Sabtu, 2 November 2013

DALAM MENDEPANI CABARAN KE DEPAN-ISU BERTAUT

Beberapa isu berhubung kait antaranya belum sampai ke sasarannya.
Kalendar MYA yang dalam perancangan akhir baru sahaja dipostkan  pada posting lalu (Kalendar Aktiviti MYA bagi Tahun 2014) Baru beberapa hari lepas menerjah masuk info baru yang agak lama juga mencari-cari dimerata samada di website/blog ataupun bertanyakan kepada MYA sendiri berkaitan dengan kejohanan ASC bagi tahun 2014 dimana ASC ini sepatutnya diadakan pada tahun ini dengan NOR pun sudah dikeluarkan tetapi terpaksa ditangguhkan oleh pihak penganjur (Pengumuman ISAF: 2013 Asian Sailing Championship Postponed).
Berita yang baru diterima ASC berkemungkinan besar akan diadakan pada bulan Jun ini (12-22hb Jun??)  iaitu beberapa hari selepas berakhir SUKMA 2014 Perlis.  Persoalannya bagaimanakah ianya akan dilakukan? Saya tidak ingin mengulas lanjut isu ini yang mungkin belum lagi menjadi berita resmi. Cumanya nanti akan ada pertembungan antara kehendak negara dan kehendak negeri berkaitan dengan atlet yang sama dan bagaimana ianya akan diatasi. Bagaimana mendepani akan timbul beberapa reaksi dan persepsi dan bagaimana mengatasinya, yang utamanya dan pastinya pelayar utama negara tentunya akan mengambil peluang ini sepenuhnya untuk berlatih awal bagi menyesuaikan suasana di Busan sebagai persediaan bagi kejohanan sasaran utama negara iaitu Asian Games 2014. Apa-apa pun jarak masa tersebut tidaklah terlampau hampir dan masih sempat bagi kedua pertandingan cuma dari segi loadingnya sahaja.
Apapun peracangan yang sudah dikalendarkan oleh MYA ialah berkaitan dengan kem pemilihan atlet bagi kejohanan ASC ini dimana ianya akan diadakan pada 01hb-10hb Februari iaitu dalam masa yang sama juga akan diadakan Kejohanan Kelayakan YOG Byte bagi benua Asia (4-10hb Februari). Kedua acara ini adalah penting bagi MYA terutamanya bagi kejohanan kelayakan YOG. Bagaimanakah keduanya akan dijalankan serentak dan adakah kita mempunyai cukup segalanya bagi melakukan kedua tersebut. Juga dalam masa tersebut juga akan diadakan Klinik LITC anjuran KSA menjadikan 3 acara utama akan berlaku dan tidak beberapa hari selepas itu Kejohanan RPAL juga akan diadakan membuka tirai bagi kejohanan ranking kebangsaan yang pertama bagi tahun 2014 (13-16hb Feb).
Kita pernah mengadakan 2 aktiviti bersama serentak baru-baru ini iaitu untuk pemilihan ke Sukan Sea dan jugaklinik LITC. Sebenarnya tiada masalah besar yang timbul malahan menjadi lebih menarik dan berdaya saing jika sekiranya kita mempunyai cukup peralatan dan saingan yang mampu melonjakkan kita dalam mendapatkan yang terbaik. Semasa kem pemilihan hari itu tiada masalah bagi kelas Optimist, cuma yang menjadi masalah adalah tidak mempunyai cukup bot bagi kelas International 420 terpaksa bergilir bot dan ini menjadikan pemilihan tidak dapat berjalan dengan lancar dan tidak banyak perlumbaan dalam keadaan angin yang tidak menentu. Pada kali ini dengan 3 acara serentak isu ini rasanya tidak dapat dielakkan dan akan bertambah isu lain iaitu selain masalah bot latihan tidak mencukupi dan juga masalah bot-bot jurulatih/bot kejohanan serta kesibukan setaf terutamanya jurulatih-jurulatih dalam merealisasikan acara tersebut.
Atau adakah alternatif lain selain itu iaitu seperti mengadakan kem pemilihan ini sebaik habis sahaja Kejohanan Regatta Perdana. atau pun setidak-tidaknya mengadakan kem pemilihan ini semasa cuti sekolah bulan Mac kerana untuk terlibat dengan kejohanan RPAL juga bersama dengan kem pemilihan seperti yang terdapat di atas akan melibatkan pelayar pelajar sekolah tidak hadir sekolah kira-kira 16 ke 17hari (mulai 31hb Jan atau 01hb Feb hingga 17hb Feb) suatu jangka masa yang panjang. Setidak-tidaknya pun mungkin pemilihan boleh dilakukan mengikut pecahan kelas untuk non school dahulu.
Juga ada baiknya bagi tujuan pembangunan keseluruhannya semasa kem-kem begini juga dapat diadakan inisiatif untuk menyediakan peruntukan kepada jurulatih negeri bersama turun dan disediakan kursus spesifik kelas bot bagi mereka dengan menjemput jurulatih berpengalaman seperti jurulatih-jurulatih luar negara yang dicadangkan untuk atlet program Sukan Asia kita turut sama diadakan semasa kem pemilihan ini.

Akhir kalam bagi isu ini siapakah atlet yang ditawarkan untuk kem pemilihan ini, kriteria dan polisi pemilihan adakah sudah ditetapkan? Bagaimana dengan atlet tidak tersenarai untuk turut mengambil bahagian harus dinyata dan disediakan lebih awal bagi membolehkan semua negeri bersedia.


6 ulasan:

  1. kenapa tak diadakan pemilihan semasa LIRP dan Penang regatta? persatuan bole guna bot masing2 dan x payah nak bergilir2??? mungkin ada plk timbul isu atlet gemilang pakai bot baru dan x sma standard???? jika di ambil kire result 2 regatta ni da rangking??? wujud ke rangking ni?? sapa yg buat?? tgk rangking malaysia mcm ada brt sebelah...atlet yg keluar negara x dpt point ke??? balik kpada isu kite dpt kurang kan ketidak hadiran atlet ke sekolah atau U.. cth bdk U akan miss hampir sebulan kelas sbb sea games lepastu utk selection ngan LIRP dan bulan mac final exam DAN akan tertinggal lagi kalau pegi sail thr gulf dan sail auckland....so kite x payah nak based on selection sgt... byk lagi yg kite boleh tgk atlet yg kite nak pilih...ADAKAH ALTET YG DI PILIH BETUL2 BOLEH MAIN SEMASA DI ASC ATAU HANYA MENGAMBIL BAHAGIAN?? DGR CERITA ANGIN KUAT...mungkin perlu dilakukan fitness test jgk mcm pemilihan hari tu....hanya negeri terengganu mampu bersaing dgn atlet gemilang...so mungkin ada pandangan lain atau perubahan/??
    just bagi pendapat...........

    BalasPadam
  2. Beginilah, untuk menyelesaikan permasalahan ini kita sepatutnya mempunyai garis panduan yang terang dan tersusun. Bagaimana untuk bermula? secara asasnya pekara paling utama adalah memberi maklumat yang betul dari A hingga Z. Apha hingga Zulu. Maksudnya ; Pihak pengurusan harus (transferans) dalam melaksanakan pemilihan berdasarkan apa yang diputuskan (diminitkan dalam mesyuarat). Kemudian ; segala keterangan dan syarat-syarat pemilihan dikeluarkan secara sah (iaitu ditandatangani oleh setiausaha kehormat majlis @ presiden majlis @ dll yang layak). sambungan ; selepas ini!!!! Daripada ; "mari bersama-sama berkongsi maklumat"

    BalasPadam
  3. Betul, apa salahnya berkongsi maklumat yang boleh memberi pencerahan dan manfaat pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Ini semua demi kemajuan sukan pelayaran negeri dan negara....please be pro active, kalau ikutkan sibuk, siapa la tak sibuk dalam dunia serba mencabar sekarang nie..tapi nekad berikan yang terbaik, insya Allah hasilnya pasti akan menakjubkan.

    BalasPadam
  4. Terbaik setuju dengan apa yang dinyatakan, perkongsian maklumat, meluahkan pandangan dan buah fikiran. harap ada beberapa pendapat dilontarkan lagi. Isu ini agak menarik terutama komen yang pertama rasanya mungkin dari kalangan atlet kebangsaan sendiri... yang mana keseluruhan akan diulas sedikit dalam posting terbaru kalau ada kesempatan. Apa yang dinyatakan adalah benar tetapi dalam kebenaran itu ada sesuatu yang perlu dilakukan supaya menjadikan ianya lebih baik. Isu pemilihan bagi saya masih lagi perlu memandangkan hasil dari pemilihan Sukan Sea yang lepas kecuali bagi kelas Int 470 dan juga windsurf (masih ada persaingan tetapi sesama sendiri) kelas-kelas lain ada sedikit kelompongan. Selection camp yang lepas juga ada banyak kebaikannya cuma persediaan awal, dan jadual perlu diselaraskan supaya dapat memaksimakan juga dapat setidak-tidaknya mengatasi masalah atlet pelajar seperti komen pertama

    BalasPadam
  5. Lari dari topik sikit nie, senarai atlet perahu layar mewakili Malaysia ke sukan sea 2013 tak finalise lagi ke?

    BalasPadam
  6. Ikutkan rule rasanya sampai sehingga nak bertanding tetapi siapa yang akan berangkat ke Myanmar tak pastilah tiada apa-apa makluman lagi.

    BalasPadam