Khamis, 31 Oktober 2013

Kalendar Aktiviti MYA Bagi Tahun 2014

Tahun 2013 memasuki bulan ke sebelasnya (November) dengan berbaki 1 bulan lagi, saya rasa banyak pasukan negeri sudah mula membayangkan bagaimana untuk mencorakkan program tahun hadapan masing-masing dengan Kejohanan SUKMA 2014 Perlis tentunya menjadi sasaran setiap pasukan negeri. Sementara pasukan kebangsaan pula tentunya debaran Sukan Sea semakin terasa dengan khabar terkini mereka sedang berada di ISN negara untuk melakukan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) bagi memastikan atlet berada dalam keadaan kesihatan yang benar-benar sihat dan bersedia untuk kejohanan Sukan Sea. Berakhirnya Sukan nanti, dimana Sukan Sea adalah medan terbaik pelayar kita menguji tahap kesediaan fizikal dan mental juga menguji bagaimana pengurusan pasukan berjalan lancar atau tidak dan dari situlah sedikit sebanyak akan mencorakkan persediaan pasukan kebangsaan bagi menghadapi Sukan Asia nanti. Walaupun tidak semua negara asia terutamanya (China, Jepun, Korea dan India) ada pada kejohanan Sukan Sea ini tetapi persaingan Singapura dan Thailand tentunya adalah yang terkuat dan selalu menguasai arena Sukan Sea (juga di Asia) tanpa tidak boleh meremehkan saingan dari tuan rumah Myanmar dan juga Indonesia.

Dari segi pengurusannya pula saya berharap agar kepakaran sains sukan dapat dimaksimakan sepenuhnya sepertimana Singapura melakukannya dan jadikan Sukan Sea sebagai medan utuk mendapatkan data, mengkaji dan melihat dari segi kepakaran sains sukan juga melihat kepada persediaan pasukan negara lain supaya akhirnya nanti satu rumusan yang jitu dapat dihasilkan dalam mencorak persediaan pasukan bagi 8 bulan berikutnya sebelum Sukan Asia Incheon 2014 memulakan saingannya (19hb September-04hb Oktober). Tetapi dengan syarat utama setiap yang hadir telah mempunyai tugasan apa yang perlu dilakukan dan mencapai sasaran dan task yang ditetapkan. Ini disebabkan antara kelemahan ketara kita dalam menyediakan pasukan tidak dapat memaksimakan dan tidak dapat merumuskan dengan fakta dan data yang tepat dan kadang-kadang kita sering melupakan dari segi ini atas faktor utamanya menjmatkan kos pasukan. Teringat saya bagaimana satu masa dulu bersama Dr Lim mendapatkan data dari atlet sebelum semasa dan selepas pertandingan dan menggunkannya sebagai satu bahan rujukan pasukan. Baru tadi bersua dengan Dr Lim setelah sekian lama. Tetapi setidak-tidaknya rasanya pasukan sekarang begitu giat bersiap bagi persediaan ini terutama bagi memantapkan pasuka dari segi persediaan mental dan fizikal melalui beberapa sesi yang diatur bersama MSN/ISN, cuma harap diteruskan juga semasa Sukan Sea berlangsung kerana sasaran besar kita adalah Sukan Asia.

OOOps!!!! Lari dari tajuk sekejap, asalnya hanya nak memuat turun kalendar aktiviti MYA yang telah diusulkan untuk tahun hadapan. Apa-apa pun ini adalah usul/deraf akhir yang dikeluarkan yang mana nantinya pasti akan ada beberapa pertukaran kecil dari segi penetapan tarikhnya dan pastinya akan ada beberapa pertukaran kecil selepas berakkhirnya beberapa mesyuarat AJK-AJK MYA yang akan berlangsung semasa kejohanan kebangsaan nanti.

UNTUK KALENDAR AKTIVITI MYA BAGI TAHUN 2014 ANDA BOLEH DOWNLOAD DISINI: CALENDAR MYA 2014 juga klik di sini untuk melihat dengan lebih jelas di new tab page.
Anda juga boleh ke blog lain cs pelayaran untuk mendapat maklumat yang sama ataupun ke website gustmysailing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan