Sabtu, 26 Oktober 2013

Mendepani Harapan Masa Depan: Sasaran Negeri merentasi kejohanan Kebangsaan ke SUKMA

Meneruskan dalam mendepani Perancangan Besar masadepan, penulis ingin turun sedikit ke bawah dari mendepani sasaran utama kebangsaan/negara kepada sasaran utama negeri plak... lain tak lain adalah berkaitan dengan sasaran utama pembangunan negeri adalah bergantung kepada kehendak penaja utama.; di sini bagi kebanyakan negeri malahan mungkin keseluruhan adalah Majlis Sukan negeri masing-masing atau bagi TLDM/PPLATM LEKAS dan MSAT. Walaupun mendukung kehendak negera dalam melahirkan atlet melalui pembangunan negeri, mahu tidak mahu sasaran utama negeri adalah tetap menjadi keutamaan kerana di situ hala tuju penajaan negeri. Oleh itu MYA dalam merangka pembangunan perahu layarnya terutama pada peringkat akar umbi terpaksa kena menyelaras dan menyesuaikan dengan kehendak negeri dalam menyeragamkan pembangunan pada peringkat kebangsaan di negeri-negeri dan dalam masa yang sama mencapai sasaran kedua belah pihak.

Disini 2 perkara utama boleh diseragamkan dengan lebih terperinci. Berkaitan dengan Kejohanan Ranking Kebangsaan+Kejohanan Kebangsaan dan diselarikan dengan acara dalam SUKMA. Apabila keduanya dapat diselarikan maka secara automatiknya akan memenuhi kehendak pembangunan negeri. Bukan sekadar berkaitan dengan pembangunan kejohanan sahaja juga dengan pembangunan kelas bot itu sendiri di negeri-negeri.
Kelas Int 420 adalah kelas yang paling perlahan program pembangunan negeri-negeri selain kelas windsurfing yang begitu slow pembangunannya. Pembangunan kedua kelas ini perlukan momentum yang lebih agresif dan progresif dan memerlukan perbincangan dengan lebih mendalam dalam mendetailkan perancangan MYA. Pembangunan atlet/kejurulatihan/peralatan dan kejohanan memerlukan gabungan yang sebaiknya. Antara yang kadang-kadang kita terlepas pandang adalah perkara yang paling remeh dan dianggap tidak penting seperti contoh baru sat tadi saya terperasan untuk kejohanan kebangsaan terdekat ni adalah berkaitan had limit umur penyertaan bagi kelas International 420 ditetapkan sebagai bawah 19 tahun, tetapi bagi kejohanan SUKMA pula adalah bawah 21tahun, jadi apa yang akan berlaku bagi pelayar melebihi 19tahun dan bagaimana dengan persediaan negeri? Mungkin sasaran kebangsaan adalah baik sasaran kelas Int 420 hanyalah untuk pembangunan remaja sahaja di bawah 19 sebagaimana dikelasifikasikan oleh ISAF, tetapi berbalik kepada pembangunan negeri berapa banyakkah bot Int 470 yang negeri ada untuk tranfer ke kelas berikutnya selepas Int 420 malahan MYA sendiri amat terhad dan menyedihkan kondisi bot Int 470nya. Pada saya selagi kita tidak bersedia baiklah kita selarikan dengan kehendak SUKMA (21tahun-lakukan perubahan bagi had limit kejohanan kebangsaan bagi 420's) jika tidak nantinya bukannya sekadar tidak align antara keduanya malahan kita juga menghadkan bakat pelayar lebih awal dimatikan.
Selain itu sikap negeri juga memerlukan perubahan dan cara bergerak dan juga tanggapan/persepsi. Beberapa aktiviti sampingan yang dilakukan oleh MYA nampak amat kurang sambutan dari negeri seperti tahun lepas ketika  MYA memanggil jurulatih khas yang menjaga pembangunan kelas Int 420 dunia (diiktiraf/lantik sendiri oleh kelas Int 420 dan juga ISAF) tidak ada negeri datang untuk mengambil peluang yang belum tentu lagi akan datang.
Selain itu secara rambangnya saya mendapati beberapa isu yang sengaja saya utarakan berkaitan dengan pembangunan sukan perahu layar bagi menggerakan dan merancakkan pembangunan secara umumnya begitu kurang mendapat sambutan penjengok berbanding dengan isu yang berkaitan dengan kepentingan individu atau menyentuh sesuatu yang memberi kelebihan dan sesuatu yang kita terlepas/kerugian mendapat sambutan kadang-kadang melepasi 1++ yang agak menarik bagi sukan kita yang warga pelayarannya tidaklah begitu ramai.

Slow-slow jalan lepas ini isu SUKMA pula... bersambung...
Chow...adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan