN juga dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Pelayaran Negeri telah menubuhkan 13 pusat latihan di seluruh negara, membabitkan 249 orang atlet. Mereka semua menjalani latihan harian di bawah kendalian 19 orang jurulatih yang telah dikenalpasti.
"Dengan adanya penganjuran Liga Layar Malaysia ini, ia akan memberi peluang dan pendedahan kepada atlet-atlet negeri untuk bersaing secara konsisten, sekali gus dapat meningkatkan prestasi mereka untuk bersaing di kejohanan yang lebih besar.
"Sukan pelayaran perlu mempunyai struktur pertandingan yang tersusun dan kompetitif di semua peringkat. Sehubungan itu penganjuran pertandingan perlu diperbanyakkan bagi membantu atlet-atlet pelapis dan elit negara mematang serta mempersiapkan diri sebelum menghadapi kejohanan yang lebih besar.
"Penganjuran Liga Layar Malaysia itu pula akan menyaksikan sukan ini dapat dipopularkan secara tempatan dan menarik minat anak muda untuk menceburi sukan berkenaan di bawah program Belia Belayar yang dianjurkan secara seiring nanti.
Katanya, penyertaan bagi Program Belia Belayar adalah terbuka kepada kanak-kanak dan remaja tempatan dengan sasaran penyertaan sekurang-kurangnya 2,000 orang di setiap lokasi. Program itu akan diadakan selama empat hari merangkumi gabungan kelas dan sesi di air dengan menekankan aspek-aspek asas pelayaran, demonstrasi pelayaran, latihan dan sesi perlumbaan di kalangan peserta.
Menurut Zolkples, program pembangunan sukan pelayaran terbaru MSN ini juga akhirnya akan dapat mewujud atau menaiktaraf kemudahan sukan pelayaran di seluruh negara, membangunkan saluran bakat sukan ini dengan membuka lebih banyak peluang dan akses kepada generasi muda untuk turut serta selain meningkatkan prestasi atlet sedia ada menerusi liga yang dianjurkan.
Menurutnya, MSN akan bekerjasama erat dengan Persatuan Pelayaran Malaysia untuk menjayakan program berkenaan yang juga bertujuan menambah kemahiran dan pengetahuan jurulatih-jurulatih tempatan agar lebih kompeten di dalam mengendalikan latihan dan persediaan atlet-atlet mereka.
------------------------------------------------------------------------
Ketua Pengarah MSN itu berkata, Liga Layar Malaysia dan Belia Belayar bagaimanapun tidak dapat diadakan mengikut perancangan awal iaitu di setiap negeri pada tahun ini kerana kesuntukan masa.
Bagaimanapun ia tetap akan diadakan bersempena Kejohanan Piala Monsoon di Kuala Terengganu iaitu pada 15 hingga 18 November ini untuk Liga Layar Malaysia dan penganjuran Belia Belayar pula akan diadakan pada 19 hingga 22 November ini.

Dapatkan rrtikel Penuh di untuk missing note ------: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2kutkS2uE
Hakcipta terpelihara 

Yang manakah? antar keduanya?

Liga Layar Malaysia Satu Pernyataan 1

Kali ini ingin lari dari beberapa topik utama yang sedang hangat diperkatakan. Saya ingin menghidangkan kepada anda berkenaan 2 artikel berkaitan dengan salah satu lagi acara terbesar negara yang sedang berlangsung iaitu siri Liga Layar Malaysia iatu salah satu acara yang dahulunya dikenali dengan Monsoon Cup tetapi telah di re branded dan diberi nafas baru.
Acara ini rasanya agak kurang menarik pada tahun dari segi pelaksanaan penganjurannya atas sebab iainya dilakukan pada saat-saat akhir menyebabkan promosi tidak dapat dijalankan dengan lebih awal dan lebih menyeluruh. Beberapa masalah terutama berkaitan dengan persefahaman pada peringkat tertinggi negara bagi membolehkan acara tahunan yang menelan belanja terbesar mengalahkan perbelanjaan sepanjang tahun MYA berjaya mencapai sasaran jangka panjang yang ditetapkan selain dari sasaran menaikkan nama negara dari segi penganjuran acara-acara hebat dunia, daya tarikan pelancong iaianya juga kemudiannya mensasarkan kepada pencapaian terbaik negara dari segi pencapaian atlet pada keseluruhannya.

Berita yang dipetik dari akhbar Kosmo Online, satunya adalah pernyataan dari syarikat penganjuran Innovatige Sdn Bhd:

Memperkasakan sukan pelayaran
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


SUKAN pelayaran kini bukan sahaja diceburi golongan berada tetapi turut menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.



KETIKA Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim berada di Australia, beliau menyaksikan sukan kapal layar didominasi oleh pelayar pelbagai latar belakang tidak kira golongan kaya atau miskin.
Melihat kepada senario unik itu, Tunku Laksamana Johor itu terdetik sesuatu.

Beliau terfikir mengapa tidak suasana serupa berlaku di tanah air sendiri.

