Ahad, 10 November 2013

Mendepani Isu Besar ke Penghujung: Acara di SUKMA

Sebagaimana yang kita tahu kejohanan SUKMA merupakan sasaran tertinggi bagi program pembangunan negeri. Bagi kebanyakan negeri yang rata-ratanya bergantung dengan peruntukan negeri (MSNegeri) kecuali bagi negeri atau persatuan/kelab negeri yang lebih independen maka sasarannya adalah SUKMA. Walaupun negeri boleh berbangga dengan pencapaian-pencapaian atlet mereka di peringkat luar negara sekalipun tetapi kejayaan sesuatu program itu lebih menjurus kepada pencapaian semasa di SUKMA.

Mengimbas kembali bermula pada tahun 1998 acara perahu layar ini dimasukkan ke SUKMA dengan hanya 2 acara sahaja dipertandingkan (individu dan berpasukan Optimist), kemudiannya ianya diperkembangkan dengan acara-acara kelas dinghy lain sehinggalah ke SUKMA 2010 di Kedah acara dipertandingkan adalah: Laser Standard, Laser Radial Lelaki dan Perempuan, Laser 4.7 Lelaki dan Perempuan, Int 420 Lelaki dan Perempuan serta Optimist (Berpasukan, lelaki dan Peempuan). Manakala seterusnya pada tahun 2012 dengan usaha keras beberapa penggiat warga pelayaran terutamanya GM MYA (Mr Afendy) maka kelas windsurfing berjaya dipertandingkan.
Sayang sekali pada masa tersebut seolah-olah ada tindakan-tindakan walaupun tak terniat (ye ke?) tetapi seolah-olah mensabotaj perkembangan penambahan kelas dalam sukan perahu layar terutamanya bagi kelas windsurfing ini, apabila akhirnya hanya beberapa negeri sahaja bertanding terutama sekali bagi acara windsurfing perempuan. Tetapi tidak sepenuhnya boleh dipersalahkan kepada segelintir yang bertindak begini kerana pembangunan kelas itu sendiri beergerak dengan perlahan sekali walaupun pada permulaan disuntik dengan agak hebat juga dengan pemberian percuma board windsurfing kepada negeri-negeri melalui penajaan individu (thank Mr Leong Soon) dan juga MYA tetapi selepas itu struktur pembangunannya tidak berjalan dengan baik walaupun dalam masa yang sama tertubuhnya persatuan windsurfing kebangsaan WMSA. Sayang sekali ada juga kalangan ahli MWSA itu sendiri adalah ornag-orang yang sama dengan orang di dalam MYA dan orang yang sama di dalam persatuan negeri yang bagi saya hanya pada zahirnya sahaja berada pada psosi-posisi jawatan tetapi kureng.... bagi saya ini adalah antara penyebabnya berhubung kait antaranya dengan pembangunan sukan itu sendiri.
Dan kini senario itu seolah-olah berulang lagi. Sebaik sahaja selepas SUKMA semasa AGM MYA 2012 Terengganu telah mengusulkan berkaitan apa yang berlaku semasa SUKMA 2012 dan mencadangkan beberapa cadangan supaya penambahn pingat dilakukan. bagi memastikan sukan perahu layar dapat terus bersaing antara semua negeri tidak hanya beberapa negeri yang merupakan punca dan kuasa lahirnya pelayar-pelayar handal negara (proses berterusan). Ini kenyataan yang tidak dapat dilarikan kerana melihat kepda sukan-sukan yang lain yang menjadi teras dan tumpuan MSNegeri seperti sukan renang, berbasikal, memanah, menembak olahraga dan lain-lain lagi. tetapi sayang sehingga beralih pengurusan tiada apa yang berlaku sehinggalah kini tinggal beberapa bulan sebelum SUKMA.
Sesuatu yang tidak resmi keluar dari MYA kepada negeri-negeri adalah suatu yang masih menjadi satu perkara yang tidak boleh diperhebahkan tetapi sehingga bila? Waktu semakin suntuk tinggal kini berapa bulan sebelum SUKMA, kita masih berteka-teki berkaitan dengan apa yang akan berlaku maksudnya acara-acara yang akan dipertandingkan dan apakah tindakan yang perlu dilakukan supaya selari dan selaras dengan apa yang ingin kita lakukan semasa SUKMA nanti. Apa yang kesemua  negeri-negeri belum beersedia adalah wajar kita bergerak mulai sekarang. Apa yang dilihat menjadi advantage kepada negeri-negeri tertentu berkenaan dengan apa yang ingin kita ubahsuai akan menjadi polemik dan isu kemudiannya harus ditangani sebaiknya.

