Isnin, 21 Oktober 2013

Perancangan Masa Depan: Mendepani beberapa Perancangan Besar 1

Pejam celik-pejam celik tahun 2013 menuju ke penghujungnya. Kini kita sudah berada pada penghujung aktiviti kemuncak iaitu Kejohanan Kebangsaan yang akan membuka tirainya pada 27hb November ini. kejohanan yang sepatutnya berlangsung menuju ke hujung tahun terpaksa dimulakan awal bagi memberi peluang kepada atlet pelayar yang berjaya menggalas cabaran negara ke temasya Sukan Sea 2013 di Myanmar sebagai medan terakhir mereka menjalani latihan pertandingan sebelum ke kejohanan tersebut. Kebanyakan atlet mungkin diletakkan Sukan Sea ini adalah kemuncak kejohanan bagi atlet untuk tahun ini terutama kejohanan ini mungkin boleh menilai tahap prestasi dan kedudukan ranking atlet kita berbanding atlet negara asia tenggara lain dalam persiapan menuju ke Sukan Asia (Tanpa mengambil kira performance atlet kuasa asia lain seperti China, Korea, Jepun dan kini yang sedang berusaha giat untuk menyaingi iaitu India). Ada kemungkin sebilangan kecil pelayar terutama bagi program lebih besar (Olimpik contohnya) Sukan Sea mungkin bukan peak mereka; tetapi mungkin tidak jika dilihat kepada cara gerak kerja MYA-MSN bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea ini.

Apakah sasaran pasukan perahu layar kita pada Sukan Sea ini masih kita belum dimaklumkan secara resminya samada baik dipihak MSN mahupun MYA rasanya!. Rasa-rasanya pasukan telah menetapkan sasarannya cuma belum resmi lagi untuk diumumkan. Sok-sek kedengaran sasaran agak besar juga diletakkan. Agak susah sukan perahu layar ini untuk mengintai kedudukan dan kekuatan lawan kerana agak jarang bersaing bersama sesama negara asia secara keseluruhannya. Seperti contohnya Kejohanan  World Cup di China baru-baru ini kelihatan sangat sedikit penyertaan negara asia, seolah-olah negara asia sendiri memboikot pemilihan negara China sebagai venue kejohanan World Cup bagi rantau asia?. Apa pun rasanya pasukan perlu melihat juga kepada perancangan dirangka vs pelaksanaan yang berjaya dilakukan juga vs dengan peracangan dan gerakan negara lain.

Bersama kaburnya sasaran pingat begitu juga dengan senarai atlet juga masih belum finalised? Ada baiknya juga jika benar-benar belum finalised mungkin kerana persaingan yang begitu sengit bagi beberapa kelas?, atau juga bagi merancakkan latihan dengan beberapa pelayar negeri berkampung di Langkawi untuk memberikan suasana latihan yang lebih kondusif?

Perancangan akhir ini juga telah beberapa kali dimaklumkan secara verbal bahawa pusat latihan kebangsaan Langkawi menawarkan latihan bersama bagi menghadapi kejohanan kebangsaan serentak dengan persediaan Sukan Sea ini. Cumanya selain dari final NOR Kejohanan Kebangsaan yang dikeluarkan tiada lagi maklumat bertulis seperti tawaran latihan dikeluarkan oleh pusat latihan kebangsaan, cara dan corak latihan yang akan dijalankan juga tidak begitu jelas dan masih kabur adakah dan bagaimanakah untuk memaksimakan kepakaran jurulatih dan atlet kebangsaan kita bersama-sama dengan kehadiran atlet negeri supaya menghadirkan suasana menang-menang dan bantu-membantu.

Terakhir kedengaran besar kemungkinan kesemua jurulatih kebangsaan akan terlibat dengan Sukan Sea dan akan ke Myanmar beberapa hari selepas Kejohanan Kebangsaan selepas berkampung di Bukit Jalil beberapa hari sebagai persiapan akhir yang terakhir. Cumanya bagaimana dengan latihan atlet tidak terpilih dengan tiadanya jurulatih memantau dan menjalankan latihan kepada atlet-atlet tidak terpilih pada masa tersebut. Bolehkan sekiranya atlet dipohon (secara resmi) pulang menjalani latihan bersama-sama pasukan negeri selepas sekali dilepaskan sebelum kejohanan MSSM (Mei lepas). Negeri Terengganu merancang beberapa aktiviti pada masa tersebut yang mungkin boleh setidak-tidaknya membantu mereka untuk menjalani latihan dan pertandingan yang lebih bermutu dari berlatih secara bersendirian. Kita bersedia menawarkan beberapa kemudahan termasuk kejurulatihan jika ada atlet yang berminat dengan kos yang seminima yang boleh kita tolong.

Tunggu posting berikutnya dengan beberapa perancangan lain dalam Mendepani Beberapa Perancangan 2 termasuk perancangan aktiviti yang dirancang dan menunggu kelulusan untuk dihebahkan.

4 ulasan:

  1. Syabas encik, apa yang encik utarakan sebijik dengan apa yang kami persoalkan, berlegar2 dalam fikiran...perancangan amat kabur, seolah-olah terlalu misteri. Siapakah yang bakal menggalas cabaran ke Sukan Sea, masih lagi tidak diketahui...apatah lagi perancangan lain.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya saya tdaklah mempersoalkan sangat.... dengan kaedah mana yang digunakan cuma masalahnya dengan perancangan kita selalunya lemah dalam 3 perkara.... 1. Tidak di dokumentasikan perancangan 2. maklumat selalunya tidak sampai kepada kumpulan sasar 3. last minutes information menyebabkan kita juga terpaksa bertindak dengan last minutes action. 2014 menghampiri dan khabarnya mesyuarat AJK akan diadakan pada hujung tahun ini semasa Kejohanan Kebangsaan. Harap semua AJK MYA akan meluangkan masa untuk membentangkan perancangan masing-masing terutamanya berkaitan dengan kejohanan-kejohanan yang akan diadakan pemilihan akan ada deraf polisi pemilihannya.

    BalasPadam
  3. Apakah setiausaha negeri negeri tidak sampaikan maklumat kepada ahli persatuan masing 2. sedangkan orang luar negara tahu semua maklumat kita. NOR Untuk kem latihan dan NOR kejohanan dah lama di edarkan. salah siapa.... Dari GM MYA

    BalasPadam
  4. Tetapi hingga kini masih mencari notis untuk klinik masih belum kedapatan termasuk di kedahsail.

    BalasPadam