"Saya tidak menolak andaian bahawa sukan kapal layar sinonim dengan golongan elit.
"Namun, saya rasa tiada sesuatu yang mustahil jika sukan kapal layar menjadi sukan mesra rakyat seperti sukan bola sepak yang diminati oleh sesiapa sahaja, tidak mengira latar belakang kerana bagi saya di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

"Saya juga berpandangan, jika ada inisiatif dan sokongan daripada pelbagai pihak di negara ini, nescaya sukan kapal layar mampu menjadi antara acara sukan popular di Malaysia," katanya ketika ditemui dalam satu wawancara khas dengan Kosmo! Ahad di Johor Bahru semalam.
Iltizam Tunku Abdul Jalil itu membuktikan beliau seorang yang berpandangan jauh.
Katanya, sebagai seorang pencinta sukan kapal layar, beliau tidak gentar untuk menongkah arus dengan mahu membuktikan sukan pelayaran tidak tertakluk kepada golongan berada semata-mata.
Sebagai detik permulaan, selaku Pengerusi Innovatige Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang hak Piala Monsoon 2013, Tunku Abdul Jalil berkata, beliau bukan setakat membawa pelayar terkemuka datang ke Malaysia.
Malah, turut berganding bahu dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menguruskan program Belia Belayar dan program Liga Layar Malaysia pada tahun ini yang akan diadakan sebelum Piala Monsoon berlangsung.
"Langkah kerajaan untuk menganjurkan Belia Belayar bertepatan dengan hasrat Innovatige untuk memupuk minat dan memberi pendedahan kepada anak-anak muda tempatan untuk menceburi sukan ini.
"Ia juga merupakan satu platform terbaik untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi," katanya yang berpengalaman belayar di beberapa buah negara termasuk di Sweden sebelum ini.
Ujar Tunku Abdul Jalil, seperti yang telah diumumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini, program Belia Belayar akan dilaksanakan terlebih dulu di Pulau Duyung pada 19 hingga 21 November ini.

TUNKU Jalil mempunyai minat yang mendalam dalam sukan pelayaran.



Sejurus selepas itu, beliau berkata, program ini akan digerakkan secara berterusan di seluruh Malaysia termasuk di Johor.
"Kami akan memberikan sokongan kepada usaha kerajaan menjayakan program ini. Kita mempunyai perancangan untuk menjelajah ke sekolah-sekolah rendah, menengah mahu pun kampus untuk mencari bakat baharu dan seterusnya melatih mereka di bawah kendalian jurulatih-jurulatih profesional yang dilantik.
"Saya juga akan turun padang untuk terlibat sama dan saya juga menjemput pelayar-pelayar di luar sana untuk sama-sama berkongsi kepakaran yang mereka ada bagi menjayakan program ini," katanya yang sedang mencari lokasi-lokasi bersesuaian untuk dijadikan pusat latihan.
Sementara itu, bagi Liga Layar Malaysia, jelas Tunku Abdul Jalil, ia merupakan liga pusingan di setiap negeri.
"Pelayar yang mengumpul mata tertinggi akan mewakili negara ke Kejohanan Piala Monsoon akan datang dan ia akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya," katanya lagi.


Adakah sejarah akan berubah; diubah? Saksikan sambungan kepada topik ini untuk melihat Kenyataan ke-2



Ahad, 10 November 2013

Mendepani Isu Besar ke Penghujung: Acara di SUKMA

Sebagaimana yang kita tahu kejohanan SUKMA merupakan sasaran tertinggi bagi program pembangunan negeri. Bagi kebanyakan negeri yang rata-ratanya bergantung dengan peruntukan negeri (MSNegeri) kecuali bagi negeri atau persatuan/kelab negeri yang lebih independen maka sasarannya adalah SUKMA. Walaupun negeri boleh berbangga dengan pencapaian-pencapaian atlet mereka di peringkat luar negara sekalipun tetapi kejayaan sesuatu program itu lebih menjurus kepada pencapaian semasa di SUKMA.

Mengimbas kembali bermula pada tahun 1998 acara perahu layar ini dimasukkan ke SUKMA dengan hanya 2 acara sahaja dipertandingkan (individu dan berpasukan Optimist), kemudiannya ianya diperkembangkan dengan acara-acara kelas dinghy lain sehinggalah ke SUKMA 2010 di Kedah acara dipertandingkan adalah: Laser Standard, Laser Radial Lelaki dan Perempuan, Laser 4.7 Lelaki dan Perempuan, Int 420 Lelaki dan Perempuan serta Optimist (Berpasukan, lelaki dan Peempuan). Manakala seterusnya pada tahun 2012 dengan usaha keras beberapa penggiat warga pelayaran terutamanya GM MYA (Mr Afendy) maka kelas windsurfing berjaya dipertandingkan.
Sayang sekali pada masa tersebut seolah-olah ada tindakan-tindakan walaupun tak terniat (ye ke?) tetapi seolah-olah mensabotaj perkembangan penambahan kelas dalam sukan perahu layar terutamanya bagi kelas windsurfing ini, apabila akhirnya hanya beberapa negeri sahaja bertanding terutama sekali bagi acara windsurfing perempuan. Tetapi tidak sepenuhnya boleh dipersalahkan kepada segelintir yang bertindak begini kerana pembangunan kelas itu sendiri beergerak dengan perlahan sekali walaupun pada permulaan disuntik dengan agak hebat juga dengan pemberian percuma board windsurfing kepada negeri-negeri melalui penajaan individu (thank Mr Leong Soon) dan juga MYA tetapi selepas itu struktur pembangunannya tidak berjalan dengan baik walaupun dalam masa yang sama tertubuhnya persatuan windsurfing kebangsaan WMSA. Sayang sekali ada juga kalangan ahli MWSA itu sendiri adalah ornag-orang yang sama dengan orang di dalam MYA dan orang yang sama di dalam persatuan negeri yang bagi saya hanya pada zahirnya sahaja berada pada psosi-posisi jawatan tetapi kureng.... bagi saya ini adalah antara penyebabnya berhubung kait antaranya dengan pembangunan sukan itu sendiri.
Dan kini senario itu seolah-olah berulang lagi. Sebaik sahaja selepas SUKMA semasa AGM MYA 2012 Terengganu telah mengusulkan berkaitan apa yang berlaku semasa SUKMA 2012 dan mencadangkan beberapa cadangan supaya penambahn pingat dilakukan. bagi memastikan sukan perahu layar dapat terus bersaing antara semua negeri tidak hanya beberapa negeri yang merupakan punca dan kuasa lahirnya pelayar-pelayar handal negara (proses berterusan). Ini kenyataan yang tidak dapat dilarikan kerana melihat kepda sukan-sukan yang lain yang menjadi teras dan tumpuan MSNegeri seperti sukan renang, berbasikal, memanah, menembak olahraga dan lain-lain lagi. tetapi sayang sehingga beralih pengurusan tiada apa yang berlaku sehinggalah kini tinggal beberapa bulan sebelum SUKMA.
Sesuatu yang tidak resmi keluar dari MYA kepada negeri-negeri adalah suatu yang masih menjadi satu perkara yang tidak boleh diperhebahkan tetapi sehingga bila? Waktu semakin suntuk tinggal kini berapa bulan sebelum SUKMA, kita masih berteka-teki berkaitan dengan apa yang akan berlaku maksudnya acara-acara yang akan dipertandingkan dan apakah tindakan yang perlu dilakukan supaya selari dan selaras dengan apa yang ingin kita lakukan semasa SUKMA nanti. Apa yang kesemua  negeri-negeri belum beersedia adalah wajar kita bergerak mulai sekarang. Apa yang dilihat menjadi advantage kepada negeri-negeri tertentu berkenaan dengan apa yang ingin kita ubahsuai akan menjadi polemik dan isu kemudiannya harus ditangani sebaiknya.

Apa yang berlaku... saya mendapat maklumat dari pihak sebelah sana yang peraturan pertandingan telah dikeluarkan oleh MSNegara kepada MYA untuk semakan dan dikembalikan setelah dibuat pindaan dan penyesuaian. Sayangnya peraturan dikeluarkan adalah berdasarkan kepada peraturan 2010 (Melaka) kenapa tidak berdasarkan 2012 iaitu SUKMA terkini. Bagi saya inilah kesannya jika kita tdak support sepenuhnya acara dan kelas yang dicadangkan maka mungkinnn (mungkinlah) itu yang menjadi punca kenapa peraturan 2010 dikeluarkan tidak 2012, apa maksudnya? maknanya acara windsurf tidak dimasukkan. Tetapi sekali teknikal delegate yang dilantik MYA (Mr Afendy) telah membuat pindaan semula selaras dengan apa yang telah diperkatakan dan mengeluarkan satu deraf peraturan pertandingan dan diedarkan kepada ahli-ahli AJK MYA tetapi sayangnya sumber maklumat memaklumkan tiada apa-apa response balas kecuali 1 sahaja yang diterima dari AJK. Oleh kerana ianya masih beredar dalam kalangan atasan MYA maka ianya tidak boleh diperkatakan... Ya! kenapa tidak ianya dipanjangkan kepada persatuan-persatuan negeri kalau kalangan MYA tiada respon dan juga personal dalaman MYA juga tidak boleh mengwar-warkan isu ini sehinggalah mendapat restu, tak gitu?. Saya merasakan mungkin Teknikal Delegate sendiri memaklumkan perkara ini kepada umum berkenaan dengan cadangan tersebut... atau saya ketinggalan kapal... perkara ini sudah menjadi perkara umum?? Belumkan? Persolannya juga bilakah perkara ini perlu dikembalikan kepada MSN dan apa akan jadi kalau negeri-negeri tak tahu apa-apa kemudiannya apabila MSNegara memaklumkan kepada MSNegeri dan MSNegeri mendapat maklumbalas yang negatif dari persatuan negeri?. Akhirnya walhasil nalik asal dengan cadangan-cadangan penambahbaikan? Seperti mana yang berlaku di tahun 2012 akan berulang... tunggu sehingga last minute beberapa minggu sebelum SUKMA?

Bersambung...apakah antara yang diubahsuai..kita lihat antara response dan komen balas jika ada... Ada berani?

