Khamis, 24 Oktober 2013

Mendepani Beberapa Perancangan Besar - Kemuncak Perancangan Masa depan Negara

Sehubungan dan sambungan kepada isu diutarakan sebelumnya.

Tahun 2004 merupakan tahun yang penting bagi sukan pelayaran. Walaupun Sukan Olimpik merupakan acara kemuncak persiapan tetapi Sukan Asia lebih bermakna kerana segala perancangan MYA-MSN berdasarkan kepada persiapan 4 tahun mengikut kepada Sukan Asia. Pendek kata perancangan 4 tahun negara adalah bermatlamatkan kepada Sukan Asia. Berjaya atau tidaknya sesuatu program itu akan dinilai kepada pencapaian pasukan semasa Sukan Asia nanti.  Kenapa ianya penting kerana Sukan Asia ini selalunya negara tidak mensasarkan banyak pingat pun, mungkin 7 ke 10 pingat emas sahaja, saingan kuasa besar sukan lain terutamanya negara China yang merupakan kuasa dunia selalunya mendominasi sukan asia dan disaingi dengan sedikit rendah oleh negara-negara asia lain seperti Jepun, India dan Korea.

Tahun 2012 kita gagal menyumbang emas kepada negara untuk menyaingi pencapaian tahun 2010 dengan 1 emas pada masa tersebut. Harapan 2014 kita akan berjaya mencapai sesuatu yang lebih bermakna dengan sebilangan besar atlet utama adalah merupakan bekas pelayar di tahun 2012 malahan ada yang dari program 2010 pun, apatah lagi dengan beberapa nama besar pernah dicadangkan untuk program Olimpik (hanya Nizam sahaja rasanya yang sangkut, yang lainnya ke Program Sukan Asia).
Sayang sekali  satu-satunya kelas yang kita berjaya menyumbang emas semasa Sukan Asia 2010 tidak dimasukkan ke dalam program Sukan Asia (atau program elit?) hanya berada di dalam program pelapis. Bukannya tidak bagus berada dalam pelapis tetapi program pelapis ini dengan skopnya kepada kuantiti atlet dan kelas bot yang lebih menyeluruh dan lebih ramai tetapi dengan peruntukan kewangan yang ciput menyebabkan terbantutnya pencapaian kelas Optimist. Kesan ini dapat dilihat dari tahun 2012 lagi penumpuan bagi kelas ini tidak dapat dilakukan sebagaimana pelaburan dan perancangan untuk kelas Optimist pada tahun 2010 yang mampu melahirkan atlet bertaraf dunia tetapi impak 2010 masih agak kelihatan pada masa tersebut, kini perubahan kepada penurunan itu semakin ketara apatah lagi dengan tiada apa yang boleh dibanggakan dengan program kelas tersebut jika dilihat pada tahun ini terutamanya sampaikan untuk menghantar atlet ke kejohanan IODA Asia pun kita tidak mampu melakukkannya dan tidak merupakan keutamaan lagi.
Kenapa perkara ini berlaku, apakah Optimist bukan lagi kita merupakan kuasa dan bagaimanakah kuasa itu sedikit demi sedikit hilang dan menjauh dari kita? Sedang saya merasakan kelas ini masih merupakan salah satu kelas yang lebih mudah untuk kita suksess kalau kita mensuksesskan perancangannya. Bagaimana caranya dan masihkah sempat menuju ke kemuncak perancangan besar kita? Macammana abang besar?

Mahu atau tidak rasanya kita harus melakukan sedikit perubahan kepada program Optimist dengan setidak-tidaknya bagi jangka masa pendek mengenalpasti ATLET yang mampu menyumbangkan emas diserapkan ke program khas samada masih di bawah pelapis ataupun terus ke elit/Program Sukan Asia. Bagi jangka panjang rasanya pembangunan kejurulatihan dak efisiensi keberkesanan pengurusan program keseluruhan perlu ditambahnilai.

Cadangan ini bukan untuk menidakkan kekupayaan atlet-atlet senior sedia ada tetapi sebagai pelengkap kepada apa yang perlu dilakukan bagi merealisasikan matlamat sasaran pasukan. Dalam kelas-kelas lain kalau kita mempunyai program besar negara-negara jiran juga mampu melakukannya malah kemungkinan mereka lebih lagi, tetapi bagi kelas Optimist semua orang terpaksa sekurang-kurangnya bermula dengan kitaran cycle 4 tahun???

Melihat kepada keseluruhan secara umumnya mungkin ini adalah paradigm yang ingin dibawa dan diubah dan mungkin kesannya belum benar-benar kelihatan atau mungkin telah berjaya pada sukan lain tetapi belum mampu benar-benar menjadi kepada sukan pelayaran atau belum dilakukan ujian sebenarnya lagi. Ini mampu memberikan perubahan besar pada pencapaian jangka panjang iaitu kita berubah dari dulunya hanya kelas Optimist (pembangunan??) sahaja mencuri tumpuan tetapi kini kelas-kelas Olimpik dijadikan sandaran dan kayuukur. Apa pun ambil contoh Singapura sebagai perbandingannya mula melakukan perubahan besar pada program mereka bermula selepas Sukan Sea Kuala Lumpur dengan tumpuan kepada kelas Laser dan International 420 kemudiaanya ke kelas Int 470 dan kelas-kelas Olimpik lainnya, tetapi mereka tetap tidak melupakan program kelas Optimist malahan kini menjadi kuasa dunia bagi kelas ini kebelakangan ini, malahan turut membangun kelas Byte dan Techno (Youth Olimpik kelas) lebih agresif dari kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan