Ahad, 20 Oktober 2013

Kejohanan ISAF Sailing World Cup

SailMastr'x' kembali menghangatkan alam blog setelah berehat agak panjang.

Just info kepada warga pelayaran berkaitan penyertaan pelayar kita di kejohanan ISAF Sailing World Cup.

Kejohanan ini agak kurang mendapat penyertaan dari negara-negara yang mengambil bahagian terutama dari negara eropah.
Walau bagaimanapun beberapa pelayar yang mengungguli acara-acara kelas yang dipertandingkan (kelas-kelas Olimpik). Sayangnya penyertaa dari negara-negara asia juga amat kurang dan sepatutnya kejohanan ini seharusnyamendapat sokongan dan dokongan dari negara-negara asia. Kenapa? Apakah masalah utamanya. MYA harus mengambil inisiatif memikirkan puncanya dan mungkin boleh mengemukan cadangan untuk masa-masa hadapan cuba untuk membawa kejohanan ini ke negara kita kerana ianya lebih agak ke tengah antara negara-negara asia. Kegagalan negara-negara asia untuk menganjurkan satu kejohanan tahunan antara negara mereka kecuali kejohanan seperti SEA GAMES, ASIAN GAMES dan juga ASC seharusnya mengambil peluang menggunakan kejohanan yang diiktiraf sebagai antara ranking tertinggi
ini sebagai salah satu medan tambahan untuk menyakksikan persaingan antara negara-negara asia disamping juga medan untuk berjumpa, mengeratkan perhubungan dan merancang program-program bagi mengukuhkan kekuatan negara asia dalam sukan pelayaran.
Kurangnya penyertaan negara-negara asia ini adalah satu petanda kurang sihat bagi region asia terutama dalam memperjuangkan kelayakan asia yang memberi kelebihan kepada negara-negara asia berbanding dengan cara lama, ini mungkin boleh menyebabkan sistem kelayakan kembali kepada cara lama?
Berbalik kepada pencapaian dan penyertaan pelayar kita, adakah penyertaan ini dikira merugikan dan membazir hasil dari kurangnya penyertaan. Pada pandangan saya ianya tidak malahan adalah lebih baik bagi pelayar kita menunjukkan kemahiran mereka dalam persaingan yang lebih kecil saingannya. Tidak guna juga bersaing dalam fleet yang besar tetapi tidak mampu untuk berada dalam kelompok utama apatah lagi jika tidak mampu untuk berada dalam gold fleet. Kemampuan untuk berada dalam kelompok top 10 juga boleh meningkatkan sedikit keyakinan diri atlet untuk bersaing dalam kelompok utama terutama untuk mengekalkan rentak jika berjaya berada pada kelompok utama pada awal-awal laluan.

4 acara yang diserta oleh pelayar kita adalah International 470 lelaki (Ku Anas dan Hafizudin) dan Perempuan (Khairunnisa dan Norashikin), Laser Standard (Khairulnizam) dan Laser Radial (Nur Amirah, Rufina dan Khairuneeta). Juga seperti dimaklum dalam laporan sebelum ini semasa perjumpaan dengan Pengurusi Bahagian Pembangunan MYA, kejohanan ini juga akan menjadi kejohanan pemilihan akhir bagi kelas Laser Radial untuk ketiga pelayar tersebut untuk memilih pelayar bagi mewakili negara ke Sukan Sea Myanmar nanti.
Kepada yang ingin melihat keputusan dan pencapaian atlet kita sila klik pada link berikut:
  1. Keputusan bagi International 470 Lelaki 
  2. Keputusan bagi kelas International 470 Perempuan
  3. Keputusan bagi kelas Laser Standard
  4. Keputusan bagi kelas Laser Radial

Tiada ulasan:

Catat Ulasan