Selasa, 5 November 2013

Mendepani Isu Bertaut: ASC, Pemilihan dan Komen Balas Penjenguk

Isu berkaitan dengan kejohanan dan juga pemilihan bagi kejohanan ASC mendapat beberapa komen dan maklumbalas yang agak menarik untuk diperhalusi. Termasuklah komen yang pertama rasanya datang dari kalangan atlet itu sendiri.
Dalam isu yang saya highlightkan itu beberapa isu diutarakan:
  1. Berkenaan dengan masa pemilihan diletakkan dalam kalendar MYA agak sesak dan padat dengan 2 aktiviti/acara lain dan risiko kesannya.
  2. Masa jumlah hari yang agak lama bagi kem pemilihan dan juga kejohanan RPAL menjejaskan waktu persekolahan bagi atlet bersekolah
  3. Masa kejohanan ASC itu sendiri yang rapat beberapa hari selepas berakhirnya SUKMA, kesan kepada waktu yang dapat dipergunakan bagi menjalani latihan awal di venue Asian Games nanti. 
  4. Kriteria dan polisi pemilihan adakah sudah ditetapkan termasuk atlet yang terpilih ke kem pemilihan dan yang akan terpilih untuk ASC.
  5. Selain itu beberapa cadangan dikemukakan:
    1. Mengadakan selepas kej RPAL supaya tak banyak aktiviti serentak atau
    2. Mengadakan pada waktu lain semasa cuti sekolah bulan Mac atau
    3. Memecahkan pemlihan kepada kelas-kelas berlainan bagi mengurangkan kesan kepada menjejaskan waktu persekolahan/pengajian mengikut kepada pelayar-pelayar yang akan terlibat bagi setiap kelas bot
    4. Mencadangkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan holistik dengan program pembangunan bagi kejurulatihan (penglibatan jurulatih luar negara dan jurulatih tempatan) semasa kem.
Dalam masa tersebut beberapa maklumbalas diterima:
  1. Isu masalah kesesakan pelayar, peralatan dan penginapan mendapat ulasan sama. Bagi sesetengah kelas contohnya (Int 420 dan Int 470) diadakan bersama dengan RPAL mungkin boleh mengurangkan masalah bot Int 420 dan Int 470 jika di bawa oleh negeri sama. Jika timbul masalah ketidaksamaan bot negeri dan kebangsaan seperti komenkan boleh diadakan boat rotation bagi semua atlet. Kedua kelas ini juga agak kurang atlet bersekolah mengikut kedudukan keputusan semasa pada masa ini.
  2. Masalah pengurusan kewangan juga dihighlight, 
    1. bagi pasukan negeri rasanya tiada besar masalah untuk menghadiri kem pemilihan jika mengikut apa yang berlaku pada kem lepas di mana atlet terpilih mengikut kedudukan ranking dibiayai sepenuhnya oleh MYA/MSN dari segi penginapan/makan-minum termasuk juga peralatan bot. Hanya peralatan individu dan kos tambang ditanggung sendiri.
    2. Bagi MYA dan jawatankuasa yang akan dilantik haruslah lebih bertanggungjawab dan lebih bersedia dari awal. Pengalaman semasa menganjurkan kejohanan IODA World diikuti dengan kejohanan ASC yang lepas harus dijadikan panduan bukan sekadar pengurusan kewangan malahan keseluruhannya bagi mengelakkan beberapa perkara yang boleh menjejaskan dan memalukan negara seperti yang berlaku semasa ASC. Sudahkah dilantik jawatankuasa bagi kejohanan kelayakan YOG Byte ini?
  3. Manakala komen balas yang rasanya datang dari pelayar itu sendiri agak menyeluruh isu dibangkitkan. saya bersetuju dengan isu dibangkitkan tetapi tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan. Pengomen mengutarakan:
    1. Menggunakan kejohanan sehaja sebagai kriteria pemilihan (RPAL atau KFC Penang), bagi mengatasi masalah bot guna bot sendiri dan juga melihat kepada keputusan ranking
    2. Masalah ranking seperti meragukan keputusan ranking tidak memasukkan keputusan semasa atlet kebangsaan beraksi di luar dalam keputusan dan berat sebelah?
    3. Masalah pengterlibatan atlet dalam aktiviti-aktiviti yang diaturkan menjejaskan waktu pengajian mereka terutama bagi Kejohanan Sukan Sea dan beberapa program selepas itu, samalah isunya dengan atlet bersekolah.
    4. Keperluan kepada fizikal fitness kerana kemungkinan atlet terpilih tidak mempunyai kekuatan fizikal mencukupi semasa jangkaan ASC dan kemungkinan kepada atlet hanya boleh terpilih sahaja.
  4. Manakala komen balas dari sahabat yang lain pula mengutarakan isu polisi atau kriteria yang dikeluarkan seolah tidak begitu jelas akan polisi yang dikeluarkan juga tranfrensi yang diragukan? Berbalik kepada isu yang saya highlightkan perlulah lagi diperkemaskan. 
  5. Komen balas rakan seterusnya menekankan kepada rakan-rakan semua untuk sama-sama lebih memberikan yang terbaik dan mungkin kata semangat untuk rakan atlet untuk memberikan yang terbaik. 
Dalam mengulas isu pemilihan ini saya lebih bersikap bersetuju dengan apa yang telah diadakan sebelum ini dengan mengadakan kem pemilihan dengan beberapa penambahbaikan seperti yang dipinta:
  1. Polisi dan kriteria pemilihan yang jelas termasuk jumlah kedudukan ranking yang akan diambil kira supaya semua lebih bersedia.
  2. termasuk semasa kem itu sendiri telah diadakan proses pemilihan tersebut, maksudnya kekuatan fizikal, kesediaan, komitmen dan determinasi dalam semua dapat dilihat
  3. Lain-lain keperluan telah bersedia termasuk kepada keraguan sahabat tadi... tranferansi?
  4. Mengurangkan risiko kepada kesan pengajian atlet IPT dan juga atlet bersekolah.
Rakan atlet kita itu sendiri harus menerima ini sebagai satu cabaran kepada mereka, berdasarkan kepada keputusan pemilihan baru-baru ini melihatkan ada kelompongan bagi segelintir atlet kebangsaan dalam persaingan. Jika alasan kesibukan pelajaran menyebabkan masalah ini berlaku, maknanya samalah juga dengan atlet negeri lain yang mereka juga ada yang terlibat dalam pengajian di IPT mahupun bersekolah. Disini atlet perlu mengasing beza antara mereka dan rakan sepengajian yang lain (non athlete). Pihak pengurusan harus melihat isu ini dengan lebih mendalam kerana kebanyakan atlet sandaran semasa Sukan Asia adalah terdiri dari kalangan pelajar IPT. Dalam memastikan, memaksimakan dan mengoptimakan aktiviti latihan maka hal-hal kebajikan atlet juga harus berada pada tahap yang sama. Buat masa sekarang rasanya atlet elit mendapat insentif-insentif yang agak memuaskan bersama dengan lain-lain perkara seperti biasiswa dan sebagainya. Kerana persediaan intensif yang mencukupi serta berterusan itu selain meningkat dan mengekal prestasi sentiasa pada tahap tertinggi juga boleh mengelakkan kita kepada masalah-masalah lain seperti kecederaan terutamanya.