Apa yang berlaku... saya mendapat maklumat dari pihak sebelah sana yang peraturan pertandingan telah dikeluarkan oleh MSNegara kepada MYA untuk semakan dan dikembalikan setelah dibuat pindaan dan penyesuaian. Sayangnya peraturan dikeluarkan adalah berdasarkan kepada peraturan 2010 (Melaka) kenapa tidak berdasarkan 2012 iaitu SUKMA terkini. Bagi saya inilah kesannya jika kita tdak support sepenuhnya acara dan kelas yang dicadangkan maka mungkinnn (mungkinlah) itu yang menjadi punca kenapa peraturan 2010 dikeluarkan tidak 2012, apa maksudnya? maknanya acara windsurf tidak dimasukkan. Tetapi sekali teknikal delegate yang dilantik MYA (Mr Afendy) telah membuat pindaan semula selaras dengan apa yang telah diperkatakan dan mengeluarkan satu deraf peraturan pertandingan dan diedarkan kepada ahli-ahli AJK MYA tetapi sayangnya sumber maklumat memaklumkan tiada apa-apa response balas kecuali 1 sahaja yang diterima dari AJK. Oleh kerana ianya masih beredar dalam kalangan atasan MYA maka ianya tidak boleh diperkatakan... Ya! kenapa tidak ianya dipanjangkan kepada persatuan-persatuan negeri kalau kalangan MYA tiada respon dan juga personal dalaman MYA juga tidak boleh mengwar-warkan isu ini sehinggalah mendapat restu, tak gitu?. Saya merasakan mungkin Teknikal Delegate sendiri memaklumkan perkara ini kepada umum berkenaan dengan cadangan tersebut... atau saya ketinggalan kapal... perkara ini sudah menjadi perkara umum?? Belumkan? Persolannya juga bilakah perkara ini perlu dikembalikan kepada MSN dan apa akan jadi kalau negeri-negeri tak tahu apa-apa kemudiannya apabila MSNegara memaklumkan kepada MSNegeri dan MSNegeri mendapat maklumbalas yang negatif dari persatuan negeri?. Akhirnya walhasil nalik asal dengan cadangan-cadangan penambahbaikan? Seperti mana yang berlaku di tahun 2012 akan berulang... tunggu sehingga last minute beberapa minggu sebelum SUKMA?

Bersambung...apakah antara yang diubahsuai..kita lihat antara response dan komen balas jika ada... Ada berani?

3 ulasan:

  1. Berita yang amat tidak disangka, amat menyedihkan, dan amat menjengkelkan...bila lah agaknya mereka yang berkuasa, yang bertangungjawab secara langsung dan tidak langsung mengambil iktibar dan seterusnya mengubah sikap dan tindakan dalam memajukan sukan perahu layar yang berprestij ini. Kenapa sukan windsurf selalu dianaktirikan? Kenapa ada saja pihak yang tidak berapa menyokong sukan ini? Kenapa takut untuk menjawab segala persoalan? Kalau dah tak layak memegang jawatan tu, pandai2lah letak jawatan...jangan mempertaruhkan masa depan atlet hanya kerana inginkan nama dalam senarai orang berkuasa tapi tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas?

    Kalaulah berita ini sampai ke pengetahuan atlet windsurf, bayangkan bagaimana perasaan mereka? Hancur luluh dan akan mematikan semangat berkobar2 mereka dalam memburu pingat dalam SUKMA nanti...

    tolonglah respon segera, beri kerjasama dan war-warkan keputusan supaya ramai yang akan sedia maklum...

    BalasPadam
  2. Jika terkeluarnya acara Windsurfing pada Sukma 2014, ini adalah saat yang amat memedihkan, setelah beberapa usaha untuk menaikan kembali acara ini selepas detik mengecewakan pada tahun 2001. Kita tidak mahu episod duka yang berlaku di Sukma 2012 di Pahang akan terjadi lagi sehingga acara windsurfing wanita menawarkan hanya satu pingat sahaja.
    Jika kita seorang pejuang kepada acara ini, kita harus besunguh-sungguh memastikan ia tidak terkeluar daripada landasan dalam melahirkan windsurfer yang terbaik. Apakah langkah-langkah dalam mengembalikan acara ini gah untuk kejohanan seperti Sukma ? Secara dasarnya, perlukan perbanyakkan "klinik" mengajar pelayar baru untuk menjadi windsurfer (seperti yang dianjurkan oleh pasukan terengganu dan MYA yang wajar dipuji dalam pembangunan acara ini) dan juga perbanyakkan juga coaching course untuk acara ini. Jika dilihat peratusan "Jurulatih" yang mampu mengajar dalam acara ini gak berkurangan jadi langkah terbaik, adalah seperti yang dinyatakan diatas.
    Seterusnya ; apabila windsurfer semakin ramai dan jurulatih juga mempunyai pengetahuan acara ini, terus sahaja dimasukkan di dalam MSSM (seperti acara Optimist & Laser).

    Akhir kata ; Tiada guna beribu cadangan yang baik pun jika tiada tindakan yang dilakukan seperti yang di rancang. Dan lagi teruk tiada guna berjuta kali tindakan ke arah kebaikan jika tiada sokongan daripada semua pihak..

    "Sembang tiada guna ; Tembak tidak pula kena"

    BalasPadam
  3. Betul, kita hanya mampu bagi cadangan, kuasa untuk menggerakkan, untuk menjadikan ia realiti tentulah org2 kuat yang memegang jawatan...yang ada kuasa. Kalau ada tangan2 ghaib yang ingin melihat windsurf ni lenyap dari senarai sukan perahu layar apatah tangan2 tersebut terdiri daripada org kuat sendiri, memang amat mengecewakan.

    Benarkah sukan windsurf ni memakan banyak dari bajet yang diperuntukkan sehinggakah KFC sendiri sudah tidak mahu menaja pada tahun hadapan??? Mohon pencerahan wahai orang2 yang berpengetahuan mengenai hal ini...jangan sonyapp jo,

    BalasPadam