Masalah kesungguhan atlet terpilih bagi kelas-kelas yang benar-benar kompetitif rasa-rasanya sudah boleh kita ketepikan tetapi bagi kelas-kelas yang tidak kompetitif atau atlet yang jarang-jarang bersaing dalam kejohanan dalam negara tetapi tiada atlet lain mungkin ada kebenarannya. Malahan kalau kita lihat kesungguhan sebilangan kecil atlet negeri kadang-kadang amat saya menghargai dan respek kepada mereka kerana sampai ada yang sanggup menangguh pengajian bagi memastikan mereka berjaya mencapai hasrat dan sasaran mereka. Atlet sebeginilah yang perlu kita lihat, bantu dan bagi bimbingan secukupnya melihat kepada halatuju dan dream goal mereka, bagi memastikan pengorbanan yang mereka lakukan itu tidaklah sia-sia dan terkandas di tengah jalan. Begitulah juga lebih-lebih lagi kita harapkan dengan atlet kebangsaan kita. Mengikut kepada komen atlet tadi rasa-rasanya selepas peperiksaan final Mac nanti, jika perlu mengikut keperluan pelaksanaan program latihan yang diaturkan atlet  perlu menangguh pengajian bagi memastikan hasrat negara dan impian masing-masing akan tercapai. Tetapi jika sekiranya atlet menangguh pengajian mereka haruslah berusaha sepenuhnya dengan bantuan pengurusan juga sepenuhnya bagi memastikan tidaklah sia-sia apa yang dikorbankan oleh atlet.

Masalah ranking selain atlet kebangsaan terjejas semasa beraksi diluar negara rasanya atlet negeri juga ada yang turut terjejas kerana atlet berbakat yang tidak dapat mengikuti semua pertandingan bagi mendapatkan ranking dan tidak dinyatakan sehingga ranking mana bagi memastikan mereka berjaya mendapat mata ranking mencukupi bagi melayakkan mereka terpilih ke kem pemilihan. Tak tahulah berapa kejohanan atlet kita berada di luar tidak mendapat mata ranking, tetapi 1 kejohanan rasanya atlet tak dapat mata adalah Kejohanan di Singapura yang tak dapat dijalankan bertindih dengan Kejohanan Tunku Laxamana. Saya berpendapat pelayar kebangsaan harus mendapat mata walaupun dia orang tak bertanding, mana dia orang nak tahu semasa kejohanan tersebut tak jadi perlumbaan dijalankan kerana masalah jerebu manakala pertandingan di KFC-Tunku Laxamana itu sendiri masih boleh diragui kerana jumlah race yang tidak mencukupi terutamanya untuk kelas Optimist. Atlet dari Terengganu juga tidak mendapat mata ranking pada masa tersebut apabila 4 atletnya turut beraksi pada kejohanan yang sama. Manakala pada kejohanan di Selangor sebelumnya ada beberapa atlet yang baru sahaja sampai kembali ke Malaysia pada masa tersebut tidak mengambl bahagian sementara sebahagian yang lain mengambil bahagian, bagi kejohanan ini rasanya mereka yang tidak mengambil bahagian berhak untuk tidak mendapat mata ranking. Hal ranking ini sudah menjadi masalah beberapa tahun kebelakangan ini dan usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini melalui mesuyarat AGM MYA baru-baru ini bagi ranking tahun 2014, kita tunggu dan lihat. Apa pun dalam isu pemilihan atlet kebangsaan tak terjejas untuk terpilih ke kem pemilihan tetapi mungkin keputusan keseluruhan ranking kebangsaan mereka terjejas. Saya beresetuju kena ada lantikan orang tertentu 2 atau 3 orang dalam di bawah jawatankuasa bahagian berkaitan MYA.

Sabtu, 2 November 2013

DALAM MENDEPANI CABARAN KE DEPAN-ISU BERTAUT

Beberapa isu berhubung kait antaranya belum sampai ke sasarannya.
Kalendar MYA yang dalam perancangan akhir baru sahaja dipostkan  pada posting lalu (Kalendar Aktiviti MYA bagi Tahun 2014) Baru beberapa hari lepas menerjah masuk info baru yang agak lama juga mencari-cari dimerata samada di website/blog ataupun bertanyakan kepada MYA sendiri berkaitan dengan kejohanan ASC bagi tahun 2014 dimana ASC ini sepatutnya diadakan pada tahun ini dengan NOR pun sudah dikeluarkan tetapi terpaksa ditangguhkan oleh pihak penganjur (Pengumuman ISAF: 2013 Asian Sailing Championship Postponed).
Berita yang baru diterima ASC berkemungkinan besar akan diadakan pada bulan Jun ini (12-22hb Jun??)  iaitu beberapa hari selepas berakhir SUKMA 2014 Perlis.  Persoalannya bagaimanakah ianya akan dilakukan? Saya tidak ingin mengulas lanjut isu ini yang mungkin belum lagi menjadi berita resmi. Cumanya nanti akan ada pertembungan antara kehendak negara dan kehendak negeri berkaitan dengan atlet yang sama dan bagaimana ianya akan diatasi. Bagaimana mendepani akan timbul beberapa reaksi dan persepsi dan bagaimana mengatasinya, yang utamanya dan pastinya pelayar utama negara tentunya akan mengambil peluang ini sepenuhnya untuk berlatih awal bagi menyesuaikan suasana di Busan sebagai persediaan bagi kejohanan sasaran utama negara iaitu Asian Games 2014. Apa-apa pun jarak masa tersebut tidaklah terlampau hampir dan masih sempat bagi kedua pertandingan cuma dari segi loadingnya sahaja.
Apapun peracangan yang sudah dikalendarkan oleh MYA ialah berkaitan dengan kem pemilihan atlet bagi kejohanan ASC ini dimana ianya akan diadakan pada 01hb-10hb Februari iaitu dalam masa yang sama juga akan diadakan Kejohanan Kelayakan YOG Byte bagi benua Asia (4-10hb Februari). Kedua acara ini adalah penting bagi MYA terutamanya bagi kejohanan kelayakan YOG. Bagaimanakah keduanya akan dijalankan serentak dan adakah kita mempunyai cukup segalanya bagi melakukan kedua tersebut. Juga dalam masa tersebut juga akan diadakan Klinik LITC anjuran KSA menjadikan 3 acara utama akan berlaku dan tidak beberapa hari selepas itu Kejohanan RPAL juga akan diadakan membuka tirai bagi kejohanan ranking kebangsaan yang pertama bagi tahun 2014 (13-16hb Feb).
Kita pernah mengadakan 2 aktiviti bersama serentak baru-baru ini iaitu untuk pemilihan ke Sukan Sea dan jugaklinik LITC. Sebenarnya tiada masalah besar yang timbul malahan menjadi lebih menarik dan berdaya saing jika sekiranya kita mempunyai cukup peralatan dan saingan yang mampu melonjakkan kita dalam mendapatkan yang terbaik. Semasa kem pemilihan hari itu tiada masalah bagi kelas Optimist, cuma yang menjadi masalah adalah tidak mempunyai cukup bot bagi kelas International 420 terpaksa bergilir bot dan ini menjadikan pemilihan tidak dapat berjalan dengan lancar dan tidak banyak perlumbaan dalam keadaan angin yang tidak menentu. Pada kali ini dengan 3 acara serentak isu ini rasanya tidak dapat dielakkan dan akan bertambah isu lain iaitu selain masalah bot latihan tidak mencukupi dan juga masalah bot-bot jurulatih/bot kejohanan serta kesibukan setaf terutamanya jurulatih-jurulatih dalam merealisasikan acara tersebut.
Atau adakah alternatif lain selain itu iaitu seperti mengadakan kem pemilihan ini sebaik habis sahaja Kejohanan Regatta Perdana. atau pun setidak-tidaknya mengadakan kem pemilihan ini semasa cuti sekolah bulan Mac kerana untuk terlibat dengan kejohanan RPAL juga bersama dengan kem pemilihan seperti yang terdapat di atas akan melibatkan pelayar pelajar sekolah tidak hadir sekolah kira-kira 16 ke 17hari (mulai 31hb Jan atau 01hb Feb hingga 17hb Feb) suatu jangka masa yang panjang. Setidak-tidaknya pun mungkin pemilihan boleh dilakukan mengikut pecahan kelas untuk non school dahulu.
Juga ada baiknya bagi tujuan pembangunan keseluruhannya semasa kem-kem begini juga dapat diadakan inisiatif untuk menyediakan peruntukan kepada jurulatih negeri bersama turun dan disediakan kursus spesifik kelas bot bagi mereka dengan menjemput jurulatih berpengalaman seperti jurulatih-jurulatih luar negara yang dicadangkan untuk atlet program Sukan Asia kita turut sama diadakan semasa kem pemilihan ini.

Akhir kalam bagi isu ini siapakah atlet yang ditawarkan untuk kem pemilihan ini, kriteria dan polisi pemilihan adakah sudah ditetapkan? Bagaimana dengan atlet tidak tersenarai untuk turut mengambil bahagian harus dinyata dan disediakan lebih awal bagi membolehkan semua negeri bersedia.


Khamis, 31 Oktober 2013

Kalendar Aktiviti MYA Bagi Tahun 2014

Tahun 2013 memasuki bulan ke sebelasnya (November) dengan berbaki 1 bulan lagi, saya rasa banyak pasukan negeri sudah mula membayangkan bagaimana untuk mencorakkan program tahun hadapan masing-masing dengan Kejohanan SUKMA 2014 Perlis tentunya menjadi sasaran setiap pasukan negeri. Sementara pasukan kebangsaan pula tentunya debaran Sukan Sea semakin terasa dengan khabar terkini mereka sedang berada di ISN negara untuk melakukan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) bagi memastikan atlet berada dalam keadaan kesihatan yang benar-benar sihat dan bersedia untuk kejohanan Sukan Sea. Berakhirnya Sukan nanti, dimana Sukan Sea adalah medan terbaik pelayar kita menguji tahap kesediaan fizikal dan mental juga menguji bagaimana pengurusan pasukan berjalan lancar atau tidak dan dari situlah sedikit sebanyak akan mencorakkan persediaan pasukan kebangsaan bagi menghadapi Sukan Asia nanti. Walaupun tidak semua negara asia terutamanya (China, Jepun, Korea dan India) ada pada kejohanan Sukan Sea ini tetapi persaingan Singapura dan Thailand tentunya adalah yang terkuat dan selalu menguasai arena Sukan Sea (juga di Asia) tanpa tidak boleh meremehkan saingan dari tuan rumah Myanmar dan juga Indonesia.

Dari segi pengurusannya pula saya berharap agar kepakaran sains sukan dapat dimaksimakan sepenuhnya sepertimana Singapura melakukannya dan jadikan Sukan Sea sebagai medan utuk mendapatkan data, mengkaji dan melihat dari segi kepakaran sains sukan juga melihat kepada persediaan pasukan negara lain supaya akhirnya nanti satu rumusan yang jitu dapat dihasilkan dalam mencorak persediaan pasukan bagi 8 bulan berikutnya sebelum Sukan Asia Incheon 2014 memulakan saingannya (19hb September-04hb Oktober). Tetapi dengan syarat utama setiap yang hadir telah mempunyai tugasan apa yang perlu dilakukan dan mencapai sasaran dan task yang ditetapkan. Ini disebabkan antara kelemahan ketara kita dalam menyediakan pasukan tidak dapat memaksimakan dan tidak dapat merumuskan dengan fakta dan data yang tepat dan kadang-kadang kita sering melupakan dari segi ini atas faktor utamanya menjmatkan kos pasukan. Teringat saya bagaimana satu masa dulu bersama Dr Lim mendapatkan data dari atlet sebelum semasa dan selepas pertandingan dan menggunkannya sebagai satu bahan rujukan pasukan. Baru tadi bersua dengan Dr Lim setelah sekian lama. Tetapi setidak-tidaknya rasanya pasukan sekarang begitu giat bersiap bagi persediaan ini terutama bagi memantapkan pasuka dari segi persediaan mental dan fizikal melalui beberapa sesi yang diatur bersama MSN/ISN, cuma harap diteruskan juga semasa Sukan Sea berlangsung kerana sasaran besar kita adalah Sukan Asia.

OOOps!!!! Lari dari tajuk sekejap, asalnya hanya nak memuat turun kalendar aktiviti MYA yang telah diusulkan untuk tahun hadapan. Apa-apa pun ini adalah usul/deraf akhir yang dikeluarkan yang mana nantinya pasti akan ada beberapa pertukaran kecil dari segi penetapan tarikhnya dan pastinya akan ada beberapa pertukaran kecil selepas berakkhirnya beberapa mesyuarat AJK-AJK MYA yang akan berlangsung semasa kejohanan kebangsaan nanti.

UNTUK KALENDAR AKTIVITI MYA BAGI TAHUN 2014 ANDA BOLEH DOWNLOAD DISINI: CALENDAR MYA 2014 juga klik di sini untuk melihat dengan lebih jelas di new tab page.
Anda juga boleh ke blog lain cs pelayaran untuk mendapat maklumat yang sama ataupun ke website gustmysailing.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Mendepani Harapan Masa Depan: Sasaran Negeri merentasi kejohanan Kebangsaan ke SUKMA

Meneruskan dalam mendepani Perancangan Besar masadepan, penulis ingin turun sedikit ke bawah dari mendepani sasaran utama kebangsaan/negara kepada sasaran utama negeri plak... lain tak lain adalah berkaitan dengan sasaran utama pembangunan negeri adalah bergantung kepada kehendak penaja utama.; di sini bagi kebanyakan negeri malahan mungkin keseluruhan adalah Majlis Sukan negeri masing-masing atau bagi TLDM/PPLATM LEKAS dan MSAT. Walaupun mendukung kehendak negera dalam melahirkan atlet melalui pembangunan negeri, mahu tidak mahu sasaran utama negeri adalah tetap menjadi keutamaan kerana di situ hala tuju penajaan negeri. Oleh itu MYA dalam merangka pembangunan perahu layarnya terutama pada peringkat akar umbi terpaksa kena menyelaras dan menyesuaikan dengan kehendak negeri dalam menyeragamkan pembangunan pada peringkat kebangsaan di negeri-negeri dan dalam masa yang sama mencapai sasaran kedua belah pihak.

Disini 2 perkara utama boleh diseragamkan dengan lebih terperinci. Berkaitan dengan Kejohanan Ranking Kebangsaan+Kejohanan Kebangsaan dan diselarikan dengan acara dalam SUKMA. Apabila keduanya dapat diselarikan maka secara automatiknya akan memenuhi kehendak pembangunan negeri. Bukan sekadar berkaitan dengan pembangunan kejohanan sahaja juga dengan pembangunan kelas bot itu sendiri di negeri-negeri.
Kelas Int 420 adalah kelas yang paling perlahan program pembangunan negeri-negeri selain kelas windsurfing yang begitu slow pembangunannya. Pembangunan kedua kelas ini perlukan momentum yang lebih agresif dan progresif dan memerlukan perbincangan dengan lebih mendalam dalam mendetailkan perancangan MYA. Pembangunan atlet/kejurulatihan/peralatan dan kejohanan memerlukan gabungan yang sebaiknya. Antara yang kadang-kadang kita terlepas pandang adalah perkara yang paling remeh dan dianggap tidak penting seperti contoh baru sat tadi saya terperasan untuk kejohanan kebangsaan terdekat ni adalah berkaitan had limit umur penyertaan bagi kelas International 420 ditetapkan sebagai bawah 19 tahun, tetapi bagi kejohanan SUKMA pula adalah bawah 21tahun, jadi apa yang akan berlaku bagi pelayar melebihi 19tahun dan bagaimana dengan persediaan negeri? Mungkin sasaran kebangsaan adalah baik sasaran kelas Int 420 hanyalah untuk pembangunan remaja sahaja di bawah 19 sebagaimana dikelasifikasikan oleh ISAF, tetapi berbalik kepada pembangunan negeri berapa banyakkah bot Int 470 yang negeri ada untuk tranfer ke kelas berikutnya selepas Int 420 malahan MYA sendiri amat terhad dan menyedihkan kondisi bot Int 470nya. Pada saya selagi kita tidak bersedia baiklah kita selarikan dengan kehendak SUKMA (21tahun-lakukan perubahan bagi had limit kejohanan kebangsaan bagi 420's) jika tidak nantinya bukannya sekadar tidak align antara keduanya malahan kita juga menghadkan bakat pelayar lebih awal dimatikan.
Selain itu sikap negeri juga memerlukan perubahan dan cara bergerak dan juga tanggapan/persepsi. Beberapa aktiviti sampingan yang dilakukan oleh MYA nampak amat kurang sambutan dari negeri seperti tahun lepas ketika  MYA memanggil jurulatih khas yang menjaga pembangunan kelas Int 420 dunia (diiktiraf/lantik sendiri oleh kelas Int 420 dan juga ISAF) tidak ada negeri datang untuk mengambil peluang yang belum tentu lagi akan datang.
Selain itu secara rambangnya saya mendapati beberapa isu yang sengaja saya utarakan berkaitan dengan pembangunan sukan perahu layar bagi menggerakan dan merancakkan pembangunan secara umumnya begitu kurang mendapat sambutan penjengok berbanding dengan isu yang berkaitan dengan kepentingan individu atau menyentuh sesuatu yang memberi kelebihan dan sesuatu yang kita terlepas/kerugian mendapat sambutan kadang-kadang melepasi 1++ yang agak menarik bagi sukan kita yang warga pelayarannya tidaklah begitu ramai.

Slow-slow jalan lepas ini isu SUKMA pula... bersambung...
Chow...adios.

Khamis, 24 Oktober 2013

Mendepani Beberapa Perancangan Besar - Kemuncak Perancangan Masa depan Negara

Sehubungan dan sambungan kepada isu diutarakan sebelumnya.

Tahun 2004 merupakan tahun yang penting bagi sukan pelayaran. Walaupun Sukan Olimpik merupakan acara kemuncak persiapan tetapi Sukan Asia lebih bermakna kerana segala perancangan MYA-MSN berdasarkan kepada persiapan 4 tahun mengikut kepada Sukan Asia. Pendek kata perancangan 4 tahun negara adalah bermatlamatkan kepada Sukan Asia. Berjaya atau tidaknya sesuatu program itu akan dinilai kepada pencapaian pasukan semasa Sukan Asia nanti.  Kenapa ianya penting kerana Sukan Asia ini selalunya negara tidak mensasarkan banyak pingat pun, mungkin 7 ke 10 pingat emas sahaja, saingan kuasa besar sukan lain terutamanya negara China yang merupakan kuasa dunia selalunya mendominasi sukan asia dan disaingi dengan sedikit rendah oleh negara-negara asia lain seperti Jepun, India dan Korea.

Tahun 2012 kita gagal menyumbang emas kepada negara untuk menyaingi pencapaian tahun 2010 dengan 1 emas pada masa tersebut. Harapan 2014 kita akan berjaya mencapai sesuatu yang lebih bermakna dengan sebilangan besar atlet utama adalah merupakan bekas pelayar di tahun 2012 malahan ada yang dari program 2010 pun, apatah lagi dengan beberapa nama besar pernah dicadangkan untuk program Olimpik (hanya Nizam sahaja rasanya yang sangkut, yang lainnya ke Program Sukan Asia).
Sayang sekali  satu-satunya kelas yang kita berjaya menyumbang emas semasa Sukan Asia 2010 tidak dimasukkan ke dalam program Sukan Asia (atau program elit?) hanya berada di dalam program pelapis. Bukannya tidak bagus berada dalam pelapis tetapi program pelapis ini dengan skopnya kepada kuantiti atlet dan kelas bot yang lebih menyeluruh dan lebih ramai tetapi dengan peruntukan kewangan yang ciput menyebabkan terbantutnya pencapaian kelas Optimist. Kesan ini dapat dilihat dari tahun 2012 lagi penumpuan bagi kelas ini tidak dapat dilakukan sebagaimana pelaburan dan perancangan untuk kelas Optimist pada tahun 2010 yang mampu melahirkan atlet bertaraf dunia tetapi impak 2010 masih agak kelihatan pada masa tersebut, kini perubahan kepada penurunan itu semakin ketara apatah lagi dengan tiada apa yang boleh dibanggakan dengan program kelas tersebut jika dilihat pada tahun ini terutamanya sampaikan untuk menghantar atlet ke kejohanan IODA Asia pun kita tidak mampu melakukkannya dan tidak merupakan keutamaan lagi.
Kenapa perkara ini berlaku, apakah Optimist bukan lagi kita merupakan kuasa dan bagaimanakah kuasa itu sedikit demi sedikit hilang dan menjauh dari kita? Sedang saya merasakan kelas ini masih merupakan salah satu kelas yang lebih mudah untuk kita suksess kalau kita mensuksesskan perancangannya. Bagaimana caranya dan masihkah sempat menuju ke kemuncak perancangan besar kita? Macammana abang besar?

Mahu atau tidak rasanya kita harus melakukan sedikit perubahan kepada program Optimist dengan setidak-tidaknya bagi jangka masa pendek mengenalpasti ATLET yang mampu menyumbangkan emas diserapkan ke program khas samada masih di bawah pelapis ataupun terus ke elit/Program Sukan Asia. Bagi jangka panjang rasanya pembangunan kejurulatihan dak efisiensi keberkesanan pengurusan program keseluruhan perlu ditambahnilai.

Cadangan ini bukan untuk menidakkan kekupayaan atlet-atlet senior sedia ada tetapi sebagai pelengkap kepada apa yang perlu dilakukan bagi merealisasikan matlamat sasaran pasukan. Dalam kelas-kelas lain kalau kita mempunyai program besar negara-negara jiran juga mampu melakukannya malah kemungkinan mereka lebih lagi, tetapi bagi kelas Optimist semua orang terpaksa sekurang-kurangnya bermula dengan kitaran cycle 4 tahun???

Melihat kepada keseluruhan secara umumnya mungkin ini adalah paradigm yang ingin dibawa dan diubah dan mungkin kesannya belum benar-benar kelihatan atau mungkin telah berjaya pada sukan lain tetapi belum mampu benar-benar menjadi kepada sukan pelayaran atau belum dilakukan ujian sebenarnya lagi. Ini mampu memberikan perubahan besar pada pencapaian jangka panjang iaitu kita berubah dari dulunya hanya kelas Optimist (pembangunan??) sahaja mencuri tumpuan tetapi kini kelas-kelas Olimpik dijadikan sandaran dan kayuukur. Apa pun ambil contoh Singapura sebagai perbandingannya mula melakukan perubahan besar pada program mereka bermula selepas Sukan Sea Kuala Lumpur dengan tumpuan kepada kelas Laser dan International 420 kemudiaanya ke kelas Int 470 dan kelas-kelas Olimpik lainnya, tetapi mereka tetap tidak melupakan program kelas Optimist malahan kini menjadi kuasa dunia bagi kelas ini kebelakangan ini, malahan turut membangun kelas Byte dan Techno (Youth Olimpik kelas) lebih agresif dari kita.